Monday, 20 May 2013
Thursday, 9 May 2013
PR DICABAR BUBARKAN DUN KELANTAN, PULAU PINANG DAN SELANGOR JIKA BENAR PRU 13 TIDAK ADIL
1. Seperti yang telah dirancang
berbulan-bulan lalu, perhimpunan membantah keputusan PRU-13 pun diadakan
semalam di Stadium Kelana Jaya. Stadium
yang berkapasiti 25,000 tempat duduk itu dianggarkan memuatkan seramai 40,000
dengan 15,000 lagi duduk di atas padang.
2. Beberapa kawasan terutama di
bahagian belakang masih terdapat ruang tetapi ditutup dengan bendera-bendera
bagi memperlihatkan stadium seperti sesak.
Seperti biasa, media pro-pembangkang pula melaporkan kehadiran sehingga
200,000 tanpa mengambil-kira logik angka berbanding kapasiti stadium.
3. Laporan juga menunjukkan
bahawa 80% peserta himpunan terdiri dari anak-anak Cina dan hanya 20% dari kaum
lain termasuk Melayu. Kita yakin tidak
semua yang hadir itu adalah dari golongan yang terpedaya bahawa benar-benar
berlaku penipuan undi dalam PRU kali ini.
Kita yakin bahawa sebahagian besarnya, cukup maklum bahawa tiada
penipuan yang berlaku dan perhimpunan itu hanyalah untuk mencabar kerajaan
dengan cara menunjuk kuasa penyatuan kaum Cina dengan Anwar sebagai
penyamarannya. Mungkin kerana melihat
kerajaan sering mengalah apabila mereka memberi tekanan, maka kaum Cina
mengambil kesempatan ini untuk memberi tekanan secara besar-besaran.
4. Dalam ucapan Anwar di
perhimpunan itu, beliau menyatakan bahawa himpunan seterusnya akan diadakan di
Ipoh dan Pulau Pinang.
5. Apa yang pelik ialah Lim
Guan Eng dan Datuk Ahmad Yakob masing-masing telah pun menerima keputusan
PRU-13 dengan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri
Besar Kelantan penggal baru pada 7 Mei lalu.
Sementara itu, Selangor juga tidak menolak keputusan pilihanraya yang
menyebelahi Pakatan Rakyat dan kini sedang sibuk berebut kerusi Menteri
Besar.
6. Justeru, sekiranya himpunan
membantah keputusan pilihanraya ingin diadakan seperti yang dirancang, maka
Guan Eng dan Ahmad Yakob perlu terlebih dahulu membubarkan perlantikan di Pulau
Pinang dan Kelantan serta PR perlu menolak keputusan di Selangor. Mana mungkin protes ditujukan terhadap
negeri-negeri yang dimenangi BN sahaja?
7. Alasan yang digunakan oleh
Anwar untuk membuat bantahan iaitu penipuan sewaktu pengundian juga ternyata
tidak kukuh. Contohnya, kisah mengenai
wujudnya 45,000 pengundi hantu berbangsa Bangladesh sedangkan sebelum ini Anwar
menyatakan bahawa pengundi hantu didatangkan dari Sabah dan Sarawak.
8. Katanya lagi terdapat juga
tuduhan kononnya berlaku ‘silap mata’ di mana terjadi gangguan elektrik di
beberapa tempat mengundi dan kemudiannya peti undi bertambah apabila elektrik
kembali berfungsi. Selain itu, beberapa
gambar diedar kononnya bagi membuktikan terdapat cubaan melarikan peti undi
oleh pegawai SPR menggunakan kereta dan juga helikopter.
9. Namun, apabila kita meminta
PR menyenaraikan di kawasan mana gangguan elektrik berlaku, mereka tidak mampu
pula menyatakan dengan jelas. Begitu
juga dengan Bangladesh yang konon mengundi, tidak dapat juga mereka beritahu di
peti undi mana, berapa ramai dan bagaimana ia boleh berlaku tanpa bantahan dari
wakil parti mereka sendiri.
10. Gambar-gambar kotak undi yang
dilarikan juga tidak dapat mereka jelaskan pegawai SPR yang mana, dan di mana
mahupun mendedahkan nombor kereta.
Bantahan rasmi pula langsung tidak ada.
Malah, yang lebih menghairankan, kotak undi yang konon ‘terjatuh’ dari
sebuah helikopter pula berada dalam keadaan kemas sebelah menyebelah tanpa
terbalik atau terkoyak dan berterabur walaupun jatuh dari tempat tinggi.
