1. Kangkong
merupakan perkataan yang popular pada minggu lepas. Bermacam-macam perkara
dilabelkan kangkong. Ini berikutan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak
telah memberikan contoh barang-barang keperluan yang telah turun harga tetapi
tidak dipuji oleh pembangkang.
2. Antara
perkara menarik yang perlu diperhalusi oleh pentadbiran Perdana Menteri dalam
hal ini. Isu kenaikan kos sara hidup menjadi punca dan polemik yang beterusan
dalam masyarakat hari ini. Antara barang keperluan yang menjadi perdebatan
hangat ialah kos ayam, ikan, sayuran dan bermacam-macam barang runcit yang
semakin hari semakin meningkat naik kosnya.
3. Umum mengetahui kenaikan kos harga
barang menjadi isu duri dalam daging kepada Barisan Nasional (BN) dalam
mempertahankan kerajaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 14. Rata-rata
rakyat melihat ini sebagai kelemahanPM Najib dalam menghadapi gelora dan pancaroba
dakyah pembangkang. Suka atau pun tidak kita wajib menerima ini sebagai satu
kenyataan dalam kehidupan.
4. Pada
awal Januari 2014 Perdana Menteri telah mengumumkan 11 langkah mengurangkan
perbelanjaan di sector awam mulai Januari 2014. Antara langkah-langkah yang
diambil termasuklah pemotongan elaun keraian
menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus selain elaun keraian bagi
pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C). Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan
perbelanjaan berhemah pada tahun 2014.
5. Langkah lain juga merangkumi pengurangan sebanyak 5 peratus
kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan,
kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas)
dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus; dan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat
kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.
6. Kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding atau
konsultan untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan
kajian feasibiliti.Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan
mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan
Negara yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.
7. Kerajaan juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat
pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran
persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat
awam.Langkah penjimatan lain termasuk juga meminda kelayakan tiket
penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan
sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.
8. Penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran
persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi
kerajaan akan dikurangkan.Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah
pengurangan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran
persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi
kerajaan;mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan
sewaan premis pejabat;
9. Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan
dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga
kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran
kursus, seminar dan bengkel.
10. Pada
masa yang sama juga Kerajaan telah menubuhkan sebuah MAKMAL bagi mengkaji kos
sara hidup yang semakin tinggi. Makmal ini terletak dibawah Unit Pengurusan
Prestasi dan pelaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri.
11. Bagi
hemat MH ini hanya apa yang dinamakan “interim action”. Didalam pengurusan
krisis istilah “interim action” adalah merujuk kepada tindakan sementara yang
perlu dilakukan dalam mengekang krisis. Tindakan sementara ini hanya akan
redakan sedikit krisis sahaja. Dan ianya tidak melibatkan “comprehensive
solution” atau “total solution” atau dalam bahasa yang lebih mudah lagi sebagai
jalan keluar kepada krisis.
12. Umum
mengetahui perniagaan di Malaysia dimonopoli oleh kaum Cina. Ini meliputi
pengimport, pembekal, pemborong dan peruncit didalam semua bidang perniagaan.
Menurut MYKMU.net dalam artikel mereka pada 22 Jan 2014, para pengimport, pembekal,
pemborong dan peruncit telah menaikan haraga barang-barang keperluan bertujuan untuk memburukkan imej Barisan Nasional tetapi pada
masa yang sama mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menaikkan
harga barangan. Ini ada strategi 2 mata mereka dalam menjalankan dakyah
pembangkang.
13. Kerajaan
Barisan Nasional hanya mampu memberi amaran tindakan “tindakan tegas akan
diambil” kepada peniaga-peniaga yang ingkar. Dan ini sebenarnya telah
memberikan persepsi yang buruk kepada Kerajaan Barisan Nasional semenjak dari
tahun 2008 lagi. Rakyat amat tertunggu-tunggu dan amat mengalu-alu tindakan
tegas dari kerajaan sebenarnya. MH meluat sebenarnya untuk mengkritik sebegini
tetapi dalam masa yang sama MH terpaksa mengatakan perkara yang benar demi
kelangsungan dan kesinambungan Barisan Nasional dalam menerajui Negara.
14. Didalam
ucapan Perdana Menteri pada Majlis Memperkasakan Ekonomi Bumiputera di UiTM
pada September 2013 beberapa focus telah diberikan penekanan. Antaranya mendaya modal insan bumiputera, memantapkan
pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset
bukan kewangan bumiputera, memperhebat keusahawanan dan perniagaan bumiputera
dan memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.
15. Didalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) pemerkasaan
ekonomi bumiputera amat banyak dititik beratkan. Kesannya ramai dikalangan
orang melayu hari ini amat tinggi minatnya untuk berniaga. Amatlah significan
anjakan paradigma pemikiran orang melayu sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru
dilancarkan. Jika sebelum DEB dilancarkan sikap orang melayu ialah perniagaan
adalah perkara yang memalukan dalam hidup.
16. Dalam
merentasi gelora gelombang kos sara hidup yang semakin meningkat ini, satu mekanisme
lanjutan daripada DEB perlu diperkenalkan. Jika 44 tahun kerajaan melalui DEB mengajak
orang melayu berniaga atau dalam istilah yang sebenarnya mengajak orang melayu
menjadi peniaga runcit. Sudah tiba masanya hari ini kerajaan menjadikan
orang-orang melayu sebagai pengimport, pembekal, pemborong dan
tidak lagi menjadi peruncit terutamanya sector-sektor kritikal.
17. Sektor
kritikal disini bermaksud sektor yang menjadi kunci kepada sesuatu sector yang
lain. Contohnya bagi sector penternakan ayam. Faktor kritikal disini ialah
makanan dan perubatan dan antibiotik ayam-ayam. Seringkali faktor makanan dan
perubatan dijadikan sebab dalam kenaikan harga ayam. Disinilah peranan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) amat perlu sebagai permulaan.
18. Contohnya
KFC Holding, boleh menjadi pembekal ayam kepada seluruh Negara. Kemampuan KFC
menerusi system “contract farming” memang tidak dapat dinafikan lagi. Bagi
mengawal factor kritikal bagi sector penternakan ayam KFC holding perlu
menubuhkan kilang pemprosesan makanan ayam dan juga kilang pemprosesan ubat-ubatan
untuk penternakan. Strategi Lautan Biru kerajaan juga boleh digunakan disini.
FELDA boleh mendirikan kilang pemprosesan makanan ayam manakala perubatan untuk
ternakan pula boleh dilakukan oleh Pharmaniaga atau pun CCM menerusi Deupharma
Biotech. Dengan ini kos untuk penternakan ayam dapat di turunkan.
19. Itu
hanyalah satu contoh sector, banyak lagi sektor yang perlu diberi tumpuan. Maka
disinilah peranan PEMANDU untuk memecahkan monopoli “supply chain” masyrakat
cina terhadap ekonomi Negara. Maka selaku rakyat Malaysia MH pulangkan kembali
kepada PEMANDU apa yang patut dilakukan untuk meningkatkan lagi pengimport,
pembekal dan pemborong dikalangan orang melayu.
20. Peranan
institusi-institusi pendidikan juga penting. Di university-universiti pada hari
ini terutamanya di UiTM (UiTM means “Universiti
Terulung Melayu” which ‘i’ make a significant different) menawarkan
kursus-kursus keusahawanan perlu melakukan anjakan paradigm dimana matapelajaran
“supply chain entrepreneurship” perlu di ajar untuk menjadikan. Ini bermaksud “supply
chain” digabungkan dalam pelajaran keusahawanan.
21. MARA
merupakan agensi yang bertanggungjawap memajukan orang melayu. Hari ini MARA
tidak boleh lagi menggalakkan orang melayu menjadi peniaga runcit. MARA hari
ini wajib menjadikan orang melayu sebagai pengimport, pembekal dan
pemborong bagi setiap sector barangan.
22. Kertas
kerja dan kajian saintifik perlu lebih ditekankan. Kajian-kajian terhadap sistem
“supply chain” masyarakat cina Malaysia perlu dikaji. Jika perlu diwujudkan
instutusi atau KERUSI pengajian bagi supply chain ini maka wujudkanlah.
23. Apapun
cadangan MH ini mungkin akan memakan masa yang panjang. Tetapi ini tidak boleh
dijadikan alasan oleh Kerajaan untuk tidak berbuat sesuatu dalam menghadapi
gelora kos sara hidup yang tinggi pada sekarang. Kepada Dato’ Seri Najib, MH
memohon cadangan ini dipertimbangkan dan dilaksanakan segera bagi menjamin
kesinambungan Kerajaan BN atau dengan nada yang lebih tepat lagi untuk agama,
bangsa dan Negara.
Salam tuan.. saya amat setuju dengan cadangan tuan blog. Mohon diperpanjangkan kpd pihak atasan. Kita dh muak dgn PEMANDU PM yg tk berikan tindakan berkesan.. Krjn akan jd mangsa sabotaj peniaga cina dan talibarut2 mereka!
ReplyDelete