mykmu.net

Wednesday, 31 October 2012

MESIR BUKA KEDUTAAN DI ISRAEL: INI YANG DIMAHUKAN PEMBANGKANG KALAU PERINTAH MALAYSIA




1. Revolusi Mesir atau mana-mana revolusi di negara arab atau lebih dikenali sebagai Arab Spring boleh dikatakan sebagai sia-sia sahaja. Kenapa? Lihat situasi Mesir pada waktu ini. Tahukah anda bahawa Mesir sudah membuka kedutaan di Israel? 

2. Mengapa ini terjadi? Lihat dari sudut ekonomi. Huru-hara yang berlaku kerana arab spring telah membawa kepada kejatuhan ekonomi yang sangat besar. Selepas kembali aman (masih tidak sepenuhnya), Mesir memerlukan wang yang besar untuk membangunkan kembali negara mereka. 

3. Nak tak nak, Mesir memerlukan pinjaman daripada IMF. Tetapi, kita semua perlu tahu ada syarat-syaratnya untuk IMF mengeluarkan pinjaman, apatah lagi dengan negara Islam seperti Mesir. Mereka semestinya mahu mengawal polisi negara Mesir. Bila ini berlaku, maka kita akan melihat bagaimana sampai bab kewangan Mesir pun dikawal oleh IMF. 

4. Mungkin ada tangan halus dalam IMF yang mahukan Mesir menjalinkan hubungan dengan Israel. Kemudian, berdasarkan maklumat daripada sahabat saya yang merupakan seorang penganalisis, Amerika dan Israel sedang menjadikan Mesir sebagai proksi untuk menjatuhkan penggaruh China dan Russia. 

5. Sebab itu katanya, mufti Ikhwanul Muslimin mengeluarkan kenyataan bahawa Russia ialah musuh no 1 umat Islam padahal terdapat Amerika dan Israel yang sebenarnya harus menduduki takhta itu.

6. Sebab itu tak hairanlah kalau Presiden Mesir yang baru, Mursi menghantarkan surat kepada Israel sehingga mengatakan bahawa Israel ialah sahabat. Hari ini, Mesir membuka kedutaan di Israel. 

Dimanakah kalian penyokong Arab Spring ?


Kredit: FB Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad


Monday, 29 October 2012

APABILA KELDAI PAS MEMUJA-MUJI KUMPULAN KRISTIAN YANG MENGUSAI DAP







1. Suatu ketika dulu, ramai kalangan pemimpin dan penyokong PAS yang begitu teruja dan terpesona dengan kepimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah menyamakan Setiausaha Agung DAP itu sebagai setaraf dengan Khalifah Umar Al-Khattab.

2. Sehinggakan ada segelintir pemimpin PAS yang secara sedar mendoakan kesejahteraan kepimpinan Guan Eng di Pulau Pinang semasa Khutbah Jumaat dibacakan.

3. Pelik? Tiada peliknya. Bagi PAS kepentingan undi dan kuasa duniawi amat penting dan kerana itu amat dihargai nilai persahabatannya dengan kafir harbi DAP berbanding persaudaraan sesama Islam.

4. Dalam pada PAS begitu teruja dengan 'kehebatan khalifah' Guan Eng, selang beberapa ketika kemudiannya beliau dinugerahkan dengan gelaran sebagai Father Joseph dari Gereja St. Anne, Bukit Mertajam sebagai perhargaan di atas sumbangan dana kepada gereja tersebut.




5. Penganugerahan gelaran Father Joseph kepada Guan Eng itu sebenarnya tidaklah mengejutkan, walaupun selama ini beliau sering berahsia berkaitan status agamanya.

6. Namun bagi penyokong PAS yang acapkali memuja muji Guan Eng konon bakal mengulangi kegemilangan Khalifah Umar Al-Khattab, tak sedikit yang terpinga-pinga apabila mengetahui rupa-rupanya Guan Eng adalah seorang penganut Kristian yang amat taat pada agamanya.

7. Mungkin ini dapat menjawab persoalan kenapa tiba-tiba sahaja perarakan Maulidur Rasul tidak lagi diadakan di Pulau Pinang. Barangkali ini semua adalah gara-gara betapa 'mesranya' Setiausaha Agung DAP itu dengan gaya kepimpinan ala khalifahnya yang selama ini di puja oleh PAS agaknya.

8. Selain Guan Eng dan isterinya, Betty Chew, ramai lagi pemimpin DAP yang sedang menonjol tika ini rata-ratanya beragama Kristian, antaranya Terresa Kok, Ronnie Liew, William Leong, Ngeh Koo Ham @ James, Nga Kor Ming @ David, Tony Pua dan Hannah Yeoh.

9. Sebahagiannya dari mereka diketahui umum cukup keras dalam mencuit hak umat Islam termasuklah pernah mempertikaikan azan subuh, bacaan Al-Quran, tulisan jawi pada papan tanda jalan, mendesak penggunaan kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan kitab Kristian dan gereja serta beberapa isu sensitif yang lain.

