mykmu.net

Thursday, 29 November 2012

MH BERCUTI SELAMA SEMINGGU LEBIH

UNTUK MAKLUMAT SEMUA PEMBACA BLOG MULUT HEBIAQ, PENULIS AKAN MULA BERCUTI MULAI HARI INI SEHINGGA 9 DIS 2012. INI DISEBABKAN MH AKAN BERADA DILUAR KAWASAN LIPUTAN UNTUK TUGAS-TUGAS LAPANGAN DAN JUGA KEMANUSIAN. PENULIS AKAN KEMBALI PADA 10 DIS 2012 DENGAN BERITA YANG LEBIH HANGAT.. KITA HENTAM PR LAGI. SEKIAN WASSALAM

Tuesday, 27 November 2012

KARPAL ADALAH PENGERUSI MAJLIS FATWA PAKATAN RAKYAT







1. Krisis dalaman di dalam PAS, DAP dan PKR kini dilihat semakin memuncak apabila isu yang dipertelagahkan saling bertindihan dalam pakatan dan secara berasingan dalam setiap parti sekutu. 

2. Yang menariknya ialah ‘kemunculan’ Karpal Singh sebagai watak utama dalam setiap isu yang berbangkit.  Karpal merupakan ‘bintang’ dalam pertelagahan dengan Nasharudin Mat Isa mengenai hudud.  Beliau begitu garang mengarahkan PAS kembali kepada perjanjian asal iaitu untuk menghentikan terus cakap-cakap mahupun niat untuk melaksanakan hudud dan negara Islam. 

3. Walaupun kenyataan Karpal adalah mewakili pendirian DAP tetapi nampaknya hanya Karpal yang ditonjolkan sebagai menuntut PAS meletakkan satu pendirian yang jelas dalam isu ini.   Kit Siang, Guan Eng dan lain-lain pemimipin DAP hanya menjadi pelakon tambahan. 

4. PAS juga hanya dilihat hanya menumpukan tembakan terhadap Karpal seorang.  Malah, PAS juga yang mengeluarkan kenyataan membela DAP untuk ‘menenangkan’ ahli-ahli PAS, dengan menggambarkan kononnya, kenyataan Karpal adalah kenyataan peribadi dan DAP secara dasarnya tidak ada masalah ‘memahami’ hudud PAS. 

5. Dari situ, Karpal terus menjadi bintang utama DAP menghiasi akhbar dengan kenyataan-kenyataan lantang yang mendedahkan konflik partinya dengan PAS.  Semalam, Karpal menempelak kerajaan PAS Kedah kerana memperdagangkan sumber anugerah Tuhan, iaitu air.   Karpal tidak puas hati apabila PAS Kedah memutuskan agar Pulau Pinang perlu membayar bekalan air mentah yang disalurkan oleh Kedah ke negeri itu. 

6. Alasan kerajaan Kedah ialah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang juga memperniagakan air tersebut.  Lagipun, penjagaan sumber alam itu, termasuk mengekalkan kawasan tadahan juga melibatkan perbelanjaan, dan kos itu perlu turut dikenakan kepada Pulau Pinang yang turut menikmatinya. 

7. Kesungguhan Karpal menjaga kepentingan Pulau Pinang dilihat mengatasi Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng, yang kurang menonjol akhir-akhir ini.  Pendek kata, Karpal adalah satu-satunya pemimpin PR yang cukup pantas dan lantang dalam menangani sebarang masalah yang melibatkan perpaduan dalam kerjasama PR. 

8. Bagaikan pengerusi Majlis Fatwa bagi PR, Karpal sedaya upaya memastikan kerjasama dalam pakatan rakyat terus berkiblatkan semangat menghormati DAP. 

9. Malah, di dalam DAP juga, Karpal membawa sikap yang sama iaitu sebagai ‘penegak hukum’. 

10. Karpal menjadi ‘juara’ memperjuangkan ‘satu calon, satu kerusi’ bagi PRU kali ini atas alasan memastikan wakil rakyat dapat menumpukan sepenuhnya kepada kawasan masing-masing. 

11. Walaubagaimanapun, cadangan Karpal diragui oleh berbagai pihak dalam DAP sendiri dan ditempelak Teresa Kok dengan penghinaan bahawa Karpal adalah ‘old story’ atau cerita lama.  

12. Tindakan Teresa Kok menimbulkan kemarahan beberapa pihak  kerana dilihat tidak menghormati orang tua dan juga Pengerusi parti yang telah lama berjuang dan banyak pengalaman.  Akibatnya, Ahli Parlimen, Kota Alam Shah M. Manoharan telah membangkitkan kegagalan Teresa untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat dengan baik kerana memegang begitu banyak ‘kerusi’ atau jawatan dalam parti dan juga kerajaan negeri. 

13. Namun, akhir-akhir ini, nampaknya semakin ramai di dalam DAP menyuarakan sokongan terhadap idea Karpal ini, sekali gus, ‘menggilapkan’ lagi namanya. 

14. Strategi menonjolkan Karpal seorang serta mensenyapkan pemimpin-pemimpin DAP yang lain secara sengaja atau tidak sengaja dilihat tepat bagi meminimakan kerosakan yang berlaku akibat krisis yang melanda Pakatan Rakyat.   Namun, bagi pihak Karpal, beliau mungkin perlu lebih berhati-hati dalam mengatur langkah seterusnya kerana tindakan ini dilihat mampu meletakkan beliau dalam dua keadaan iaitu jika bukan sebagai ‘bintang’, maka mungkin juga sebagai ‘kambing hitam’.

15. Senarionya, jika PR menang dalam PRU ke-13 ini, maka isu penentangan DAP terhadap hudud perlu diselesaikan bagi mengelak akar umbi PAS ‘mengamuk’.  

16. Sedang pemimpin PAS boleh terus berdolak dalih dengan menggunakan alasan kekurangan majoriti di parlimen dan hakikat masyarakat majmuk, PAS tetap perlu membuktikan yang mereka benar-benar serius dalam menentang sesiapa sahaja yang menentang hudud. 

