mykmu.net

Wednesday, 29 August 2012

KUIN DAN RENTETAN PERGOLAKANNYA






SURAT TERBUKA OLEH INSAN TULIS KEPADA ADMIN TERHADAP KEMELUT KUIN

Admin Blog telah menerima satu nukilan berjela dalam email blogger. mari kita baca:

Salam Syawwal saudara blogger yang dihormati dan semua pembaca budiman


Sebelum saya membicara lanjut tentang krisis kewangan yang berlaku di Kolej Universiti INSANIAH (KUIN), izinkan saya menyingkap terlebih dahulu sejarah penubuhan universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah ini. INSANIAH ditubuhkan pada Oktober 1995 pada ketika era pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh Menteri Besar pada ketika itu iaitu Tan Sri Dato' Seri Hj. Osman Hj. Aroff. Keprihatinan kerajaan Barisan Nasional untuk memberi peluang kepada anak Kedah khasnya dan Malaysia amnya untuk melanjutkan pelajaran di dalam negara telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Jesteru itu, tidak hairanlah KUIN yang dahulunya dikenali sebagai Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman atau nama singkatannya INSANIAH telah menjadi nadi utama pendidikan terutamanya dalam aliran agama kepada penduduk negeri jelapang padi ini. Tahun demi tahun, hari berganti hari, perkembangan INSANIAH sangatlah memberangsangkan. Perkembangannya bukan sahaja dari sudut fizikal bahkan perancangan diatur untuk menaiktaraf INSANIAH kepada Kolej Universiti dan hasilnya pada 15 Mei 2006, INSANIAH telah mendapat surat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk dinaiktaraf sebagai Kolej Universiti INSANIAH (KUIN). Harus diingat bahawa kenaikan taraf ini adalah pada ketika pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional. Jika disebut  institusi pendidikan tinggi agama di utara, masyarakat akan terus menghala ke KUIN. Begitu juga jika ingin mencari para imam atau guru mengajar agama, KUIN akan menjadi agen kepada perkara tersebut. Hatta sekadar membaca doa di majlis keramaian pun, KUIN tetap memberi pilihan terbaik kerana mempunyai ’tok-tok guru’ yang hebat.

Namun, perkara itu telah berlalu dan semakin dilupakan. Bermulah era pemerintahan Pas yang diketuai oleh Dato’ Seri Azizan Bin Abdul Razak menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN dan beliau telah melantik Prof Dato’ Dr. Jamil Osman sebagai Rektor KUIN yang keempat pada 1 Mei 2008 bagi menggantikan Prof Dato’ Dr Sayyid Muhammad Aqiel al Mahdaly. Pemerintahan Dato’ Dr. Jamil telah menyebabkan banyak perubahan yang berlaku. Penubuhan beberapa kulliyyah seperti kejuruteraan, multimedia dan yang terbaru Kulliyyah Perubatan telah lari dari idea asal penubuhan KUIN. Kemasukkan pelajar yang sedikit jika dibandingkan dengan kulliyyah-kulliyyah aliran agama seperti Al-Quran, Usulluddin dan Syariah amat ketara sama sekali. Penambahan lebih dari 40 program pengajian di KUIN seumpama gah diluar tetapi kosong didalamnya. Perkara itulah yang dicanang oleh MB dan Rektor seolah-olah merekalah yang menjadikan KUIN hebat tetapi pada hakikatnya terdapat program yang tiada langsung pelajar.

Saudara blogger,

Pelbagai peristiwa telah berlaku apabila KUIN bertukar pengurusan pada 2008. Seperti contoh, pada 11 Januari 2011, Majlis Perwakilan Mahasiswa telah menganjurkan perhimpunan aman mahasiswa untuk menyelesaikan beberapa masalah yang berlaku di KUIN. Pada pendapat mereka, pentadbiran KUIN telah gagal menyelesaikan beberapa masalah dengan baik. Diantara yang dituntut oleh mereka adalah masalah kelewatan pembayaran zakat, isu penempatan, isu keselamatan dan sebagainya. Begitu juga pada 1 April 2011, selepas menunaikan solat Jumaat sekumpulan pelajar dan pensyarah tahfiz telah mengadakan demonstrasi aman bagi menuntut semula bangunan tahfiz yang telah dirampas untuk pembangunan Sekolah Insan Bestari (mungkin tidak bestari). Himpunan ini turut melibatkan Saudara Faiz Arsyad (Presiden MPM pada ketika itu), dan beberapa orang exco MPM yang turut bersama memperjuangkan hak kulliyah tahfiz. Rentetan peristiwa tersebut, pada 3 April 2011, Ustaz Muhammad Idrus Bin Ismail telah dilucutkan jawatan selaku Timbalan Dekan Kulliyyah Al-Quran kerana turut terlibat dalam demonstrasi bantahan pembinaan Sekolah Insan Bestari. Kesemua ’tok-tok- guru’ yang mengajar di Kulliyyah Al-Quran telah ditendang ke Yayasan Islam Negeri Kedah disebabkan penentangan mereka demi menegakkan kebenaran dan menghapuskan kezaliman. Begitu juga 5 orang pelajar KUIN yang menyertai perhimpunan tersebut turut dikenakan tindakan tetatertib yang disifatkan sebagai tindakan yang melulu oleh pentadbiran KUIN.