11. Jelas, bantahan yang dibuat
adalah tidak jelas dan tiada bukti.
Sepatutnya Anwar, sebagai ‘bakal Perdana Menteri’ tidak membuat tuduhan
rambang secara umum. Ini bukan cara
orang terpelajar, jauh sekali cara seorang pemimpin. Seorang pemimpin tidak boleh bercakap cara
seni, abstrak atau sastera, tetapi wajib bercakap dengan jelas dan
berfakta.
12. Justeru, himpunan bantahan
bersiri yang ingin dilakukan oleh Anwar adalah tidak berasas selain tidak masuk
akal. Dan jika Anwar masih berdegil
ingin menolak keputusan peringkat pusat, maka Anwar perlu terlebih dahulu
menolak keputusan peringkat negeri dan mengarahkan kesemua DUN di negeri-negeri
yang dimenangi PR dibubar.
Wednesday, 8 May 2013
Sunday, 5 May 2013
KEPUTUSAN PILIHANRAYA KE 13 TERKINI
setakat pukul 9.30 malam BN 19 21, PKR 0, DAP 3, PAS YELLEX
Saturday, 4 May 2013
PANAS !!! PR DAH PANIK: MULA MEROYAN DAN RANCANG HURU-HARA GUNA T-SHIRT BN
BN Akan Menang 147 Kerusi Parlimen, itulah yang disahkan
oleh laman milik Azmin Ali, Suara Pakatan Rakyat. Berita yang sama turut diterima dari
sumber-sumber di sebelah Barisan Nasional.
Setakat ini, BN dikatakan akan berjaya merampas kembali 2
negeri iaitu Kedah dan Kelantan selain mengekalkan negeri-negeri yang lain.
Negeri yang masih 50-50 adalah Selangor manakala Pulau Pinang pula kelihatan
masih sukar.
Lebih menarik Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim juga dijangka
kalah di kawasan masing-masing sekali gus memberi alasan yang lebih kukuh untuk
mereka merusuh. Sehubungan dengan itu,
skrip yang lengkap dengan angka-angka terperinci bagi menjustifikasi bantahan
terhadap SPR juga sudah disediakan.
Untuk itu, ada juga yang memberitahu bagaimana mereka
menempah baju Barisan Nasional untuk dipakai ketika merusuh. Bendera-bendera kecil berwarna-warni dihias
di beberapa kawasan sebagai menandakan tempat berkumpul
Laman-laman sosial juga banyak memperkatakan tentang
keganasan yang melibatkan pembangkang di beberapa tempat.
Jelas, bahawa maklumat mengenai kemenangan BN melalui
demokrasi adalah maklumat yang boleh dipercayai. Jika tidak, kenapa pembangkang perlu
bersusah-payah menyusun atur sebuah rusuhan dan pemberontakan?
Tindakan mereka bersedia untuk merusuh sebelum mengundi
sudah cukup untuk membuktikan yang pembangkang sebenarnya ingin membunuh
demokrasi di negara ini.
Pada malam ini juga, khabar dari utara menyatakan puak-puak
PAS sudah mula menunjuk lagak sambil meronda di jalanan dan membuat
bising.
Di masa yang sama, beberapa blog juga mendedahkan bagaimana
beberapa bas dari Singapura telah bersedia untuk membawa masuk sejumlah orang
yang disyaki sebagai pengundi hantu ataupun sebagai ‘tenagakerja’ untuk
rusuhan. Mereka-mereka ini akan
ditempatkan di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dan akhir sekali di Kuala
Lumpur. Kesemua mereka adalah dari kaum
Cina.
Nampaknya mereka ini merupakan ‘pejuang-pejuang’ berani mati
jika benar-benar bertekad untuk membuat perhimpunan dan seterusnya
rusuhan. Namun, tidak mustahil juga
mereka-mereka ini sebenarnya tidak menjangka apa yang pemimpin mereka telah
‘aturkan’ untuk mereka. Mungkin mereka
menyangka yang mereka bakal berdemonstrasi aman dan tenteram, sepertimana
demonstrasi ‘duduk bantah’.
Mereka tidak tahu bahawa jika kerajaan tidak bertindak keras
ke atas mereka yang berhimpun, maka pihak mereka sendiri yang akan memulakan
sesuatu bagi memaksa rusuhan berlaku.
