1. Jawatan MB Kedah boleh dikatakan jawatan yang paling
panas, malah lebih panas dari jawatan MB Selangor dan Perdana Menteri
sendiri. Ini berdasarkan jumlah
mereka-mereka yang tergila-gilakan jawatan tersebut sama ada dari parti lawan,
dan jauh lebih dahsyat ialah dari dalam parti PAS sendiri.
2. Parti pembangkang Kedah, iaitu BN dilihat lebih tenang
dalam memperkatakan calon MB tetapi, keadaan yang sama tidak berlaku di dalam
parti PAS. Dengan begitu ramai yang
merasakan diri mereka layak untuk menjadi MB, kedudukan Azizan semakin hari
semakin getir.
3. Malah, PAS Pusat juga tidak ketinggalan memberi tekanan
kepada Azizan kerana termakan hasutan para parasit yang tidak gemarkan
kepimpinan ulama.
4. Umum sedia maklum bahawa tentangan paling hebat terhadap Azizan
datang dari exconya sendiri yang sebelum ini telah secara terbuka menentangnya
dan menuntut beliau meletakkan jawatan.
Bukan sekali, malah banyak kali kedengaran exco ini mencabar atau
mengutuk Azizan secara berdepan dan juga di belakang.
5. Mungkinkah kepimpinan PAS Pusat sedang menyediakan
si-exco ini untuk menggantikan tempat Azizan?
6. Alasan yang digunakan oleh musuh-musuh Azizan untuk
‘menjerut’ beliau adalah masalah kesihatan.
Ini kerana, semenjak beberapa bulan kebelakangan ini, Azizan sering
keluar masuk hospital atas berbagai masalah antaranya, jantung, diabetes,
tekanan darah dan berbagai-bagai lagi.
Azizan juga dikatakan sering keletihan dan tidak berdaya untuk bergerak
cergas.
7. Masalah kesihatan Azizan sampai ke kemuncak apabila beliau
gagal menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjurannya sendiri pada 25 Ogos yang
lalu. Majlis yang dihadiri ribuan rakyat
Kedah, terpaksa dikendalikan sendirian oleh isteri beliau, To’ Puan Hajjah
Faikah yang mana menyebabkan ramai rakyat kecewa dan tertanya-tanya.
8. Khabarnya, keadaan Azizan pada hari tersebut dan malam
sebelumnya adalah agak mencemaskan.
Sejauh mana berita ini benar, tidak dapat pula dipastikan.
9. Namun, rata-rata rakyat Kedah cukup maklum dengan
kerakusan pihak yang mengidamkan jawatan Azizan dan sanggup berbuat apa saja
untuk menjatuhkan beliau. Ramai yang
menyatakan bahawa tidak boleh diketepikan yang Azizan telah diserang dengan
menggunakan ilmu hitam, selain dari ugutan dan ancaman secara langsung terhadap
dirinya dan keluarga.
10. Umum tahu bahawa pendekatan Azizan yang tegas membela
Melayu dan Islam tidak disenangi oleh sekutu PAS, iaitu DAP. Beberapa kali Azizan terpaksa bertelagah
dengan DAP yang mana berakhir dengan Azizan terpaksa akur dengan parti kafir
harbi tersebut apabila kepimpinan PAS pusat masuk campur.
11. Maka, tidak hairanlah jika DAP juga sanggup menaja
pihak-pihak tertentu untuk menentang Azizan.
12. Begitu juga dengan seorang pemimpin tertinggi PAS dari
Kedah yang masih terawang-awang mencari tempat bertapak. Beliau juga dikatakan amat berdendam dengan
Azizan dan Azizan juga telah beberapa kali secara terbuka mengkritik pemimpin
tersebut sebagai tidak layak kerana terlalu ‘loklaq’ (tak senonoh). Tidak mustahil pemimpin tersebut juga
mempunyai dendam kesumat terhadap Azizan dan ingin melihat beliau jatuh.
13. Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa Azizan adalah
antara pemimpin PAS yang tidak dapat bersemuka dengan Anwar Ibrahim. Beliau sebolehnya memastikan yang beliau
tidak akan berada dalam satu majlis dengan peliwat tegar tersebut kerana tidak
setuju dan tidak mempercayai ‘kesucian’ Anwar.
Beliau hanya akan duduk bersama dengan Anwar, jika majlis tersebut
dihadiri oleh kepimpinan PAS Pusat sekadar untuk menghormati kepimpinan PAS
Pusat.
14. Kesemua faktor ini, ditambah dengan ketamakan dan
kerakusan individu-individu tertentu meletakkan kedudukan Azizan dalam
bahaya. Azizan dikelilingi manusia rakus
dan gila kuasa yang sanggup dibeli dan membeli dan membuat apa saja asalkan
dapat menjatuhkan beliau.
15. Walaubagaimanapun, Azizan terkenal dengan sikap yang
tabah dan memiliki kekuatan serta pengetahuan yang cukup untuk menghadapi
serangan musuh-musuhnya dari berbagai arah dan bentuk.
16. Namun, apakah Azizan mampu bertahan jika kepimpinan pusat
sendiri yang memberi tekanan agar beliau berundur?
No comments:
Post a Comment