Saudara blogger dihormati,

         Pengurusan baru KUIN juga telah menubuhkan beberapa anak syarikat kononnya  untuk menjana keuntungan. Rasional penubuhan anak-anak syarikat seperti Insan Maya, Insan Holdings, Insan System juga semakin kabur. Kewujudan anak-anak syarikat inilah telah menyebabkan krisis kewangan di KUIN semakin parah. Yang peliknya, anak-anak syarikat ini hanya ’mencari duit’ di dalam KUIN sahaja. Apa sahaja projek di KUIN, anak-anak syarikat ini akan menanti dengan penuh senyuman. Setiap kerja yang dijalankan di dalam KUIN, akan dituntut bayarannya. Yang pelik dan hairannya, gaji kakitangan anak syarikat ini ditanggung oleh KUIN menerusi peruntukan dari kerajaan negeri, yuran pelajar dan sebagainya. Bukankah anak syarikat perlu menjana keuntungan untuk KUIN dan bukannya mengaut segala duit yang telah dikhaskan oleh Kerajaan Negeri kepada KUIN. Ini sekaligus menyebabkan krisis kewangan KUIN semakin parah.
Saudara blogger,

         Kerajaan Persekutuan pada bajet pembentangan 2012  melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/2012 telah meluluskan kenaikkan gaji kepada kakitangan awam sebanyak 13 peratus dan Elaun Sara Hidup atau COLA sebanyak RM 50.00. Berita ini telah mengembirakan kepada kakitangan awam seluruh Malaysia baik pada peringkat persekutuan mahupun negeri. Namun sehingga kini, semua kakitangan KUIN tidak mendapat apa yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan. Alasannya menurut Pengerusi, KUIN merupakan institusi swasta yang tidak perlu menerima kenaikan ini. Hairannya, sebelum ini semua pekeliling yang telah dikeluarkan oleh kerajaan sama ada negeri atau persekutuan, akan diterima pakai. Setiap staf baru perlu melalui Kursus Induksi bersama-sama penjawat awam Negeri Kedah yang lain. Selain dari itu, bayaran elaun mahupun tuntutan akan menggunapakai pekeliling kerajaan. Setiap gred jawatan turut mengikut kerajaan persekutuan sepertimana yang telah ditetapkan oleh JPA.  Kesemua perkara ini membuatkan kakitangan KUIN bingung dengan alasan yang telah diberikan oleh Pengerusi KUIN tersebut. Mengapa isu IPTS ini berkumandang setelah kerajaan PAS mengambil alih tampuk pemerintahan di Negeri Kedah? Sedangkan pada era pemerintahan Barisan Nasional, kakitangan KUIN akan menikmati apa saja yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan baik dari segi bonus tahunan, kenaikan gaji dan sebagainya. Apakah disebabkan KUIN mampunyai masalah kewangan, maka isu ini ditimbulkan seolah-olah cuba untuk mengalih isu kenaikkan tersebut? Mengapa pentadbiran separuh ular dan separuh biawak diterapkan dalam pemerintahan di KUIN? Pada hari ini, 28 Ogos 2012 melalui akhbar Sinar Harian edisi utara, YB. Dato’ Haji Mohamad Taulan Mat Rasul menegaskan KUIN tidak akan diswastakan. Beliau turut menyatakan, penswastaan KUIN akan melalui terlebih dahulu mesyuarat ahli lembaga pengarah untuk persetujuan. Tidakkah pada 16 Julai 2012, Menteri Besar menyatakan bahawa KUIN sebagai sebuah institusi pengajian tinggi swasta, tidak tertakluk kepada mana-mana peruntukan yang mewajibkan institusi itu mengikut arahan yang terkandung dalam pekeliling dikeluarkan kerajaan persekutuan tanpa melalui Mesyuarat Lembaga Pengarah KUIN. Tetapi hari ini, Exco tersebut menafikan KUIN akan diswastakan. Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka ini membuatkan staf KUIN semakin keliru dan muak.

Saudara blogger,

         Baru-baru ini , Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah iaitu Datuk Seri Mahadzir bin Khalid telah mendedahkan beberapa masalah bayaran tunggakkan yang dihadapi oleh kakitangan KUIN. Beliau menyatakan bahawa potongan yang dibuat oleh kakitangan KUIN melalui potongan gaji setiap bulan tetapi malangnya tidak sampai kepada pihak bank. Bayaran seperti Insuran,  Zakat Pendapatan, KWSP, Perkeso,pinjaman perumahan dan peribadi yang dibuat melalui potongan gaji majikan tidak dijelaskan kepada pihak yang berkenaan. Perkara ini akan menyebabkan pihak kakitangan KUIN menanggung bebanan kerana setiap kos guaman akibat kelewatan bayaran ditanggung oleh kakitangan KUIN. Segala bukti yang didedahkan seolah-olah tidak dihiraukan oleh Azizan. Seperti biasa, Pengerusi KUIN itu akan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional yang mencari isu pilihanraya. Lebih malang lagi,  pihak kakitangan juga dipersalahkan kerana tidak tahu apa-apa berkenaan KUIN walhal kakitangan KUINlah yang selama ini bertungkus-lumus untuk menaikkan nama KUIN agar menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam yang berprestij. Adakah KUIN layak digelar Institusi Pengajian Tinggi Islam sedangkan hak para kakitangan dinafikan sesuka hati? Selain  dari itu, terdapat juga beberapa orang kaki ampu rektor yang terus menyatakan KUIN masih lagi berada dilandasan yang betul sedangkan mereka turut mengalami masalah yang sama seperti diatas.