Mereka juga tidak tahu bahawa pemimpin mereka sudah bersedia untuk lari
sementara mereka mengorbankan diri.
Apapun, kita harap mereka-mereka ini akan berfikir dua kali
sebelum mengikut arahan pemimpin mereka.
Tidak perlu menggadaikan nasib, masa depan, nyawa dan keluarga demi
meletakkan pemimpin mereka di takhta.
Hidup mereka hari ini bukannya susah, malah senang lenang
dan selesa. Jika pemimpin mereka menang
pun, kemungkinan untuk hidup lebih senang selepas pemberontakan adalah 1%
manakala kemungkinan untuk hidup lebih susah adalah 99%.
Fikirkanlah, apakah anda benar-benar ingin meniti nasib yang
sama dengan rakyat Mesir, Libya, Syria?
BN bakal menang 147 kerusi, maka terimalah hakikat itu sebagai seorang
pendokong demokrasi yang sebenar-benarnya.
Sementara itu....
Hari-hari terakhir kempen PRU-13 semakin hangat dan lebih
mendebarkan apabila terdapat maklumat menyatakan terdapat cubaan untuk
mengganggu gugat ketenteraman awam mungkin dilakukan oleh pihak tertentu yang
tidak bertanggungjawab.
Pihak yang dimaksudkan ini mempunyai kaitan rapat dengan
Pakatan Rakyat (PR) yang dipercayai sukar menerima hakikat kempen yang
dijalankan mereka tidak mendapat sambutan ramai sekali gus menutup ruang untuk
mereka merampas kuasa di Putrajaya.
Mengikut maklumat dalaman yang diterima, pihak terbabit
dilaporkan telah menempah sekurang-kurangnya 10,000 t-shirt berlogo BN untuk
digunakan dalam kekecohan yang dirancang bertujuan untuk menimbulkan persepsi
umum bahawa ia dilakukan oleh BN.
Info ini ada asas untuk dipercayai memandangkan sejak
akhir-akhir ini jelas kelihatan di beberapa tempat misalnya di Selangor,
Putrajaya dan Kuala Lumpur di mana wujud pemasangan banner palsu yang berlatar
belakangkan logo BN yang dipasang untuk mengelirukan orang ramai.
Di beberapa kawasan tertentu pula terdapat bendera-bendera
kecil berwarna warni dipacakkan yang mungkin menandakan itu adalah tempat
berkumpul bagi kumpulan-kumpulan pengacau dari PR itu sebelum melakukan
kekacauan.
Ia satu perancangan yang cukup jijik dan tidak gentleman,
dulu bahana reformasi di Indonesia dijadikan panduan kini Arab Spring yang
tidak mengikut lunas demokrasi pula dijadikan ikutan.
Golongan jahil minda, berjiwa kacau dan tidak patriotik ini
sememangnya tidak layak untuk diberi tempat dalam masyarakat kita, jauh sekali
untuk mendapat sokongan rakyat dalam menentukan hala tuju negara.
Jelas sekali PR berada dalam keadaan terdesak untuk
melaksanakan "Malaysia Spring" yang diciplak dari "Arab
Spring" dalam usaha mereka untuk merampas kuasa dan menidakkan pendirian
majoriti yang cenderung untuk mengekalkan keamanan dan setia bersama BN.
Bagaimana pun, pihak berkuasa sedang memantau perkembangan
ini dan pastinya mempunyai pelan kecemasan sekiranya terjadi sesuatu. Sedangkan
keganasan pendemo Bersih 3.0 dulu mampu dipatahkan jadinya masyarakat tidak
perlu bimbang kerana keadaan tetap terkawal.
Di masa yang sama rakyat disarankan tidak melayan sebarang
khabar angin sebaliknya sentiasa fokus mengikuti perkembangan semasa dari
sumber pihak berkuasa.
Sama-samalah kita mendoakan hari pengundian esok berjalan
lancar dan jangan lupa beramai-ramai keluar mengundi demi kebaikan negara ini
dan nekadkan dalam hati dengan mengundi BN yang terbukti berjaya mengekalkan
keamanan tanahair tercinta ini.
Awas! Perusuh Akan
Pakai Baju BN
Taktik Pakatan Rakyat untuk merusuh telah pun diketahui
ramai. Mereka memulakannya dengan
provokasi seperti membelasah penyokong BN serta ‘menyerang’ bilik-bilik gerakan
BN dengan harapan BN akan bertindak balas sehingga terjadinya ketegangan.
