Kepada pengundi-pengundi DUN Kuala Besut selamat mengundi dan jangan korek hidung macam ni ya lepas mengundi. Apa pun UNDILAH BN
Tuesday, 23 July 2013
Sunday, 21 July 2013
KETAHUI 8 PERKARA YANG DISEMBUNYIKAN DAP DARI PENGETAHUAN RAKYAT MALAYSIA
1.Isu Minyak Malaysia yang diutarakan oleh DAP
Bloomberg menyenaraikan negara Malaysia adalah Ke-9 harga termurah minyak di
dunia. Walaupun Amerika Syarikat adalah pada kedudukan ke-12 ($3.30) di dunia,
mereka telah pun mendakwa bahawa mereka adalah antara yang paling murah di
dunia. Jika Amerika Syarikat berani mengeluarkan kenyataan ke-12 itu
adalah antara yang paling murah, jadi bagaimana Malaysia yang menduduki di
tangga ke-9 ($4.19)?
Ini tidak termasuk kerajaan BN terbaru yang
mengurangkan RON 97 sebanyak 20 sen seliter dan yang paling penting Anwar HANYA
BERJANJI sementara BN merealisasikan walaupun pengurangan minyak ini tidak
dalam Manifesto BN
2.Isu
Pengeksport Minyak yang diutarakan oleh DAP
DAP mendakwa bahawa Malaysia adalah negara pengeksport minyak. Oleh itu
harganya haruslah ditetapkan dengan lebih murah? Ini adalah salah kerana fakta
no 1 kita tidak diiktiraf oleh OPEC sebagai sebuah negara pengeksport minyak.
Negara yang betul-betul mengeksport dan menjual minyak ke negara luar sahaja
akan dijemput untuk menjadi sebahagian daripada OPEC. Fakta no 2 ialah 90%
daripada minyak harian yang dihasilkan oleh Malaysia telah pun diguna pakai
oleh rakyat tempatan. Dalam kes ini kita sebenarnya hanya mengeksport dan
menjual minyak negara kita dalam 10% ke negara luar, sebab itu lah negara kita
tidak diiktiraf oleh OPEC sebagai negara pengeluar minyak.
Pengeluaran minyak Amerika meningkat 14 peratus kepada 6.5 juta tong sehari
pada tahun lepas iaitu menunjukkan peningkatan rekod. Menjelang tahun 2020,
negara Amerika dijangka akan mengatasi dalam penggunaan minyak melebihi Arab
Saudi sebagai pengeluar minyak mentah terbesar di dunia. Pada masa yang sama,
permintaan petrol AS telah jatuh kepada 8.7 juta tong sehari, paras terendah
sejak tahun 2001.Harga minyak di Malaysia sebenarnya adalah jauh lebih murah
daripada lain-lain negara pengeluar minyak di dunia dan negara-negara
pengeksport seperti Iraq, Sudan dan lain-lain.
3.Pendidikan Percuma yang diutarakan oleh DAP
Negara Norway adalah luar biasa kerana ia adalah satu-satunya negara pengeluar
minyak utama dengan mengenakan harga gas yang mahal. Negara Norway tidak
memberi subsidi minyak kepada rakyat tetapi sebaliknya negara Norway
menggunakan keuntungan minyak negara kepada perkhidmatan seperti perkhidmatan
pendidikan kolej bebas dan perkhidmata simpanan untuk penambahbaikan
infrastruktur. Sebuah negara seperti Norway yang tidak memberikan subsidi
minyak kepada rakyat mereka, akhirnya menggunakan subsidi itu kepada pendidikan
percuma. Di Malaysia, kadar faedah pinjaman pendidikan hanya pada 1% dan 80% daripada
kos keseluruhan di Universiti awam sudah subsidi oleh kerajaan. Ini termasuk
subsidi minyak daripada kerajaan Malaysia. Ini membuktikan negara Malaysia
lebih baik dari segi pengurusan wang negara kerana memberikan kelebihan subsidi
minyak kepada rakyat dan dalam masa yang sama memberikan subsidi yuran
Univiersiti awam sebanyak 80% di Malaysia.
