Memperkenalkan manusia pelbagai wajah
Wednesday, 27 March 2013
Tuesday, 26 March 2013
BILA SESUMPAH PUN NAK BERSUMPAH, KOMPEM MENYUMPAH-NYUMPAH LEPAS NII
1. Laman Suara PR akhirnya
memberi sedikit harapan untuk puak pembangkang mengeluh lega setelah begitu
lama menunggu Anwar Ibrahim bersumpah mubahalah sepertimana yang dituntut oleh
berbagai pihak.
2. Menurut laman tersebut,
Anwar akan bersumpah pada suatu hari Jumaat minggu pertama bulan hadapan di
hadapan Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Acara tersebut akan turut disaksikan oleh Ulama-ulama besar PAS seperti
Nik Aziz dan Hadi Awang, termasuk beberapa tokoh agama luar negara. Ia dijangka menjadi ‘bom’ untuk mematikan
terus UMNO dan BN menjelang PRU nanti.
3. Memetik laporan laman
tersebut, Anwar akan bersumpah laknat bagi menafikan fitnah UMNO bahawa beliau
meliwat Saiful Bukhari secara paksa.
4. Nampaknya, dua perkataan
terakhir dalam kenyataan laman Suara PR mengenai sumpah ini, iaitu ‘secara
paksa’ telah membuatkan ramai pihak pembangkang sendiri merasa tidak senang
duduk. Mereka tertanya-tanya sesama
mereka, apakah ini bermakna Anwar meliwat Saiful atas dasar rela?
5. Ini kerana isu di sini bukan
‘rela atau paksa’ tetapi ‘liwat atau tidak’.
Sekali pandang, ayat laman Suara PR tersebut jelas menyatakan yang Anwar
telah meliwat.
6. Laman Suara PR sering
menjadi sasaran puak pembangkang sendiri terutamanya PAS kerana pendiriannya
yang jelas dalam soal LGBT, hubungan Anwar dengan Yahudi serta keterbukaan
dengan idea Malaysia Malaysia DAP.
Terdapat sindrom penafian yang hebat di kalangan PAS bahawa itulah
pendirian parti yang mereka anuti, iaitu Parti Pakatan Rakyat.
7. Secara dasarnya, PR adalah
parti berfahaman liberal dan terbuka kepada pluralisme. Ini adalah hakikat yang laman Suara PR begitu
nekad mempromosi dan PAS pula begitu galak menafi, manakala Anwar begitu giat
berdolak dalih mengenainya.
8. Difahamkan laman Suara PR
diwujudkan oleh pihak Anwar bagi menguji, sekali gus mengasak minda masyarakat
Malaysia agar menerima fahaman pluralisme dan liberalisme. Namun, selagi masyarakat masih tidak mampu
menerimanya, Anwar akan mengambil pendekatan selamat dengan menafikan bahawa
laman itu adalah di bawah kawalannya.
9. Keputusan Anwar untuk
bersumpah akan ‘kesucian’ dirinya walaupun setelah dua kes liwat berlalu, dan
dua video disebarkan amatlah meragukan.
Apatah lagi apabila desakan untuk beliau berbuat demikian telah lama
kedengaran tetapi ditepis dengan alasan ‘bersumpah-sumpah bukanlah cara Islam’
dan berbagai-bagai alasan lagi. Malah
laman Suara PR juga turut mengulangi alasan ini dengan berkata “sumpah
Muhabalah ini, sebetulnya bukanlah sebahagian dari ajaran Islam pun sebaliknya
amalan serupa yang diceduk dari agama lain dengan sedikit pengubahsuaian.”
10. Namun, laman tersebut tetap
menyambut baik keputusan Anwar bagi memuaskan hati segelintir umat Islam yang
katanya, ‘telah terbiasa dengan amalan tersebut sejak zaman-berzaman’. Malah, kata penulis laman tersebut lagi,
‘orang Hindu juga percaya pada sumpah laknat’ dengan merujuk kepada tindakan mendiang
Bala yang turut bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya.
11. Untuk rekod, mangsa dalam
kes liwat II iaitu Saiful Bukhari telah pun bersumpah laknat pada 15 Ogos 2008,
dengan diiringi oleh bapanya sendiri yang kini berpaling tadah. Malah Saiful juga dikhabarkan telah bersumpah
dan berdoa di hadapan kaabah. Tindakan
Saiful benar-benar memberi tamparan hebat sehingga menyebabkan ramai yang
meninggalkan Anwar.