Semalam, terdedah lagi satu taktik mereka memasang
bendera-bendera kecil berwarna-warni di beberapa tempat di seluruh pelusuk
Kuala Lumpur dan Selangor. Difahamkan ia
merupakan pelan logistik himpunan ke arah rusuhan.
Selain itu, kita juga sudah mengetahui pelan Anwar Ibrahim
untuk melarikan diri ketika rusuhan berlaku dan terdapat tiga negara pilihannya
iaitu Amerika, Australia atau satu lagi negara yang masih ‘agak’ rahsia.
Sebelum semua ini terdedah, kita juga telah terlebih dahulu
mendedahkan hujah-hujah mereka dalam berkempen, seperti mencari seorang yang
menyerupai Anwar di Thailand untuk membuktikan bahawa bukan Anwar di dalam
video aksi dengan China Doll. Namun,
taktik itu terpaksa dibatalkan kerana ‘mamat Thai’ tersebut jauh terlalu muda
untuk diyakinkan sebagai orang di dalam video.
Dua tiga minggu sebelum itu pula, para blogger telah
terlebih dahulu menyatakan bahawa Anwar akan mengeluarkan surat dari Ulama
tersohor Yusuf Qardawi bagi membuktikan konon beliau mendapat sokongan
ulama.
Dan ternyata, Anwar
benar-benar mengikut skrip dan surat itu pun dikeluarkannya semalam tetapi hari
ini telah dibuktikan sebagai ditulis oleh anak Ulama itu tanpa kelulusan
bapanya.
Kali ini, satu lagi taktik PR terdedah iaitu bahawa mereka
telah pun menempah 10,000 baju T berlogo Barisan Nasional untuk dipakai ketika
merusuh. Tujuannya adalah untuk
memburukkan BN, sekali gus memudahkan huru-hara dicetuskan dengan terlebih
dahulu berlakon untuk bergaduh dengan penyokong mereka yang lain. Mereka menjangka, pergaduhan itu akan
merebak dan ‘menjangkiti’ penyokong BN dan penyokong PR yang lain.
Selalunya yang diupah untuk melakukannya adalah dari
kalangan samseng dan juga anak-anak muda yang terkapai-kapai mencari arah
tujuan yang langsung tidak memahami motif mereka di upah atau apakah kesan dari
tindakan mereka. Sangka mereka ia adalah
satu keseronokan dan mungkin juga perjuangan.
Dengan itu, kita menyeru kepada ibubapa agar menasihati anak muda agar
jangan mudah terikut-ikut dengan hasutan untuk membuat huru-hara.
Di masa yang sama, kita ingin mengingatkan rakyat Malaysia
agar berfikir lebih panjang sebelum terpengaruh dengan apa-apa juga kekecohan
yang berlaku di depan mata kita sepanjang pilihanraya. Jangan mudah melatah jika melihat pergaduhan,
sebaliknya laporkan kepada pihak berkuasa untuk untuk mengambil tindakan.
Jangan jayakan segala perancangan huru-hara
pembangkang. Biarkan mereka
terjerit-jerit dan terlompat-lompat sesama sendiri. Jalankan tanggungjawab dan hak anda untuk
mengundi dengan tenang.
Sementara itu....
Friday, 3 May 2013
INI KALI LAH... JOM UBAH PAKATAN RAKYAT: KETAHUI PERANCANGAN KOTOR DAP JIKA MENAWAN PUTRAJAYA
"Perancangan Kotor DAP Jika
Menawan Putrajaya"
1. Malaysia akan bertukar menjadi
negara republik.
2. Agama Rasmi Kristian.
3. YDPA/ YDPN perlu dilantik darr
kalangan bukan Melayu.
4. Sistem Raja Berpelembagaan akan
dihapuskan.
5. Laungan azan tidak dibenarkan
waktu Subuh ( Di Penang sekarang ada arahan diminta perlahankan) coz azan
menganggu Cina nak tido dipagi hari.
6. Pertandingan Tilawah Quran juga
akan dihapuskan. Coz membazirkan duit rakyat dan negara Arab pun x buat
pertandingan sebegini.
7. Badan NGO berteraskan perjuangan
orang Melayu akan dibubarkan (Pekida/Perkasa).
8. Perkahwinan campuran akan
digalakkan.
