1. Sebuah pertubuhan Kristian yang berpengaruh di Sabah yang
dikenali sebagai 'The National Fellowship (NECF) Commission on Sabah Affairs'
atau COSA telah membantah satu cadangan enakmen negeri yang mewajibkan masjid dibina
di kawasan perumahan baru.
2. Menurut kumpulan Kristian ini langkah tersebut akan
menyebabkan jurang perbezaan yang lebih besar di antara masyarakat Islam dan
bukan Islam di negeri itu.
3. Kalau di Sabah COSA merupakan kumpulan yang
memperjuangkan hak penganut Kristian serta menyusun aktiviti penyebaran ajaran
agama itu, di Semenanjung pula organisasi yang sama wujud dipanggilNational
Evangelical Christian Fellowship Malaysia.
4. Kedua-dua pertubuhan mempunyai pengerusi yang sama iaitu
padri bernama Datuk Jerry Dusing.
5. Beliau mengatakan cadangan enakmen itu seolah-olah
mengambarkan agama Islam sahaja yang wujud di negara ini.
6. Ini adalah satu pemikiran yang cuba memesongkan fakta
sebenar dan mempengaruhi rakyat di negara ini supaya menentang Islam.
7. Bantahan yang dibuat oleh COSA boleh dianalisa daripada
beberapa segi.
8.. Pertama, golongan Kristian yang dianuti kira-kira 28
peratus daripada keseluruhan penduduk Sabah dan 9.1 peratus penduduk Malaysia,
kini merasakan mereka sudah cukup kuat dan berpengaruh untuk mencabar
kedaulatan dan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
9. Ini jelas termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan
Perkara 3 (1) yang menyebut bahawa "Agama Islam ialah agama bagi
Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di
mana-mana bahagian Persekutuan."
10. Dengan sokongan pakatan pembangkang yang diketuai oleh
Anwar Ibrahim, golongan Kristian di negara ini bukan sahaja di Sabah sudah mula
menunjuk taring sejak Pakatan Rakyat memang besar pada Pilihan Raya Umum ke 12
tahun 2008 lalu.
11. Bermula dengan isu terjemahan kitab Injil ke dalam bahasa
Melayu yang dipanggildi Al-Kitab sehinggalah kepada tindakan Anwar
mempertahankan penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian, agenda
Kristianisasi menjadi semakin rancak dan menular secara lebih aktif.
12. Tindakan Kristian di Sabah membantah pembinaan
masjid-masjid di kawasan perumahan baru adalah satu lagi usaha mempertikaikan
kedudukan Islam sebagai agama utama yang diiktiraf di negara ini.
13. Jadi apa sahaja usaha kerajaan untuk memartabat, memakmur
serta meningkatkan syariat Islam di mana-mana negeri di Malaysia termasuk
Sabah, sesekali tidak boleh dicabar apatah lagi dipertikaikan kerana ia
merupakan hak yang telah termaktub secara hakiki di dalam Perlembagaan.
14. Perlembagaan tidak menyebut nama mana-mana agama seperti
Hindu, Buddha atau Kristian di mana-mana bahagian di dalam perundangan utama
negara tetapi satu-satu agama yang disebut dan disahkan sebagai agama negara
ialah Islam dan hanya Islam sahaja.
15. Menurut Perlembagaan agama-agama lain dibenarkan
berfungsi dalam keadaan "aman dan damai" di negara ini.
16. Agama seperti Kristian hanya dibenarkan bergerak
sekiranya ia tidak memberi sebarang mudarat atau bahaya kepada Islam.
17. Jika golongan Kristian yang menganggotai COSA membantah
apa-apa sahaja mengenai Islam maka tafsiran peruntukan Perkara 3 (1) akan
bertindak balas kerana tindakan itu dilihat tidak lagi mempunyai elemen
"aman dan damai" malah boleh dikategorikan sebagai subversif dan
melancarkan peperangan terhadap Islam.
18. Golongan Kristian mendapati agenda memerangi Islam dan
seterusnya mengkristiankan bumi Melayu mampu dijayakan di atas platform Pakatan
Rakyat yang mempromosi fahaman pluralisme agama dan liberalisme.
19. Anwar telah dijadikan alat oleh gerakan Kristian
antarabangsa untuk memastikan agenda Kristianisasi berjalan secara lancar dan
mencapai matlamat.
20. Kini pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk
ustaz-ustaz PKR dan PAS tidak segan silu sering kali memasuki gereja-gereja dan
mengambil bahagian dalam upacara-upacara Kristian seperti menyalakan lilin dan
sebagainya.
21. Begitu hebat Kristianisasi telah meresap ke dalam Pakatan
Rakyat sehingga agenda Islam dan perjuangan agenda Melayu tidak lagi kedengaran
malah terus dibenamkan.
22. PAS sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan
agenda Islam tidak lagi mampu melakukan apa-apa tatkala berdepan dengan usaha
Kristianisasi yang hebat.
23. Ini kerana sekutunya, DAP telah berjaya melumpuhkan
perjuangan parti Islam sehingga PAS kini tunduk dan patuh kepada segala
kehendak parti rasis Cina itu.
24. DAP yang kebanyakan pimpinan tertinggi serta ahli-ahli
parlimen dan wakil-wakil rakyatnya beragama Kristian, menjadikan Kristianisasi
sebagai agenda utamanya jika Pakatan Rakuat berjaya berkuasa di Putrajaya.
25. Ini adalah satu gambaran yang amat menakutkan kepada
orang Melayu mengenangkan nasib yang bakal menimpa Islam jika keadaan ini
menjadi realiti.
26. Anwar sudah tidak peduli samada orang Melayu atau Islam
'survive' di negara ini kerana baginya apa sahaja yang boleh membantunya
menjadi Perdana Menteri akan mendapat restu beliau hatta menjadikan Malaysia
sebagai negara Kristian.
27. UMNO adalah benteng terakhir yang perlu dipertahankan
dalam apa jua keadaan sebagai pertahanan terhadap agenda jahat Anwar.
28. Orang Melayu tidak lagi boleh bergantung kepada PAS
sebagai pelindung Islam mahupun bangsa Melayu kerana kerakusannya untuk
mendapat kuasa menyebabkan ia sanggup bersekongkol dengan kuasa Syaitan.
ends
No comments:
Post a Comment