mykmu.net

Tuesday, 25 June 2013

SUARAM SOKONG PENUTUPAN JONKER WALK KERANA SELARAS DENGAN KONVENSYEN PBB ?


Masih ingatkah anda dengan artikel ini? Ini bermakna penutupan Jonker Walk juga selaras dengan konvensyen PBB



1. Marah betul Tony Pua “Chu Kang” apabila Kerajaan Negeri Melaka menutup pasar malam, Jonker Walk, yang menjadi lokasi hampir 200 penjaja kaum Cina di negeri itu memperdagangkan barangan mereka.

2. “Pelawak” dari parti “chauvinis ultra kiasu” itu menuduh Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron sengaja berbuat demikian bagi membalas dendam terhadap kaum Cina di negeri Baba dan Nyonya itu kerana tidak memberikan undi pada BN pada PRU ke-13 awal Mei lalu.

3. “Tindakan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron ini boleh dilihat sebagai tindakan balas dendam kepada komuniti bukan Melayu. Ia ibarat memotong hidung pada wajah seseorang. Hanya semata-mata Idris Haron mahu balas dendam dan merosakkan komuniti Cina, beliau telah mengorbankan kepentingan warga Melaka dan ekonomi negeri itu,” – Tony Pua, DAP, 25 Jun 2013.

4. DAP nak menyalak? Menyalaklah sepuasnya. Kalau yang ditutup itu melibatkan pasar malam orang Melayu, ada ada menyalak? Guan Eng roboh dan sita gerai-gerai orang Melayu, Mamu, Mamak dan India di Pulau Pinang, ada dia menyalak? Rasis betul!

5. Saya yakin, sekiranya kita pernah ke bandaraya Melaka khususnya di waktu petang, kita akan dihimpit masalah kesesakan jalanraya yang sangat teruk terutama apabila menghampiri Jonker Walk.

6. Saya pernah sekali ke Jonker Walk dan saya dapati pasar malam itu hampir 100% dimonopoli oleh kaum Cina. Bukan peniaganya saja dari kaum Cina, bahkan barangan yang dijual itu pun hampir semuanya “made in China”!

7. Pada saya, pasar malam itu tidak sesuai dinamakan sebagai “Jonker Walk”, tapi lebih elok diberi nama “Chinese Walk”. Dan sudah tentu barangan yang didagangkan disitu kebanyakannya merupakan barangan tiruaN



8. Ketika Jonker Walk dibuka sekitar tahun 2010 dulu oleh Kerajaan BN Negeri Melaka, DAP Melaka adalah pihak yang pertama membantah keras tindakan tersebut. Kononnya Jonker Walk menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk di bandaraya bersejarah itu.

9. Setelah 3 tahun beroperasi, pihak berkuasa tempatan telah menerima banyak aduan mengenai masalah yang melibatkan Jonker Walk, terutama membabitkan kesesakan lalulintas sebagaimana yang dibantah DAP.

10. Ekoran itu, saya difahamkan bahawa Kerajaan BN Negeri Melaka terpaksa mengambil keputusan untuk menutup Jonker Walk. Itu pun ia bukannya ditutup untuk selama-lamanya.

11. Menurut laporan media, Jonker Walk hanya ditutup selama empat minggu bagi menguji sama ada dakwaan pasar malam itu penyebab utama kesesakan lalulintas di bandaraya itu benar atau tidak.

12. Secara mudah, jika benar ia menyebabkan kesesakan lalulintas, maka ia akan ditutup untuk selamanya. Akan tetapi, jika Jonker Walk didapati bukan penyebab kesesakan tersebut, maka ia akan dibuka semula selepas empat minggu diuji. Susah sangatkah nak faham?

13. Sebenarnya isu penutupan Jonker Walk itu mencetus kemarahan DAP kerana ia menjejas mata pencarian orang Cina di Melaka saja, dan bukannya kepada kaum lain. Bila “periuk nasi” orang Cina diusik, sudah tentulah Cina DAP rasis seperti Tony Pua akan melenting marah!

14. Pada hemat saya, penutupan Jonker Walk tidak menjejaskan kepentingan ekonomi “warga Melaka dan ekonomi negeri itu” sebagaimana yang didakwa Tony. Sebaliknya, ia hanya menjejaskan sedikit kepentingan orang Cina dan ekonomi kaum itu, tapi tidak pada orang lain.
Penutupan Jonker Walk itu dijangka akan meredakan penjualan barangan tiruan yang dijual secara berleluasa di Melaka selain menyebabkan kegiatan peniaga tanpa lesen orang Cina terbantut buat seketika.