9. Anak yg baru lahir x semestinya
agama Islam sehinggalah anak itu 18 tahun baru dia pilih agama mereka secara
mutlak.
10. Subjek Inggeris akan dijadikan
bahasa rasmi. Bahasa kedua rasmi adalah Mandarin.
11. Mata pelajaran agama Islam akan
dimansuhkan di sekolah. Nak belajor hanya di masjid/surau. Sekiranya orang
Melayu nak juga diajar di sekolah subjek Kristian, Hindu,Buddha juga kena
diajarkan di sekolah.
12. Chin Peng akan dibenarkan balik
semula ke Malaysia dan diberi gelaran TUN. Nga Dan Ngeh adalah anak saudara Chin
Peng.
13. MARA Akan dibubarkan coz jabatan
RASIS hanya untuk org Melayu semata-mata.
14. Syarikat GLC akan diterajui oleh
org bukan Melayu. Org Melayu tak bijak berniaga hanya orang Cina yang terbaik
dalam ekonomi.
15. Lagu negaraku akan diubah
suaikan. Di PRN Sarawak lalu ada dinyanyikan lagu negaraku & bendera baru
Malaysia juga sudah ada hanya tunggu menang sahaja ke Putrajaya dan tubuhkan
negara republik.
16. Rejimen Askar Melayu Diraja akan
dibubarkan kerana dominasi untuk orang Melayu sahaja.
17. Ketua Panglima Angkatan Tentera
& Ketua Polis Negara akan dilantik dari kalangan orang Cina.
18. Kakitangan kerajaan dari kalangan
Melayu akan dikurangan terutamanya kementerian pelajaran coz nak bawa masuk
lebih ramai orang Cina & India.
19. 3 agensi Akan ditutup BTN, KEMAS
Dan MKN.
20. Good Friday Dan Easter Day akan
jadi cuti wajib Malaysia untuk memuliakan hari besar Kristian.
21. Kedutaan Israel akan diwujudkan
di Malaysia.
22. DAP dapat 300 jutaUSD diberikan
oleh yahudi
23. Base Tentera Israel akan
diwujudkan di Port Dickson.
24. Majlis agama Islam akan
dibubarkan. Wujudkan Suruhanjaya IFC.
25. Wang zakat akan diguna sama oleh
orang bukan Islam.
26. Mahkamah Syariah dibubarkan.
27. DEB akan dimansuhkan.
28. Parti yg berteraskan agama akan
dibubarkan (PAS).
29. Ketua Paderi Kristian akan
dilantik sbg Menteri seperti Dato' Jamil Khir.
SUMBER: BEKAS setiausaha sulit Timbalan Ketua
DAP Pulau Pinang, En. Mohd Razali bin Abd Rahman
Wednesday, 1 May 2013
KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT BERMAKNA KEMENANGAN ISRAEL
1. Video pembakar semangat yang ditujukan khas kepada Pakatan
Rakyat oleh pihak gereja Jerusalem di Israel terus menjadi perbualan
rakyat. Akibatnya, jenuhlah
penceramah-penceramah PR menepisnya dengan berbagai alasan konon diedit atau
dan ‘dicipta’ oleh UMNO. Mereka juga
mula memainkan kembali isu APCO secara besar-besaran bagi mengalihkan isu
tersebut.
2. Jelas, PR sudah panik.
Video tersebut sebenarnya bukan untuk tontonan umum tetapi hanya untuk
sebahagian kecil pemimpin tertinggi PR saja.
Namun, dengan kuasa Allah SWT ia tetap terlepas dan terdedah kepada
umum. Mungkin juga kerana berkat doa
solat hajat yang memohon agar kebenaran ditunjukkan.
3. Bukan sekali rakyat Malaysia dipertontonkan dengan bukti
jelas mengenai siapa PR atau Anwar atau DAP mahupun PAS, tetapi sudah
berkali-kali dan sudah bertahun-tahun.
Walaupun mereka yang berdoa itu sendiri nampaknya enggan menerima
kebenaran, tetapi kita bertuah kerana majoriti rakyat mampu menilainya lalu
menolak mereka-mereka ini.
4. Ini sekali gus membawa kita kepada satu kesimpulan tentang
kenapa pihak Israel begitu beria-ia dengan pilihanraya di Malaysia iaitu kerana
Malaysia adalah satu-satunya negara Islam yang masih tidak mampu dikuasai
mereka.