17. Oleh itu, Karpal mungkin perlu dikorbankan sebagai satu-satunya pemimpin DAP yang menentang hudud.  Dengan itu, walaupun hudud tetap tidak dilaksanakan, akar umbi PAS akan kembali tenang dan DAP akan kekal selamat.  

18. Karpal sebagai ‘cerita lama’ boleh dibersarakan saja.  Malang bagi Karpal jika ini berlaku kerana tidak dapat memakai gelaran Tun Karpal selepas bersara seperti yang dibayangkan oleh Tun Mahathir, kerana Karpal tidak bersara sebagai Perdana Menteri tetapi hanya bersara sebagai si-kambing hitam, Pengerusi parti.


Monday, 26 November 2012

PANAS: HAMAS IKTIRAF UMNO LEBIH ISLAM DARI PAS








1. Peranan Malaysia sebagai agen pengaman telah diiktiraf dunia.  Malaysia dipandang tinggi kerana komitmen dan konsistensi dalam memperjuangkan dan menyokong keamanan dunia. 

2. Apabila dikatakan Malaysia, maka ia secara automatik membawa erti kepimpinan dan kerajaan Barisan Nasional yang bertindak mewakili suara rakyat Malaysia keseluruhannya.   Justeru,  secara tidak langsung, tidak salah jika dikatakan bahawa penghargaan tersebut juga dituju kepada Barisan Nasional juga. 

3. Sebagai sebuah parti yang mewakili masyarakat Melayu Islam di Malaysia, UMNO, sebagai salah satu komponen BN turut memainkan peranan dalam memperjuangkan keamanan di dunia, terutamanya, dunia Islam.   Alhamdulillah, atas segala khidmat bakti itu, hari ini, bukan sahaja Malaysia yang mendapat pengiktirafan, tetapi UMNO juga telah mula dipandang tinggi sebagai pihak yang memainkan peranan penting dalam memperjuangkan keamanan di negara-negara Islam. 

4. Ini terbukti apabila Ketua Perhubungan Awam Hamas, Osama Hamdan, iaitu salah seorang daripada ahli panel dalam forum bertajuk Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat - Memandang ke Hadapan atau ke Belakang, yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan bermula esok, menyatakan penghargaannya terhadap UMNO kerana banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. 

5. UMNO juga, kata beliau, sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).

6. Beliau juga secara khusus menghargai kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani isu Palestine dan mengecam keganasan Israel.   Antaranya, dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 di Phnom Penh baru-baru ini, Datuk Seri Najib telah membangkitkan isu mengenai Palestin dan secara spesifik, meminta Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama agar mengambil tindakan segera untuk menghentikan konflik yang berlarutan di Gaza. 

7. Pendirian Malaysia dalam mengiktiraf Palestine sebagai negara berdaulat adalah jelas dan konsisten.  Dalam kenyataan Datuk Seri Najib di Sidang Kemuncak Luarbiasa OIC di Mekah, Ogos lalu, beliau menyatakan hal ini secara tuntas.  Pendirian ini adalah yang sama yang dipegang oleh kepimpinan UMNO, BN dan Malaysia sejak sekian lama. 

8. Di masa yang sama, beliau sentiasa memastikan UMNO melakukan apa jua yang terdaya untuk membantu Palestine sama ada secara bersendirian ataupun kerjasama dengan pihak-pihak tertentu.   Antaranya menghantar bantuan makanan dan keperluan pakaian serta ubat-ubatan bagi mengurangkan beban rakyat Palestine. 

9. Walaubagaimana seluruh dunia cukup maklum akan pendirian Malaysia dalam isu Palestin-Israel, kita dan juga Palestin, harus bersedia menghadapi risiko perubahan dalam pendirian itu sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil-alih kuasa dalam PRU nanti. 

10. Bukan rahsia lagi, bahawa bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat, iaitu Anwar Ibrahim adalah antara penandatangan Annapolis Summit yang menyokong penubuhan negara Israel.   

11. Malah, tidak berapa lama dahulu beliau juga mengulangi pendirian ini dengan membuat  kenyataan menyokong untuk melindungi keselamatan Israel.  Kenyataan yang disiarkan oleh the Wall Street Journal itu menimbulkan kejutan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.   Rasa terkejut dan kecewa terhadap kenyataan Ketua Pembangkang Malaysia itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Ismail Haniyah kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Yayasan Al-Quds Malaysia, iaitu Nasharudin Mat Isa ketika kunjungan beliau ke Kuwait.

12. Nasharudin, sebagai pemimpin PAS walaupun berkongsi sentimen yang sama dengan umat Islam di seluruh dunia gagal menjelaskan pendirian partinya mahupun pendirian PR dalam isu tersebut.   Ini kerana, menyatakan bahawa PAS tidak bersetuju dengan Anwar dalam isu ini adalah tidak cukup, kerana PAS nampaknya sebulat suara bersetuju agar Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan mereka menang dalam PRU nanti. 

13. Justeru, pendirian Anwar pasti akan menjadi pendirian parti PR iaitu pendirian kerajaan Malaysia.  Sekali gus pendirian peribadi PAS yang mungkin bertentangan, tidak akan membawa makna apa-apa.   Malah, pada hari ini juga PAS boleh dikatakan tidak bermakna apa-apa lagi kerana secara realitinya ia sudah terangkum dalam sebuah pakatan di bawah teraju Anwar. 

14. Walaupun PAS menuduh UMNO kafir dan murtad serta mendabik dada konon hanya parti itu yang layak dan ikhlas memperjuangkan Islam tetapi ‘keIslaman’ PAS nampaknya tidak diiktiraf dunia.   Manakan tidak, PAS bukan sahaja bersekongkol dan berusaha menobatkan talibarut Zionis pembunuh rakyat Palestin sebagai Perdana Menteri, tetapi PAS juga tidak pernah punya apa-apa jasa kepada umat Islam di dalam negara ini, jauh sekali di negara lain. 