4.Cukai Malaysia yang diutarakan oleh DAP
Kadar cukai Malaysia berada pada 27%, berbanding kadar cukai Amerika Syarikat
ialah pada 40%. Bermakna setiap pendapatan RM 100 di Amerika Syarikat, maka RM
40 akan dikembalikan kepada kerajaan Amerika Syarikat. Namun rakyat dan ahli
politik termasuk pembangkang tidak pernah berjanji untuk menurunkan harga
minyak, pendidikan percuma, menghapuskan tol dan banyak lagi janji bulan dan
bintang yang tidak pernah dibuat oleh negara lain. Malaysia yang membayar hanya
27% daripada cukai pendapatan merasakan diri mereka adalah BOSS,RAJA,KING dan
sebagainya. Manakala orang di Amerika Syarikat pula berpendapat bahawa negara
itu sendiri sebenarnya adalah BOSS,RAJA,KING bagi mereka, kerana mereka
berprinsip tentang satu kepercayaan bahawa “bukan apa yang negara anda boleh
buat untuk anda” tetapi “APA YANG ANDA BOLEH BUAT UNTUK NEGARA ANDA” - John F
Kennedy
5.Kadar pengangguran Malaysia yang diutarakan oleh DAP
Kadar pengangguran Amerika syarikat pada 7.3%, manakala Malaysia pula adalah
3.3%. Dalam teori ekonomi kadar pengangguran pada kadar 5% adalah perkara biasa
dan di bawah 5% adalah sangat baik. Sejak DAP sentiasa meminta kita tidak
membandingkan dengan negara yang paling teruk daripada kita, maka mengapa tidak
kita hanya membandingkan semua ini dengan 1 daripada negara utama dan terbaik
di dunia iaitu Amerika Syarikat?
6.Hutang negara Malaysia yang diutarakan oleh DAP
Hutang Amerika Syarikat berada pada US $ 16 TRILLION vs Malaysia yang hanya
pada US $ 132 bilion. Apabila Mitt Romney menentang Obama dia tidak
mempolitikkan isu hutang negara dimana mendakwa bahawa Amerika Syarikat akan
bankrap tetapi sebaliknya Mitt Romney mengutarakan kepada Amerika tentang apa
yang dia boleh lakukan untuk mengurangkan Hutang Negara bukan hanya menyalahkan
dan mencanang untuk menjatuhkan kerajaan seperti mana DAP lakukan di Malaysia.
Hutang negara Malaysia hanya RM 500 bilion, dalam masa yang sama mengabaikan
fakta bahawa hutang negara adalah pada 53% KDNK (adalah normal) dan pendapatan
negara sekarang adalah lebih daripada RM 200 bilion setahun selepas PM Najib
mengambil alih dan orang-orang seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tian Chua,
Ronnie Liu, Rafizi Ramli dan Red Bean Army menyampaikan berita palsu bahawa
negara kita akan muflis? Ini adalah pembohongan paling nyata dan tidak
berpandukan fakta langsung. Paling teruk adalah ramai pelajar Malaysia dari
SPM, STPM dan Ijazah Ekonomi percaya akan pembohongan palsu ini
DAP tidak pernah sekali memberitahu kita semua bagaimana mereka akan
mengurangkan hutang negara. Mereka hanya memberitahu bagaimana mereka akan
membelanjakan wang negara kita untuk diberikan kepada anda itu dan ini serta
menghapuskan itu dan ini tanpa membincangkan secara kritikal atau rancangan
yang teliti tentang bagaimana mengurangkan hutang negara. Sebaliknya hanya
kerajaan Persekutuan iaitu BN sahaja yang sentiasa mengkaji dan membincangkan
tentang bagaimana hutang negara dapat dikurangkan.