Saudara blogger,

         Kemuncak dari semua permasalahan ini, staf dan pelajar KUIN telah menunaikan solat hajat di Surau KUIN pada 17 Mei 2012. Solat hajat dan bacaan yassin kali ke-2 turut dijalankan di Masjid Ar-Rahman Taman Wira, Megong, Kedah pada 24 Mei 2012 yang telah dihadiri hampir 300 kakitangan KUIN dan masyarakat luar yang bersimpati agar semua masalah KUIN ini dapat dirungkaikan dengan tenang dan aman. Begitu juga pada 2 Julai 2012, kakitangan KUIN telah membuat demo untuk mendesak Rektor KUIN meletak jawatan. Malangnya sehingga hari ini, pengurusan Tertinggi KUIN terus berdiam diri tanpa memberi sebarang kenyataan. Dan yang tebaru, KUIN mungkin akan di jual kepada sebuah syarikat swasta dan ini akan menyebabkan para pelajar akan menanggung kos yang begitu tinggi. Jelaslah, kerajaan PAS Kedah telah berjaya menjahanamkan KUIN demi survival politik mereka. Mereka berbangga dengan pembinaan Kampus Tetap INSANIAH di Kuala Ketil tetapi mereka tidak menghiraukan kesusahan dan kepayahan staf KUIN yang telah membeli rumah dan selesa menetap di Alor Setar. Pertukaran tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah merupakan satu malapetaka besar kepada hampir keseluruhan staf KUIN.

         Akhir sekali, kepada Rektor KUIN Prof. Dato’ Dr. Jamil Osman, berundurlah dengan penuh rasa hormat kerana hampir keseluruhan staf KUIN tidak mampu lagi bekerjasama dengan anda. Kepada semua exco yang sedang enak diulit kerusi empuk pentadbiran kerajaan negeri, jangan hanya sekadar memerhati sahaja dan mengganggap isu ini remeh. Kepada  Dato’ Seri Azizan Bin Abdul Razak, dengarlah rintihan semua kakitangan dan pelajar KUIN. Janganlah hanya mendengar satu pihak sahaja yang memberi laporan. Turun dan bincanglah seadil-adilnya dengan semua kakitangan tanpa kehadiran Pengurusan Tertinggi KUIN untuk mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan isu ini. Rakyat diluar sana sedang memerhatikan keupayaan anda untuk menangani masalah ini. Sekiranya anda gagal dalam menangani masalah ini, jelas bahawa KUIN semakin bercelaru di bawah pemerintahan Pas. Bagaimana untuk mentadbir sebuah negara yang besar sedangkan sebuah universiti pun masih lagi terkial-kial untuk menguruskannya. Ingatlah, setiap inci jawatan yang sedang ’besalut’ di tubuh anda, Allah yang menentukannya. Kerana rakyatlah anda berada di atas, tetapi jangan lupa, kerana rakyat jugalah anda akan tersungkur dan jatuh rebah ke bumi. Sekian.

-INSAN TULIS-

sumber: http://syburi-times.blogspot.com/2012/08/rentetan-kuin.html#ixzz250Pa9Iyc




HELLO BRO !!! MANA ENAKMEN HUDUD KEDAH ?





"SEBELUM AYAM BERKOKOK LAGI KITA AKAN LAKSANAKAN HUKUM HUDUD"

Mungkin ramai yang familiar dengan ayat diatas. Rasanya kita semua dah tau sapa yang cakap lagu tuu...


1. Sejurus selepas memenangi Negeri Kedah dalam pilihanraya 2008, Bernama (9 Mac 2008) melaporkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merancang untuk melaksanakan Hudud di Kedah.   Katanya, ia adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri Kedah. 

2. Namun, tiada susulan dari mana-mana pemimpin PAS berkenaan perlaksanaan hudud di Kedah selepas laporan tersebut.   Hanya setelah hampir sepenggal, hudud di Kedah diperkatakan semula melalui laporan kenyataan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak, di Sinar Harian (5 July 2012) bahawa beliau menyerahkan keputusan perlaksanaan hukum hudud kepada PAS Pusat.  Ini berikutan perlantikan Jawatankuasa Pemandu oleh PAS Pusat, bagi memantau pentadbiran PAS Kedah.

3. Sekiranya PAS Kedah ingin melaksanakan hudud, ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana hanya terdapat 3 orang exco bukan Islam di dalam pentadbiran PAS kedah, dan hanya seorang dari mereka adalah dari parti DAP yang kuat menentang hudud. 

3. Jelas, PAS Kedah seperti juga PAS Pusat, tidak pernah merancang untuk melaksanakan hudud.  Sebaliknya, hudud hanyalah impian penyokong-penyokong PAS yang dungu dan mainan politik pemimpin-pemimpin PAS yang licik.  

4. Mengikut sejarah, apabila PAS memenangi Terengganu, parti tersebut pernah membentangkan hudud tetapi telah ditolak oleh kerajaan pusat kerana terdapat berbelas-belas enakmen yang bercanggah dengan ajaran Islam. 



5. Antaranya, dibolehkan meliwat isteri, orang bukan Islam boleh dilantik sebagai hakim dalam undang-undang hudud dan juga perkara berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.