12. Oleh itu, segelintir
pencacai Anwar mungkin merasa gembira dengan berita Anwar akan bersumpah ini
dan menganggap ia sebagai satu peluru tepat bagi mematikan terus tuduhan liwat
ke atas pemimpin mereka itu.
13. Namun, suka atau tidak,
mereka harus akui bahawa dua perkataan terakhir yang ditulis oleh laman Suara
PR telah menjadi peluru yang memakan tuan.
14. Untuk pengetahuan Anwar,
biarpun beliau masih mempunyai sokongan yang agak kuat dari orang Melayu
melalui PAS, tetapi sedarlah bahawa sokongan tersebut adalah kerana mereka
berada dalam sindrom penafian bahawa Anwar benar-benar seorang biseksual
tegar.
15. Jelas, bahawa sokongan yang
diterima Anwar adalah atas dasar penipuan semata-mata. Sekiranya Anwar menunjuk dan mengakui hakikat
dirinya yang sebenar iaitu seorang biseksual, serta berdiri atas nama
liberalisme, pluralisme, LGBT dan pro-Yahudi, maka sokongan terhadap Anwar
mungkin tidak cukup untuk memenuhi sebuah padang sekolah sekali pun.
16. Hakikatnya, Anwar adalah
seekor sesumpah dan mampu melakonkan apa saja watak bagi meraih sokongan. Anwar tahu bahawa beliau tidak akan punya
apa-apa lagi di dunia ini jika beliau menghentikan segala lakonan
tersebut.
17. Apapun, kita tunggu dan
lihat sahaja bagaimana sesumpah ini akan bersumpah melaknat dirinya sendiri
jika beliau bercakap bohong. Tetapi,
jangan pula terkejut jika beliau bukannya bersumpah pada hari tersebut, tetapi
hanya menyumpah-nyumpah seranah sesiapa sahaja yang bertanyakan mengenainya.
INSIDEN LAHAD DATU: ANTARA KONSPIRASI TERANCANG UMNO ATAU TIAN CHUA?
Dalang Lahad Datu
Detected!!! Saksikan kronologi tercetusnya insiden pencerohan Lahad Datu!
Jom kita desak Suruhanjaya Siasatan Diraja
dilaksanakan segera untuk menyiasat dalang dan pihak ketiga yang terlibat dalam
kes pencerobohan SABAH!! Pihak pembangkang pun perlu sokong Suruhanjaya
Diraja ini untuk membersihkan nama 3 pemimpin PKR yang mempunyai kaitan yang
sangat rapat dengan penceroboh iaitu Anwar Ibrahim, Sivarasah dan Tian Chua!!
Allahuakbar!!
16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia
dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.
17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari.
Pertemuan kurang 1 Jam.
18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim
RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar
Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.
12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut
mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.
18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari!
Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus.
2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin"
dengan lagu "SABAH NAK HILANG"
1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi
mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG"
17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh
secara salah di Laut Sulu.
29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia
"SABAH DAH HILANG"
7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R.
Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang.
Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence.Anwar turut
berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod
dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence.
8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu,
pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga
masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang. Mereka meneka istilah
Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim.
9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas
Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.2.2013.
- Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R.
Sivarasa mendarat di KLIA.
16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh PGA.
19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram
di sekitar Kg. tandou dan Kg. Tg. Batu di Lahad Datu.
- Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua
dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina.
28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen
akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan
keselamatan kita.
- Anwar berharap dengan "peperangan" yang
meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah. Anwar
berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung.
- Pada hari yang sama Anwar menyanyi dengan gembira
lagu "SABAH DAH HILANG"
1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters,
Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin
Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam
Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military
Intelligence!
- Pada hari yang sama, Tian Chua mengatakan kes di
Lahad Datu SANDIWARA!
4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan
Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih
tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"!
7.3.2013 - Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim supaya
memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui
Johari Abdul.
- Nur Misuari dalam FB nya menyatakan
Kegembiraannya, Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar!
10.3.2013 - Ejen kami seorang Palauk yang terlatih,
memaklumkan kepada kami bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal
elitnya atau 4 orang askar MNLF.
- Sebuah lagi Media Internasional, Global Research
mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad
Datu!
11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya
menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu, bersama-sama
mereka sejumlah Senjata M16, senapang patah, pistol dan senjata tradisonal
seprti parang dan pisau.
12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan
"Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu.
13.3.2013 - Azmin Ali Mengakui Anwar memang ada
menghubungi Nur Misuari!
15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry
Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila.
16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan
mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan
pengganas Kiram di Lahad Datu!