7.Hutang Negeri BN vs Hutang Negeri PR
Kerajaan BN Kedah telah memerintah selama 55 tahun dan hutang negeri adalah
hanya RM 1 bilion. Pakatan Rakyat memerintah kurang daripada 4 tahun (selepas
Mac 2008) dan hutang negara telah melonjak kepada RM 1 bilion hanya dalam masa
4 tahun! Negeri Pulau Pinang DAP pula mencanangkan bahawa negeri mereka adalah
“surplus state?”. DAP telah memindahkan 90% hutang air negeri Pulau Pinang
kepada kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan Persekutuan itu adalah dibawah
BN maka sepatutnya pujian “surplus state” itu seharusnya diberikan kepada
kerajaan perseketuan iaitu BN.
8.Rasuah
Selepas PM Najib Razak mengambil alih Malaysia 5 tahun lepas, Indeks Rasuah dan
Korupsi Dunia telah menunjukkan Malaysia meningkat sebanyak 6 kedudukan dalam
iaitu dari kedudukan ke-60 kepada ke-54 dari 176 negara, dimana menunjukkan
pengurangan rasuah secara mendadak dibawah pengurusan PM Najib razak serta
dijangka bahawa negara Malaysia akan terus berkurangan rasuah seterusnya akan menduduki
carta yang lebih tinggi dari ke-54 menunjukkan negara Malaysia jauh lebih
bersih dari negara lain. Datuk Paul Low berkata, Malaysia mendapat 49 dari 100
mata pada survei yang menilai tahap penerimaan rasuah sektor awam di kalangan
176 negara
sumber DISINI
Thursday, 18 July 2013
PERIHAL AKTA KEHARMONIAN NASIONAL BARU YANG LEBIH RELAVEN
1. Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak telah
mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948
dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian
Nasional. Keputusan untuk memansuhkan itu dibuat untuk mencari mekanisme yang
dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan
bersuara setiap warga Malaysia dan keperluan menangani masalah kemajmukan yang
wujud di negara ini.
2. Antara perkara yang digariskan dalam Akta Hasutan ialah:
3. (1) Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan
(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi
membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;
(b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk
mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba
mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua
yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang
diperintah oleh Kerajaan itu;
(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi
membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia
atau di mana-mana Negeri;
(d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak
setia di kalangan rakyat Yang Di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri
atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri;
(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan
antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau (f) bagi
mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan
atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III
Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan
Persekutuan.
Pemansuhan ini adalah bertitik tolak dari desakan
pembangkang kerana menganggapnya sebagai menghalang rakyat dari bersuara serta
mengongkong kreativiti.
3. Akibatnya, ia mendapat kritikan banyak pihak di kalangan
penyokong UMNO yang menganggap desakan tersebut merupakan satu lagi helah
pembangkang untuk ‘mengenakan’ kerajaan sepertimana dakwat kekal dan ISA.
4. Kritikan dari penyokong UMNO dilihat sebagai mampu
mengundang risiko besar kepada BN yang bergantung sepenuhnya kepada undi UMNO
setelah ditolak mentah-mentah oleh kaum Cina termasuk dari MCA.
5. Walaubagaimanapun, di kalangan sesetengah pihak, pemansuhan
Akta ini dilihat sebagai keberanian dan kesungguhan kerajaan untuk melakukan
transformasi. Untuk itu, Akta
Keharmonian Nasional diperkenalkan bagi menggantikan Akta Hasutan.
6. Keputusan ini telah diumumkan oleh Dato’ Seri Najib Tun
Razak pada 11 Julai 2012 di dalam satu majlis makan malam Jabatan Peguam
Negara.
7. Melalui akta baru ini, beberapa perkara dari Akta Hasutan
dikekalkan iaitu yang berkaitan dengan kuasa kerajaan dalam tiga perkara iaitu:
a) Mendatangkan
kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada
Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja;
b) Mengembangkan
perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang
berlainan di Malaysia dan
c) Mempersoalkan
apa-apa hak, kedudukan istimewa, kedaulatan atau prerogative sebagaimana yang
ditetapkan atau dilindungi oleh Peruntukan Bahagian III atau Perkara 152,153
dan 181 Perlembagaan Persekutuan.