6. Perkara ini didedahkan oleh Dato’ Zulkifli Nordin di dalam Sidang Dewan Rakyat pada tahun 2011. 

Lebih menarik lagi apabila Dato’ Zulkifli juga menyebut tentang desas-desus yang didengarinya iaitu kesilapan atau percanggahan dengan ajaran Islam di dalam hudud yang dibentang PAS pada ketika itu adalah disengajakan.  Ini bertujuan untuk memastikan Tun Dr. Mahathir, pada ketika itu Perdana Menteri agar menolaknya, sekali gus mencipta peluang untuk PAS menuduh beliau dan UMNO sebagai menolak hudud. 

Jika ini benar, nampaknya PAS bukan sahaja licik, tetapi busuk hati.

7. Nasib baik juga PAS Kedah tidak memilih untuk bertindak licik seperti Terengganu dengan membentangkan enakmen hudud yang lemah dan bercanggah dengan Islam semata-mata untuk memburukkan kerajaan pusat.  Sebaliknya, PAS Kedah tidak berminat untuk turut bermain wayang hudud bersama dengan PAS Pusat, dan lebih berminat untuk menambah pusat-pusat hiburan di sekitar bandaraya Alor Setar.





Tuesday, 28 August 2012

WALAUPUN DISIHIR AZIZAN RAZAK BERTEKAD PERTAHANKAN JAWATAN MB SAMPAI MATI



1. Jawatan MB Kedah boleh dikatakan jawatan yang paling panas, malah lebih panas dari jawatan MB Selangor dan Perdana Menteri sendiri.   Ini berdasarkan jumlah mereka-mereka yang tergila-gilakan jawatan tersebut sama ada dari parti lawan, dan jauh lebih dahsyat ialah dari dalam parti PAS sendiri. 

2. Parti pembangkang Kedah, iaitu BN dilihat lebih tenang dalam memperkatakan calon MB tetapi, keadaan yang sama tidak berlaku di dalam parti PAS.   Dengan begitu ramai yang merasakan diri mereka layak untuk menjadi MB, kedudukan Azizan semakin hari semakin getir. 

3. Malah, PAS Pusat juga tidak ketinggalan memberi tekanan kepada Azizan kerana termakan hasutan para parasit yang tidak gemarkan kepimpinan ulama. 

4. Umum sedia maklum bahawa tentangan paling hebat terhadap Azizan datang dari exconya sendiri yang sebelum ini telah secara terbuka menentangnya dan menuntut beliau meletakkan jawatan.  Bukan sekali, malah banyak kali kedengaran exco ini mencabar atau mengutuk Azizan secara berdepan dan juga di belakang.  

5. Mungkinkah kepimpinan PAS Pusat sedang menyediakan si-exco ini untuk menggantikan tempat Azizan? 

6. Alasan yang digunakan oleh musuh-musuh Azizan untuk ‘menjerut’ beliau adalah masalah kesihatan.  Ini kerana, semenjak beberapa bulan kebelakangan ini, Azizan sering keluar masuk hospital atas berbagai masalah antaranya, jantung, diabetes, tekanan darah dan berbagai-bagai lagi.   Azizan juga dikatakan sering keletihan dan tidak berdaya untuk bergerak cergas. 

7. Masalah kesihatan Azizan sampai ke kemuncak apabila beliau gagal menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjurannya sendiri pada 25 Ogos yang lalu.  Majlis yang dihadiri ribuan rakyat Kedah, terpaksa dikendalikan sendirian oleh isteri beliau, To’ Puan Hajjah Faikah yang mana menyebabkan ramai rakyat kecewa dan tertanya-tanya. 

8. Khabarnya, keadaan Azizan pada hari tersebut dan malam sebelumnya adalah agak mencemaskan.  Sejauh mana berita ini benar, tidak dapat pula dipastikan. 

9. Namun, rata-rata rakyat Kedah cukup maklum dengan kerakusan pihak yang mengidamkan jawatan Azizan dan sanggup berbuat apa saja untuk menjatuhkan beliau.  Ramai yang menyatakan bahawa tidak boleh diketepikan yang Azizan telah diserang dengan menggunakan ilmu hitam, selain dari ugutan dan ancaman secara langsung terhadap dirinya dan keluarga. 

10. Umum tahu bahawa pendekatan Azizan yang tegas membela Melayu dan Islam tidak disenangi oleh sekutu PAS, iaitu DAP.  Beberapa kali Azizan terpaksa bertelagah dengan DAP yang mana berakhir dengan Azizan terpaksa akur dengan parti kafir harbi tersebut apabila kepimpinan PAS pusat masuk campur. 

11. Maka, tidak hairanlah jika DAP juga sanggup menaja pihak-pihak tertentu untuk menentang Azizan. 

12. Begitu juga dengan seorang pemimpin tertinggi PAS dari Kedah yang masih terawang-awang mencari tempat bertapak.  Beliau juga dikatakan amat berdendam dengan Azizan dan Azizan juga telah beberapa kali secara terbuka mengkritik pemimpin tersebut sebagai tidak layak kerana terlalu ‘loklaq’ (tak senonoh).   Tidak mustahil pemimpin tersebut juga mempunyai dendam kesumat terhadap Azizan dan ingin melihat beliau jatuh. 

13. Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa Azizan adalah antara pemimpin PAS yang tidak dapat bersemuka dengan Anwar Ibrahim.  Beliau sebolehnya memastikan yang beliau tidak akan berada dalam satu majlis dengan peliwat tegar tersebut kerana tidak setuju dan tidak mempercayai ‘kesucian’ Anwar.  Beliau hanya akan duduk bersama dengan Anwar, jika majlis tersebut dihadiri oleh kepimpinan PAS Pusat sekadar untuk menghormati kepimpinan PAS Pusat. 

14. Kesemua faktor ini, ditambah dengan ketamakan dan kerakusan individu-individu tertentu meletakkan kedudukan Azizan dalam bahaya.  Azizan dikelilingi manusia rakus dan gila kuasa yang sanggup dibeli dan membeli dan membuat apa saja asalkan dapat menjatuhkan beliau. 

15. Walaubagaimanapun, Azizan terkenal dengan sikap yang tabah dan memiliki kekuatan serta pengetahuan yang cukup untuk menghadapi serangan musuh-musuhnya dari berbagai arah dan bentuk.  

16. Namun, apakah Azizan mampu bertahan jika kepimpinan pusat sendiri yang memberi tekanan agar beliau berundur?  

JOM MENANG PROTON PREVE DI Tweet Merdeka. @TwtUpMerdeka #Merdeka55 @NajibRazak







KUALA LUMPUR 28 Ogos - Sasaran 1 juta “Tweet" berunsurkan patriotik dan cintakan tanah air dari seluruh pengguna “Twitter" di Malaysia ditetapkan bagi memecahkan rekod dunia pada Perhimpunan Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, Jumaat ini.


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pengguna Twitter di Malaysia boleh melakukan tweet dalam tempoh waktu satu jam dari pukul 8.15 malam sehingga 9.15 malam dengan mengikutinya di laman“Tweet #Merdeka55" pada malam sambutan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Pada malam tersebut kita akan menjiwai sambutan kemerdekaan dengan melakukan tweeting sehingga 1 juta, kita mohon sesiapa yang menggunakan twitter dapat tweet sebagai melambangkan kasih sayang kita kepada Malaysia," katanya kepada pemberita selepas hadir menyaksikan raptai sempena Perbarisan Hari Kemerdekaan, Jumaat ini.

Beliau berkata, bagi menjayakan hasrat kerajaan itu, kementeriannya telah memohon kepada seluruh syarikat telekomunikasi di Malaysia agar membuat persediaan supaya tiada gangguan transmisi daripada segi komunikasi pada waktu tersebut bagi membolehkan pengguna Twitter membuat tweet.

Rais berkata, sesuai dengan hasrat kerajaan untuk menghimpunkan seramai mungkin pelbagai lapisan masyarakat Malaysia pada perhimpunan tersebut, perkhidmatan sistem transit aliran ringan (LRT) secara percuma akan disediakan kepada pengunjung. – BERNAMA


Semua rakyat Malaysia DAFTARLAH di sini http://www.twtupmerdeka.blogspot.com


Untuk maklumat lanjut tentang Tweet Merdeka sila klik sini atau anda boleh mengikuti twitter @TwtUpMerdeka




Monday, 27 August 2012

GEMPAR !!! AZIZAN RAZAK DISIHIR

1. Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak dikhabarkan tidak hadir ke Majlis Terbuka Anjurannya sendiri di Mentaloon pada 25 Ogos lalu.   Beliau dikatakan kurang sihat sejak beberapa hari sebelumnya dan semakin teruk pada malam 24 Ogos.  

2. Menurut sumber-sumber dari saudara terdekat beliau, mereka sendiri berat untuk mengizinkan beliau bertanding dalam PRU-13 dan mendesak beliau agar memikirkan kesihatan serta menghabiskan waktu dengan keluarga.  Tidak berbaloi kata mereka, untuk menghadapi segala ancaman, ugutan dan serangan semata-mata untuk mempertahankan jawatan. 

3. Walaupun media enggan memainkan isu ini, namun di kalangan rakyat Kedah sudah sedia maklum tentang bagaimana Dato’ Seri Azizan Razak diserang dari berbagai arah dengan ilmu hitam oleh musuh-musuh politiknya.  Lebih pelik lagi, yang terlibat ‘menyerang’ beliau bukannya dari parti lawan, tetapi dari dalam PAS sendiri. 

4. Dikhabarkan juga, seorang exco yang pernah menuntut agar Dato’ Seri Azizan meletakkan jawatan telah berkata dengan bongkak dan yakin bahawa Azizan hanya akan dapat bertahan sehingga Jumaat (24hb Ogos) itu sahaja.  Kata-kata ini dihamburkan dalam jamuan raya di rumahnya dan dapat didengar oleh begitu ramai hadirin. 

5. Ironinya, keadaan Dato’ Seri Azizan benar-benar kritikal pada malam 24 Ogos tersebut sehingga memaksa sanak-saudara menghalangnya dari menghadiri Rumah Terbuka anjurannya pada keesokkannya.   Doktor telah mengesahkan bahawa jantung, tekanan darah dan gula di dalam badan Dato’ Seri Azizan adalah dalam keadaan normal tetapi entah kenapa beliau semakin teruk sehingga tidak dapat berbual seperti biasa, lupa serta meracau. 

6. Justeru, persoalan yang melanda rakyat Kedah dan terutamanya, keluarga Dato’ Seri Azizan ialah apakah exco yang disebut di atas ada kena mengena dengan apa yang berlaku itu?

