Thursday 29 November 2012
MH BERCUTI SELAMA SEMINGGU LEBIH
UNTUK MAKLUMAT SEMUA PEMBACA BLOG MULUT HEBIAQ, PENULIS AKAN MULA BERCUTI MULAI HARI INI SEHINGGA 9 DIS 2012. INI DISEBABKAN MH AKAN BERADA DILUAR KAWASAN LIPUTAN UNTUK TUGAS-TUGAS LAPANGAN DAN JUGA KEMANUSIAN. PENULIS AKAN KEMBALI PADA 10 DIS 2012 DENGAN BERITA YANG LEBIH HANGAT.. KITA HENTAM PR LAGI. SEKIAN WASSALAM
Tuesday 27 November 2012
KARPAL ADALAH PENGERUSI MAJLIS FATWA PAKATAN RAKYAT
1. Krisis dalaman di dalam PAS,
DAP dan PKR kini dilihat semakin memuncak apabila isu yang dipertelagahkan
saling bertindihan dalam pakatan dan secara berasingan dalam setiap parti
sekutu.
2. Yang menariknya ialah
‘kemunculan’ Karpal Singh sebagai watak utama dalam setiap isu yang
berbangkit. Karpal merupakan ‘bintang’
dalam pertelagahan dengan Nasharudin Mat Isa mengenai hudud. Beliau begitu garang mengarahkan PAS kembali
kepada perjanjian asal iaitu untuk menghentikan terus cakap-cakap mahupun niat
untuk melaksanakan hudud dan negara Islam.
3. Walaupun kenyataan Karpal
adalah mewakili pendirian DAP tetapi nampaknya hanya Karpal yang ditonjolkan
sebagai menuntut PAS meletakkan satu pendirian yang jelas dalam isu ini. Kit Siang, Guan Eng dan lain-lain pemimipin
DAP hanya menjadi pelakon tambahan.
4. PAS juga hanya dilihat hanya
menumpukan tembakan terhadap Karpal seorang.
Malah, PAS juga yang mengeluarkan kenyataan membela DAP untuk ‘menenangkan’
ahli-ahli PAS, dengan menggambarkan kononnya, kenyataan Karpal adalah kenyataan
peribadi dan DAP secara dasarnya tidak ada masalah ‘memahami’ hudud PAS.
5. Dari situ, Karpal terus
menjadi bintang utama DAP menghiasi akhbar dengan kenyataan-kenyataan lantang
yang mendedahkan konflik partinya dengan PAS.
Semalam, Karpal menempelak kerajaan PAS Kedah kerana memperdagangkan
sumber anugerah Tuhan, iaitu air.
Karpal tidak puas hati apabila PAS Kedah memutuskan agar Pulau Pinang
perlu membayar bekalan air mentah yang disalurkan oleh Kedah ke negeri
itu.
6. Alasan kerajaan Kedah ialah
Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang juga memperniagakan air tersebut. Lagipun, penjagaan sumber alam itu, termasuk
mengekalkan kawasan tadahan juga melibatkan perbelanjaan, dan kos itu perlu
turut dikenakan kepada Pulau Pinang yang turut menikmatinya.
7. Kesungguhan Karpal menjaga
kepentingan Pulau Pinang dilihat mengatasi Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan
Eng, yang kurang menonjol akhir-akhir ini.
Pendek kata, Karpal adalah satu-satunya pemimpin PR yang cukup pantas
dan lantang dalam menangani sebarang masalah yang melibatkan perpaduan dalam
kerjasama PR.
8. Bagaikan pengerusi Majlis
Fatwa bagi PR, Karpal sedaya upaya memastikan kerjasama dalam pakatan rakyat
terus berkiblatkan semangat menghormati DAP.
9. Malah, di dalam DAP juga,
Karpal membawa sikap yang sama iaitu sebagai ‘penegak hukum’.
10. Karpal menjadi ‘juara’
memperjuangkan ‘satu calon, satu kerusi’ bagi PRU kali ini atas alasan
memastikan wakil rakyat dapat menumpukan sepenuhnya kepada kawasan
masing-masing.