10. Selain itu, dikalangan pemimpin PKR pula seperti Xavier misalnya serta beberapa yang lain juga pernah mencetuskan kontroversi termasuklah menyampaikan 'tazkirah' di ruang utama solat surau.

11. Malah beberapa orang dari mereka juga merupakan orang kuat gereja yang pernah terbabit secara tidak langsung dalam usaha memurtadkan orang Islam.

12. DAP tetap DAP, sementelah lagi kini DAP sudah dikuasai kumpulan pemimpin yang beragama Kristian yang agak vokal mempertikaikan hak agama dan umat Islam, tidak mustahil mereka akan semakin berani mempolemikkan pelbagai isu sensitif berkaitannya.

13. Manakala PKR pula walaupun dikuasai oleh Anwar Ibrahim, namun kebanyakan hala tuju politiknya terlalu dekat dengan unsur Kristian termasuklah cukup sinonim dengan budaya candle light virgil serta pernah menamakan seorang penganut Kristian, Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak.

14. Jelas sekali kerjasama dan persahabatan PAS dengan DAP tidak pun berjaya mengubah kepercayaan Guan Eng ataupun menyebabkan DAP semakin berlembut dengan Islam ataupun membawa PKR semakin dekat dengan Islam.

15. Sebaliknya yang berlaku, PAS pula semakin liberal dengan pendiriannya sehinggakan terikut-ikut rentak DAP serta PKR dengan melupakan terus semua perjuangannya untuk mendirikan Negara Islam dan menegakkan hukum hudud ala PAS.

Monday, 22 October 2012

PAS FOR ALL, SEMUANYA BOLEH: MB KEDAH GAGAL BERI PENJELASAN MASALAH AUDIT NEGERI KEDAH SAMPAI HARI INI







1. Kita sedia maklum bahawa Laporan Audit 2011 Negeri Kedah memaparkan penemuan yang amat mengejutkan. 

2. Antara penemuan paling ‘hebat’ ialah bagaimana 5 kontraktor perumahan yang tidak berdaftar dan dimiliki oleh individu yang mempunyai talian kekeluargaan boleh dilantik, yang mana rekod kewangan bagi kerja-kerja yang dilakukan mereka pula adalah tidak lengkap, meragukan serta tidak tepat, di mana dikhuatiri terdapat penyelewengan apabila menunjukkan tuntutan berulang manakala sebahagian daripada tuntutan tersebut pula menunjukkan kerja bagi rumah-rumah yang tidak wujud.  

3. Kerajaan negeri juga ternyata hilang kawalan apabila beberapa projek yang berisiko tinggi seperti Projek 99 East di Langkawi yang kerugian kerana cuai akibat melanggar perjanjian serta Projek Pembalakan Dan Perladangan Di Papua New Guinea yang telah diteruskan tanpa pemantauan sehingga membolehkan seorang Pengarah Urusan membuat pinjaman puluhan juta USD dari syarikat luar negara tanpa perjanjian pinjaman yang lengkap serta tanpa kelulusan Lembaga Pengarah. 

4. Malah, kerajaan negeri juga telah mengabaikan tanggungjawab sebagai kerajaan Islam sehinggakan Jawatankuasa Pemberian Sijil Halal telah tidak bermesyuarat langsung dalam tahun 2011 dan semua sijil halal yang dikeluarkan telah diluluskan oleh Yang DiPertua tanpa dibentangkan kepada Jawatankuasa sepertimana prosedur yang ditetapkan. 

5. Walaubagaimanapun, penemuan audit ini adalah tidak sepatutnya mengejutkan jika kita mengambil kira pentadbiran Kedah yang dilanda ribut sepanjang masa dengan percakaran sesama sendiri, dan antara satu pihak dengan yang lain di kalangan pemimpin parti dan juga pegawai kerajaan negeri. 

6. Umum sedia maklum bagaimana pentadbiran PAS Kedah tidak pernah aman dengan perbalahan terbuka pemimpin-pemimpinnya akibat tamak dan gila kuasa.  Apatah lagi dengan PRU yang semakin hampir menyebabkan ramai di antara mereka menjadi tidak keruan kerana ingin memastikan kepentingan masing-masing terjaga. 

7. Utusan Malaysia baru-baru ini pula mendedahkan bagaimana PAS menekan Setiausaha Kerajaan, Datuk Rasli Bin Basir yang dituduh sebagai cenderung kepada UMNO.   Semuanya bermula dari keputusan beliau untuk menukar Ahmad Fisol Md Nor, Pegawai Daerah Kubang Pasu ke Kuala Muda.  Ahmad Fisol pula, terkenal dengan kecenderungannya terhadap parti PAS sejak zaman pemerintahan BN lagi.  Keterujaan beliau apabila PAS berjaya merampas Kedah bukanlah rahsia, malah beliau juga sering mengadakan berbagai majlis atau program bersama PAS. 

