1. Sudah lebih seminggu kontroversi kenyataan Naib Presiden
PKR, Nurul Izzah yang menyokong kebebasan beragama bagi orang Melayu meletus
dan masih belum reda lagi.
2. Kebodohan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu cuba menunjuk
pandai dalam mentafsir ayat suci Al-Qur'an akhirnya memakan dirinya sendiri.
3. Lebih buruk lagi sikap bermuka-muka anak Ketua
Pembangkang itu terserlah apabila kenyataan yang menggalakkan orang Melayu murtad
dibuat pada forum yang dianjur oleh pihak gereja.
4. Truth Matters Forum bertajuk “Negara Islam: Versi mana?,
Tanggungjawab Siapa?” adalah anjuran Oriental Hearts and MInd Study Institute
(OHMSI) dan diadakan di Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November
lalu.
5. Apabila ditanya oleh seorang peserta forum bernama Siti
Kasim yang merupakan ahli Majlis Peguam serta menganggotai jawatankuasa hak
asasi manusia berhubung isu kebebasan beragama, Nurul menjawab,"Apabila
anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama, mengapa sesetengah pihak rasa
bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan
Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata. Melayu sepatutnya bebas
beragama."
6. Perbahasan yang berlaku selepas itu sudah banyak
dilaporkan di dalam semua saluran media termasuk media arus perdana, media
elektronik, laman sesawang, blog, twitter, facebook dan laman media sosial yang
lain.
7. Yang menjadi kemusykilan sehingga mengapa Biro Agama PKR
yang dipengerusikan oleh kroni Anwar Ibrahim bernama Dr Muhammad Nor Manuty
tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mahupun komen peribadi mengenai
perkara ini.
8. Sikap membisu ini membawa kesimpulan bahawa ustaz-ustaz
PKR hanya terkenal dengan skandal peribadi seperti Dr Badrolamin Bahron yang
ditangkap berkhalwat dengan isteri orang di dalam bilik hotel.
9. Golongan intelektual agama di dalam PKR sebenarnya tidak
berani menegur apa lagi mempertahankan Islam apabila salah seorang pemimpinnya
membuat kenyataan yang bercanggah dengan Islam.
10. Jika mereka berdiam, dua pengertian boleh dibuat daripada
sikap itu, samada mereka bersetuju dengan kenyataan Nurul Izzah ataupun takut
untuk bercanggah pendapat dengan Anwar yang agresif mempertahan anaknya itu.
11. Apapun PKR bukanlah satu parti yang boleh diharapkan oleh
umat Melayu-Islam untuk membela hak mereka atau kedudukan Islam sebagai agama
persekutuan di dalam Perlembagaan.
12. Kuliah mingguan yang diadakan di kediaman Ketua Umum PKR
tanpa putus dengan menjemput ulama luar negara dan para ustaz rupa-rupanya
hanyalah satu lakonan Anwar semata-mata untuk menunjukkan dirinya Islamik.
13. Begitu juga majlis tazkirah yang diadakan di surau dan
masjid oleh Anwar di setiap persinggahan dalam siri jelajahnya hanyalah
sandiwara Anwar untuk menutup sikap hipokritnya.
14. Anwar bercakap mengenai isu-isu besar seperti ketelusan,
keadilan sosial, memartabatkan Islam dan melawan rasuah tetapi apabila terkena
batang hidung sendiri, beliau gagal melakukan muhasabah diri tetapi seperti
kebiasaan meletakkan kesalahan kepada pihak lain.
15. Anwar anggap dirinya suci dan tergolong dalam kategori
mazlum atau orang yang dizalimi tetapi hakikatnya beliau hanya menggunakan
Islam untuk menegakkan idealogi politiknya songsang.
16. Kenyataan Nurul Izzah secara terang dan dibuat di
khalayak ramai yang jelas bertentangan dengan pengertian sebenar ayat al-Qur'an
yang dirujuk dan pendirian Islam dalam isu murtad tetap mahu dipertahankan oleh
Anwar hanya kerana yang menyuarakan pendapat sedemikian adalah darah daging
sendiri.
17. Jadi bagi Anwar Islam adalah kuda tunggangannya yang
boleh dimanipulasi sekehendaknya dalam apa-apa keadaan sekalipun asalkan ia
memberi manfaat politik kepada beliau.
18. Kelemahan yang ditunjukkan oleh biro agama PKR yang
disebut sebagai Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BiPPA) dalam menangani
kemelut yang dicetuskan oleh Nurul Izzah amat memalukan sekali.
19. Nama biro yang diberikan sungguh gah sekali tetapi
malangnya apabila situasi timbul di mana Islam perlu dipertahankan, BiPPA hanya
pandai menikus dan membenamkan kepalanya dalam pasir seperti seekor burung
kasawari (ostrich).
20. Peristiwa di Gereja Full Gospel Tabernacle akan tercatat
di dalam memori Nurul Izzah sebagai sejarah hitam sehingga akhirnya hayatnya.
21. Dari segi karier politik Nurul Izzah, ia sudahpun tamat
sebelum pun ianya bermula, jadi eloklah beliau bersara sahaja daripada bidang
yang bukan menjadi kepakarannya.
22. Pastinya orang Melayu di Lembah Pantai yang diwakilinya
akan berfikir sepuluh kali sebelum memberi undi kepada Nurul Izzah pada Pilihan
Raya Umum ke 13 nanti.
23. Pengundi Islam akan terfikir apakah mereka akan terus
menyokong seorang yang tidak sayangkan Islam dan merelakan orang Islam murtad
dengan mudah sekali ataupun mengundi pihak yang sekian lama telah membela dan
menaikkan syiar Islam sejak merdeka.
No comments:
Post a Comment