7. Jika benar, bagaimana sebuah parti yang memperjuangkan Islam sanggup menggunakan ilmu hitam atau sihir untuk menjatuhkan lawannya?  Tidakkah mereka tahu dan tidakkah tok-tok guru mereka mengingatkan bahawa sihir adalah perbuatan syirik dan syirik adalah dosa yang paling besar yakni, tiada dosa lain yang lebih besar darinya?  

8. Tidak mungkin pemimpin-pemimpin parti Islam ini jahil sehingga tidak tahu akan akibat dosa syirik?  Lebih dari itu, digunakan pula untuk menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap orang lain iaitu saudara seagama. 

Nampaknya, PAS benar-benar sanggup melakukan apa saja demi kuasa. 

9. Sehingga kini, PAS telah menggadaikan Negara Islam, walaupun enggan mengakuinya.  PAS telah pun mempersetankan bangsa Melayu, walaupun kini kembali terhegeh-hegeh membela Melayu.  PAS telah pun menghalalkan khalwat, zina dan liwat di kalangan pemimpin mereka dan pemimpin parti sekutu.   PAS sanggup sehidup semati dengan kafir harbi.  PAS sanggup menerima puak Syiah.  PAS sanggup berarak di belakang pejuang murtad dan LGBT.  PAS sudah tidak kisahkan kilang arak dan pusat-pusat maksiat yang tumbuh bagai cendawan di negeri-negeri yang diperintah PR. 

10. Tetapi, untuk PAS mengamalkan sihir dan menyirikkan Allah S.W.T adalah amat keterlaluan. 

11. Pendek kata, kalau sudah syirik, tak payahlah lagi menggunakan nama Islam.  Kalau sudah syirik, maka apa jua yang PAS katakan atau amalkan sudah tidak membawa apa-apa makna lagi. 

12. Walaupun UMNO bertekad untuk merampas kembali Kedah, tetapi UMNO tidak akan sekali-kali menggunakan cara syaitan.  UMNO bekerja secara professional dan boleh menerima kekalahan dengan baik.  Bagi UMNO, PAS juga adalah saudara seagama dan tidak akan sekali-kali menganiayai sesiapa dan UMNO telah pun membuktikannya.  

13. Oleh itu, UMNO mendoakan Dato’ Seri Azizan Razak segala kekuatan untuk menentang kejahatan dari syaitan dan juga manusia.  Jika berpeluang berentap lagi dalam PRU kali ini, kita pasti akan berhadapan dengan Dato’ Seri Azizan secara anak jantan, dan bukan dengan cara syaitan.  

14. Semoga cepat sembuh, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kami ucapkan kepada Dato’ Seri Azizan.  Kita harap, individu yang bertanggungjawab menyerang Dato’ Seri, akan segera insaf, bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

KARPAL SINGH TENAT: MAHKAMAH TIDAK PERNAH MENTAFSIRKAN MALAYSIA NEGARA SEKULAR





1. Mungkinkah Karpal Singh belum pulih sepenuhnya setelah jatuh sakit tempoh hari sehingga meracau-racau?  Mungkinkah beliau masih berhalunisasi apabila berkata bahawa Tun Salleh Abbas pernah memutuskan bahawa Malaysia adalah negara sekular dalam kes Che’ Omar Che Soh.

2. Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara hanya menyatakan bahawa terdapat undang-undang di negara ini yang berunsur sekular dan beliau tidak pernah sekali-kali memutuskan negara ini sebagai negara sekular. 

3. Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia telah pun menegaskan bahawa negara ini adalah negara Islam kerana ia diperintah oleh orang Islam, meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan di masa yang sama tidak pernah menyekat amalan agama-agama lain. 

4. Untuk itu, Perlembagaan Perseketuan mewajibkan Pemerintah dan rakyat keseluruhannya memelihara kesucian dan kedaulatan Agama Islam melalui Perkara 37 dengan mewajibkan Ketua Utama Negara Yang di-Pertuan Agong untuk bersumpah atas nama suci Allah bagi memlihara agama Islam pada semua masa.  Selain itu, semua cabang pemerintahan negara sama ada Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman terikat dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan kesucian dan kedaulatan Agama Islam setiap masa.

5. Tindakan Karpal Singh membangkitkan hal ini dalam pertelagahannya dengan PAS tentang hudud menyerlahkan lagi agenda jahat DAP yang menentang kedaulatan Islam sebagai agama rasmi.  Tindakan Karpal Singh juga dilihat sebagai menentang prinsip Rukun Negara.  

6. Nampaknya, pertelagahan mengenai hudud antara DAP dan PAS semakin mengganggu dan mengelirukan rakyat, malah mampu mencetus ketegangan. 

7. Rakyat perlu faham bahawa sesebuah negara Islam tidak semestinya melaksanakan hudud.  Sedangkan Mesir negara yang memusatkan semua Ulama-ulama tersohor juga tidak melaksanakan hudud. 

8. Perlaksanaan hudud dalam negara juga tidak menjamin syurga kepada umat Islam di dalamnya.  Ini kerana, syurga-neraka adalah tertakluk kepada amalan peribadi iaitu antara hubungan seorang hamba dengan Allah S.W.T dan juga antara sesama manusia.  Kerajaan dan undang-undang tidak akan mempengaruhi kedudukan seseorang Islam di sisi Allah S.W.T.