8. Ahmad Fisol merasakan yang jawatan SUK adalah lebih sesuai bagi dirinya memandangkan ‘kesetiaannya’ kepada PAS.  Justeru, pengaruh beliau di dalam PAS digunakan sepenuhnya untuk menekan Datuk Rasli. 

9. Datuk Rasli telah berkhidmat dengan kerajaan negeri Kedah sejak tahun 1976 sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Pejabat Tanah Daerah Kota Setar.  Dengan latarbelakang pendidikan dari Universiti Malaya dan juga Ohio University, Athens Amerika Syarikat, beliau mendaki tangga kerjaya sehingga ke puncak dengan meraih pengalaman dalam perkhidmatan kerajaan dalam berbagai bidang.  Beliau pernah menjadi Pegawai Daerah, Pegawai Projek, Pengarah Projek, Pentadbir Tanah, Pegawai Kewangan sehinggalah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah pada 2006 dan seterusnya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. 

10. Oleh itu, kecekapan dan kesetiaan beliau terhadap negeri Kedah tidak wajar dipertikaikan lagi.  Beliau adalah seorang pegawai yang bertanggungjawab dan professional serta cukup arif untuk tidak mencampur-adukkan politik dengan pentadbiran. 

11. Dan mungkin inilah punca utama masalah PAS dengan beliau iaitu tidak mengambil-kira kepentingan mana-mana parti politik, termasuk PAS dalam membuat keputusan. 

12. Dengan begitu banyak masalah dan kelemahan PAS Kedah yang terdedah melalui Laporan Audit, perkara terakhir yang diperlukan oleh negeri itu ialah percakaran antara pentadbir dan pemimpin politik.  Namun, nampaknya masalah percakaran ini mengambil tempat yang jauh lebih penting dari penemuan audit, seperti projek-projek terbengkalai dan perbelanjaan tidak masuk akal yang jelas berpunca dari pengurusan jabatan-jabatan yang lemah, korup, serta mengamalkan kronisme yang ketara.

13. Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak juga nampaknya tidak berminat memberi sebarang reaksi mengenai Laporan Audit Kedah yang mengejutkan itu.  Sebaliknya, dikhabarkan turut memberi sokongan kepada Ahmad Fisol untuk terus menekan Datuk Rasli. 

14. Jelas bahawa PAS lebih mementingkan politik dari rakyat iaitu lebih berminat dengan ‘siapa’ yang memegang jawatan apa daripada ‘apa yang berlaku’.   Walaupun terbukti kelemahan yang ketara dalam pengurusan kewangan negeri, masih tiada kenyataan tegas dari kepimpinan tertinggi negeri untuk menanganinya.

15. Perlu diingatkan bahawa penemuan audit merekodkan lebihan kewangan 2011 berjumlah hanya RM2 juta lebih iaitu pengurangan lebih RM20 juta dalam masa satu tahun sahaja dengan projek-projek ‘hebat’ tetapi mencatatkan kerugian-kerugian yang tidak masuk akal dari segi alasan dan juga jumlahnya. 

16. Justeru, jika sikap seperti ini diteruskan, bayangkan apakah yang akan terjadi kepada negeri ini jika dipegang oleh PAS selama sepenggal lagi, atau setahun sahaja lagi?



Sunday, 21 October 2012

Wednesday, 17 October 2012

'KAMI DENGAR DAN KAMI PATUH' HANYA KEPADA DAP WALAUPUN ISLAM DICACI: PAS





1. PAS mengatakan ikatannya dengan parti rasis Cina DAP adalah satu bentuk tahaluf siyasi iaitu kerjasama dalam landasan yang sama dalam perjuangan untuk mencapai satu tujuan politik.

2. Dalam kerangka kerjasama PAS-DAP tahaluf siyasi mereka adalah penentangan terhadap Umno-Barisan Nasional dan menumbangkan kerajaan berteraskan kuasa Melayu yang sediada.

3. PAS kini berbelah bagi kerana tahaluf siyasi yang dipertahankan oleh pimpinan tertinggi parti itu semakin mendapat tentangan lapisan akar umbi.

4. Walaupun secara zahir anggota PAS memilih untuk memendam rasa dan perasaan demi perpaduan parti tetapi seperti 'pressure cooker' ia hanya menunggu masa yang sesuai untuk meletup dan menghemburkan keluar segala isi dan kotoran yang busuk.

5. Hanya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat sahaja yang nampaknya bersungguh-sungguh mempertahankan kerjasama parti itu dengan DAP.

6. Kenyataan beliau yang berkata parti itu sanggup bersekongkol dengan DAP sekalipun demi mencapai kemenangannya dalam perjuangan politik tidak disenangi oleh sesetengah tokoh dalam PAS.

7. Malah Menteri Besar Kelantan itu merasa tidak salahnya PAS bekerjasama dengan DAP walaupun secara jelas parti perkauman itu menentang pelaksanaan hukum hudud yang selama ini diperjuangkan olehnya.