20.3.2013 - Akhirnya, tidak tahan dengan pendedahan
demi pendedahan, Anwar mengaku ada menemui Nur Misuari !
21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau.
Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah, Dibayar dan
Dijanjikan bayaran.
22.3.2013 - Ejen Palauk kami di Kunak dan Lahad
Datu menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari
"Tokoh pembangkang Malaysia", lebih tepat "Anwar Ibrahim"
(Butiran maklumat akan menyusul selepas ditranslate ke dalam bahasa Melayu).
Monday, 25 March 2013
BILA ALIM ULAMA SENDIRI MULA MENJAUHKAN DIRI DARI PAS
1. Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari
golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah,
cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama,
kali ini segalanya berubah.
2. Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.
3. Di mana-mana sahaja pusat pengajian pondok di Kelantan tika ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.
4. Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.
5. Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.
6. Ini menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS juga ada tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.
7. Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).
8. Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.
9. Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.
10. Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya.
11. Hasil dukungan dan sokongan mereka kepada UMNO menyebabkan PAS semakin tempang, dek kerana itu bukan lagi sesuatu yang pelik bila mana banyak aktiviti politik PAS tidak lagi meriah seperti dulu, memaksa PAS mengeluarkan surat arahan kerahan kepada ahli parti demi meramaikan sesuatu majlis yang disertai pemimpin utamanya.
12. Manakala di pihak UMNO, saban waktu di mana sahaja kempen penerangan dan aktiviti parti di adakan pasti sahaja mendapat sambutan hangat rakyat Kelantan. Hadirin yang datang tidak lagi terhad dari kalangan ahli dan penyokong UMNO, sebaliknya turut melibatkan ramai ahli dan penyokong PAS serta golongan non-partisan.
13. Senario yang berlaku ini berkait rapat dengan kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP & PKR.
14. Malah keaktifan UMNO menggerakkan jentera penerangan mendekati rakyat di samping pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.
15. Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah.
16. Suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat, zaman untuknya terus bergoyang kaki di singgah sana pemerintahan negeri kini hanya menghitung hari-hari terakhir. Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk pemimpin-pemimpin PAS.
2. Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.
3. Di mana-mana sahaja pusat pengajian pondok di Kelantan tika ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.
4. Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.
5. Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.
6. Ini menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS juga ada tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.
7. Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).
8. Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.
9. Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.
10. Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya.
11. Hasil dukungan dan sokongan mereka kepada UMNO menyebabkan PAS semakin tempang, dek kerana itu bukan lagi sesuatu yang pelik bila mana banyak aktiviti politik PAS tidak lagi meriah seperti dulu, memaksa PAS mengeluarkan surat arahan kerahan kepada ahli parti demi meramaikan sesuatu majlis yang disertai pemimpin utamanya.
12. Manakala di pihak UMNO, saban waktu di mana sahaja kempen penerangan dan aktiviti parti di adakan pasti sahaja mendapat sambutan hangat rakyat Kelantan. Hadirin yang datang tidak lagi terhad dari kalangan ahli dan penyokong UMNO, sebaliknya turut melibatkan ramai ahli dan penyokong PAS serta golongan non-partisan.
13. Senario yang berlaku ini berkait rapat dengan kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP & PKR.
14. Malah keaktifan UMNO menggerakkan jentera penerangan mendekati rakyat di samping pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.
15. Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah.
16. Suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat, zaman untuknya terus bergoyang kaki di singgah sana pemerintahan negeri kini hanya menghitung hari-hari terakhir. Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk pemimpin-pemimpin PAS.
Sunday, 17 March 2013
Monday, 11 March 2013
PANAS TERBAKAR: WIKILEAKS DEDAHKAN ANWAR IBRAHIM DAN NUR MISUARI BERKOMPLOT UNTUK SERANG SABAH
1. RM6 juta adalah sebahagian kos yang
dibelanjakan oleh Suaram untuk membiayai pengganas Sulu yang
menceroboh Sabah dan membunuh anggota keselamatan.Tanpa bantuan kewangan
pengganas ini sudah pasti tidak akan mampu membeli senjata yang moden kerana
harganya yang sangat mahal.
Petikan dari Mynewshub:
“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat
adalah antara yang paling memeranjatkan.
“Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah
pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.
“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke
RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer).,”
lapor laman itu lagi. M-16, M-14 – Rifle untuk penembak tepat, Light Machine
Gun – LMG, General Purpose Machine Gun – GPMG, M203 – grenade launcher, AK47,
Bom tangan (dipercayai dimiliki kumpulan berkenaan), Rocket Propelled Grenade –
RPG (Anti kereta kebal) antara senjata yg dipercayai di gunakan oleh pegganas
ini.
2. Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian
adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila
kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.
Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17hb Januari iaitu
24hari sebelum pendaratan penceroboh keatas Sabah pada 11 Februari 20113.
3. Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar
keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh
tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang dikawasan Tubbataha
Reef.
4. Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa
kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri
kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap
meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti. Timbalan Pengerusi WWF-Filipina
,Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan
sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.
5. Berdasarkan risikan Filipina,kapal perang tersebut
telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak
dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina USS Guardian mendakwa kapal mereka
tersangkut dikawasan terumbu tersebut,ketika itu apabila pengawal marin
Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian
bersedia untuk menembak pihak marin Filipina
6. Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah
dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa gesa. Dalam sejarah
Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman
bukan dimedan perang.
7. Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina,
terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat
dan memunggah barang barang.Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang
menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak
dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak anak kapal
USS Guardian terus dihantar ke Jepun.
8. Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai,
Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu
Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan keatas Sabah mendedahkan ada pihak
yang lebih besar dibelakang Jamalul Kiram III. Menurutnya terdapat kehadiran
sekumpulan lelaki berkulit putih didalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum
mereka menyusup masuk ke Sabah.
9. Penglibatan Anwar,Tian Chua dan Sivarasa makin hari
makin terdedah,penafian dan diversi isu digarap dan dilemparkan seluas mungkin.
Matlamat Anwar hanya mahu mengkambing hitamkan pengganas Sulu semata mata mahu
membuktikan bahawa negara tidak selamat dibawah pemerintahan BN.
10. Terkini wikileaks DISINI mendedahkan bahawa Nur Misuari
telah merancang untuk menyerang Sabah seawal 2007,setelah mendapat bantahan
daripada pentadbiran Tun Abdullah Badawi pada ketika itu,Nur Misuari telah
membatalkan hasrat beliau untuk menyerang Sabah.
11. Maklumat yang didedahkan oleh wikileaks juga menyatakan
Anwar mempunyai hubungan yang rapat dengan Nur Misuari.Malah turut mendedahkan
Anwar beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Nur Misuari.
P/S: ” Sabah mempunyai simpanan minyak dan gas yang
menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah
mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak
11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai
diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana
192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari. “
Friday, 8 March 2013
QUESTION AND ANSWER INSIDEN PENCEROBOHAN LAHAT DATU DAN OPS DAULAT
Soalan
1
|
Bagaimana pengganas boleh melepasi perairan Negara yang dikawal ketat
?
|
Jawapan
|
Penyusupan dibuat secara terancang
dalam masa yang lama, dan ramai dikalangan mereka memang sudah berada lama di Sabah dan hanya menunggu masa untuk uprising..dan masanya adalah pada hari
itu
|
Soalan
2
|
Kenapa pihak keselamatan lambat mengarahkan pihak ATM
untuk bertindak menangani ancaman tersebut di peringkat permulaan
krisis itu ?
|
Jawapan
|
Kerana ia dilihat lebih kepada
isu yang terletak dibawah bidang kuasa polis [jurisdiction] dan
kerajaan berhasrat untuk menyelesaikan secara diplomasi tanpa melibatkan
pertumpahan darah
|
Soalan
3
|
Kenapa ATM menggunakan pesawat awam bagi menganngkut anggotanya
dari Semenanjung ke Sabah ?
|
Jawapan
|
Menjimatkan Masa, Lebih Ramai anggota
boleh dibawa dan memberi keselesaan kepada anggota yang akan berjuang.
|
Soalan
4
|
Adakah patut tindakan mengunakan pesawat pengebom , mortar dan
kelengkapan asset ATM yang lain semasa permulaan offensive menentang
pengganaas ?
|
Jawapan
|
Memang patut kerana inilah masanya
kita menggunakan asset yang ketenteraan dibeli selama ini.
|
Soalan
5
|
Apakah pandangan anda tentang anggota-anggota yang terkorban di
dalam operasi itu
|
Jawapan
|
Mereka adalah bunga bangsa, pahlawan
Negara.
|
Soalan
6
|
Pada sidang media hari kedua selepas offensive pihak keselamatan telah
menunjukkan gambar pengganas yg telah terkorban . Adakah gambar itu
benar ?
|
Jawapan
|
Sudah tentu , kerana pada masa itu
hanya 8 orang sahaja pasukan keselamatan yg telah disahkan terkorban dah di
dua tempat kejadian yg agak jauh dah sudah dikebumikan.
