Pengkalan hadapan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di
Terumbu Layang-Layang berjaya mengurangkan jumlah
pencerobohan nelayan asing dan tentera asing di perairan itu. Pegawai Pemerintah Terumbu
Layang-Layang Leftenan Mohd Khairulislah Ahmad (TLDM) berkata kes pencerobohan
nelayan asing di kawasan terumbu itu telah berkurangan dibandingkan tahun lepas
sejak kapal dan bot TLDM aktif melakukan rondaan perairan.
KEDUDUKAN PULAU LAYANG-LAYANG
“Kami sentiasa berwaspada 24 jam sehari mengawasi perairan terumbu negara yang
kaya dengan hasil sumber asli laut yang menjadi rebutan nelayan dan kuasa asing. Kita akan mengawasi apakah tujuan
mereka (kapal tentera asing), sama ada hanya lalu di perairan ini atau datang
merisik,” kata beliau. Beliau bagaimanapun enggan mengulas bilangan kali
pencerobohan tentera asing, kapal tentera dan kapal selam di terumbu itu.
F-18D Hornet terbang berdekatan Pulau Layang-Layang yang
terletak di kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan. Dulu pulau ni
sekadar terumbu. Kemudian Tun Mahathir
arahkan terumbu ini ditambak untuk dijadikan pulau serta pengkalan paling
hadapan negara. Luas pulau ini kalau lebih kurang 2.5 km persegi. Panjang
landasan sekitar 1300 meter.
DIINTIP KAPAL SELAM
ASING
Seorang anggota
Pasukan Khas Laut (PASKAL) memberitahu Bernama pengkalan itu pernah
diintip oleh tiga kapal selam asing pada waktu malam. Bagaimanapun, kapal-kapal selam itu
menghilangkan diri setelah kehadiran mereka berjaya dikesan dan siren amaran
dibunyikan.
Lt Khairulislah
berkata pemeriksaan kapal-kapal nelayan asing sentiasa dibuat dan mereka perlu
mendapatkan surat keizinan pihak atasan TLDM untuk melakukan aktiviti tangkapan
ikan di perairan itu.
Beliau berkata setiap
bot nelayan asing yang melakukan pencerobohan akan ditahan dan dimaklumkan
kepada pihak atasan yang akan memberikan arahan samada menahan, mengusir atau
menyita bot nelayan asing itu.
Katanya perbezaan
yang dirasakan oleh anggota TLDM di sini ialah bertugas di barisan hadapan yang
sentiasa terdedah dengan ancaman luar dan sentiasa berada dalam kesiapsiagaan
menghadapi ancaman yang bakal berlaku, seperti yang dilihat pada cogankata
mereka di sini ‘kami akan pertahankan Pulau Layang-Layang hingga ke titisan
darah terakhir’.
Lt.Khairulislah
berkata nilai tangkapan
ikan Tuna yang terdapat di perairan Pulau Layang-Layang adalah melebihi RM70
juta setahun.
Adakah ini ada kaitan
dengan tuntutan kepulauan Sptratly? Kubu pertahanan di Pulau Spratly
1. Untuk menguatkan
lagi tuntutan dan penguasaan Malaysia ke atas kepulauan ini, bertan-tan tanah
dari Sabah di bawa untuk menambak Terumbu Layang-layang menjadi sebuah pulau
buatan (14 kilometer persegi) dan dilengkapi dengan landasan pesawat.
2. Pulau
Layang-layang ini dilengkapi dengan radar, stesyen pasukan khas serta landasan
yang sesuai untuk pesawat dari jenis Short Take Off Landing (STOL) seperti
CN235 dan C130.
3. Malaysia turut
mempunyai kubu pertahanan yang lengkap dengan meriam serta “helipad” di Terumbu
Ubi dan Terumbu Mantanani.
4. Filiphina turut
mempunyai kubu tenteranya di Pulau Pag-Asa yang dilengkapi dengan landasan
pesawat yang dikendalikan oleh Sayap Komposit Taktikal 570th.
5. China walaupun
tidak mempunyai pengkalan yang besar di kawasan kepulauan Spratly, ia
bagaimanapun mempunyai binaan setinggi 3 tingkat bangunan di Terumbu Mischief.
6. Ia juga dilengkapi
dengan padang bola jaring, binaan seperti parabola, lampu suar, panel solar dan
sejenis radar.
7. Negara itu
mempunyai kubu yang kukuh di kawasan Terumbu Johnson, binaan di situ dilengkapi
dengan mesin gun berkuasa tinggi dan meriam. Kapal perang China dari jenis
friget Jiangwei pernah berlabuh di kawasan ini pada April 2009.
8. Vietnam pula turut
mempunyai kubu tentera di Pulau Lagos dengan binaan seperti landasan pesawat,
jeti dan sekurang-kurangnya 35 buah bangunan ketenteraan yang dikawal dengan
pelbagai jenis senjata termasuk lima kereta kebal.
9. Penulis tidak
berminat untuk menyentuh kedudukan tentera oleh negara lain di kepulauan
Spratly tetapi hanya menumpukan kepada empat sahaja iaitu Malaysia, China,
Vietnam dan Filiphina.
STRATEGI MALAYSIA
10. Malaysia membawa
pembangunan yang paling pesat di kepulauan itu berbanding negara lain, Filipina
menguasai pulau yang paling besar di kepulauan Spratly tetapi kesemua negara
lain hanya memiliki terumbu-terumbu kecil sahaja sehinggalah Malaysia membawa
masuk bertan-tan pasir untuk mengubah Terumbu Layang-layang menjadi sebuah
pulau.
11. Kawasan tuntutan
Malaysia juga mempunyai kadar simpanan minyak dan gas yang paling kaya
berbanding kesemua kawasan lain di Spratly.
12. Malaysia turut
membina pengkalan kapal selamnya di Teluk Sepanggar, Sabah sebagai persediaan
menghadapi sebarang konflik di Spartly dan juga sebagai senjata cegah rintang
apabila terpaksa menghadapi kekuatan yang besar seperti China.
13. Umum mengetahui,
China mempunyai armada laut yang besar tetapi ia mempunyai kelemahan yang agak
ketara dari segi kekuatan Peperangan Anti Kapal Selam.
14. Jarak operasi
pesawat Sukhoi dan J-10 China untuk ke Spratly juga sangat jauh dan kuasa besar
itu tidak mempunyai kapal induk pesawat untuk menjalankan operasi ketenteraan
secara berkesan.
15. Sebagai contoh,
Britain dalam Krisis Falkland berjaya memenangi peperangan menuntut pulau
Falkland dari Argentina kerana Britain mempunyai armada laut yang kuat termasuk
dilengkapi dengan kapal induk pesawat seperti HMS Hermes.
16. Walaupun terletak
beribu batu dari kawasan konflik, Britain akhirnya menang dan peranan kapal
selam Britain berjaya mencegah campur tangan tentera laut Argentina menyebabkan
negara Latin Amerika itu hanya sanggup menyediakan tentera udaranya sahaja untuk
menghadapi Britain.
17. Kemasukkan
pesawat-pesawat Sukhoi 30MKM menyediakan negara sistem pertahanan yang
mempunyai kemampuan menguasai udara dari jarak yang jauh, umum mengetahui jarak
penerbangan Sukhoi yang beroperasi dari Gong Kedak yang terletak berhampiran
Laut China Selatan memungkinkan TUDM beroperasi untuk anti perkapalan dari
perairan Vietnam, Filipina sehinggalah ke Sabah.
SUMBER: DISINI
No comments:
Post a Comment