9. Hudud adalah undang-undang yang terlalu tinggi yang memerlukan keikhlasan dan ketakwaan yang mantap di kalangan para pelaksananya.  Ia juga memerlukan kedudukan negara dan umah dalam keadaan sempurna dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial sebelum hudud boleh dilaksanakan. 

10. Hudud yang dilaksanakan tanpa memenuhi syarat di atas akan berakhir dengan ketidakadilan.  Lihat saja antara negara yang mengamalkan hudud seperti Pakistan, Afghanistan, Sudan, Somalia, dan Nigeria.  Keadaan rakyat mereka menyedihkan, kekejaman terhadap wanita berleluasa, manakala kaum lelaki bermaharajalela menjamu nafsu.  Negara mereka juga semakin mundur dan tidak pernah aman. 

11. Keadaan ini berlaku apabila undang-undang diletakkan lebih tinggi dari keadilan itu sendiri.  Atau dalam beberapa kes, mungkin juga lebih tinggi dari keperluan asas seperti makanan, pakaian, pendidikan dan keselesaan. Sedangkan, hudud adalah berkenaan keadilan dan kesempurnaan, bukan undang-undang semata-mata. 

12. Lebih dari itu, adalah bahaya untuk melaksanakan hudud di kala keadaaan hampir mustahil untuk mencari pelaksana atau hakim yang benar-benar mantap takwanya dan keikhlasannya serta mampu pula mengambilkira semua aspek teknologi canggih di zaman ini dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam berbagai bidang termasuk psikologi malah mungkin juga sains, sebelum menjatuhkan hukuman. 

13. Lebih buruk lagi jika si penggubal, pelaksana dan hakim mempunyai kecenderungan bersifat ‘chauvinis’ dan masih berpegang kepada fahaman jahiliah iaitu memandang rendah pada wanita atau suka membiarkan diri terpengaruh dengan sesuatu golongan atau pandangan tertentu.  Jika ini berlaku, bagaimana kita boleh memastikan yang beliau benar-benar menjatuhkan hukuman dengan hukum Allah S.W.T atau hanya dengan pendapat, pandangan dan kecenderungan peribadinya? 

14. Menghakimi hitam atau putih sesuatu perkara mungkin mudah tetapi malangnya keadilan itu tidak semudah hitam atau putih.   Kadangkala, hitam yang dilihat adalah tumpahan warna dari beberapa punca.  Maka, sang hakim perlu menilai perkara dari puncanya agar tidak berlaku kejam terhadap sesiapa. 

15. Karpal jelas tidak memahami perkara ini tetapi begitu juga sebahagian umat Islam yang kononnya hidup demi hudud.  

16. Namun, sama ada Karpal faham atau tidak, adalah amat tidak bertanggungjawab bagi beliau, untuk membangkitkan perkara ini dengan menolak prinsip Rukunegara dan perlembagaan negara yang meletakkan negara ini sebagai Negara Islam. 

17. Mungkinkah, Karpal sanggup memperbodohkan dirinya dengan menidakkan pengetahuan mengenai perlembagaan negara semata-mata kerana menentang hudud dan segala-galanya yang berkaitan dengan Islam? 

18. Walau apapun tindakan dan kenyataan Karpal, yang pasti PAS telah berikrar akan sehidup semati dengan Karpal dan DAP sementara ‘hudud’ akan terus menjadi nyanyian rasmi PAS sekadar untuk memancing undi. 

Sunday, 26 August 2012

SURAT TERBUKA AKAR UMBI PAS KEPADA PUCUK PIMPINAN PAS PUSAT



Berikut adalah surat terbuka seorang ahli PAS kepada Pucuk Pimpinan Tertinggi PAS


Sulaiman Bin Abdullah,
Kg. Melayu Subang,
4700 Selangor Darul Ehsan

22 Ogos 2012

Tuan Presiden,
Parti Islam SeMalaysia

ASSALLAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA
Tuan,
Saya sebagai seorang rakyat biasa negara Malaysia yang tercinta ini, ingin mendapatkan penjelasan dari pihak tuan mengenai beberapa perkara yang menjadi tanda tanya kepada diri saya selama ini.
Tujuan saya meminta penjelasan ini adalah supaya dapat memudahkan saya membuat pilihan apabila tiba Pilihan Raya Umum ke 13 nanti Insyaallah.

1. ADAKAH FATWA UMNO KAFIR MASIH BERKUATKUASA LAGI?


2. ADAKAH PIHAK TUAN RASAKAN PENYINGKIRAN YB DATO DR HASAN ALI DARI PAS SEBAGAI MENGIKUT LUNAS – LUNAS ISLAM?


3. MENGAPA PAS MASIH MENERUSKAN KERJASAMA POLITIK DENGAN ORANG YANG AKHLAK DAN MORALNYA SANGAT MERAGUKAN? YANG SAYA MAKSUDKAN DI SINI ADALAH DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM DARI PKR. MALAH TUAN LANTIK BELIAU SEBAGAI KETUA PAKATAN RAKYAT.

4. MENGAPA DALAM TEMPOH 23 TAHUN PAS MEMERINTAH KELANTAN HANYA SATU MASJID DAPAT DI BINA SEDANGKAN PADA MASA YANG SAMA PIHAK TUAN MEMBINA 2 BERHALA BUDDHA TERBESAR DI NEGARA INI? SEDANGKAN PERKARA PERTAMA BAGINDA RASULLULLAH BUAT SEMASA MEMASUKI KOTA MADINAH IALAH MEMBUAT MASJID.