8. Bagaimanapun dalam pendiriannya mempertahankan DAP, Nik Aziz sebenarnya telah mengesahkan dakwaan pelbagai pihak sebelum ini bahawa PAS adalah keldai tunggangan DAP.

9. Inilah yang berlaku dalam sebuah parti politik apabila pemimpin tidak lagi mendengar luahan hati nurani akar umbi tetapi tetap dengan sikap sombong bodoh yang akhirnya akan membawa kepada kerugian.

10. Walaupun bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa telah mendedahkan perihal agenda DAP untuk mengkristiankan negara ini apabila parti itu menang besar dalam pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu, suara beliau seolah-olah diketepikan.

11. Malah pemimpin PAS seperti Khalid Samad yang menjadi golongan talibarut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam parti itu yang dipanggil 'Anwarinas' turut menghentam Nasharuddin.

12. Nik Aziz juga dengan lantas melabelkan Nasharuddin sebagai pengacau atau berlidah panjang.

13. DAP kini mahu menyaman Nasharuddin atas pendedahan rahsia besar DAP itu tetapi tidak kedengaran pun suara pimpinan PAS mempertahankan ahli parlimen Bachok itu.

14. Begitu juga nasib yang menimpa bekas Exco PAS Selangor, Hasan Ali yang dipecat daripada parti apabila beliau membangkitkan bahaya gerakan Kristian di negeri itu.

15. Dengan mempertahankan DAP adakah Nik Aziz menunjukkan toleransi tidak bertempat terhadap agenda kristianisasi DAP?

16. Sebagai tokoh agama yang dihormati oleh ahli PAS tidakkah sikap ganjil yang dipamerkan oleh Nik Aziz sebenarkan akan membawa kemusnahan kepada parti itu sendiri apabila peringkat akar umbi lambat laun akan memberontak?

17. Perjuangan politik PAS kini menjadi begitu teruk kerana kerenah Nik Aziz yang lebih mementingkan politik daripada agenda Islam.

18. Suara Abdul Hadi Awang sebagai presiden sudah tidak laku kerana PAS telah dikawal sepenuhnya oleh ideologi Nik Aziz.

19. Nik Aziz seolah-olahnya tidak pedulikan lagi maruah PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam yang sanggup menolak mentah-mentah permintaan Umnom untuk bermuzakarah dalam semangat persaudaraan sesama Islam tetapi memilih untuk melihat titik persamaan dengan sebuah parti bukan Islam dan rasis pula.

20. Suara-suara bantahan sudah mula kedenganran dan semakin lantang apabila bekas ahli parlimen Baling, Dr Shahanon Ahmad berkata perjuangan politik PAS tidak lagi menepati kehendak Islam apabila ia bekerjasama dengan DAP.

21. Begitu juga Timbalan Mursyidul Am, Dr Haron Din sebagai tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi.

22. Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mengkritik Anwar yang berpegang kepada fahaman liberal dan pluralisme agama apabila tokoh ulama itu mengatakan tindakan Ketua Umum PKR itu bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal jelas menunjukkan beliau menolak kesesuaian Islam dalam pembentukan sebuah negara.

Islam diserang daripada pelbagai sudut namun PAS membiarkan perkara ini berlaku.

23. Nik Aziz mempertahankan Anwar walaupun beliau menyokong negara Zionis Israel dan memperlihatkan pegangan ideologi pluralisme agama yang nyata.

24. Nik Aziz berdiam diri apabila wartawan bertanya mengenai komen Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan tindakan umat Islam berdemonstrasi membantah filem anti-Islam dalam twitternya.

25. Mengapa Nik Aziz begitu menikus apabila berdepan dengan DAP tetapi sanggup memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saudara seagamanya dalam Umno?

26. Adakah kedudukan DAP yang anti-Islam lebih mulia daripada ahli-ahli Umno yang sama-sama mempunyai pendirian serta prinsip agama dan berkongsi kalimah syahadat yang sama?





Tuesday, 16 October 2012

ISLAM ITU BERINTEGRITI TAPI KERAJAAN PAS KEDAH TIADA INTEGRITI MENTADBIR NEGERI







1. Kerajaan ‘Islam’ PAS negeri Kedah nampaknya tidak mampu membuktikan integriti dan ketelusan yang tinggi sepertimana yang dikehendaki dalam Islam.  Walaupun, laporan audit negeri secara umumnya direkod sebagai memuaskan, namun ia wajar dipersoal atau ditolak memandangkan masih ada 31.8% dari 22 agensi-agensi kerajaan negeri gagal mengemukakan penyata kewangan mengikut masa yang ditetapkan.  Kegagalan ini menyebabkan kita musykil sama ada terdapat sesuatu yang cuba disembunyikan atau sekadar kelemahan pihak yang terbabit.

2. Walaubagaimanapun, secara keseluruhan kedudukan ini adalah lebih baik dari tahun lalu di mana lebih 43% dari agensi kerajaan negeri gagal mengemukakan penyata kewangan pada tarikh ditetapkan. 
  