Jabatan Peguam Negara telah ditugaskan sebagai agensi yang
bertanggungjawab untuk meneliti perkara ini.
8. Pada dasarnya, Akta Keharmonian Nasional membawa pendekatan
yang lebih longgar untuk rakyat untuk melemparkan kritikan atau ketidakpuasan
hati dengan syarat ia tidak membawa niat jahat dan menghasut.
9. Justeru, dengan jaminan kerajaan untuk mengekalkan kuasa
bagi menghalang berlakunya ketegangan yang mungkin berpunca dari kelonggaran
ini, tidak ada sebab untuk rakyat terus merasa musykil mengenai akta baru ini.
Wednesday, 17 July 2013
MENJAWAP KEMBALI FATWA SONGSANG AZHAR IDRUS
1. Pasti ramai yang masih ingat mengenai fatwa terbaru penghibur agama yang di angkat sebagai penceramah tersohor Azhar Idrus yang mengatakan ‘Siapa Yang Memberi Undi Menjatuhkan Kerajaan Islam Maka Di Menempah Tiket Ke Neraka’ di dalam akhbar Sinar Harian tidak berapa lama dahulu.
2. Sebelum kita ulas secara
panjang lebar ada baiknya kita melihat sudut pandang ulamna terdahulu mengenai
takrifan negara Islam. Antaranya penegasan oleh Imam Abu Bakar al-Isma'ili
rahimahullah (wafat: 371H).
"Dan mereka (Ahlus Sunnah
wal-Jama'ah) mengimani (mengakui) bahawa sesebuah negara (daar) adalah negara
Islam bukan negara kafir, apabila masih terdapat seruan (azan) untuk solat dan
solat didirikan dengan zahir (terang-terangan) dan ahlinya (rakyatnya) pula
sentiasa bebas mendirikannya dalam suasana aman." (Rujuk: Abu Bakr
al-Isma'ili, I'tiqad A'immatul Hadis, ms. 31, Bab: Daar al-Islam - Maktabah
Syamilah)
3. Bahkan majoriti ulama Ahli
Sunnah wal Jamaah seperti Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah, Imam Nawawi, Syeikh
Nashiruddin al-Albani dan beratus-ratus lagi ulama salafi dahulu dan kini
memberi kesimpulan berkenaan ciri-ciri sesebuah negara Islam di dalam
kitab-kitab mereka melalui hadis-hadis Nabi SAW berkenaan kepimpinan dan
negara.
4. Mereka telah menggariskan
kriteria dan ciri-ciri utama sesebuah negara Islam itu ialah pemimpin utamanya
seorang muslim dan majoriti rakyatnya beragama Islam, dilaungkan azan,
didirikan solat jemaah dua Hari Raya setiap tahun dan solat Jumaat setiap
minggu. Sekiranya ciri-ciri ini sudah terpenuhi maka wilayah atau negara
tersebut adalah negara Islam.
5. Seterusnya mari kita lihat
ungkapan pemimpin dunia yang pernah mengeluarkan kenyataan memuji Malaysia
sebagai salah sebuah negara Islam malah ada yang pernah mengatakan modul yang
digunakan oleh kerajaan adalah yang terbaik.
6. Imam Masjid Nabawi, Madinah,
Shaikh Solah Mohammed al-Budair ketika berada di negara ini tidak lama dahulu
pernah memberikan pengiktirafan ke atas Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Menurut Shaikh Solah, kejayaan Malaysia sebagai negara Islam harus terus
menjadi contoh dan teladan bagi umat Islam di negara-negara Islam yang lain.
7. Seterusnya Naib Mursyidul
Am, Ikhwan Muslimin, Ir Khayrat Syater juga pernah mengatakan, modul negara
Malaysia, adalah modul negara Islam pertama yang berjaya mencapai tahap negara
maju.
