Wednesday, 22 January 2014
Monday, 20 January 2014
ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI SABAH DAN SARAWAK: SATU PENJELASAN OLEH USTAZ KAZIM
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan
redha kepadamu hingga kamu mengikut agama mereka"
Al-Baqarah: 120
Berikut adalah sedutan daripada
wacana ilmu oleh SF Ustaz Kazim bin Elias yang bertajuk Kalimah Allah Yang Maha Agung. MH terjemahkan kembali sebahagiannya
dalam bentuk penulisan terutamanya melibatkan penggunaan nama Allah di Sabah
dan Sarawak. Insyaallah MH akan kemaskinikan lagi hujah-hujah Ustaz Kazim yang
lain dalam siri Wacana Ilmu bertajuk Kalimah
Allah Yang Maha Agung ini pada masa-masa yang akan datang.
1. Seperti yang kita sedia maklum
didalam buku teks sejarah sekolah menengah menerangkan tujuan kedatangan
penjajah barat (Portugis, Belanda dan Inggeris) adalah bertujuan untuk
memonopoli perdagangan rempah. Satu persoalan menarik untuk dijawap, apakah
orang-orang barat ini penggemar kari aka gulai yang tegar sehinggakan mereka
ini ingin memonopoli perdagangan rempah? Setahu dan seingat kita hanya
orang-orang Asia sahaja yang tahan dengan rasa pedas terutamanya orang Melayu.
2. Kuasa-kuasa barat pada masa yang
sama telah membuka dan menjajah Negara-negara Islam di Afrika, Negara-negara
Arab, Pakistan, India dan seluruh Asia Tenggara. Ada pun tujuan sebenar
kedatangan kuasa barat ke Asia Tenggara dan Negara-negara Islam adalah
bertujuan untuk menyebarkan agama kristian supaya orang-orang Islam mengikut
agama mereka. Adapun seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 120
diatas penjajah barat cuba untuk mengajak umat islam hatta untuk yang
sekecil-kecil syariat mereka seperti memotong kek pada majlis hari jadi. Itulah
tujuan sebenar mereka.
3. Sebagai permulaan dibinanya
rumah-rumah ibadat dan diikuti oleh penerampan kebudayaan penjajah. Kesemua ini diasimilasikan sebagai sebahagian daripada
kebudayaan masyarakat islam tempatan. Semua ini terjadi disebabkan oleh pepecahan
dan kelemahan umat Islam dinegara ini. Kota A Famosa contohnya dibina dari runtuhan
dan batu2 nisan orang islam dan lebih dahsyat lagi kota a famosa itu dibina
daripada runtuhan pepecahan umat islam di Melaka pada ketika itu.
4. Permulaan pada kerja dakwah agama
kristian di tanah jajahan mereka termasuklah di Indoneasia ialah menterjemah
kitab2 bible kedalam bahasa tempatan. Gerak kerja kristian Belanda telah
menterjemahkan bible kedalam bahasa Indonesia. Ini termasukan perkataan2 “God”
dan “Lord” ditukarkan dengan kalimah Allah pada tahun 1795.
5. Perkara ini terjadi ratusan
dahulu dan kalimah Allah didalam bible berbahasa Indonesia telah di
asimilasikan dalam kehidupan masyarakat tempatan yang bukan islam sejak ratusan
tahun yang terhahulu. Ini merupakan tanda kejayaan orang2 yahudi dan Nasrani
megikut jejak langkah mereka.Oleh sebab kita tidak boleh beranggapan bahawa
pengguna kalimah Allah didalam bible di Indonesia sebagai sesuatu yang baru.
Walhal ianya berlaku ratusan tahun yang dahulu.