3. Namun begitu, peningkatan ini masih tidak menggambarkan sebarang penambahbaikan dari segi kecekapan kerana daripada 17 Jabatan/Agensi Negeri dinilai pencapaian pengurusan, hanya 3 Agensi Negeri berada pada tahap sangat baik dengan diberi penarafan 4 Bintang.

4. Manakala 12 Jabatan/Agensi Negeri berada pada tahap baik dengan penarafan 3 Bintang. 2 Jabatan Negeri iaitu Majlis Daerah Pendang dan Pejabat Daerah Kulim pula berada pada tahap memuaskan dengan penarafan 2 Bintang.
  
5. Kerajaan Negeri Kedah juga pada tahun 2011 masih mengekalkan perbelanjaan defisit sama seperti tahun-tahun sebelumnya.  Penyata Kedudukan Kewangan pula menunjukkan jumlah RM252.36 juta iaitu penurunan sejumlah RM75.92 juta atau 23.1% berbanding RM328.28 juta pada tahun 2010.

6. Lebihan pendapatan semasa dicatatkan pada angka RM2.39 juta iaitu penurunan sejumlah RM20.11 juta.

7. Kegagalan pelaksanaan beberapa projek utama oleh anak syarikat dibawah Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) merupakan salah satu punca kerajaan negeri mencatat kerugian.  Projek-projek seperti pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea, Projek 99 East di Lankawi serta projek udang kerpan, tanaman getah dan kelapa sawit semuanya mencatatkan kerugian dengan nota audit yang menyatakan kelemahan dari segi perlaksanaan, perjanjian dan pemantauan. 

8. Nampaknya, ini adalah bukti jelas bahawa kepimpinan Ulama PAS di Kedah telah tidak mampu untuk menunjukkan prestasi yang lebih baik dari kepimpinan bukan Ulama di negeri-negeri lain. 

9. Namun, apa yang lebih mengejutkan dari laporan audit Kedah ialah apabila terdedahnya bagaimana Kerajaan PAS Kedah telah membayar RM2.55 juta kepada 5 kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi melaksanakan projek Taman Seri Gemilang, Flat Seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat simpang Kuala, Flat tongakng Yard dan Taman Kota Nelayan. 

10. Lebih dahsyat lagi ialah apabila didapati bahawa Pengarah yang bagi lima syarikat pembinaan tersebut mempunyai hubungan keluarga antara satu sama lain.  Tidak cukup dengan itu, pembayaran kepada kontraktor-kontraktor pula menunjukkan ketidaktelusan yang serius di mana RM500,000 telah dibayar dengan menggunakan nama syarikat lain serta tuntutan-tuntutan yang dibuat secara berulang. 

11. Jelas, apa yang dikatakan kepimpinan Ulama atau kerajaan yang telus yang diwar-warkan oleh Pakatan Rakyat hanyalah satu hipokrasi tahap tertinggi. 

12. Sedangkan hakikatnya, kerajaan PAS Kedah selama ini berselindung di sebalik papan-tanda ‘Islam’ di sekitar negeri Kedah yang menggunakan tulisan jawi dan hanya memaparkan wanita yang menutup aurat.  Namun, di sebalik papan-tanda tersebut, telah berlakunya amalan kronisme dan rasuah yang berleluasa selain kelemahan dan ketidakcekapan yang ketara sepertimana yang direkodkan dalam teguran oleh Jabatan Audit Negara.

Monday, 15 October 2012

KES BANGANG !!! PERASAN DIRINYA NAJIB RAZAK AKHIRNYA KHALID 'GEREJA' BUAT LAPORAN POLIS


NOTE: Salam untuk semua pembaca blog, MH memohon jutaan maaf kerana tidak mengemaskini blog. Biasa laaa kalut sikit 2 ke 3 minggu nii.. urusan pejabat harus diselasaikan dulu.

1. Minggu lepas 8 Oct 2012 Ahli Parlimen Shah Alam, si Khalid 'Gereja' Samad dah buat satu laporan Polis di IPD Gombak terhadap bekas Setiausaha UMNO Bahagian Klang, Ustaz Shohimi Shafie (ni bukan ADUN Sri Muda tauuu...) yang konon pernah memijak gambar si Khalid 'Gereja' didalam satu protes yang diketuai oleh Ustaz Shohimi Shafie dalam 2009. 

Inilah punca kenapa Khalid Samad membuat laporan Polis. Jelas terbukti gambar beliau tidak dipijak oleh Ustaz Shohimi Shafie yang sedang memegang mikrofon. 


2. Puncanya disebabkan pada bulan Ogos dan September lepas beberapa laporan Polis terhadap pemijak-pemijak dan pencangkung-pencangkung gambar YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak. Perasan diri beliau Najib Razak, maka si Khalid Gereja Samad ni membuat laporan Polis.  Sehingga kini Ustaz Shohimi Shafie telah tampil membantu pihak PDRM. 