8. Menteri Kesihatan Hamas Dr
Mufid El Mukhalalati turut merasakan Malaysia patut dijadikan contoh oleh
negara Islam di seluruh dunia sambil menyanjung tinggi kemurahan hati Malaysia
dalam membantu rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas, Dr Mufid menganggap
Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi kemajuan
penyelidikan saintifik dan pembangunan.
9. Malaysia juga pernah
mendapat pengiktirafan sebagai model negara Islam yang baik untuk dijadikan ikutan
terutama oleh negara Islam lain, yang sebahagiannya kini sedang menghadapi
bantahan rakyat. Ini adalah kesimpulan yang dibuat pada Persidangan Pergerakan
Sedunia Untuk Keadilan, Keamanan dan Kemuliaan Insan tidak berapa lama dahulu.
10. Selain dari itu ramai
dikalangan pelawat luar yang ditemui seperti dari Palestin, Somalia dan
Afghanistan, turut mengakui dan mengagumi kepimpinan Islam di Malaysia di bawah
pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang gigih membina
transformasi.
11. Malah negara kita juga
pernah diiktiraf oleh negara barat seperti Amerika Syarikat dan Eropah sebagai
negara Islam contoh kerana berjaya mengurus tadbir semua bidang termasuk
perpaduan dalam kalangan semua masyarakat. Mereka juga turut
kagum dengan kestabilan
Malaysia di sebalik masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama.
12. Presiden Guinea, Alpha Conde
ketika seisi lawatan rasminya ke Malaysia juga pernah menyifatkan Malaysia
sebagai contoh negara Islam yang berjaya dan patut diteladani. Selain dari itu,
beliau turut berhasrat untuk mencari pengetahuan dan belajar daripada Malaysia
serta mahu mengamalkan dan mengguna pakai pelajaran yang terdapat di negara
ini.
13. Semua komen dan pandangan
yang diberikan itu adalah merupakan salah satu dari manifestasi pengakuan pemimpin
dan tokoh-tokoh Islam di negara lain tentang apa yang telah berjaya dilakukan
oleh pemimpin negara ini.
14. Kesimpulannya, ahli dan
penyokong Pas seharusnya akur dan tunduk dengan fatwa yang dikeluarkan oleh
Azhar Idrus yang terkenal dengan jolokan ustaz kemah-keming. Memandangkan
Malaysia adalah sebuah negara Islam yang telah diiktiraf maka, sebarang
percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan Islam ini, akan menyebabkan mereka
menempah ke Neraka.
Kepada para pengundi di
Kuala Besut, pastikan 24 Julai ini anda tetap dengan pendirian untuk memangkah
calon dari Barisan Nasional
Tuesday, 16 July 2013
Monday, 15 July 2013
DAP DIBELAKANG DUTA VATICAN CITY ?
1. Umat Islam di Malaysia amat marah dengan kenyataan biadap Duta Vatican City ke negara ini yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH di kalangan penganut Kristian.
2. Sokongan yang dizahirkan oleh wakil Paus Francis I, Archbishop Jose Marino bukan sahaja telah mengguris hati dan perasaan umat Islam makah secara terangan mencampuri urusan dalaman Malaysia.
3. Apatah lagi beliau telah menunjukkan sikap yang amat tidak sensitif ketika umat Islam baru sahaja masuk hari kedua mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan al Mubarak.
4. Tentangan hebat daripada badan-badan kerajaan Islam dan Melayu seharusnya diberi pujian dan kalungan penghargaan kerana mereka dengan pantas dan cepat mengutuk keras serta mengecam kenyataan Marino.
5. Yang menjadi persoalan mengapa beliau menjadi amat berani sekali memberi komen sedemikian walaupun baru menyerahkan watikah pelantikan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 28 Mei lalu.
6.Tentu sekali sebagai seorang diplomat yang berpengalaman luas, Marino tahu batasan dan skop tugas sebagai seorang duta yang mewakili negaranya.