15. Nak marah? Marahlah! Kita peduli apa? Pokoknya, Jonker Walk itu lebih banyak mudaratnya berbanding memberi faedah untuk negeri Melaka dan yang paling penting penutupan pasar malam itu tidak menyalahi undang-undang pun.


16. Dalam bahasa mudah, elok tutup saja Jonker Walk. Bukannya pasar malam Cina itu beri keuntungan pada negeri Melaka dan rakyatnya pun. Menyusahkan dan merugikan pihak berkuasa saja..kan?

Sunday, 23 June 2013

PANASS !!! CUBAAN PESERTA BLACKOUT505 HALANG ANWAR IBRAHIM ANGKAT SUMPAH GAGAL



13 saki baki peserta Blackout505 yang dihalau keluar oleh pihak DBKL di Padang Merbuk jam 4 pagi tadi, telah ditahan dan dibawa ke balai polis kerana cuba merempuh masuk ke bangunan parlimen.

Ironinya, tindakan merempuh bangunan Parlimen atas arahan Anwar Ibrahim kerana kononnya membantah keputusan PRU13 yang lepas, dilakukan ketika Anwar dan 88 ahli parlimen pembangkang yang lain, sedang mengangkat sumpah jawatan sebagai ahli parlimen.




Wednesday, 12 June 2013

KETAHUI 10 PENIPUAN BESAR ISRAEL KEPADA DUNIA




WARTAWAN Belgium, Michel Collon, menggunakan bukunya, ‘Israel, let’s talk about it’ (Israel, mari kita berbicara mengenainya) untuk mendedahkan bagaimana laporan media Eropah melakukan penipuan berdekad-dekad dalam usaha mereka menyokong kewujudan negara haram Israel.
Dalam buku itu, Collon menyenaraikan 10 penipuan besar disebarkan media Barat bagi menjustifikasi penubuhan negara Israel serta menghalalkan tindakan negara Zionis itu.

Penipuan itu adalah:

1. Penubuhan Israel adalah sebagai reaksi terhadap pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.

Hakikatnya, kata Collon, projek mewujudkan Israel itu diluluskan Kongres Zionis Pertama di Basel, Switzerland, pada 1897.
Dalam persidangan itu, pemimpin Zionis memutuskan untuk menakluk Palestin bagi menyediakan ruang untuk mereka membangunkan Israel.

Untuk makluman, Perang Dunia Kedua berlaku di antara 1939 hingga 1945.



2. Untuk menghalalkan penghijrahan besar-besaran ke Palestin, Yahudi mendakwa wilayah itu adalah warisan mereka selepas diusir pada tahun 70 Masihi.

Kata Collon, data itu hanyalah rekaan semata-mata.
“Saya bercakap dengan beberapa sejarawan terkenal Israel, termasuk Shlomo Sand, yang percaya peristiwa penghijrahan beberapa abad silam tidak pernah berlaku.
“Penduduk Palestin tidak pernah meninggalkan kawasan mereka pada zaman purba.

“Justeru, kedatangan mereka ke Palestin kononnya untuk menduduki tanah warisan tidak berasas sama sekali,” katanya.

Menurut Collon, Yahudi yang mendesak mahu pulang ke ‘tanah asal’ mereka di Palestin sebenarnya berasal dari Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.

Memetik pendapat Sand, Collon berkata, sebenarnya isu negara Yahudi tidak wujud sama sekali kerana bangsa itu yang berada di pelbagai negara tidak memiliki persamaan sejarah, bahasa atau budaya.

“Satu-satunya persamaan mereka adalah agama, tetapi agama bukan asas membina negara,” katanya.

3. Penipuan ketiga ialah dakwaan kononnya Palestin tidak didiami sesiapa ketika Yahudi mula-mula mendudukinya.

Kata Collon, ada beberapa dokumen dan bukti menunjukkan produk pertanian Palestin dieksport ke luar negara pada abad ke-19.

Katanya, Perancis adalah antara negara yang mendapat manfaat daripada produk pertanian Palestin pada abad itu.

4. Ada pihak mendakwa warga Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela.

“Ini satu lagi penipuan,” kata Collon.
Menurut wartawan itu, memang ramai pihak percaya kepada dakwaan palsu berkenaan.

Malah, katanya, pada peringkat awal dia sendiri yakin terhadap tuduhan itu, sehinggalah dia bertemu sejarawan Israel, seperti Benny Morris dan Ilan Pappe.

“Kata Morris dan Pappe, warga Palestin dihalau dan dilarang kembali melalui kekerasan dan keganasan,” katanya.