KOMEN MH : Apa yang meyebabkan Khalid Gereja Samad niihh nyaris dipijak gambarnya...

3. Apalah punya bangangnya si Khalid 'Gereja' Samad nii....  2009 nyaris dipijak gambar 2012 baru terasa sakitnya.  Selidik punya selidik baru tau kenapa gambar beliau hampir pijak oleh Ustaz Shohimi Shafie. Ini adalah disebabkan beliau membenarkan penggunaan nama Allah kepada penganut Kristian pada 28 Mac 2008. Disini , disini disini dan disini . Ooooooo ini rupanya puncanya....



Masihkan ingat kepada Khalid Samad pada 28hb Mac 2008 telah membenarkan penngunaan nama Allah di gereja. Khalid Samad telah membuat dosa yang amat besar kepada umat Islam Malaysia. Ustaz Shohimi Shafie telah membuat yang terbaik untuk umat Islam Malaysia sebenarnya


4. Sedangkan gambar PM Dato' Seri Najib Razak telah banyak berjasa kepada umat Islam dan rakyat Malaysia. Apa jasa Khalid Gereja Samad kepada umat Islam dan rakyat Malaysia ? Jika nak dibandingkan dengan PM Dato' Seri Najib Razak, Khalid sebenarnya lebih banyak membuat kerosakan kepada umat Islam dan rakyat Malaysia sebenarnya. Tak perlulah MH sebutkan satu persatu apa dosa Khalid Gereja Samad disini. Pembaca MH semuanya dah matang dengan perangai Khalid nii...


TERBARU PM Dato' Seri Najib Razak pemimpin UMNO dan ISLAM diberi penghormatan untuk melihat perjanjian pembentukan wilayah autonomi Bangsamoro (Islam) di Filipina. Bukti negara luar mengiktiraf Malaysia dan pemimpin Malaysia disegani dirantau ini. Jangan tak tau pulak PM Dato' Seri Najib Razak adalah arkitek untuk perjanjian ini. Haaaa ko ado macam ni Khalid 'Gereja' Samad???


5. Lagi satu yang mendangkalkan tindakan si PAS Khalid Gereja Samad ni ialah bukankah dalam Himpunan BERSIH 1 dan 2  dulu puak pakatan haram beria-ria mengatakan PDRM adalah BANGSAT dan ANJING. Jadinya kenapakah akhirnya BANGSAT dan ANJING ini juga yang dicari untuk dibuat laporan???  Memohon dan meminta BANGSAT dan ANJING ini untuk membuat siasatan??? Awat tak buat laporan kat Unit aniAMAL PAS tuuhhhh.... 









Monday, 8 October 2012

MULANYA TAK BOLEH, DISEBABKAN PAS MAKSUM KEMUDIANYA BOLEH PULAK






1. PADA MULANYA… Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983).

KEMUDIANNYA… PAS bekerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihan raya ke-11 dan 12.

2. PADA MULANYA… Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA… Dalam pilihan raya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di Pulau Pinang.

3. PADA MULANYA… PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”.

KEMUDIANNYA… Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

4. PADA MULANYA… PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di Arab jaga unta, Badawi di Malaysia jaga Babi”.

KEMUDIANNYA… Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.

5. PADA MULANYA… PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA… Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir. Ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Taman Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

6. PADA MULANYA… Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”.

KEMUDIANNYA… Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.


7. PADA MULANYA… Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA… Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”.

8. PADA MULANYA… PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”.

KEMUDIANNYA… PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

9. PADA MULANYA… PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak berpegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA… PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

10. PADA MULANYA… PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA… PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak).

11. PADA MULANYA… PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA… PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia dan tokong Budha berdiri tertinggi di Asia Tenggara…menyamai ketinggian 12 tingkat bangunan.

12. PADA MULANYA… PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng liberal yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA… Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

13. PADA MULANYA… Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang-undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA..PAS perintah Kelantan dah 21 tahun, sekarang Kedah, Perak dan Selango dan 3 tahunr, mereka kata pula undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

14. PADA MULANYA…PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit Negara.

KEMUDIANNYA..PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

15. PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”.

KEMUDIANNYA..PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

16. PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”.

KEMUDIANNYA..PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar Abdul Aziz.

17. PADA MULANYA…PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”.

KEMUDIANNYA..PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Kelantan, Perak, Selangor dan Kedah. Rumah pelacuran di Kota Bharu cuma 500m sahaja dari Pejabat Nik Aziz.

18. PADA MULANYA…PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA..PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?


19. PADA MULANYA…Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA..PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?

20. PADA MULANYA…PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam.

KEMUDIANNYA..PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah).

21. PADA MULANYA…PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA..PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

Thursday, 4 October 2012

BILA ULAMAK PAS JAHIL TENTANG EKONOMI NEGARA






1. Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man nampaknya seperti belum mengambil iktibar dari kesilapan lama dan keterlanjurannya mengarahkan ahli PAS menangguhkan ibadah haji ke Mekah semata-mata untuk menghadapi PRU 13 yang diramal olehnya akan berlangsung semasa musim haji 1433.