|
Soalan
7
|
Adakah insiden tersebut merupakan satu sindawara kerajaan yang
memerintah pada waktu itu?
|
Jawapan
|
Tidak mungkin kerana ia melibatkan
nyawa, maruah, keselamatan negara
|
Soalan 8
|
Adakah KIRAM mempunyai asas yang kukuh dan bernas untuk menceroboh
Sabah ?
|
Jawapan
|
Tidak kerana haknya telah hilang
setelah nenek moyangnya menyerahkan kepada British pada tahun 1874
|
sumber: DISINI
Thursday, 7 March 2013
Wednesday, 6 March 2013
Tuesday, 5 March 2013
NASRUDIN AKHIRNYA SAHUT SERUAN JIHAD MH, TAPI SAYANG DAH LAMBAT
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat Nasrudin Tantawi akhirnya menyahut seruan MH kepada Peserta BERSIH 1,2,3 dan Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat DISINI. Tapi sayangnya dah terlambat pun. Gamaknya Nasarudin terasa kot dengan cabaran MH. Ker dia terasa dia Comander in-Chief BERSIH 1,2,3 dan Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat kah kah kah.....
UPDATE PANAS: SEMUA ANGGOTA KESELAMATAN SELAMAT DALAM OPS SULU
Lahad Datu, 5 Mac - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiada anggota keselamatan yang terbunuh atau cedera dalam serangan ofensif terhadap pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah awal hari ini.
"Alhamdulillah jelas tiada kecederaan langsung (di pihak anggota
keselamatan).
"Tapi dalam konteks pihak musuh, itu kita kena tunggu kerana sekarang ini masih dalam operasi," katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Lahad Datu hari ini.
Tinjauan Bernama di pekan Chenderawasih yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Felda Sahabat 16 tengah hari ini mendapati beberapa ambulans bergerak di sekitar kawasan itu.
Selepas serangan ofensif pada pukul 7 pagi ini, sekitar kawasan itu kini tenang dan terdapat banyak sekatan jalan raya di sepanjang jalan ke pekan dan menuju ke Kampung Tanduo.
Bagaimanapun, bunyi deruan helikopter masih kedengaran di ruang udara kawasan itu dan di perairan pula kelihatan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membuat rondaan.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pasukan tentera menggunakan tiga jet pejuang F18 dan lima Hawk dalam serangan ofensif terhadap perkampungan yang menjadi kawasan pihak penceroboh.
Beliau berkata inilah adalah kali pertama operasi bersama antara ATM dan PDRM dan pihaknya sedang menjalankan usaha untuk menambah kekuatan anggota di kawasan itu.
"Apa yang ingin kami khabarkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kepercayaan yang diberi kepada ATM untuk lakukan operasi sebaik ini dan untuk pertahankan negara telah memberi keberhasilan," katanya.
Ahmad Zahid berkata kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan memberikan bantuan kemanusiaan, antaranya keperluan bekalan makanan kepada penduduk di Kampung Tanduo bagi memastikan mereka tidak menghadapi kesulitan.
Beliau berkata hubungan antara Malaysia dan Filipina tidak terjejas
berikutan insiden itu kerana ia hanya membabitkan sekelompok rakyat Filipina yang tidak mendapat restu daripada kerajaan negara itu.
"Apa yang penting hubungan yang baik antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina tetap dipertahankan," katanya.
Sementara itu, orang ramai boleh menghubungi Hotline di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah melalui talian 088-318555, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu (089-881255) atau IPD Semporna (089-782020) untuk sebarang pertanyaan.- BERNAMA
Monday, 4 March 2013
OPS SULU: UPDATE TERKINI DARI LAHAD DATU
7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.
7:30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah
8:18am: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.
"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.
8.19am Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.
8:30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.
8.45am: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.
8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.
9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.
9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.
9.37am: Menurut sati sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.
9.41am: Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom.
10.05am: Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.
11.30am : Pasukan keselamatan berjaya masuk ke kg dan melakukan proses penggeledahan
Terkini: Sumber keselamatan memberitahu, laporan sehingga kini mengesahkan tiada sebarang kecederaan di kalangan anggota pasukan keselamatan yang menjalankan serangan ke atas penceroboh di Lahad Datu, awal pagi ini
Pasukan keselamatan terdiri daripada
Tentera Darat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil alih operasi serangan
ke atas kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu sebentar tadi.
Sumber pasukan keselamatan memberitahu,
ini berikutan serangan udara ke atas penceroboh telah dihentikan sebelum itu.- UTUSAN
Subscribe to:
Posts (Atom)