1. Suatu ketika dulu, ramai
kalangan pemimpin dan penyokong PAS yang begitu teruja dan terpesona dengan
kepimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah menyamakan
Setiausaha Agung DAP itu sebagai setaraf dengan Khalifah Umar Al-Khattab.
2. Sehinggakan ada segelintir
pemimpin PAS yang secara sedar mendoakan kesejahteraan kepimpinan Guan Eng di
Pulau Pinang semasa Khutbah Jumaat dibacakan.
3. Pelik? Tiada peliknya. Bagi
PAS kepentingan undi dan kuasa duniawi amat penting dan kerana itu amat dihargai
nilai persahabatannya dengan kafir harbi DAP berbanding persaudaraan sesama
Islam.
4. Dalam pada PAS begitu teruja
dengan 'kehebatan khalifah' Guan Eng, selang beberapa ketika kemudiannya beliau
dinugerahkan dengan gelaran sebagai Father Joseph dari Gereja St. Anne, Bukit
Mertajam sebagai perhargaan di atas sumbangan dana kepada gereja tersebut.
5. Penganugerahan gelaran
Father Joseph kepada Guan Eng itu sebenarnya tidaklah mengejutkan, walaupun
selama ini beliau sering berahsia berkaitan status agamanya.
6. Namun bagi penyokong PAS
yang acapkali memuja muji Guan Eng konon bakal mengulangi kegemilangan Khalifah
Umar Al-Khattab, tak sedikit yang terpinga-pinga apabila mengetahui
rupa-rupanya Guan Eng adalah seorang penganut Kristian yang amat taat pada
agamanya.
7. Mungkin ini dapat menjawab
persoalan kenapa tiba-tiba sahaja perarakan Maulidur Rasul tidak lagi diadakan
di Pulau Pinang. Barangkali ini semua adalah gara-gara betapa 'mesranya'
Setiausaha Agung DAP itu dengan gaya kepimpinan ala khalifahnya yang selama ini
di puja oleh PAS agaknya.
8. Selain Guan Eng dan
isterinya, Betty Chew, ramai lagi pemimpin DAP yang sedang menonjol tika ini
rata-ratanya beragama Kristian, antaranya Terresa Kok, Ronnie Liew, William
Leong, Ngeh Koo Ham @ James, Nga Kor Ming @ David, Tony Pua dan Hannah Yeoh.
9. Sebahagiannya dari mereka
diketahui umum cukup keras dalam mencuit hak umat Islam termasuklah pernah
mempertikaikan azan subuh, bacaan Al-Quran, tulisan jawi pada papan tanda
jalan, mendesak penggunaan kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan kitab Kristian
dan gereja serta beberapa isu sensitif yang lain.
10. Selain itu, dikalangan
pemimpin PKR pula seperti Xavier misalnya serta beberapa yang lain juga pernah
mencetuskan kontroversi termasuklah menyampaikan 'tazkirah' di ruang utama solat
surau.
11. Malah beberapa orang dari
mereka juga merupakan orang kuat gereja yang pernah terbabit secara tidak
langsung dalam usaha memurtadkan orang Islam.
12. DAP tetap DAP, sementelah
lagi kini DAP sudah dikuasai kumpulan pemimpin yang beragama Kristian yang agak
vokal mempertikaikan hak agama dan umat Islam, tidak mustahil mereka akan
semakin berani mempolemikkan pelbagai isu sensitif berkaitannya.
13. Manakala PKR pula walaupun
dikuasai oleh Anwar Ibrahim, namun kebanyakan hala tuju politiknya terlalu
dekat dengan unsur Kristian termasuklah cukup sinonim dengan budaya candle
light virgil serta pernah menamakan seorang penganut Kristian, Baru Bian
sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak.
14. Jelas sekali kerjasama dan
persahabatan PAS dengan DAP tidak pun berjaya mengubah kepercayaan Guan Eng
ataupun menyebabkan DAP semakin berlembut dengan Islam ataupun membawa PKR
semakin dekat dengan Islam.
15. Sebaliknya yang berlaku, PAS
pula semakin liberal dengan pendiriannya sehinggakan terikut-ikut rentak DAP
serta PKR dengan melupakan terus semua perjuangannya untuk mendirikan Negara
Islam dan menegakkan hukum hudud ala PAS.
No comments:
Post a Comment