5. Sudah berpuluh tahun mereka mencuba dari berbagai arah,
namun kita kekal sebagai negara yang bebas dan berdaulat dalam ertikata
sebenarnya. Kita tidak perlu bergantung
kepada kuasa besar secara keterlaluan dan kerana itulah kita mampu menghulurkan
bantuan kepada Palestin dan saudara-saudara Islam kita yang tertindas. Kita juga tidak perlu bertoleransi dengan
fahaman-fahaman liberal barat atau melonggarkan undang-undang yang berteraskan
agama Islam semata-mata untuk ‘diterima’ oleh barat.
6. Maka kerana itu, Israel amat berdendam dengan Malaysia dan
bersungguh-sungguh mendoakan kemenangan PR.
Bukankah Allah SWT telah mengingatkan bahawa mereka tidak akan senang
selagi kita tidak ‘bersama’ mereka?
Tidakkah kita musykil dengan seruan mereka di dalam video tersebut turut
berbunyi: ‘Malaysia bersama mereka’?
7. Bukankah segalanya sudah terlalu amat jelas kini? Masihkah kita ingin menafikannya?
8. Benar, video tersebut memaparkan sekumpulan Kristian, dan
bukan Judaism iaitu agama kaum Yahudi.
Namun, sedarlah bahawa kumpulan Zionis ini bergerak dalam berbagai
bentuk.
9. Bayangkan, berapa ramai sahaja yang mampu ditarik oleh
mereka sekiranya mereka bergiat atas nama ‘Judaism’? Sudah tentu ramai yang lari jika mereka
mendakwahkan agama Judaism. Kristian
adalah agama yang paling ramai penganutnya selepas Islam dan pertembungan Islam
dan Kristian adalah sesuatu yang azali.
10. Memandangkan Islam dan Kristian terlalu dekat dari segi
sejarah dan kepercayaan, maka tentulah lebih mudah untuk dikelirukan.
11. Memandangkan Injil dibenarkan diubahsuai mengikut keadaan tempat
dan zaman, maka ia terdedah luas kepada hasutan syaitan yang membisikkan
kesesatan sehingga akhirnya agama itu menjadi sesat sama sekali. Namun, beberapa pihak Kristian orthodox
masih lagi berpegang kepada asas murni kemanusian, kemasyarakatan dan institusi
kekeluargaan dan mereka inilah yang kuat menentang penerapan nilai-nilai
liberal yang dipromosi oleh sekumpulan manusia yang dilaknat mengikut Al-Quran
yang berasal-usul dari puak Yahudi.
12. Seperti juga Islam, Kristian turut menghadapi masalah dengan
puak ini yang menyerap masuk ke dalam komuniti mereka lalu memusnahkan teras
pegangan agama mereka dari dalam.
13. Penganut Kristian sendiri menghadapi masalah dengan
kesesatan yang dibawa oleh pihak ini melalui berbagai-bagai cara atau ajaran
baru. Oleh itu, kita melihat bagaimana
penganut Kristian serata dunia turut bangun menentang fahaman liberal yang cuba
diterapkan ke dalam masyarakat mereka.
Di Eropah sendiri telah berkali-kali mereka berdemonstrasi secara
besar-besaran menolak LGBT. Malah, di
Amerika juga mereka bangkit mempersoalkan sikap beberapa pihak yang mengaku
Kristian tetapi menterjemahkan Injil dengan menggantikan nama Tuhan mereka
dengan kalimah ‘Allah’.
15. Maka, bukankah jelas terdapat satu usaha terancang secara
besar-besaran untuk melagakan umat Islam dengan Kristian di samping menerapkan
fahaman liberal kepada manusia sejagat?
16. Malaysia adalah bumi yang dilimpahi rahmat kerana Islam
telah dirangkum sekali ke dalam perlembagaannya. Malaysia adalah satu-satunya negara Islam
yang benar-benar memahami apa itu ‘kesederhanaan’ iaitu kita tidak terlalu
ekstrem dan tidak juga membenarkan kebebasan yang keterlaluan. Malaysia juga berlaku adil kepada bukan
Islam. Kesemua inilah yang membantu
melonjakkan negara ini sebagai negara Islam yang sebenar, dan dihormati di
seluruh dunia.
17. Dan inilah yang ingin diubah oleh Israel melalui Pakatan
Rakyat. Justeru, kemenangan PR adalah kemenangan Israel. Fikirkanlah….
Subscribe to:
Posts (Atom)