6. Usaha ini dirintis pula oleh
British di Tanah Melayu apabila mereka berjaya membuka Pulau Pinang dan juga
Melaka. Stamford Raffles merupa perintis kepada pertukaran “God” atau “Lord”
kepada Allah kedalam bahasa melayu pada awal 1820an. Alhamdulillah usaha Stamford
Raffles untuk menterjemahkan bible kedalam bahasa melayu dan seterusnya
menggunakan perkataan “God” atau “Lord” kepada kalimah Allah tidak Berjaya. Ini
kerana Allah SWT memelihara tanah melayu ini dari segala perancangan jahat.
7. Kejayaan Belanda di Indonesia
menterjemahkan bible dalam bahasa Indonesia dan kejayaan mereka menukarkan “God” atau “Lord” kepada Allah telah menarik
minat keluarga Brooke yang memerintah Sabah, Sarawak dan Kalimantan (perlu di
ingatkan Sabah dan Sarawak pada ketika ini belum lagi menyertai Malaysia untuk
merdeka). Keluarga Brooke telah membawa masuk mubaligh-mubaligh kristian
daripada Indonesia untuk berdakwah di Sabah, Sarawak dan keseluruhan Pulau
Borneo. Kitab2 bible dalam bahasa Indonesia telah diajar kepada masyarakat
pribumi sabah dan Sarawak. Ini termasuklah perkataan2 “God” dan “Lord”
ditukarkan dengan kalimah Allah juga diajarkan bersama kepada masyarakat disana.Disebabkan
sejarah inilah maka perbezaan ini berlaku sehingga sekarang.
8. Dek kerana inilah di Sabah dan
Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah Allah. Ini kerana proses asimilasi telah
berlaku kepada mereka sejak dari zaman keluarga Brooke memerintah mereka lagi.
Sebelum kristian dibawa masuk ke Sabah dan Sarawak majority pribumi Sabah
Sarawak mengamalkan kepercayaan animisme yang mana setiap satu daripadanya mempunyai
nama tuhan yang tersendiri.
9. Di semenanjung Malaysia
orang-orang bukan islam tidak dibenarkan menggunakan Kalimah Allah. Bila
pertembungan Kalimah Allah ini berlaku pada hari ini alasan penganut kristian
di Malaysia bahawa penngunaan kalimah Allah dalam bible di Indonesia dan
disabah Sarawak telah lama diguna tidak boleh diguna pakai secara automatiknya.
10. Usaha penjajah barat ini juga
berhasil di Mesir. Mereka telah berjaya menterjemahkan bible kedalam bahasa Arab
seterusnya menukarkan istilah “God” dan “Lord” didalam bible kepada kalimah
Allah. Al-Mukhatdas (Berita Baik) kitab bible dalam bahasa arab di Mesir
manakala di Indonesia dikenali sebagai Al-kitab (Berita Baik). Bermula dari
muka surat pertama lagi kalimah Allah telah digunakan. Penjajah barat telah
cuba sedaya upaya meninggalkan kesan penjajahan mereka di tanah yang mereka
jajah. Ini termasuklah menunarkan nama-nama tempat.
11. Berbeza dengan Malaysia
kesan-kesan penjajahan ini telah dibuang daripada merdekanya persekutuan Tanah
Melayu sedikit demi sedikit. Ini merangkumi nama tempat yang ada di Malaysia
dan bermacam-macam lagi.
12. Berbeza dengan Negara2 lain yang
mana usaha membuang segala bentuk kesan penjajahan tidak dilakukan. Ini
termasuk Indonesia yang mana kalimah Allah yang digunakan dalam bible berbahasa
Indonesia tidak dibuang dari bible mereka.
13. Manakala di Mesir, hujah mereka
orang-orang bukan islam di mesir telah lama menggunakan kalimah Allah dalam
bible mereka. Untuk pengetahuan semua, penganut agama kristian ini terbahagi
kepada 2, iaitu:
i. Penganut kristian yang mengamalkan fahaman TRINITY, yang mana mereka percaya
kepada Tuhan anak, tuhan bapa, tuhan jesus.
ii. Satu lagi kepercayaan agama kristian ini ialah UNITY, iaitu kepercayaan kepada tuhan
yang satu. Kristian di Mesir adalah terdiri daripada kristian daripada fahaman
UNITY. Kristian UNITY ini telah
mengkafirkan kristian yang berfahaman TRINITY ini. Dan oleh kerana itu penganut
kristian di Mesir ini percaya kepada Allah yang satu. Ini telah menjadi
kebiasaan (uruf) atau asimilasi bagi masyarakat mesir.