15. Hakikatnya, PAS, sebuah parti yang hidup dengan wang derma ahli sendiri, serta wang sumbangan Zionis melalui PKR tidak mampu walaupun untuk mendirikan masjid untuk umat Islam beribadah selain dari ‘masjid’ rumahtangga dengan masing-masing punya dua hingga empat orang isteri.  Selama 2 dekad memerintah Kelantan, PAS hanya mampu mendirikan sebuah masjid sahaja.  PAS gagal secara total untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat Kelantan dan tidak mampu menjana ekonomi negeri sehinggakan negeri yang diperintah mereka mundur dari segala segi.

16. Dari segi Islam pula, ulama-ulama PAS langsung tidak layak untuk duduk sebaris dengan ulama-ulama tersohor dunia.  Ini kerana mereka hanya tahu berceramah di tahap kampungan serta tidak pernah membuat kajian atau apa-apa sumbangan akademik mahupun pembangunan kepada dunia Islam.  

17. Justeru, kita tidak hairan apabila Hamas menghargai UMNO dan bukan PAS, dalam menangani isu Palestine yang disifatkan paling ‘genting’ dan palilng dekat di hati umat Islam pada hari ini.  

18. Yang kita hairan ialah kenapa PAS masih tidak malu merasakan parti itu lebih Islam dari UMNO?

ANAK KECIL MAIN API: DONG ZONG MAIN API DOK MENCARI PASAI SUNGGUH





1. Perhimpunan 1125 yang diadakan oleh Dong Zong untuk membantah Pelan Pendidikan Kebangsaan disertai lebih kurang 7,000 peserta.  Akhbar-akhbar Cina melaporkan jumlah seramai 10,000.  

2. Apapun jumlah sebenar, yang pastinya Dong Zong akhir-akhir ini semakin giat menuntut berbagai keistimewaan yang kononnya bertujuan untuk mempertahan dan meningkatkan pendidikan Cina bagi kaum Cina.  . 

3. Walaupun terbukti yang kerajaan tidak pernah meminggirkan sekolah-sekolah vernakular, namun Dong Zong masih tidak berpuas hati apabila pelan pendidikan baru menekankan usaha menyemai semangat jatidiri negara melalui Bahasa Kebangsaan. 

4. Bagi Dong Zong penambahan masa bagi subjek Bahasa Malaysia mengancam Bahasa Mandarin.  Nampaknya, Dong Zong ingin memastikan anak-anak kaum Cina kekal tidak fasih berbahasa kebangsaan dan kekal terasing dari pergaulan dalam masyarakat majmuk di negara ini.  Malah, dari tuntutan-tuntutan sebelum ini, jelas terlihat bahawa Dong Zong bertekad untuk memisahkan kaum Cina dari aspirasi nasional dengan memperjuangkan peperiksaan yang tidak bersandarkan syarat-syarat yang digariskan oleh kementerian pendidikan. 

Jelas, bahawa Dong Zong enggan tertakluk di bawah kawalan kerajaan.  

5. Namun, sungguh biadab dan tidak bermaruah sekali Dong Zong apabila di masa yang sama menuntut layanan sama seperti Sekolah Kebangsaan.  Apa jenis manusia yang sedia kaya, tetapi masih lagi asyik meminta-minta? 

6. Seperti biasa, parti-parti pembangkang juga mencelah mencari ‘laba’ dari perhimpunan ini, seperti PKR, DAP dan termasuklah PAS.  Namun, kehadiran Pengerusi Cawangan MCA Kota Kecil, Tai Foo Him menjelaskan lagi agenda perkauman dalam perhimpunan ini. 

7. Menurut Dong Zong, pertubuhan itu bukan anti kerajaan.  Ini mungkin separuh benar. 

8. Dong Zong bukan anti kerajaan, tetapi anti jatidiri dan aspirasi Malaysia yang berteraskan identiti Melayu.   Dong Zong tidak mahu anak-anak mereka menyerap ‘roh’ Malaysia sepertimana tokoh yang disegani semua bangsa iaitu Tan Sri Lee Lam Thye yang dianggap telah ‘diMelayukan’. 

9. Bagi kaum Cina, ‘diMelayukan’ adalah satu penghinaan kerana bermakna telah tunduk kepada Melayu.   Sikap kiasu yang angkuh dan bongkak tidak membenarkan mereka berada di bawah dari sesiapa.  Memandangkan Melayu yang  mereka pandang rendah dan hina itu adalah tunjang kerajaan negara ini, maka Dong Zong yang tidak dapat menerima hakikat ini menjadi amat anti dengan Melayu. 

10. Justeru, Dong Zong ingin menunjukkan kepada Melayu, iatu kerajaan bahawa mereka lebih berkuasa dan merekalah tuan dalam negara ini.  Dong Zong tidak berminat kepada semangat perpaduan, kerjasama, saling hormat-menghormati dan toleransi antara sesama kita kerana bagi mereka, kaum Cina jauh lebih mulia dari semua. 

11. Dengan itu, Pilihanraya yang menjelang tiba ini digunakan sepenuhnya oleh Dong Zong untuk menunjuk kuasa dan menguji ketahanan kerajaan. 

12. Namun, kita percaya, jika semua yang dituntut mereka juga ditunaikan kerajaan, Dong Zong tetap tidak akan berpuas hati, selagi tonggak pemerintahan berada di tangan Melayu.  

Wednesday, 21 November 2012

ISLAM: APA YANG UMNO TOLAK DAN APA PULA YANG DAP TERIMA?






1. UMNO yang penulis tahu tidak pernah menolak Islam, kalau UMNO menolak Islam, penulis dan ramai lagi tidak akan memilih untuk masuk dan menyokong UMNO.  Tengok sajalah dalam negara kita ini, apa bukti yang UMNO sepenuhnya menolak Islam dan al-Quran?

