1. Pasti ramai yang masih ingat mengenai fatwa terbaru penghibur agama yang di angkat sebagai penceramah tersohor Azhar Idrus yang mengatakan ‘Siapa Yang Memberi Undi Menjatuhkan Kerajaan Islam Maka Di Menempah Tiket Ke Neraka’ di dalam akhbar Sinar Harian tidak berapa lama dahulu.
2. Sebelum kita ulas secara
panjang lebar ada baiknya kita melihat sudut pandang ulamna terdahulu mengenai
takrifan negara Islam. Antaranya penegasan oleh Imam Abu Bakar al-Isma'ili
rahimahullah (wafat: 371H).
"Dan mereka (Ahlus Sunnah
wal-Jama'ah) mengimani (mengakui) bahawa sesebuah negara (daar) adalah negara
Islam bukan negara kafir, apabila masih terdapat seruan (azan) untuk solat dan
solat didirikan dengan zahir (terang-terangan) dan ahlinya (rakyatnya) pula
sentiasa bebas mendirikannya dalam suasana aman." (Rujuk: Abu Bakr
al-Isma'ili, I'tiqad A'immatul Hadis, ms. 31, Bab: Daar al-Islam - Maktabah
Syamilah)
3. Bahkan majoriti ulama Ahli
Sunnah wal Jamaah seperti Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah, Imam Nawawi, Syeikh
Nashiruddin al-Albani dan beratus-ratus lagi ulama salafi dahulu dan kini
memberi kesimpulan berkenaan ciri-ciri sesebuah negara Islam di dalam
kitab-kitab mereka melalui hadis-hadis Nabi SAW berkenaan kepimpinan dan
negara.
4. Mereka telah menggariskan
kriteria dan ciri-ciri utama sesebuah negara Islam itu ialah pemimpin utamanya
seorang muslim dan majoriti rakyatnya beragama Islam, dilaungkan azan,
didirikan solat jemaah dua Hari Raya setiap tahun dan solat Jumaat setiap
minggu. Sekiranya ciri-ciri ini sudah terpenuhi maka wilayah atau negara
tersebut adalah negara Islam.
5. Seterusnya mari kita lihat
ungkapan pemimpin dunia yang pernah mengeluarkan kenyataan memuji Malaysia
sebagai salah sebuah negara Islam malah ada yang pernah mengatakan modul yang
digunakan oleh kerajaan adalah yang terbaik.
6. Imam Masjid Nabawi, Madinah,
Shaikh Solah Mohammed al-Budair ketika berada di negara ini tidak lama dahulu
pernah memberikan pengiktirafan ke atas Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Menurut Shaikh Solah, kejayaan Malaysia sebagai negara Islam harus terus
menjadi contoh dan teladan bagi umat Islam di negara-negara Islam yang lain.
7. Seterusnya Naib Mursyidul
Am, Ikhwan Muslimin, Ir Khayrat Syater juga pernah mengatakan, modul negara
Malaysia, adalah modul negara Islam pertama yang berjaya mencapai tahap negara
maju.
8. Menteri Kesihatan Hamas Dr
Mufid El Mukhalalati turut merasakan Malaysia patut dijadikan contoh oleh
negara Islam di seluruh dunia sambil menyanjung tinggi kemurahan hati Malaysia
dalam membantu rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas, Dr Mufid menganggap
Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi kemajuan
penyelidikan saintifik dan pembangunan.
9. Malaysia juga pernah
mendapat pengiktirafan sebagai model negara Islam yang baik untuk dijadikan ikutan
terutama oleh negara Islam lain, yang sebahagiannya kini sedang menghadapi
bantahan rakyat. Ini adalah kesimpulan yang dibuat pada Persidangan Pergerakan
Sedunia Untuk Keadilan, Keamanan dan Kemuliaan Insan tidak berapa lama dahulu.
10. Selain dari itu ramai
dikalangan pelawat luar yang ditemui seperti dari Palestin, Somalia dan
Afghanistan, turut mengakui dan mengagumi kepimpinan Islam di Malaysia di bawah
pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang gigih membina
transformasi.
11. Malah negara kita juga
pernah diiktiraf oleh negara barat seperti Amerika Syarikat dan Eropah sebagai
negara Islam contoh kerana berjaya mengurus tadbir semua bidang termasuk
perpaduan dalam kalangan semua masyarakat. Mereka juga turut
kagum dengan kestabilan
Malaysia di sebalik masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama.
12. Presiden Guinea, Alpha Conde
ketika seisi lawatan rasminya ke Malaysia juga pernah menyifatkan Malaysia
sebagai contoh negara Islam yang berjaya dan patut diteladani. Selain dari itu,
beliau turut berhasrat untuk mencari pengetahuan dan belajar daripada Malaysia
serta mahu mengamalkan dan mengguna pakai pelajaran yang terdapat di negara
ini.
13. Semua komen dan pandangan
yang diberikan itu adalah merupakan salah satu dari manifestasi pengakuan pemimpin
dan tokoh-tokoh Islam di negara lain tentang apa yang telah berjaya dilakukan
oleh pemimpin negara ini.
14. Kesimpulannya, ahli dan
penyokong Pas seharusnya akur dan tunduk dengan fatwa yang dikeluarkan oleh
Azhar Idrus yang terkenal dengan jolokan ustaz kemah-keming. Memandangkan
Malaysia adalah sebuah negara Islam yang telah diiktiraf maka, sebarang
percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan Islam ini, akan menyebabkan mereka
menempah ke Neraka.
Kepada para pengundi di
Kuala Besut, pastikan 24 Julai ini anda tetap dengan pendirian untuk memangkah
calon dari Barisan Nasional
Aku rasa aku kena sokong Patwa si Azhar ni. Memang betul apa yang dia cakap 'Siapa Yang Memberi Undi Menjatuhkan Kerajaan Islam Maka Di Menempah Tiket Ke Neraka’.
ReplyDeleteMemang kita kena sokong sangat Kerajaan Islam, lebih2 lagi sekarang ni. Tengoklah apa dah jadi dengan Alvavi yang sesuka hati dia saja mempersendakan Islam. Lihat juga betapa senangnya Duta Vatican buat komen pasal kalimah Allah. Malah Ahli Parlimen DAP pun berani pertikai Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Dia sumpah apa masa nak jadi Ahli Parlimen dulu aku pun tak tau, senang2 dan suka2 nak kritik apa yang termaktub dalam Perlembagaan. PAS nak tegur pun tak berani takut DAP dan PKR marah. Itulah bahananya kalau dah sanggup nak jadi hamba sahaya demi nak merasa sedikit kuasa memerintah Malaysia. Demi politik agama diletakkan ke tepi.
Kita nak harap kepada siapa lagi kalau bukan UMNO untuk TEGAKkan dan PERTAHANkan Kerajaan Islam.
'Siapa Yang Memberi Undi Menjatuhkan Kerajaan Islam Maka Di Menempah Tiket Ke Neraka’. Betul sangat tuuu...