5. Israel didakwa satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah dan wajib dipertahankan.

Kata Collon, Israel sebenarnya bukan saja negara melanggar undang-undang, malah satu-satunya negara yang tidak dibatasi mana-mana peraturan bagi menjelaskan sempadannya.

“Semua negara di dunia ini memiliki perlembagaan yang menyatakan had batasan masing-masing tetapi tidak bagi Israel.
“Negara itu wujud hasil projek perluasan wilayah yang tidak mengenal batasan dan undang-undangnya amat rasis,” katanya.

Melalui peraturan diguna pakai Israel, kata Collon, negara itu khusus untuk Yahudi dan individu bukan daripada bangsa itu dilihat sebagai ‘bukan manusia’.

“Ia amat bercanggah daripada demokrasi,” katanya.

6. AS didakwa cuba melindungi demokrasi di Timur Tengah melalui Israel.

Pada masa sama, kata Collon, semua pihak tahu AS menyalurkan dana ke Israel sehingga RM9.7 bilion setahun.
“Wang itu digunakan untuk menyerang negara jiran Israel,” katanya.

AS, kata Collon, sebenarnya hanya berminat memastikan aliran petroleum di rantau itu tidak terganggu.

7. AS kononnya berusaha mencapai persetujuan di antara Israel dan Palestin.

“Ia bohong sama sekali,” kata Collon.

Bekas Ketua Dasar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana, pernah memberitahu Israel bahawa negara itu adalah anggota ke-21 EU.

Industri senjata Eropah juga bekerjasama dengan Israel dan menyokong mereka secara kewangan.

Bagaimanapun, kata Collon, apabila warga Palestin memilih kerajaan mereka secara demokratik, Eropah enggan mengiktirafnya, malah memberi lampu hijau kepada Israel menyerang Gaza.

8. Menganggap mana-mana pihak yang mempertikaikan sejarah Israel sebagai anti-Semit.

Sebenarnya, kata Collon, hujah itu digunakan bagi menutup mulut pihak yang cuba mendedahkan tembelang Israel.

“Apabila kita mengkritik Israel, ia bukan semangat anti-Semit, tetapi mengecam dasar kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan hak dan taraf di antara Yahudi, Kristian dan Islam.

“Ia juga memusnahkan keamanan di antara pengikut pelbagai agama,” katanya.

9. Media massa mendakwa Palestin punca keganasan.

Sebaliknya, kata Collon, penjajahan Israel itulah keganasan sebenar kerana mereka merampas tanah dan kediaman penduduk yang berhak.

10. Isu sering dibangkitkan kononnya tiada jalan penyelesaian di antara Israel dan Palestin.

Hakikatnya, kata Collon, penyelesaian boleh dicapai.
“Kita cuma perlu memberi tekanan ke atas sekutu Israel di AS dan Eropah serta rantau lain di seluruh dunia,” katanya.

Bagi Collon, tekanan umum terhadap media massa yang enggan melaporkan kebenaran juga boleh menyumbang kepada penyelesaian sebenar di Timur Tengah.

“Menggunakan Internet atau media lain, marilah kita sama-sama melaporkan berita sebenar mengenai Palestin,” katanya. – Agensi

Monday, 10 June 2013

DISEBALIK ASAP DAN PELURU : KISAH SEBENAR INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU KINI DIDEDAHKAN





Kejayaan kerajaan menyelesaikan krisis pencerobohan pengganas di Daerah Lahad Datu, Sabah melalui pasukan keselamatan dipimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM) benar-benar dikagumi.

Di sebalik kejayaan itu, terpahat 1001 kisah pahit selain mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan, PDRM menghadapi pelbagai kerenah dan permintaan tidak masuk akal pengganas.

Mahu dirinya diiktiraf sebagai ‘King of Borneo’, itu antara tuntutan yang disuarakan Ketua Pengganas, Agbimudin Kiram susulan rundingan tiga hari dengan PDRM.

Sinar Harian berkesempatan bertemu Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan Hamza Taib yang berkongsi pengalaman sebelum dan ketika serangan ke atas pengganas dilancarkan. Ikuti temubual khas bersama wartawan Sinar Harian, di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPK) Sabah.

Bolehkah Datuk ceritakan dari awal bagaimana krisis pencerobohan Lahad Datu bermula serta langkah-langkah penyelesaiannya?

Saya menerima laporan berkenaan pencerobohan Lahad Datu pada pagi 12 Februari lalu mengatakan sekumpulan orang bersenjata mendarat di Kampung Tanduo.