7. Apatah lagi jika ia mewakili ketua penganut Kristian Katholik dan dihantar pula ke sebuah negara Islam seperti Malaysia.
8. Mencampuri hal ehwal dalaman sesebuah negara adalah antara sempadan larangan yang digariskan begitu jelas dalam protokol hubungan diplomasi antarabangsa.
9. Jelas apa yang dilakukan oleh duta tersebut adalah sesuatu yang terancang dan secara sedar bahawa kenyataan beliau akan mengundang kemarahan umat Islam di negara ini.
10. Ini tidak lain tidak bukan adalah sebab faktor pengaruh parti rasis Dap yang amat lantang sekali memperjuangkan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian.
11. Sudah menjadi agenda jelas barisan pimpinan tertinggi dap berbangsa Cina yang rata-rata beragama Kristian Katolik untuk menyebarluaskan pengaruh agama itu di kalangan umat Islam.
12. Dap adalah penerus gerakan Kristianisasi di negera ini sejak zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris lagi.
13. Jadi tidak hairanlah apabila antara agenda utama Dap dalam pakaran pembangkang ialah memperkenalkan tradisi-tradisi Kristian kepada pemimpin-pemimpin Muslim dalam Pas dan PKR.
14. Antaranya ialah tradisi memasang lilin samada untuk mengingati kematian Teoh Beng Hock, A. Kugan atau memegang lilin dengan berpakaian serba hitam dalam perhimpunan politik mereka.
15. Pemimpin Muslim Pas termasuk tok-tok guru dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertindak seperti orang jahil dan tidak menggunakan akal untuk berfikir implikasi perbuatan mereka tersebut.
16. Malah ahli parlimen Pas dari Shah Alam, Khalid Samad tidak segan silu kerap berkunjung ke gereja kononnya untuk berdakwah tetapi kesan yang diperolehi adalah sebaliknya!
17. Kenyataan ahli parlimen Dap dari Seputeh, Teresa Kok yang menolak Islam sebagai agama persekutuan negara ini juga menjurus kepada pertentangan dengan unat Islam.
18. Apatah lagi Marino mengakui dalam temuramah bersama media bahawa beliau mengadakan pertemuan serta perbincangan dengan pemimpin-pemimpin gereja tempatan di mana kalimah ALLAH telah dibangkitkan.
19. Ini menunjukkan terdapat usahasama rahsia di antara duta Paus Francis I, pihak gereja dan juga Dap yang mensasarkan umat Islam negara ini.
20. Gerakan Kristianisasi mendapat suntikan dan tenaga baru dengan kenyataan Marino yang bias kepada penganut Kristian.
21. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana hujah mantap dan tidak boleh disanggah telah diberikan oleh para ulama yang mengatakan ALLAH adalah katanama khususnya hanya untuk penganut Islam sahaja.
22. Namun atas perancangan licik untuk memecahbelah serta mengelirukan umat Islam, Dap terus menyerang Islam di negara ini.
23. Dap bukan sahaja mahu orang Melayu tunduk dengan pujuk rayu dan janji-janji palsu parti itu tetapi juga mengajak orang Melayu masuk Kristian secara halus.
24. Jika tindakan tidak diambil terhadap Marino samada beliau diusir dari Malaysia atau diberi kutukan ang keras oalh pihak Kerajaan, ini bukanlah terakhir perkara ini akan berlaku.
25. Umat Islam sentiasa haruslah ingat peringatan ALLAH di dalam Al-Qur'an bahawa orang-orang Nasrani dan Yahudi tidak akan sesekali akan redha dengan orang Muslim.
26. Hanya berpegang teguh dengan peringatan ini, umat Islam di Malaysia akan selamat dan terlindung daripada asakan gerakan Kristianisasi yang semakin mengganas.
Thursday, 11 July 2013
PRK KUALA BESUT: PAS TIDAK PERCAYA AZLAN?