2. Kalaupun ada beberapa ‘perkara’ dalam Islam yang tidak dilaksanakan UMNO, itu bukan bermaksud UMNO menolak tapi memilih untuk tidak melaksanakan atas sebab tertentu berasaskan hukum Islam dan pandangan majoriti ulama.  Anyway, banyak mana ‘perkara’ tu?  Tak silap penulis, satu sahaja.

3. Maka itu, tuduhan UMNO menolak Islam ini awal-awal lagi tidak logik tapi bila Nik Aziz tidak segan-segan untuk sebut perkara tersebut, mesti ada sesuatu yang menggerakkan mulut busuk dia tu untuk bercakap demikian.

Soalnya apa dia?

4. DAP on the hand, kita tahu anti banyak benda berkaitan Islam di Malaysia ini, tinggal lagi kuasa penuh ke atas agama tersebut tidak ada di tangannya, waima di negeri yang dia perintah – Pulau Pinang.  Dalam pada itu pun, sempat juga DAP haramkan bacaan al-Quran waktu subuh dan bertakbir pada malam raya di negeri tersebut.

5. Tapi bila Hadi Awang bertegas mengatakan DAP menerima Islam, soalan yang sama kita nak tanyakan bahagian apa dalam Islam yang DAP terima sehingga PAS pandang DAP lebih mulia dari UMNO dalam soal menegakkan Islam?

6. Sudah tentu bila ada ‘masalah’ macam ini, lain orang yang akan keluar kenyataan berbeza untuk segmen yang berbeza juga.  Nik Aziz bila tuduh UMNO tolak Islam, dia tidak akan sentuh DAP.  Hadi Awang bila sentuh DAP terima Islam, dia tidak akan sentuh UMNO.

7. Penyudahnya, kita yang dibawah ini jadi konfius, Islam apa Nik Aziz cakap, Islam apa Hadi cakap?

8. Sebetulnya, ini bukan soal Islam tapi ini soal hudud.  PAS nak cakap UMNO tolak hudud tidak boleh sebab dia sendiri pun tak laksanakan hudud di beberapa negeri yang dia pernah dan sedang perintah.  Selain itu,  nanti nampak sangat tak kena dengan kerjasama politik antara PAS dan DAP.

9. Jadi untuk kelirukan orang, Nik Aziz guna alasan UMNO tolak Islam, walhal dia merujuk kepada hudud.  Sementara Hadi bila dia sebut DAP menerima Islam, dia merujuk kepada Islam dalam perlembagaan yang DAP tak cukup berani untuk isytiharkan penentangan.

10. Inilah sebenarnya yang berlaku sekarang.  Hadi dan Nik Aziz cuba mengelirukan orang Islam di negara ini demi menghalalkan sumbang mahramnya dengan DAP.

11. Taktik keliru dan mengelirukan seumpama ini memang pendekatan PAS untuk bertahan lama dalam politik negara.

12. Sebetulnya, PAS sedang menghasut rakyat Malaysia untuk menerima DAP yang kita tahu memusuhi Islam dan menolak UMNO yang jauh lebih kehadapan dalam soal Islam di negara ini, lebih depan dari PAS pun.

13. Jadi janganlah diundi PAS ini lagi, dia sedang mengarah kita ke jalan yang sesat, bukan jalan yang betul.  Dah elok-elok Malaysia macam sekarang, PAS sanggup ubah kerana harga sebuah undi. 


sumber:


DOA PAS MENZALIMI SAUDARA SEAGAMA MEREKA


Doa Najib sentiasa mengiringi ketika menziarahi Nik Aziz walaupun Nik Aziz mendoakan Najib supaya buncit perut...

1. Sudah jadi kebiasaan bagi pemimpin pembangkang terutama dari PAS mengadu domba dan mempropagandakan tuduhan liar mengatakan Kerajaan BN adalah zalim, anti Islam, firaun dan sebagainya.

2. Tak cukup dengan propaganda persepsi buruk sedemikian, mereka guna pula agama sebagai modal politik termasuklah memperalatkan solat hajat, tazkirah dan doa untuk memainkan sentimen agama dikalangan penyokong dan orang ramai.

3. Solat hajat, tazkirah dan doa adalah perkara yang baik yang dituntut oleh Islam namun bila dipolitikkan kesannya keberkatan hilang dan rahmat Allah s.w.t tidak kesampaian, sebaliknya yang datang polemik tak berkesudahan dan kecaman khalayak ramai.

4. Inilah yang terjadi berikutan dari doa berunsur politik kepartian yang dibacakan oleh adik kandung kepada Mursyidul Am PAS, iaitu Nik Razi Nik Mat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV tempohari.

5. Isi kandungan doa yang mengecam UMNO dan BN yang kononnya menzalimi agama Islam dan menindas rakyat seumpama tingkah laku jahat firaun, Namrud dan Abu Lahab akhirnya mengundang polemik dan mudarat pula buat PAS.

6. Dah namanya doa politik, niatnya tentu sahaja demi untuk kepartian dan bukannya ikhlas mahukan keredhaan Allah s.w.t. Maka akibatnya terpaksalah PAS menanggung beban di atas sikapnya yang emosional tak bertempat dan tidak berhikmah itu.

7. Hakikat yang pahit untuk penyokong PAS terima sebenarnya, ialah PAS itu sendiri sejak sekian lama sebenarnya telah menzalimi agama Islam sehingga memudarkan sedikit sebanyak imej kesucian agama ini di mata penganut agama lain.

8. Suatu ketika dulu di awal tertubuhnya PAS, para pimpinannya sebulat suara menolak kerjasama dengan non-muslim sehingga pernah mengkafirkan orang Islam yang menyokong parti PERIKATAN (sekarang Barisan Nasional) yang terdiri dari UMNO, MCA dan MIC.

9. Lebihkurang satu dekad sebelum menjelangnya Abad Millenium barulah PAS kenal peri pentingnya kerjasama orang Islam dengan non muslim demi kebaikan bersama.

10. Tika ini barulah PAS teringat betapa di zaman Rasulullah s.a.w dulu, baginda juga pernah mengadakan kerjasama dengan orang bukan Islam termasuklah dengan kaum Yahudi.

