1. Sejak
kebelakangan ini riuh rendah diseluruh Negara memohon agar Akta Keselamatan
Dalam Negeri yang dimansuhkan diperkenalkan semula. Persidangan UMNO Bahagian
diseluruh Negara mendesak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikuatkusakan
semula.
2. Perdana
Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak membuat pengumuman mengejut
pada September 2011, pemansuhan terus Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) yang selama ini membolehkan tahanan
tanpa perbicaraan. Ini termasuklah Ordinan Darurat dan juga Akta
Hasutan.
3. Ramai
pemerhati melihat tindakan ini sebagai tindakan yang terkebelakang dan tidak
popular. Pelbagai kritikan dan sindiran yang telah diberikan kepada PM Najib
Razak. Ini termasuklah kritikan pedas Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad. Kritikan pedas ini kedengaran sehingga hari ini dan saat ini.
4. Ketika
ISA dimansuhkan desakan keras dari SUARAM dan Pakatan Rakyat amat keras meminta
PM Najib Razak memansuhkan ketiga-tiga akta ini. Ini kerana pandangan mereka
ketiga-tiga akta ini menyekat hak asasi manusia di Malaysia.
5. Ramai
pemerhati dan penganalisis mengeluarkan teori mengatakan PM Najib Razak tunduk
kepada desakan pembangkang dan cuba mengambil hati rakyat yang menentang
Barisan Nasional. Tidak kurang juga ada yang mengatakan tindakan ini sebagai
tindakan untuk memancing undi menjelang Pilihanraya Umum ke 13 pada ketika itu.
6. Hari
ini setelah beberapa pemimpin pembangkang didakwa dibawah Akta Hasutan, isu
pemansuhan ini dimainkan kembali oleh pembangkang. Mereka menuntut PM Najib
Razak menunaikan kembali janji untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948.
7. Sebagai
tindakbalas kepada tuntutan pembangkang ini, persidangan tahunan UMNO Bahagian
di Malaysia telah mendesak PM Najib Razak untuk mengembalikan Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA)
8. Dari
sudut scenario politik di Malaysia daripada selepas Pilihanraya Umum ke 12
sehinggalah sekarang tidaklah pernah tenang. Banyak tindakkan pembangkang lebih
kepada provokasi dan bersifat “Asid Test” yang mana Agama Islam, Hak
keistimewaan Orang Melayu, Kontrak Sosial dan
Institusi Raja-Raja Melayu terus dipermainkan oleh pembangkang.
9. Kerajaan
Persekutuan Barisan Nasional tidak lagi mendapat majoriti 2/3 sejak Pilihanraya
Umum ke 12 dan lebih parah lagi dalam Pilihanraya ke 13 hanya mendapat 138
kerusi.
10. Semasa
PM Najib Razak mengambil-alih tampuk pemerintahan Kerajaan Malaysia dari PM
Abdullah Badawi keadaan politik dalam Negara amatlah kucar-kacir. Keadaan Negara
amatlah genting ketika itu. Indeks prestasi menunjukan Kerajaan Barisan
Nasional boleh kalah dengan teruk jika pilihanraya umum berlaku pada ketika
itu. Lihat saja pada 10 pilihanraya kecil yang pertama bagaimana BN kalah
ditangan pembangkang pada ketika itu.
11. Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat (EO) dan Akta Hasutan menjadi
tulang belakang kepada Negara sejak sekian lama. Lebih bersifat “pain killer”.
Melihatkan Kerajaan Barisan Nasional terumbang ambing pada ketika itu, PM Najib
Razak telah mengambil keputusan yang tidak popular untuk memansuhkan
ketiga-tiga akta ini.
12. Ini
kerana ketiga-tiga akta ini adalah bersifat budi bicara kerajaan dalam
menentukan hukuman dan ia terdedah kepada penyelewengan. PM Najib Razak
sebenarnya telah mengambil satu langkah kehadapan sebenarnya. Andaikan DAP
mengambil-alih pentadbiran kerajaan persekutuan. (Na’uzubillah
min zalik- minta-minta dijauhkan perkara ini dari terjadi) Kerajaan Barisan
Nasional kalah dalam pilihanraya yang lalu bagaimanakah nasib kita para ahli
politik UMNO, cybertrooper BN, JASA, BTN, KEMAS dan sebagainya. Sebenar inilah
akta-akta yang akan menjerut leher kita orang-orang Melayu. Dengan rekod
memerintah Pulau Pinang, dengan ketiga-tiga akta ini masih ada apakah nasib
kita saudara-saudara sebangsaku sekalian.
13. Walaupun
gelora pasca pemansuhan ketiga-tiga akta ini lebih hangat namun kita yakin
Kerajaan Barisan Nasional mampu menanggani krisis ini.
14. Hari
ini kita malaungkan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan,
memohon Ordinan Darurat di kembalikan, memohon ikhsan agar Akta Hasutan
dikekalkan sedangkan kita sendiri orang-orang melayu masih bercakaran, sibuk
menguruskan tembolok sendiri dari memenangkan Barisan Nasional pada
pilihanraya.
15. Kepada
perayu-perayu yang memohon ketiga-tiga akta ini dikembalikan (termasuk diri
ini), andaikata kita mahu ini terjadi semula, ayuh PASTIKAN Kerajaan Barisan
Nasional mendapat majority 2/3 pada pilihanraya umum ke 14. Kepada
pencinta-pencinta keharmonian dan pencinta-pencinta kedamaian, kita telah
melihat bagaimana kedamaian Malaysia pada hari ini telah diragut oleh
tangan-tangan ghaib yang cuba mengucarkacirkan Malaysia. Cukuplah kita
bereksperimen. Inilah hasil eksperimen kita.