Walaupun melafaz baiah sudah menjadi amalan PAS sekian lama, tetapi tindakan PAS menyuruh calonnya bagi PRK Kuala Besut iaitu, Azlan @ Endut Yusoh melafazkan baiah di khalayak ramai, dilihat sebagai masalah ‘kurang keyakinan diri’ yang kronik bagi parti itu. Selama ini, PAS hanya menuntut calon melakukannya secara tertutup di dalam bilik dengan dihadiri pemimpin-pemimpin tertentu sahaja. Inilah kali pertama parti itu menuntut lafaz baiah secara terbuka di hadapan orang ramai.
Akur dengan arahan parti, Azlan telah pun melafazkan baiah
bahawa beliau akan dilaknat Allah SWT jika melompat parti sekiranya PAS menang
di Kuala Besut.
Persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah kenapakah PAS
mengambil pendekatan berbeza terhadap Azlan?
Kenapa beliau tidak dituntut berbaiah secara tertutup sahaja? Apa signifikannya baiah tersebut
diperdengarkan kepada umum?
Satu-satunya penjelasan ialah PAS meragui kesetiaan
Azlan. Harapan PAS, Azlan tidak akan
berani melanggar baiah sekiranya terlalu ramai saksi yang telah mendengar
beliau melafazkannya.
Azlan merupakan kontraktor bangunan dan kejuruteraan awam –
Kelas A. Ini sekali gus meletakkan
beliau sebagai salah seorang yang mendapat manfaat langsung dari kemajuan yang
di bawa oleh kerajaan Barisan Nasional di negara ini. Malah, kita tidak hairan jika kebanyakan
projek-projek yang membolehkan beliau menjadi ‘orang kaya’ di Kuala Besut,
merupakan projek-projek kerajaan BN sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
Dalam kata lain, Azlan kemungkinan besar telah terlalu
banyak memakan budi UMNO. Justeru, PAS
amat khuatir jika beliau bertindak ‘membalas budi’ UMNO dengan cara lompat
parti.
Jika benar Azlan telah memakan budi UMNO sehingga dinobatkan
sebagai orang kaya, maka tindakannya untuk bertanding atas tiket PAS di Kuala
Besut boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan.
Ini kerana PAS sering mencemuh dan menuduh BN sebagai ‘tidak
berbuat apa-apa’ untuk membantu Melayu walaupun telah lebih sedekad
berkuasa. PAS juga sering menuduh UMNO
memberi projek kepada kroni sahaja dan membiarkan rakyat jelata hidup susah,
tertindas dan sengsara.
Namun, kewujudan Azlan, seorang kontraktor PAS yang kaya
dengan sendirinya menafikan segala tuduhan tersebut. Tidak mungkin Azlan kaya tanpa UMNO memainkan
peranan untuk menyediakan peluang perniagaan kepadanya, termasuk
syarikat-syarikat pembekalan atau sokongan bagi membolehkan perniagaannya
maju. Persekitaran dan peluang
perniagaan sebegini hanya boleh diwujudkan oleh kerajaan yang cekap dan
prihatin.
Atas hakikat inilah maka kita tidak hairan jika PAS begitu
meragui kesetiaan Azlan. Pada bila-bila masa saja Azlan boleh ‘terkenang’
kembali akan budi UMNO kepadanya. Atau
Azlan mungkin juga perlu mengharap budi UMNO lagi di masa depan bagi
membolehkan perniagaannya terus berkembang maju. Di waktu itu, perkara utama bagi Azlan
pastinya mengenai ‘survival’ diri dan bukan lagi ‘survival’ PAS.
Tuesday, 9 July 2013
SALAM RAMADHAN DARI MH: SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT OLEH MELAYU MALAYSIA
Salam Ramadhan Al-Mubarak dari MH. Ingat belilah barangan buatan Bumiputera. Berikut adalah senarai barangan keluaran cina DAP. Jangan beli tau.... kita boikot.
Subscribe to:
Posts (Atom)