11. Malangnya kerjasama yang PAS jalin dengan DAP dan PKR langsung tidak memberi manfaat pada ummah apatah lagi untuk kebaikan agama Islam.

12. PAS gagal menahan asakan pemimpin DAP sehingga akhirnya perarakan Maulidul Rasul kini tidak lagi dapat diadakan di Pulau Pinang yang dikuasai DAP. Berpuluh tahun ia tidak diganggu gugat, datang DAP abang besar PAS segalanya berubah atas nama demokrasi.

13. Juga berlaku di zaman PAS sebagai lembu tunggangan DAP, di mana kesucian Rumah Allah dinodai oleh pemimpin politik bukan Islam yang dibiarkan saja menyampaikan tazkirah di ruang utama surau dan masjid, manakala anak kariah dan jemaah yang hadir pula terpaku kelu bagaikan tekun mendengar kuliah agama dari ustaz dan tok imam.

14. PAS juga berdiam diri apabila tulisan jawi pada nama jalan dipertikaikan DAP, malah PAS juga malu untuk ke depan menegur kebiadapan DAP untuk menghapuskan hak keistimewaan agama Islam di sisi Perlembagaan Malaysia dengan berselindung disebalik tuntutan pemimpin DAP yang mahu negara ini diiktiraf sebagai sekular.

15. Akibat dari kerjasama PAS dengan DAP dan PKR dalam PR itu jugalah kalimah Allah s.w.t dengan mudahnya digadai tanpa rasa bersalah demi untuk menjaga hati penyokong DAP yang beragama Kristian.

17. Demikian juga bila kita bercakap soal akidah, sampai sekarang PAS tidak berani mengecam secara rasmi keceluparan anak Ketua Umum PKR, Nurul Izzah yang menyarankan orang Melayu Islam diberi hak bebas bertukar agama.

18. Amanah yang diberikan oleh segelintir rakyat kepada PAS untuk mempertahankan Islam akhirnya dikhianati. Jelas sekali semuanya itu satu kezaliman terhadap agama Islam, pengkhianatan terhadap ummah yang secara sengaja atau sebaliknya telah dilakukan oleh PAS

Tuesday, 20 November 2012

CUKUP SUDAHHH... CUKUP-CUKUP SUDAHHHH... USAH DI ULANGI PASAL DOA ITU: NIK RAZI



1. Selepas masyarakat umum dikejutkan dengan doa politik kepartian oleh PAS yang mendoakan kehancuran saudara seagama, sama seperti firaun dan Namrud dihancurkan oleh Allah s.w.t, kini tukang canang doa itu, Nik Razi Nik Mat jadi tak senang duduk dibuatnya.

2. Tiba-tiba sahaja Nik Razi meminta orang ramai menghentikan polemik dan spekulasi isu doa politik yang dibacanya selepas solat Hajat di Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PAS di Kota Bharu beberapa hari lepas.

3. Dalam kenyataannya kepada akhbar Sinar Harian, katanya, isu tersebut sudah sampai ke kemuncaknya dan tiada apa lagi yang perlu diperkatakan. Ringkas kata, Nik Razi tidak mahu isu itu terus diperbesarkan.

4. Menurutnya lagi, "sudah cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun."

5. Akhirnya selepas dengan sengaja mencuit kemarahan ramai, tersedar juga dari kebangangan sendiri. Tahu juga takut melihat reaksi spontan rakyat.

6. Dayus rupanya, tak berani nak menegakkan 'kebenaran' doa yang dia sendiri bacakan tanpa hikmah dan langsung tidak mempunyai ciri nur dakwah itu.

7. Atau sebenarnya wujud tekanan dari pihak atasan PAS yang tidak senang melihat isu doa politik itu semakin hari semakin mencalar imej PAS sebagai sebuah parti politik yang didakwa membawa panji-panji Islam?

8. Pun begitu jika membuat kenyataan yang bunyinya semacam mengalah itu diharapkan akan membuatkan khalayak umum melupakan isu ini, tentu sekali tidak.

9. Khalayak ramai tidak lupa, sudah acapkali PAS mempergunakan agama, solat hajat serta doa-doa tertentu untuk tujuan membangkitkan sentimen keagamaan umat Islam untuk kepentingan politik kepartian PAS.

10. Sebelum ini, PAS melalui Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat yang juga adalah abang kepada Nik Razi pernah menggunakan taktik tidak berhikmah ini dengan membacakan doa supaya dipecahkan perut Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

11. Namun bila ia menyebabkan orang awam menjadi jelik dan meluat dengan gaya politik memperalatkan sentimen keagamaan itu dan kesannya semakin melebarkan jarak masyarakat umum dari PAS, akhirnya Nik Aziz dengan selambanya menafikannya. Dayus juga.

12. Dalam pada itu, disebalik kehangatan isu doa politik tiba-tiba pula Nik Aziz menafikan pernah menuduh UMNO telah murtad dari Islam. Katanya kepada Sinar Harian Online, berita yang menyebut beliau mendakwa UMNO telah murtad adalah fitnah rekaan sahaja.

13. Tabiat biasa Nik Aziz macam itulah, bila kenyataannya menjadi hangat dan mengundang kemarahan ramai, kalau dia tak putar belitkan jawapan pembelaannya untuk menegakkan benang basah, lain caranya dia akan tuduh media telah memfitnahnya.

14. Skrip sama sejak dulu hingga sekarang, tak pernah berubah. Malu hendak mengaku kesilapan hasil dari keegoaan sendiri. Sekarang penyakit menyalahkan orang lain di atas keceluparan mulut sendiri dah berjangkit pada adiknya.

15. Lengkaplah sudah kedua-dua manusia paling bongkak atas muka bumi ini sebagai adik beradik paling dayus, gemar mengata buruk pada orang lain tapi bila mendapat reaksi balas dan kecaman ramai, terus menggelupur sampai terbelit diri sendiri.  