2. Arahan itu jelas kelihatan seperti PAS cuba memperbodohkan pemikiran pengikutnya supaya mendahulukan kepentingan parti berbanding keutamaan menunaikan Rukun Islam ke-5 dan di masa yang sama cuba memainkan sentimen umat Islam, namun akibatnya ia mengundang amarah khalayak umum pula.

3. Itulah hakikat sebenar watak dan pembawaan pemimpin PAS, cukup gah membicarakan soal hukum hakam agama tapi realitinya kepentingan politik kepartian juga yang didahulukan.

4. Tidak serik dengan isu tersebut, kali ini pemimpin PAS yang mempunyai pertalian keluarga dengan Mursyidul Am PAS itu sekali lagi cuba memperbodohkan khalayak dengan kenyataan yang memperlekehkan maruah penerima imbuhan BR1M dan lain-lain.

5. Dalam satu kenyataannya kepada media, Tuan Ibrahim mengibaratkan semua bantuan one off dalam bajet 2013 yang meliputi BR1M, BB1M, Bantuan Persekolahan dan pelbagai imbuhan lain untuk rakyat adalah candu beracun yang memberi kegembiraan sementara sahaja.

6. "Ini umpama candu yang melalikan dan melalaikan buat sementara waktu tapi perit kesakitannya pasti mengunjung tiba, bahkan barah itu bakal ditanggung generasi akan datang," demikian katanya.

7. Menurutnya lagi, "asas kepada pembinaan ekonomi negara bukan hanya dilihat kepada apa yang dicurah, tetapi juga sejauh mana asas kawalan perbelanjaan negara diurus.

8. Dengan kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, tindakan PM dilihat hanyalah untuk menghabiskan dana negara dalam bentuk pemberian One-Off bagi menarik golongan sasar di kalangan pengundi baru untuk membeli jaminan kerajaan korup ini terus berkuasa."

9. Membaca kenyataan Tuan Ibrahim itu jelas memperlihatkan kedangkalan caranya berfikir. Seolah-olah pada pandangan pemimpin PAS itu, orang yang menerima BR1M dan lain imbuhan termasuk bantuan persekolahan anak-anak adalah orang yang bodoh kerana membiarkan candu dan racun menguasai diri.

10. Hakikatnya tidak sedemikian. Walau wang yang diterima nilainya tidak seberapa, besar manfaatnya untuk perbelanjaan keluarga yang berpendapatan rendah. Di masa yang sama wang BR1M yang dibelanjakan itu pula mengalir ke pelbagai sektor sekaligus menyemarakkan aktiviti ekonomi setempat.

11. Usahlah PAS bermain dengan api cuba menganggap rakyat negara ini bodoh konon bagaikan penagih candu atau sebagainya. Jangan dihina rakyat yang berpendapatan rendah kerana kelak bila tiba musim pilihanraya khalayak ini jugalah nanti yang akan PAS cuba hampiri untuk meraih undi.

12. Percayalah, selagi wujud ramai pemimpin bermulut celupar dalam PAS dan lain-lain parti pembangkang yang gemar merendah-rendahkan maruah dan daya fikir rakyat marhaen seperti mana tutur kata Tuan Ibrahim, nescaya sampai kiamat pun PAS dan PR tidak akan berpeluang untuk menguasai tampuk pemerintahan negara ini.

Wednesday, 3 October 2012

DIA YANG BERNAMA..... MAHATHIR







1. Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia. Thanks Tun!


kredit dan sumber: Kakibising.com 


Tuesday, 2 October 2012

BAJET POYO PAKATAN RAKYAT: MELIHAT UDANG DISEBALIK BATU PEMBANGKANG








1. Bajet yang dibentangkan oleh Dato’ Seri Najib nampaknya cukup ampuh sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat terpaksa terus memperkatakannya semata-mata untuk mencari kelemahan dan menimbulkan keraguan.   PR juga harus terus mempertikaikan Bajet tersebut bagi mengalih pandangan rakyat daripada Bajet tong kosong yang dibentangkan mereka. 

2. Secara amnya, jumlah peruntukan antara kedua-dua Bajet tidaklah banyak berbeza.  Yang membezakan kedua-duanya ialah pertama, ruang lingkup atau skop golongan rakyat yang mendapat manfaat di mana Bajet BN merangkumi semua golongan dari OKU hinggalah kepada korporat tetapi Bajet PR hanya melibatkan rakyat secara umum. 

3. Keduanya ialah perancangan BN jelas mengambil kira kesan dalam jangka masa panjang tetapi PR hanya fokus kepada kesan segera. 

4. Ketiganya, Bajet BN adalah menjurus kepada kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara tetapi PR hanya menumpukan kepada faedah langsung kepada rakyat tanpa memikirkan kesannya kepada ekonomi negara. 