Saya menghubungi Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Shamsudin Mat untuk mengesahkan perkara itu dan beliau memaklumkan kepada saya bahawa 60 hingga 80 orang mendarat di kampung itu. Sesetengahnya memakai jubah, seragam serta ‘half uniform’.



Setelah mendapat tahu perkara itu dan selepas disahkan oleh Ketua Polis Daerah Lahad Datu, apa tindakan Datuk seterusnya?

Saya arahkan pegawai saya membuat laporan berhubung perkara ini serta menghubungi Komander Briged Sabah, Datuk Ahmad Marzuki untuk mengepung kawasan berkenaan serta menggerakkan Eastern Command.

Petang itu juga saya kumpulkan semua ketua-ketua jabatan untuk membincangkan perkara ini dan perkara pertama adalah mencari satu kod operasi yang mana nama Ops Sulu dipersetujui.

Kita telah gerakkan Ops Sulu dan kumpulkan segala maklumat yang ada. Saya juga arahkan agar Ketua Cawangan Khas untuk sahkan maklumat yang diterima, Komander Briged Sabah mengepung kawasan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) wujudkan pasukan siasatan serta melantik seorang perunding.

Langkah seterusnya adalah memaklumkan pihak Bukit Aman operasi yang dilaksanakan.

Bagaimana perjalanan rundingan antara polis dengan pihak penceroboh?

Saya bertindak selaku pegawai pemerintah dalam operasi ini dan dimaklumkan oleh perunding bahawa mereka dapat bertemu dengan pihak penceroboh yang diketuai oleh Agbimudin Kiram.

Pertemuan dengan pihak penceroboh diadakan sebanyak tiga kali iaitu 14, 15 dan 16 Februari. Bagaimanapun proses rundingan sebenarnya bermula sejak hari pertama, iaitu pada 12 Februari melalui telefon.

Boleh Datuk ceritakan, daripada proses perbincangan itu, apa yang Agbimudin mahukan?


Antara dituntut Agimudin adalah mahu gerombolannya dikenali sebagai ‘Royal Sulu Force’ dan bukan sebagai pihak mewakili Abu Sayaf atau Moro Islamic Liberation Front (MILF). Agbimudin juga menuntut agar orang Sulu tidak diusir keluar dari Sabah di bawah Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (RCI). Perkara ini kita boleh tunai kerana proses RCI belum habis.

Seterusnya dia minta menemui seorang personaliti dan memaklumkan personaliti itu ada di Kota Kinabalu. Kita cari dan berjaya temui dengan harapan apabila berjumpa, Agbimudin akan lembut hati dan akan keluar dari Sabah.

Apakah pihak datuk berjaya temui personaliti itu dan apa keputusan Agbimudin selepas itu?

Kita jumpa personaliti itu dan bawa orang ini masuk berjumpa Agbimudin.

Selepas itu dia minta berjumpa abangnya, Ismail Kiram. Untuk usaha ini kita juga bawa Datuk Piah dan anak Ismail Kiram, Amir Baha dari Filipina berjumpa dengan Agbimudin. Kita ambil mereka di Semporna dan temukan mereka, namun dia tetap tidak mahu beralah.

Selain itu, apa lagi tuntutan diajukan oleh Agbimudin Kiram?

Dia mahu kita iktiraf dia sebagai ‘King of Borneo’. Saya cakap dengan dia, sedangkan Kerajaan Filipina tak iktiraf dia sebagai ‘King of Borneo’, mustahil kita boleh iktiraf apa dia mahu.

Pelbagai usaha kita buat. Kita panggil isteri dia, anak dia dan libatkan Kerajaan Filipina tapi masih degil.

Selepas rundingan dan segala usaha gagal. Selaku pegawai pemerintah, adakah Datuk rasa sudah sampai masa serangan dilakukan?

Kita boleh serang, tapi ini bukan cara Malaysia. Kita tak nak ada pertumpahan darah dan ambil keputusan teruskan usaha rundingan melalui telefon.

Keadaan memang tegang ketika itu. Proses rundingan terus berjalan dan saya dipertanggungjawabkan kerajaan Malaysia buat sidang akhbar setiap hari. Memang sukar dan akhirnya selepas 20 hari proses rundingan berlangsung, kerajaan Malaysia arah serangan dilakukan.

Adakah pihak polis beri sebarang amaran kepada penceroboh sebelum serangan dilancarkan?

Dua hari sebelum serangan dilakukan, kita beri amaran kepada mereka. Kita jatuhkan risalah menggunakan helikopter dua hari berturut-turut sebelum serangan untuk meminta penceroboh serah diri. Risalah itu guna tiga bahasa iaitu Melayu, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Sulu.