  
5. MENGAPA PIHAK TUAN TIDAK MENJAWAB DAKWAAN AHLI PARTI TUAN SENDIRI, USTAZ SAIDI YANG MENDAKWA TOK GURU NIK AZIZ TIDAK AMBIL TINDAKAN KES TANGKAPAN ZINA ADUN SELISING? MALAHAN TOK GURU BERKATA ALLAH SWT TELAH AMPUNKAN DOSA ADUN SELISING ITU DALAM USAHA BELIAU MENUTUP KES INI DARI DI KETAHUI UMUM.

6. CAKAP SIAPAKAH YANG PERLU AHLI PARTI IKUT? MURSHIDUL AM MENGATAKAN KAFIR BOLEH GUNA KALIMAH ‘ALLAH’ SEDANGKAN TIMBALAN BELIAU BERKATA ‘GUGUR AKIDAH JIKA BENARKAN KAFIR GUNA KALIMAH ‘ALLAH’.SEHINGGA SEKARANG RAKYAT TIDAK MENDAPAT SEBARANG JAWAPAN.


7. MENGAPAKAH MURSHIDUL AM PAS SEOLAH OLAH SERONOK APABILA AHLI-AHLI PAS MENGAGUNG – AGUNGKAN BELIAU MELAMPAUI BATAS ALA ALA ‘CULT OF PERSONALITY’?

8. KENAPAKAH APABILA ADA ORANG MENAJA MURSHIDUL AM PAS MENUNAIKAN HAJI TIDAK DI ANGGAP RASUAH PADAHAL ORANG TERSEBUT ADA KEPENTINGAN PERNIAGAAN?


9. APAKAH HUKUM JIKA SESEORANG ITU MEMUNGKIRI JANJI-JANJI BELIAU?

9.1 Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am sendiri, juga sepatutnya sedar bahawa negara Islam dan hudud tidak mungkin dilaksanakan di negara ini kerana satu jaminan yang diberikan kepada masyarakat bukan Islam satu ketika dulu.

Nik Aziz perlu ingat janji yang dibuat semasa berdialog di Persidangan Gereja-Gereja di Malaysia di Petaling Jaya, pada Mei 2000, PAS sudah memberi jaminan kepada semua paderi kanan yang hadir dipersidangan tersebut bahawa PAS tidak akan melaksanakan negara Islam, apatah lagi hudud.

Sebagai orang Islam, Nik Aziz wajib berpegang kepada janji-janji tersebut atau beliau akan masuk dalam golongan orang munafik dan dilaknat Tuhan. Soal janji itu dibuat depan paderi atau tidak, itu bukan masalah, yang penting janji itu sendiri dan ia mesti dikotakan.

9.2. Pada suatu ketika dulu, semasa menjelang dan selepas PRU-10 (tahun 1999), Nik Aziz Nik Mat mencabar Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana didakwanya Mahathir sudah tua dan nyanyuk, sentiasa uzur.

Nik Aziz kata lagi, jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Mahathir telah letak jawatan pada tahun 2003. Hingga ke hari ini pun, sudah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan, Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walaupun sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu.

Ada ulama-ulama berpendapat, di antara orang-orang fasik ialah orang- orang yang suka berjanji tetapi tidak suka menunaikannya, atau sanggup memegang amanah tetapi tidak berpegang kepada amanah itu.

10. SIAPAKAH TUNJANG DALAM PAKATAN RAKYAT? SEDANGKAN UMUM MENGETAHUI PARTI DAP MEMPUNYAI PALING BANYAK KERUSI DI PARLIMEN?

Cukup 10 soalan-soalan yang perlu pihak tuan perjelaskan buat masa ini. Ada banyak lagi soalan-soalan yang saya perlu tanya kerana ini membabitkan keputusan yang tepat untuk saya, anak-anak saya dan rakyat marhaen umumnya.

Saya mohon ampun dan maaf jika tuntutan-tuntutan saya ini menyinggung perasaan tuan tetapi saya anggap ini adalah soal-soal pokok dan tidak boleh dipandang ringan.

Sekiranya ada silap dan salah dari pihak saya, mohon keampunan di bulan Syawal yang mulia ini.Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, dan Allah SWT jua yang menentukan.

Sekian dan terima kasih.


Sulaiman Bin Abdullah


MH: Ada sapa-sapa pucuk pimpinan PAS boleh tolong jawap dak?? Jawap jangan tak jawap.....



Thursday, 23 August 2012

PENDEDAHAN KANDUNGAN SURAT TUN MAHATHIR KEPADA NIK AZIZ MENGENAI HUDUD PAS KELANTAN 1994









Berikut adalah surat TDM kepada Nik Aziz pada tahun 1994,





PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (Al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana Yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994


Komen MH: 


Kita sering dimomokkan oleh PAS dalam soal hudud di Kelantan telah dihalang oleh Tun Dr Mahathir. Hakikatnya TDM tidak pernah menghalang, tetapi beliau memberi pendapat mengenai hudud PAS Kelantan.   Kita selama ini telah ditipu oleh Nik Aziz and the gang. 

Jelas terbukti siapa yang berbohong tentang isi kandungan surat TDM kepada Nik Aziz sekarang



Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.




Hudud PAS Kelantan dan Hudud PAS Terengganu

Hudud PAS Terengganu 2002


Fikir-fikirkanlah.......