Monday, 19 November 2012

HADI AWANG SEBAGAI PM: PAS DAH MULA PERCAYA ANWAR MEMANG AL-JUBURI





1. Muktamar PAS ke-58 yang berakhir dengan doa menghancurkan UMNO dilihat sebagai berjaya memaksa ahli-ahlinya menerima hakikat bahawa Putrajaya adalah satu-satunya matlamat hidup parti itu dan apa saja yang mampu mengganggu atau menyukarkan perjalanan ke sana, wajib ditutup, diketepikan atau dimusnahkan.  

2. Sekali gus, segala keraguan akar umbi mengenai ‘cara’ yang digunakan untuk mencapai matlamat itu, wajib dibuang atau akan dianggap sebagai khianat atau belot kepada parti, hatta Islam!

3. Bagi memberi keyakinan kepada akar umbi yang masih sangsi mengenai kemampuan PAS mendominasi Pakatan Rakyat untuk melaksanakan hudud, maka Hadi Awang perlu digilap sehingga bersinar-sinar untuk mengaburi cahaya nyalaan api Anwar Ibrahim.   Maka, Hadi Awang pun dijulang dengan koir hudud menghiasi latar belakang.   Hadi juga mengaku yang beliau ‘syok’ atau seronok dengan idea menjadi Perdana Menteri seolah-olah seorang anak kecil yang tidak pernah keluar dari kampung dijanjikan untuk dibawa melawat ke luar negara. 

4. Kata Hadi Awang dengan riaknya, perlantikannya sebagai Perdana Menteri nanti akan bermakna Islam telah menang dan jika beliau ditakdirkan meninggal dunia selepas itu, maka beliau bersedia. 

5. Persoalannya, apakah atau siapakah Hadi Awang untuk meletakkan dirinya sebagai simbol Islam?  Bagaimana perlantikannya sebagai PM menjadi tanda kemenangan Islam?  Apakah jasa Hadi kepada Islam atau Umat Islam selama hidupnya?   

6. Dan apakah Hadi pekak atau pura-pura pekak dan tidak mendengar jeritan Lim Kit Siang yang ingin menegakkan Negara Sekular serta menghapuskan Islam sebagai agama rasmi?   Bagaimana kita menilai keikhlasan Hadi untuk memartabatkan Islam sedangkan di masa yang sama beliau berlutut memeluk erat kaki Lim Kit Siang, bimbang sekali diterajang keluar?  

7. Dengan DAP yang anti Islam serta Melayu, dan PKR pula berkiblatkan barat sehinggakan Anwar tersenarai sebagai tokoh liberalisme dan pluralisme di rantau ini, bagaimana kemenangan PR dan perlantikan Hadi sebagai PM boleh dikatakan kemenangan Islam?

8. Jelas, bahawa Islam hanyalah mainan politik bagi PAS.  Namun, ini sudah pun diketahui umum. 

9. Yang menjadi isu kini bukan lagi sikap PAS yang mempolitikkan Islam tetapi tentang kenapa persoalan mengenai Hadi Awang menjadi Perdana Menteri boleh timbul dalam Muktamar kali ini sedangkan selama ini PR telah sebulat suara meletakkan Anwar sebagai bakal PM? 

10. Jawapannya, tidak lain tidak bukan kerana PAS cukup maklum akan siapakah Anwar Ibrahim dan PAS tidak sanggup menerima kaki liwat, kaki zina dan kaki rasuah sebagai Perdana Menteri.   Selama ini PAS cuba menafikannya, cuba menepisnya dan cuba mengtidak-apakan segala keburukan Anwar tetapi akhirnya PAS terpaksa mengambil-kira keresahan akar umbi kerana bimbang tidak mampu mengekalkan sokongan dalam menghadapi pilihanraya. 

11. Sebelum ini, Hadi Awang sendiri bertungkus lumus membela Anwar dengan menyatakan yang video hanya besi dan tidak boleh dikira sebagai saksi atau bukti.  Tetapi, hari ini terbukti bahawa Hadi Awang sebenarnya meragui kata-katanya sendiri.  Beliau pada hakikatnya cukup tahu dan yakin bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana penuh dengan skandal yang begitu dahsyat sehingga tidak tercapai oleh akal pemimpin naïf sepertinya. 

12. Namun, demi politik Pakatan Rakyat, Hadi sanggup menipu apa saja sambil menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan hadith untuk membela Anwar.  Mungkin dalam Muktamar ini, Hadi Awang baru tersedar bahawa akar umbi juga tahu yang beliau telah menipu mereka selama ini. Dan kerana itu, beliau perlu menunjukkan yang beliau juga bersetuju dengan mereka bahawa penzina dan peliwat tidak boleh menjadi Perdana Menteri. 

13. Apa lagi apabila ahli-ahli menunjukkan sokongan melantik beliau sendiri sebagai Perdana Menteri.  Maka, semakin lebarlah senyum Hadi dan semakin yakinlah PAS yang mereka akan berjaya mendominasi PR. 

14. Namun, seperti biasa, PAS gagal melihat impak dari perkembangan ini dari luar konteks parti mereka.  Semangat ahli-ahli PAS melihat Hadi menjadi PM adalah sesuatu yang negative jika dilihat dari konteks politik Pakatan Rakyat.  Ini kerana, sokongan terhadap Hadi juga bermakna penentangan terhadap Anwar Ibrahim. 

15. Penentangan terhadap Anwar Ibrahim bermakna krisis dalaman kepada PAS iaitu antara golongan Anwarinas dan golongan Ulama yang mana pasti akan diterjemahkan dalam PRU nanti.  Selain itu, ia juga membangkitkan kesangsian DAP terhadap keseluruhan kerjasama dengan PAS dalam PRU kali ini.   Ini kerana DAP hanya bersatu dengan PAS atas ikatan faktor Anwar Ibrahim.  Tanpa Anwar, maka tiadalah tali pengikat kedua-dua parti itu. 