Pada masa itu, beberapa anggota penceroboh yang takut mula menyusup keluar dari Kampung Tanduo dan kita berjaya menahan mereka. Namun sebahagian besar masih bertahan di dalam kampung itu.

Boleh Datuk ceritakan bagaimana pertempuran bermula?

Pada hari pasukan keselamatan sepatutnya sampai, kita telah ketatkan kawalan di semua penjuru.

Apabila pasukan Vat69 masuk mereka terserempak dengan sekumpulan pengganas dan mereka diminta menyerah. Kerana pengganas enggan menyerah, terjadilah pertempuran menyebabkan dua anggota VAT69 meninggal dunia, manakala 15 pengganas ditembak mati.

Masa kejadian saya memang berada di situ dan bila terima berita anggota kita terkorban, saya memang rasa sedih, marah dan geram. Kalau anda berada di situ sebagai ketua ketika itu, anda juga turut rasakan perasaan sama.

Tapi kita tak nak sebarang tekanan dan serang pada hari itu sebab kita nak serang pada keesokan harinya. Kita nak elak bertempur pada Jumaat kerana kita tahu semangat mereka lebih tinggi pada hari itu, namun tidak dapat dielak. Kita terpaksa juga melaksanakan gerakan ofensif dan berjaya tembak mati 15 pengganas.

Pertempuran di Kampung Simunul pula enam pengganas maut. Boleh ceritakan bagaimana pertempuran di situ boleh berlaku?

Sebenarnya pusat persembunyian pengganas Sulu ini berada di Simunul, namun seperti kita tahu, ia merupakan sebuah kampung air. Anggota kita masuk seramai 25 orang dan berpecah kepada tiga kumpulan.

Satu kumpulan berjaya tangkap enam pengganas dalam sebuah rumah, satu kumpulan lain berada tidak jauh dari rumah itu dan berlindung di rumah lain. Manakala satu kumpulan berjaya selamatkan diri.

Untuk selamatkan mereka, kita gerakkan Unit Tindakan Khas (UTK) membantu dan selepas 22 jam kita berjaya keluarkan kedua-dua kumpulan. Dalam kejadian itu, enam pengganas ditembak mati manakala enam anggota kita terkorban.

Sepanjang Op Daulat, adakah Datuk sentiasa berhubung dengan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan bagaimana keadaan Datuk ketika itu?


Saya bernasib baik kerana Tan Sri Ismail yang bertindak sebagai penasihat operasi turut bersama saya di Felda Sahabat. Begitu juga dengan Panglima Angkatan Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkefli Zainal Abidin, keadaan ini membolehkan kami mengadakan perbincangan setiap hari dan ketika itu sememangnya masa saya cukup padat.

Saya hanya tidur empat jam dan kami dapat dengar setiap bunyi tembakan serta apa sahaja yang berlaku dari Felda Sahabat yang hanya 20 kilometer dari tempat operasi. Ketika ini saya kagum dengan kecekalan serta keberanian anggota VAT69.

Walaupun ada anggota gugur semasa operasi. Mereka masih mampu hantar laporan serta berbincang langkah yang perlu diambil.

Bagaimana Datuk bawa diri sepanjang berada di tempat operasi?

Saya berada di situ lebih 20 hari rasanya dan sepanjang tempoh itu, saya nikmati makanan bersama mereka. Tiada layanan khas. Antara menu paling lazat bagi saya ketika itu adalah nasi berlauk ikan sardin dan cucur tepung.

Kadang-kadang bila berkesempatan balik ke Kota Kinabalu sekejap, saya belikan burger atau lain-lain makanan untuk semua anggota dan bawa ke tempat operasi guna helikopter. Bukan senang jadi polis dan bayangkan bila anggota terpaksa makan dalam gelap, serta terpaksa makan sambil perhati pergerakan musuh dalam hutan

Pada pandangan Datuk, adakah pengganas ini terlatih dan bagaimana pula khabar angin mengatakan mereka kebal?

Tidak dinafikan mereka cukup terlatih dalam peperangan, bersemangat tinggi dan mereka datang ke sini untuk mati. Berkenaan kebal, susah untuk saya kata ya atau tidak.

Namun saya tidak menafikan perkara itu. Memang tidak dapat disangkal bila kita periksa mayat pengganas, hampir kesemuanya memakai tangkal.

Apa nasihat Datuk kepada anggota atau lontaran kata-kata motivasi ketika menghadapi situasi itu?

Saya nasihatkan mereka, walau apapun berlaku kita percaya kepada kuasa ALLAH, kuatkan semangat, sentiasa solat dan tabah. Jika sampai masa mereka (pengganas) mati, sama ada kebal atau tidak mereka tetap akan mati. Saya juga berpesan kepada setiap anggota bahawa kita berjuang demi mempertahankan negara dan jangan gentar hadapi musuh.

