1. PAS menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bukan lagi
satu rahsia, sama seperti PAS menolak DAP juga bukan rahsia. Namun, yang menolak Anwar dan DAP ini
bukanlah semua, tetapi hanya terhad kepada golongan Ulama saja. Manakala, di kalangan pencacai atau
penyokong bawahan PAS yang buta tuli, kabur dan kosong itu pula, langsung tidak
tahu apa-apa dan hanya menyokong dan mempercayai apa saja yang disogok oleh
kitab ‘suci’ Harakah.
2. Sumber-sumber dalaman memberitahu bahawa golongan Ulama yang
menolak Anwar memilih Haron Din sebagai wakil untuk memberitahu Anwar secara
terus terang bahawa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri. Sehubungan dengan itu, satu gerakan
besar-besaran dilakukan untuk mengsabotaj Anwar termasuk di dalam
ceramah-ceramah PR.
3. Antaranya, di salah satu ceramah di negeri Perlis, pihak
pengerusi Majlis telah ‘mengenakan’ penceramah PKR dengan memberikan teks untuk
pengumuman yang mana terkandung di dalamnya nama 3 calon PAS bagi Parlimen
negeri itu sekali gus menafikan permintaan PR untuk parlimen Kangar.
4. Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya dikatakan antara yang kecewa
dengan pengumuman itu kerana Anwar telah menjanjikan kerusi parlimen
untuknya. Kekecewaan tersebut bertukar
marah apabila Anwar langsung tidak berbuat apa-apa untuk membelanya ataupun
parti PKR. Malah, Anwar langsung tidak
berani mengumumkan nama-nama calon PR.
Setakat ini, 8 DUN yang berpotensi menang di Perlis,
semuanya dibolot oleh PAS.
5. Begitulah sekali licik PAS mempermainkan rakan-rakan
sekutunya sehingga sanggup mengsabotaj teks ceramah. Nampaknya, PAS benar-benar berpegang kepada
prinsip matlamat menghalalkan cara dalam mencari jalan untuk berkuasa.
6. Oleh itu, tidak salahlah jika UMNO sering mempertikaikan
kedudukan PAS sebagai parti Islam. Ini
kerana di dalam Islam, ketulusan dan keikhlasan adalah tonggak keimanan. Tanpanya, apa saja yang dibuat tidak akan
membawa makna. Tidak ada ungkapan
‘matlamat menghalalkan cara’ di dalam Islam kerana Islam menuntut umatnya agar
sentiasa menggunakan cara yang benar walau apapun yang terjadi.
7. Kita difahamkan bahawa sebelum ini, Haron Din ada didatangi
Anwar yang telah menghidu akan penolakan terhadapnya dari golongan Ulama
PAS. Tetapi, Haron Din telah bertindak
berdolak dalih dan berbohong bagi menenangkan Anwar walaupun sebelum itu telah
pun bersepakat untuk menolak Anwar.
Bukankah berbohong merupakan satu dosa?
Kenapakah seorang Ulama perlu berbohong dalam soal yang beliau boleh
berterus terang?
8. Jelas, Haron Din bermain politik yang paling kotor di mana
beliau dan seluruh golongan Ulama PAS sanggup selama ini berpura-pura
menyanjung Anwar sehingga sanggup menidakkan bukti jelas mengenai skandal
Anwar. Tidak cukup dengan itu, golongan
Ulama ini juga dengan sengaja memfitnah sebagai UMNO memfitnah Anwar,
semata-mata untuk membela Anwar.
9. Mereka juga sanggup mempermainkan ayat Al-Quran, soal
sumpah, soal 4 saksi dan sebagainya, semata-mata untuk menyesuaikannya dengan
keadaan yang mana memberi kelebihan kepada Anwar. Walhal, di dalam hati mereka cukup maklum
tentang kebenaran mengenai salahlaku Anwar.
10. Sehinggakan ke hari ini, di ketika Haron Din sedang mengatur
gerakan besar-besaran untuk menyingkirkan Anwar, masih ada lagi pencacai PAS
yang buta tuli, kabur dan kosong yang berterusan membela Anwar kerana berpegang
teguh kepada apa yang diperkatakan oleh golongan Ulama itu mereka sebelum
ini.
11. Kita ingin bertanya Haron Din, kenapa tidak menolak Anwar
secara terbuka sahaja? Iaitu tampil
mengakui bahawa PAS percaya bahawa Anwar sememangnya tidak bersih agar
pencacai-pencacai tadi kembali ke pangkal jalan? Kenapa Haron Din sanggup membiarkan penyokong
mereka sendiri terus tersesat menyanjung dan memuja Anwar?
12. Bercakap tentang hal ini, kita sebagai saudara seagama turut
merasa malu. Tidak tahu apakah yang
lebih busuk antara ‘DAP memperkudakan PAS kerana PAS bodoh dan gila kuasa’,
atau ‘PAS menikam belakang DAP dan PKR kerana gila kuasa’.
Dalam kata lain, kita tidak tahu mana lebih buruk antara
‘PAS yang bodoh’ atau ‘PAS yang jahat’.
13. Jika caranya saja sudah salah dan bertentangan dengan Islam,
apakah jaminan yang PAS akan dan mampu mempertahan dan melaksanakan agenda
Islam sekiranya mereka memerintah?
14. PAS sudah terlalu kotor nampaknya. Jubah yang dipakai juga sudah tidak mampu lagi
menutup najis yang bersememeh, bertakung dan busuk. Segala sifat amarah, fitnah, putar-belit,
dengki, iri hati, cemburu, dendam, benci, gila kuasa telah menjadi cara hidup
‘umat PAS’ yang dipromosi oleh Ulama mereka.
15. PAS wajib membersihkan diri jika ingin terus memakai nama
Parti ‘Islam’ SeMalaysia. Sesungguhnya,
tiada apa lagi yang Islam di dalam PAS kecuali nama, slogan dan sebutannya
saja. Jubah dan serban yang dipakai Ulamanya
itu juga bukan lambang Islam, tetapi lambang budaya Arab.
16. Bak kata seorang Ulama dari Indonesia yang menyampaikan
kertaskerja di dalam program Islam di Nusantara baru-baru ini, “Islam itu tidak
ada imej atau bentuk tertentu kerana ia adalah untuk semua bangsa di
dunia. Malah, kubah pun bukanlah lambang
atau bentuk binaan Islam tetapi hanyalah berdasarkan budaya sahaja.”
17. Mungkin inilah antara sebab musabab Kaabah itu bentuknya
segi empat, tanpa ukiran atau tanda apa-apa supaya manusia tidak meletakkan
imej atau bentuk tertentu bagi menggambarkan Islam, lalu taksub dan keliru pula
mengenainya.
Tuan, tumpang lalu na.....
ReplyDeletehttp://harumperlis.blogspot.com/2013/04/ssyyyhhhh-jangan-habaq-kat-oghang.html
syyyy jgn habaq kat orang... dah bagi lalu dah...
Delete