1. Revolusi Mesir atau mana-mana revolusi di negara
arab atau lebih dikenali sebagai Arab Spring boleh dikatakan sebagai sia-sia
sahaja. Kenapa? Lihat situasi Mesir pada waktu ini. Tahukah anda bahawa Mesir
sudah membuka kedutaan di Israel?
2. Mengapa ini terjadi? Lihat dari sudut ekonomi.
Huru-hara yang berlaku kerana arab spring telah membawa kepada kejatuhan
ekonomi yang sangat besar. Selepas kembali aman (masih tidak
sepenuhnya), Mesir memerlukan wang yang besar untuk membangunkan kembali negara
mereka.
3. Nak tak nak, Mesir memerlukan pinjaman daripada IMF. Tetapi, kita semua perlu
tahu ada syarat-syaratnya untuk IMF mengeluarkan pinjaman, apatah lagi dengan
negara Islam seperti Mesir. Mereka semestinya mahu mengawal polisi negara
Mesir. Bila ini berlaku, maka kita akan melihat bagaimana sampai bab kewangan
Mesir pun dikawal oleh IMF.
4. Mungkin ada tangan halus dalam IMF yang mahukan Mesir menjalinkan hubungan
dengan Israel. Kemudian, berdasarkan maklumat daripada sahabat saya yang
merupakan seorang penganalisis, Amerika dan Israel sedang menjadikan Mesir
sebagai proksi untuk menjatuhkan penggaruh China dan Russia.
5. Sebab itu katanya, mufti Ikhwanul Muslimin mengeluarkan kenyataan bahawa Russia
ialah musuh no 1 umat Islam padahal terdapat Amerika dan Israel yang sebenarnya
harus menduduki takhta itu.
6. Sebab itu tak hairanlah kalau Presiden Mesir yang baru, Mursi menghantarkan
surat kepada Israel sehingga mengatakan bahawa Israel ialah sahabat. Hari ini,
Mesir membuka kedutaan di Israel.
Dimanakah kalian penyokong Arab Spring ?
Kredit: FB Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad
No comments:
Post a Comment