Bagaimana isteri dan anak-anak Datuk menghadapi situasi ini?

Mereka cukup tabah, tapi saya kasihan melihat isteri saya (Datin Alauyah Mohamed) yang semakin susut berat badannya kerana sentiasa risau tentang keselamatan saya.

Saya sentiasa hubunginya dan sering katakan selagi dia nampak saya di televisyen, bermakna saya selamat.

Empat anak saya pula sentiasa hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya untuk ketahui perkembangan diri saya sepanjang operasi.

Adakah insiden pencerobohan ini pengalaman paling mencabar?



Sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat dalam PDRM, inilah pengalaman saya paling mencabar. Saya juga akui saya sangat takut PRU13 gagal diadakan di Sabah berikutan insiden ini. Bayangkan jika berlaku pengeboman semasa proses pengundian berlangsung, pasti ramai rakyat di sini takut keluar mengundi.

Bagaimanapun, syukur semua berjalan lancar dan 80 peratus rakyat Sabah keluar mengundi 5 Mei lalu.

Adakah insiden pencerobohan ini merupakan insiden tidak disangka akan berlaku ke atas negara kita?

Sebenarnya saya memang menjangkakan serangan ini akan berlaku dan kerana itulah kita bentuk Eastern Command, iaitu sistem pertahanan yang melibat polis di sekitar Malaysia Timur. Saya akan pastikan mesyuarat Eastern Command ini diadakan secara kerap bagi memastikan tiada ancaman.

Seperti sedia maklum kawasan Malaysia Timur sentiasa terdedah dengan serangan pihak luar dan kawasan ini juga terdedah dengan aktiviti pelanunan. Oleh itu, setiap pegawai yang menjawat jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Apa perasaan Datuk bila ada pihak katakan insiden ini satu sandiwara dan berterusan politikkannya?

Geram bila memikirkannya, saya tak nampak macam mana insiden ini boleh dikatakan sandiwara. 73 musuh maut bukan satu mainan. 10 anggota keselamatan yang terkorban, perasaan keluarga, anak dan …apa faedah kita nak kata ini satu sandiwara? Ramai menyangka Op Daulat telah selesai sedangkan ia masih berjalan hingga kini namun dalam skala lebih kecil. Saya juga yakin Sabah ketika ini berada dalam keadaan aman dan selamat.- SH

Wednesday, 5 June 2013

BARAT DAH SERIK KENA KENCING DENGAN ANWAR IBRAHIM




1. Selepas menjelajah ke seluruh negara untuk membantah kerana gagal menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kini sedar dirinya semakin dipinggirkan oleh sekutu-sekutunya. 


2. Pembentukan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Kelantan sehari selepas keputusan Piliha Raya Umum ke-13 diumumkan menunjukkan bermula pada peringkat awal lagi Pas dan Dap sependapat dengan Anwar. 


3. Anwar meroyan kerana terlepas peluang terakhir menjadi Perdana Menteri tetapi bagi Pas dan Dap walaupun kalah untuk ke Putrajaya mereka tetap berpuas hati dengan prestasi masing-masing dalam PRU lalu. 

4. Kini Anwar seolah-olah bercakap seorang diri dengan dibantu oleh beberapa kerat pemimpin PKR yang masih taksub dengan mimpi buruknya untuk menyalahkan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya atas kegagalannya. 

5. Pengundi Cina tertipu dengan janji Anwar sehingga 97 peratus daripada mereka mengundi Dap tanpa mengambil kira apa bentuk tindak balas daripada orang Melayu yang melihat tindakan mereka itu sebagai satu pengkhianatan paling besar. 

6. Himpunan-himpunan haram yang diadakan dihadiri kebanyakan orang muda Cina yang masih menaruh kepercayaan kepada Anwar walaupun mereka sedar telah ditipu. 

7. Penyokong-penyokong Pas khususnya kini boleh dibilang dengan jari pada Himpunan 505 bagi menentang keputusan pilihan raya. 

8. Bukan sahaja penyokong pembangkang telah ditipu hidup-hidup oleh Anwar malah kawan-kawan Baratnya turut juga kena kencing. 

9. Melihat kepada keadaan ini, media Barat dan suara-suara pelobi Yahudi yang dahulunya kuat menyokong agenda Anwar sudah mudah menarik diri secara perlahan. 