14. Kristian di Malaysia terdiri dari
golongan yang menganut fahaman TRINITY. Jadi adalah amat salah sekiranya
penganut fahaman kristian trinity dimalaysia ingin menggunakan Kalimah Allah
didalam bible mereka. Ini menimbulkan seribu satu pertanyaan kepada kita kerana
kebiasaannya penganut kristian di Malaysia tidak pernah menggunakan kalimah
Allah didalam kehidupan seharian mereka dan kenapa sekarang mereka sibuk nak
menggunakan kalimah Allah?
15. Maksud uruf menurut Imam Ghazali
ialah “Sesuatu yang telah mantap di
dalam jiwa manusia dan diterima oleh tabiat yang sihat.”.
Dalam bahasa mudahnya bermaksud
apa yang
disenangi oleh masyarakat dan menjadi kebiasaan dalam kehidupan, sama ada dalam
bentuk kata-kata atau perbuatan. Dari segi fuqaha, uruf dikatakan adalah sama
dengan adat. ialah kebiasaan disesuatu tempat. Contohnya larangan
memandu kenderaan di arab Saudi walhal di Malaysia ianya dibenarkan.
16. Dari segi hukumnya penngunaan
kalimah Allah ini diistilahkan sebagai perbezaan hukum disebabkan oleh
perbezaan keadaan setempat yakni kebiasaan pada sesuatu tempat (Negara). Oleh
kerana itu di di Mesir dibenarkan menggunakan kalimah Allah dikalangan
masyarakat kristian disana disebab kebiasaan (uruf) mereka disana dan ditambah
pula konsep mereka adalah sama dengan menyatakan tuhan itu satu.
17. Manakala di Arab Saudi, Ulamak
mengharamkan penggunaan kalimah Allah kerana di sana tidak ada orang bukan
Islam (Jikalau ada pun bilangannya amat sedikit 0.1%). Maka Malaysia pun
mengambil pendekatan yang sama dengan Arab Saudi, ini kerana majority rakyat
Malaysia adalah beragama Islam dan uruf di Malaysia juga tidak membenarkan
penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
18. Di Malaysia, penganut agama
kristian yang ingin menggunakan kalimah Allah ini sebenarnya tidak pernah
menggunakan bahasa arab dalam percakapan harian mereka, perkataan seharian
mereka pun tidak pernah mengunakan perkataan Allah malah penngunaan bahasa
melayu mereka juga tidak fasih. Alih-alih mereka ini yang minta untuk penggunaan
nama Allah dalam bible mereka. Mereka juga tidak pernah menyebut kalimah Allah
sebelum ini.
19. Persoalan yang menarik untuk
mereka jawap, berapa ramaikah dikalangan kamu penganut kristian di Malaysia
menyebut kalimah Allah dan perkataan-perkataan dalam bahasa Arab dalam percakapan harian kamu sebelum ini?
MUAHAHAHAHA.....KETIAK PO PO HANCING TAWAR
Ramai dikalangan rakan-rakan Facebook MH berkongsi di wall masing-masing video ketiak po po hancing tawar nii.. Bila di renung dan difikirkan balik video nii rasanya budak china nii perli seseorang laa.... sapa agak2nya tuu yea.... hmmm ketiak po po memang hancing tawar.... po po pun selalu gak kencing rakyat... hahahahaha... tu pun po po dapat gak gelaran anugerah tuhan dari pengikut po po....
Betuiii ker ketiak po po hancing tawar....???
Nurul Izah kata papa hebat...
Subscribe to:
Posts (Atom)