16. Maka kesimpulannya, PAS yang semakin bersemangat tidak bermakna yang PR akan semakin kuat.  Sebaliknya ia mungkin akan melemahkan atau menghancurkan terus pakatan mereka menjelang pilihanraya.

Saturday, 17 November 2012

SEDANG KITA BERDOA UNTUK GAZA, ANWAR MENYOKONG USAHA LINDUNGI KESELAMATAN ISRAEL





1. KONFLIK di Semenanjung Barat melibatkan pasukan tentera Israel dan Hamas, dijangka bertukar menjadi perang pada bila-bila masa dari sekarang sebaik ribuan askar Israel yang berkumpul di sempadan Gaza-Israel, menyeberang masuk.






2. Sudah tentu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyokong Israel dalam konflik ini kerana yang disebut-sebut ‘bakal’ menjadi Perdana Menteri, Kohen (paderi dalam bahasa Hebrew) Anwar Ibrahim sudah tercatat dalam sejarah sebagai salah seorang pelindung keselamatan Israel yang tersohor di dunia.

3. Kita kena banggalah, sebab bukan calang-calang orang boleh dapat pengiktirafan yang sebegitu tinggi dari puak yahudi ini, dalam sejarah Malaysia, Anwar jadi yang pertama dan mungkin terakhir mendapat pengiktirafan tersebut.

4. Ingat mudah ke nak dapat gelaran itu? Setakat cium kaki yahudi belum tentu dapat tau, dia kena lebih dari itu.  Tak silap penulis, Anwar kena jilat satu badan (lama sikit kat punggong), barulah dapat pengiktirafan tersebut dan faedah-faedah lain yang berkaitan dengannya.

5. Maka itu penulis sedikit hairan dengan susah payah orang kita berdemo depan Kedutaan Amerika Syarikat membantah kezaliman Israel di Gaza, sedangkan di Segambut Dalam ada ‘kedutaan’ tidak rasmi merangkap rumah pelindung keselamatan  Israel di negara kita ini.



6. Apa kita tak berdemo disitu, bakar patung mukanya dan baling batu bagi menunjukkan bantahan?  Lagipun, bukankah Anwar menyokong demonstrasi ganas atas nama menentang ketidakadilan?  Jadi kita buktikan di rumahnya, sebab dia menyokong pihak yang ganas (Israel) dan meminggirkan pihak yang ditindas (Palestin).

Tak adil tu.

7. Agaknya sekarang apa kata Anwar?  Hamas yang didakwanya dulu menyokong polisi melindungi keselamatan Israel, kini di ambang berperang dengan negara King David tersebut.  Kalau Hamas mendokong keselamatan Israel macam yang didakwa Anwar, bagaimana pulak hari ini dia nak berperang dengan Israel?

8. Ini masalah bila berurusan dengan penipu, ayat main petik ikut sedap mulut asal sahaja fund luar masuk.

9. PAS pun begitu juga.  Sejak terima dana dari yahudi ni kan, ada peluang buat solat hajat beramai-ramai pun dia tidak tergamak mintak doakan keselamatan umat Islam Palestin di Gaza dan kehancuran Zionis di Israel.  Sebaliknya, UMNO yang jadi subjek, betullah bebal puak berketayap putih kelat hijau ni.

10. Gamaknya dah beribu ahli PAS yang bersepai ditembak dengan kereta kebal oleh kerajaan BN di Malaysia ni, atau ada kereta pemimpin PAS yang ditembak dengan peluru berpandu oleh pesawat dron ALUDRA milik Angkatan Tentera Malaysia macam di Gaza sana, sehinggakan beria-ia benar pemimpin PAS nak mengangap kerajaan BN zalim.

11. Rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam, perlu tanya diri sendiri.  Selama mana dan sehingga bila nak dibodohkan puak-puak ini?  Anwar sanggup keluar kenyataan jadi pelindung keselamatan Israel bukan tidak bersebab.  Dana yahudi yang diterima Anwar dari Open Institute Society (OIS) melalui NGO haram yang ditubuhkannya, adalah ‘sebab’ yang penulis sebutkan di atas.



12. Takkanlah yahudi nak bagi Anwar duit begitu saja, mesti ada harga.

13. Maksud sebagai pelindung keselamatan Yahudi ini besar maknanya.  Contohnya, kalau semua negara Islam diminta menghantar tentera untuk menentang pendudukan Israel di Palestin, Malaysia dibawah pimpinan Anwar akan mengambil pendirian berkecuali, itu maksudnya dan itulah komitmennya.


sumber: 



SEDANG KITA BERDOA UNTUK GAZA, ADA YANG BERDOA MENJADIKAN MALAYSIA SEPERTI GAZA






DARI BRO JINGGO 


Venue : Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu, Kelantan

Event : Solat Hajat bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat

Date : 16/11/2012 @ 8.00 pm

Solat Hajat di imamkan oleh abang kepada Nik Aziz. Isi doa beliau berbunyi "KO BN !! .. KO BN !!...BN KO !!... KO BN !!.. BN KO !!...." Ini lah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuat nya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan disebelah pembangkang dan juga disebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut. Ramai juga kenalan media yang memulanya mengaminkan doa tersebut menurunkan tangan sebagia tanda 'protest' apabila terdengar jeritan imam meng-KO kan UMNO / BN... Mungkin ini adat budaya Melayu / Islam sebelah Pantai Timor, saya perlu belajar lagi untuk memahami mereka...



DOA HAMBAMU YANG HINA INI YA ALLAH 

"Ya Allah Engkau tentukan lah apa yang terbaik untuk negara ku yang tercinta ini supaya kami dapat beribadah dalam keadaan tenang dan lengkap sempurna segalanya"



Thursday, 15 November 2012

MAKNA SAMBUTAN MAAL HIJRAH BAGI ANWAR IBRAHIM









SIAP SAMA-SAMA MENYALAKAN LILIN LAGI TUHHH....


HIJRAH, PAS SEMAKIN MENINGGALKAN PERJUANGAN ISLAM







1. Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang berlangsung di Dewan Duyung, Perdana Resort hari ini berlangsung dalam keadaan tenang walaupun umum tahu bahawa parti tersebut sedang bergelora di peringkat akar umbi. 