10. Umpamanya pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai sikap Anwar yang mungkir janji terhadap perjanjian beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menyerlahkan lagi kepada pihak Barat bahawa beliau bukannya seorang individu yang boleh dipercayai untuk menjayakan agenda mereka. 

11. Sikap Anwar yang sukar berpegang apa-apa janji yang dibuat menyukarkan lagi pihak Barat yang selama ini mendokongnyya dari segi moral dan material untuk terus berbuat demikian. 

12. Malah tindakan Jusuf untuk membuat pendedahan pengkhianatan Anwar terhadap janji tersebut melalaui akhbar berpengaruh Wall Street Journal sebenarnya mempunyai mesej yang tersirat. 

13. Jusuf seolah-olah mahu memberitahu kepada Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain supaya sedar diri bahawa sudah tiba masanya mereka meninggalkan Anwar seorang diri dengan fantasinya untuk menjadi pemimpin Malaysia. 

14. Agenda Barat untuk melihat Anwar sebagai patung bernyawa yang boleh dieksploitasi bagi kepentingannya di negara ini sudah sampai ke penghujung jalan. 

15. Bagi Barat Anwar kini dilihat lebih banyak liabilitinya daripada faedah untuk terus menyokong beliau. 

16. Mungkin mesej yang ingin disampaikan oleh Jusuf telah difahami mereka lalu tidak lama setelah temuramah WSJ, majalah Economist yang dianggap jurucakap Barat menyuarakan sentimen bahawa pada usia 66 tahun, masa tidak lagi menyebelahi Anwar untuk menerusikan kempennya bagi pihak Barat. 

17. Malah Economist melihat masa depan politik Anwar semakin malap apabila beliau gagal memimpin pakatan pembangkang menumbangkan BN. 

18. Barat melihat kegagalan Anwar pada PRU13 sebagai bukti kukuh bahawa harapan yang mereka sandarkan kepada beliau sejak 40 puluh lalu tidak membuahkan hasil yang diharapkan. 

19. Sejak 1998 ketika Anwar dipecat, pihak Barat dilihat begitu kuat menyokong agenda reformasi beliau sehingga media Barat tidak segan silu menganggap bekas pemimpin Abim itu sebagai 'West's best ever friend' atau kawan paling akrab Barat. 

20. Mungkin pada masa itu Barat memandang rendah kemampuan BN di bawah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertahan dan yakin Anwar mampu menumbang kerajaan melalui rusuhan jalanannya. 

21. Namun jangkaan Barat pada ketika itu meleset kerana Anwar terus dihumban ke dalam penjara Sg Buloh tetapi tetap lagi berharap akan kejayaan anak emas mereka itu. 

22. Setelah dibebaskan pada 2004 dan bergiat semula pada 2008, Anwar terus menjanjikan kejayaan kepada Barat bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri akhirnya tetapi pada 2013 juga cubaannya gagal. 

23. Ini adalah usaha terakhir beliau dan besar kemungkinan tidak ada lagi peluang seterusnya untuk merealisasikan impiannya.

24. Mungkin juga pihak Barat kini sedang mengintai-intai siapa tokoh politik di kalangan pembangkang yang boleh dibela bagi kepentingan mereka di rantau ini namun yang pasti ia bukan lagi orang yang bernama Anwar. 




Monday, 3 June 2013

MUAHAHAHAHAHA..... RED BEAN ARMY DAH KECUT TELOQ




1. Setelah beberapa orang ‘tentera’ Red Bean Army DAP dikenalpasti dan siasatan mula dijalankan, pasukan tersebut kini berada dalam keadaan terpinga-pinga dan tercari-cari arah untuk melepaskan diri.  Ada yang berlagak berani dan mencabar kerajaan untuk menangkapnya, tetapi lebih ramai yang kecut perut dan mula mencari helah untuk menafikan terlibat kononnya akaun laman sosial digodam dan macam-macam lagi. 

2. Apa yang pasti dalam sekumpulan manusia, tidak mungkin semua mempunyai sifat dan sikap yang sama.  Biarpun pasukan Red Bean tersebut sebelum ini dilihat sebagai bergerak secara bersepadu, tetapi sikap sebenar seseorang manusia itu hanya akan terserlah apabila diancam.  Ancaman pula bukan sahaja terhadap masa depan iaitu ditangkap dan dipenjarakan tetapi ancaman yang lebih besar ialah dari pihak DAP sendiri. 

3. Tidak mustahil ugut-mengugut dan amaran demi amaran diberi agar jangan mendedahkan rakan sendiri.  Tidak mustahil satu lagi kematian ala Teoh Beng Hock akan berlaku demi menyelamatkan DAP.   Mungkin juga akan ada upacara bunuh diri beramai-ramai jika benar-benar terdesak. 