5. Keempat, Bajet BN adalah selari dan tidak pernah tergelincir dari corak dan jatidiri negara yang berlandaskan dasar-dasar ekonomi sedia tetapi Bajet PR kelihatan cenderung untuk mencabar dasar-dasar negara, malah tidak begitu konsisten dengan Buku Jingga mereka sendiri. 

6. Antaranya, penghapusan duti eksais kenderaan sebanyak 20%, pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN.

7. Menurut laman Suara PR, alasan ia tidak selari dengan Buku Jingga ialah kerana kesemua insentif tersebut bersifat jangka panjang sedangkan Buku Jingga adalah janji 100 hari pertama Pakatan Rakyat jika diberi kuasa untuk memerintah negara. 

8. Malah, laman tersebut juga mengakui bahawa penghapusan PTPTN tidak akan berlaku dalam sekelip mata tetapi mengambil masa 2 tahun, begitu juga dengan penghapusan tol di mana yang dijanjikan di dalam Buku Jingga bukanlah penghapusan segera tetapi ‘tindakan segera (dalam masa 100 hari) untuk mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk  menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan  menghapuskan tol’.

9. Jawapan yang diberi oleh PR mengenai percanggahan Bajet Alternatif dengan Buku Jingga menunjukkan yang mereka sememangnya berniat untuk mengelirukan rakyat.  

10. Bagi menutup mata rakyat dari menyedari putar-belit mereka, PR mewar-warkan bahawa Bajet yang dibentangkan mereka akan membolehkan rakyat memiliki pendapatan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 setiap bulan iaitu dari penjimatan harga kereta yang lebih rendah iaitu sebanyak RM70, penjimatan daripada penghapusan tol (RM50), penghapusan pinjaman bagi peminjam PTPTN yang layak (RM200), elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan kerajaan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60).

11. Kita percaya, bukan semua rakyat Malaysia buta ekonomi seperti Anwar Ibrahim yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu dengan gred cukup-cukup makan.   Dan kita pasti, hujah penjimatan RM930 ini tidak mampu memperdaya rakyat yang benar-benar bijak. 

12. Bukan semua rakyat terlibat dengan pinjaman PTPTN, dan bukan semua rakyat bekerja sebagai guru yang akan mendapat elaun RM500 sebulan serta bukan semua rakyat perlu melalui jalan bertol, melainkan mereka yang tinggal di bandar besar.  Sedangkan majoriti rakyat berada di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil.   Oleh itu, bagaimanakah nilai penjimatan RM930 itu bagi diri mereka-mereka ini? 

13. Selain itu, penjimatan harga kereta sebanyak RM70 tidak akan membawa banyak perbezaan.  Manakala penurunan harga minyak dan makanan adalah bergantung kepada harga pasaran dunia dan bukan seratus-peratus di tangan kerajaan PR. 

14. Namun, katakanlah kerajaan PR masih mampu menunaikan semua janji ini, rakyat mungkin boleh bergembira, tetapi hanya untuk sekejap cuma.  Ini kerana pendidikan percuma, penghapusan PTPTN dan tol, penurunan harga minyak dan barangan serta duti eksais kenderaan bakal meletakkan negara dalam keadaan krisis dalam masa hanya beberapa tahun dari perlaksanaannya. 

15. Pendidikan percuma serta penghapusan tol dan PTPTN bermakna kos akan ditanggung oleh kerajaan, sekali gus menjejaskan peruntukan untuk bantuan dan program lain yang lebih memberi manfaat kepada rakyat.  Selain menyumbang kepada masalah lain iaitu kualiti pelajar yang menurun lalu membawa kepada masalah sosial yang bertambah.   Begitu juga dengan kualiti penyelenggaraan lebuhraya juga tidak mustahil akan mengalami nasib yang sama. 

16. Manakala penghapusan duti eksais kenderaan sebanyak 20% pula akan menyebabkan industri kereta terpaksa menanggung harga barangan yang lebih tinggi untuk terus beroperasi serta mampu membunuh industri automobil nasional dalam jangka masa panjang.  Ini pastinya satu kerugian yang besar untuk negara dan juga rakyat termasuk vendor-vendor yang terlibat dalam industri ini. 

17. Begitu juga dengan perancangan PR untuk memecahkan monopoli dalam perniagaan yang mana mendedahkan GLC kepada pemilikan asing selain ‘menjerut’ peluang kaum bumiputera untuk sama-sama duduk di bangku korporat. 

18. Dari semua ini, kelihatan jelas bahawa PR menganggap rakyat semua adalah bodoh-bodoh belaka dan tidak mampu mengupas dan meneliti kesan jangka panjang dari Bajet yang dibentangkan mereka.  

19. Hakikatnya, rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa PR tidak berpandangan jauh dalam merancang Bajet kerana Bajet Alternatif PR adalah sebenarnya Bajet Pilihanraya.  Oleh itu, segala-galanya difikir dan dibentangkan untuk menang pilihanraya bukan untuk kesejahteraan rakyat dan negara.