2. Dalam ucaptamanya, Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS menyeru para Ulama PAS mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahli mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat.  Untuk itu,  Datuk Harun juga mengingatkan mereka agar menggunakan dalil-dalil dalam Al-Quran dan hadith yang bersesuaian, untuk meyakinkan pengundi. 

3. Secara dasarnya, Ulamak PAS mengambil pendirian untuk menumpukan kepada perkara besar dan mengenepikan perkara kecil dalam membawa usul ke Muktamar Tahunan ke-58 yang akan bermula esok di Pusat Tarbiyah Pengkalan Chepa (Putik).  

4. Apa yang menarik ialah, Dewan Ulama PAS telah memutuskan ‘menawan Putrajaya’ sebagai satu-satunya agenda besar. 

5. Manakala soal lain, termasuk kebebasan umat Islam menukar agama yang berbangkit dari kenyataan Nurul Izzah, hala tuju dan prinsip Pakatan Rakyat dalam soal hudud, Malaysian-Malaysia, liberalisme dan pluralisme yang menjadi kontroversi dalam mendefinasikan jatidiri PAS hari ini, telah diremehkan. 

6. Malah, soal jawatan Perdana Menteri serta  pembahagian kerusi yang merupakan isu asas dalam memperkatakan agenda besar untuk ‘menawan Putrajaya’ juga turut diketepikan. Dalam kata lain, penyokong PAS wajib menerima hakikat bahawa Anwar adalah bakal perdana menteri kerana Anwar saja yang mampu menyatukan jasad PAS dengan DAP yang mana tanpa penyatuan ini, PAS tidak mungkin mampu mengimpikan Putrajaya. 

7. Dalam kata lain, para penyokong yang mempunyai kemusykilan atau persoalan mengenai perkara-perkara di atas dan berniat untuk mengusulkannya untuk dibahaskan telah disarankan agar membatalkan niat mereka sebaik tiba di pintu Muktamar. 

8. Bagi menyimpulkan pendirian Dewan Ulama atau mungkin juga kepimpinan PAS keseluruhan, petikan tulisan seorang blogger pro-PR menyatakan segala-galanya, iaitu “Ahli perlu membincangkan bagaimana mahu melurus dan melebarkan jalan menuju ke Putrajaya.  Jangan pula ada yang primif dengan menyempitkan jalan ke Putrajaya dengan menzahirkan kebimbangan ataupun konfius; DAP akan menyekat pelaksanaan Islam ataupun masih konfius apakah suci ataupun tidak Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri? Perkara itu tidak perlu ditimbulkan dan yang penting gapai dulu Putrajaya kemudian baru bahaskan.”

9. Malah, blogger tersebut juga berpesan agar penyokong PAS jangan tamak mendesak agar kerusi pilihanraya diberikan lebih kepada PAS berbanding PKR.  Katanya, “Lebih baik Pas menang sedikit daripada menang besar kalau penyertaan itu memberi untung kepada Umno. Juga tidak ada gunanya Pas menang besar kalau kemenangan itu nanti digunakan untuk bergabung dengan Umno tanpa ada konsensus dari ahli.”

10. Alasan beliau ialah walaupun gabungan PAS-UMNO merupakan perkara spiritual iaitu hubungan agama dan bangsa tetapi “tidak elok kalau ditimbulkan dalam muktamar kerana ia boleh menyinggung rakan Pakatan yang lain.” 

11. Seperti juga blogger tersebut, Dewan Ulama PAS telah memutuskan yang PAS tidak pernah terpesong dari landasan asal iaitu masih memperjuangkan penubuhan Negara Islam dan melaksanakan Hudud.  Bagaimanapun, ahli-ahli dilarang bertanya bagaimana untuk memperjuangkannya sedangkan ia ditentang hebat oleh DAP.  

12. Nampaknya, kerana terlalu inginkan kuasa, Ulama dan kepimpinan PAS mula menunjukkan sikap kuku-besi.   Ahli-ahli tidak dibenarkan bersuara atau bertanya.  Jika ada yang berbuat demikian akan dituduh sebagai agen UMNO, pengkhianat dan kemungkinan besar dikenakan tindakan pecat. Ahli-ahli dipaksa untuk menerima hakikat bahawa jika mereka perlu menggadaikan agama, bangsa, negara, maruah, wang mahupun nyawa untuk mendekatkan mereka ke Putrajaya, maka mereka wajib melakukannya tanpa banyak soal. 

13. Nampaknya, Muktamar PAS kali ini tidak ada faedahnya jika ahli-ahli menerima saranan blogger PAS di atas.   Jika isu-isu yang menjadi kemusykilan di peringkat akar umbi tidak dibenar disuarakan, maka apa lagi yang boleh dibincangkan?  

14. Apakah Muktamar hanya untuk ahli berjumpa untuk mengeratkan silaturrahim dan mendengar ucapan kepimpinan semata-mata?   Sedangkan, akar umbi mendambakan satu gambaran yang jelas lagi terang berkenaan arah tuju parti sebelum dan juga selepas Pilihanraya. 

15. PAS tidak boleh mengharapkan semua ahli menerima arahan untuk tutup mulut dan memenangkan parti dahulu sebelum bertanya ke mana mereka akan dibawa.   Tidak semua ahli-ahli PAS sebodoh pemimpinnya.  Ramai yang berupaya membayangkan kekecohan selepas Pilihanraya sekiranya PAS tidak mampu menjelaskan di manakah kedudukan parti mereka dan ke manakah arah atau apakah gaya pemerintahan PR nanti.  

16. Muktamar ini sepatutnya digunakan sebaiknya untuk menjelaskan segala-gala kemusykilan akar umbi ini dan bukannya menggelapkan terus pandangan mereka.  Jika PAS gagal memuaskan hati akar umbi melalui Muktamar ini, maka Putrajaya nampaknya akan semakin jauh lagi.