4. Sebagaimana Red Bean Army bertindak mengugut ahli keluarga dan sahabat handai sasaran mereka, maka tidak mustahil taktik yang sama akan digunakan oleh kepimpinan DAP ke atas mereka untuk memastikan mereka menutup mulut.    Malah, periuk nasi dan perniagaan sanak saudara mereka juga mungkin terjejas.  

5. Segalanya mungkin bagi parti yang membawa pendekatan samseng dan terkenal dengan hati kering serta muka tebal sehingga sanggup menipu ahli sendiri dalam memilih ahli jawatankuasa parti.

6. Mungkin benar ada ahli Red Bean Army yang bersedia menerima segala kemungkinan atas dasar ‘pengorbanan’.    Jika ada, sahlah bahawa ahli-ahli Red Bean Army produk SJKC ini benar-benar tidak cerdik orangnya.   Pengorbanan ‘apa ke-jadahnya’ jika sengaja mengambil risiko memperjudikan hidup yang selesa dan bebas hanya kerana ingin sangat melihat kaum Cina berkuasa di Malaysia?   Kenapa perlu begitu rasis sedangkan merekalah yang kononnya menentang rasisme? 

7. Apakah Red Bean Army benar-benar percaya yang DAP akan mampu menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada mereka berbanding Barisan Nasional?  Bukankah kemewahan dan kebebasan sudah pun mereka miliki di bawah BN? 

8. Jika pengorbanan ini sekadar untuk kedaulatan Bahasa Mandarin atau mewujudkan lebih banyak tokong Cina dan pusat hiburan, apakah ia berbaloi untuk memusnahkan masa depan sendiri?   Lagipun, DAP bukannya memperjuangkan agama Buddha, mereka hanya memperjuangkan agama Kristian. 

9. Sedarkah bahawa pemerintahan DAP hanya akan membawa Malaysia kembali ke zaman kegelapan.  DAP terkenal dengan sikap tertutup – menghalang kebebasan media, diktator, kronisme, korup dan samseng.  Ugutan, ancaman, kilas tangan, tutup mulut adalah pendekatan semulajadi DAP.  Berat sebelah, tidak boleh ditegur, tidak mendengar teguran malah mengancam orang yang menegur merupakan perkara biasa di dalam DAP.  Siapa yang mengkritik pula akan disaman, dan langsung tidak diberi peluang. 

10. Red Bean Army pula dilatih untuk menyebar kebencian dengan menghapuskan terus nilai-nilai murni dalam masyarakat.  Maki hamun, memfitnah, memalukan dan menghina sasaran mereka semahu-mahunya adalah modus operandi utama mereka.  Pendek kata, nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan telah dipersetankan terus. 

Jadi, bayangkan saja, apakah jenis negara yang akan dibentuk di bawah pemerintahan DAP?

11. Pemimpin DAP tidak merasa bersalah atau malu menipu ahli-ahli sendiri apatah lagi rakyat jelata.  Ini disuarakan sendiri oleh orang-orang di dalam DAP dan bekas-bekas ahli dan pemimpin DAP.   Malangnya, walaupun menyedari hakikat sikap DAP yang begitu, kaum Cina tetap memilih DAP.   Jelas sekali yang mereka lebih rela diperintah oleh diktator yang kejam daripada pemimpin yang adil semata-mata kerana diktator itu adalah dari kaum mereka. 

12. Hanya pemimpin yang kejam yang sanggup menafikan penglibatannya dan membiarkan orang-orangnya menanggung padah sendiri.  Dan itulah yang DAP sedang lakukan terhadap Red Bean Army. 

13. Lim Kit Siang telah menafikan mentah-mentah akan kewujudan Red Bean Army dan kononnya beliau tidak tahu menahu mengenainya.   Red Bean Army kini dibiarkan membela diri sendiri, kecuali, mungkin segelintir yang ‘dekat’ dengan pemimpin DAP yang akan dihulurkan sedikit bantuan untuk lari. 

14. Justeru, jika Red Bean Army mempunyai sedikit ‘kecerdikan’ mereka akan menyedari bahawa mereka kini benar-benar terperangkap.  Bekerjasama dengan pihak berkuasa pun salah, tidak bekerjasama pun salah.   Ditelan mati diri, diluah pun mati juga. 


15. Pesan kita kepada produk SJKC ini, jika ingin berkorban, biarlah untuk tujuan yang murni, seperti menyatupadukan masyarakat dan keamanan negara bukannya untuk memecabelah dan meruntuhkan negara atas nama rasisme.