11. Walaubagaimanapun, cadangan
Karpal diragui oleh berbagai pihak dalam DAP sendiri dan ditempelak Teresa Kok
dengan penghinaan bahawa Karpal adalah ‘old story’ atau cerita lama.
12. Tindakan Teresa Kok
menimbulkan kemarahan beberapa pihak
kerana dilihat tidak menghormati orang tua dan juga Pengerusi parti yang
telah lama berjuang dan banyak pengalaman.
Akibatnya, Ahli Parlimen, Kota Alam Shah M. Manoharan telah
membangkitkan kegagalan Teresa untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat dengan
baik kerana memegang begitu banyak ‘kerusi’ atau jawatan dalam parti dan juga
kerajaan negeri.
13. Namun, akhir-akhir ini,
nampaknya semakin ramai di dalam DAP menyuarakan sokongan terhadap idea Karpal
ini, sekali gus, ‘menggilapkan’ lagi namanya.
14. Strategi menonjolkan Karpal
seorang serta mensenyapkan pemimpin-pemimpin DAP yang lain secara sengaja atau
tidak sengaja dilihat tepat bagi meminimakan kerosakan yang berlaku akibat
krisis yang melanda Pakatan Rakyat.
Namun, bagi pihak Karpal, beliau mungkin perlu lebih berhati-hati dalam
mengatur langkah seterusnya kerana tindakan ini dilihat mampu meletakkan beliau
dalam dua keadaan iaitu jika bukan sebagai ‘bintang’, maka mungkin juga sebagai
‘kambing hitam’.
15. Senarionya, jika PR menang
dalam PRU ke-13 ini, maka isu penentangan DAP terhadap hudud perlu diselesaikan
bagi mengelak akar umbi PAS ‘mengamuk’.
16. Sedang pemimpin PAS boleh
terus berdolak dalih dengan menggunakan alasan kekurangan majoriti di parlimen dan
hakikat masyarakat majmuk, PAS tetap perlu membuktikan yang mereka benar-benar
serius dalam menentang sesiapa sahaja yang menentang hudud.
17. Oleh itu, Karpal mungkin
perlu dikorbankan sebagai satu-satunya pemimpin DAP yang menentang hudud. Dengan itu, walaupun hudud tetap tidak
dilaksanakan, akar umbi PAS akan kembali tenang dan DAP akan kekal
selamat.
18. Karpal sebagai ‘cerita lama’
boleh dibersarakan saja. Malang bagi
Karpal jika ini berlaku kerana tidak dapat memakai gelaran Tun Karpal selepas
bersara seperti yang dibayangkan oleh Tun Mahathir, kerana Karpal tidak bersara
sebagai Perdana Menteri tetapi hanya bersara sebagai si-kambing hitam,
Pengerusi parti.
Monday 26 November 2012
PANAS: HAMAS IKTIRAF UMNO LEBIH ISLAM DARI PAS
1. Peranan Malaysia sebagai
agen pengaman telah diiktiraf dunia.
Malaysia dipandang tinggi kerana komitmen dan konsistensi dalam
memperjuangkan dan menyokong keamanan dunia.
2. Apabila dikatakan Malaysia,
maka ia secara automatik membawa erti kepimpinan dan kerajaan Barisan Nasional
yang bertindak mewakili suara rakyat Malaysia keseluruhannya. Justeru,
secara tidak langsung, tidak salah jika dikatakan bahawa penghargaan
tersebut juga dituju kepada Barisan Nasional juga.
3. Sebagai sebuah parti yang
mewakili masyarakat Melayu Islam di Malaysia, UMNO, sebagai salah satu komponen
BN turut memainkan peranan dalam memperjuangkan keamanan di dunia, terutamanya,
dunia Islam. Alhamdulillah, atas segala
khidmat bakti itu, hari ini, bukan sahaja Malaysia yang mendapat pengiktirafan,
tetapi UMNO juga telah mula dipandang tinggi sebagai pihak yang memainkan
peranan penting dalam memperjuangkan keamanan di negara-negara Islam.
4. Ini terbukti apabila Ketua
Perhubungan Awam Hamas, Osama Hamdan, iaitu salah seorang daripada ahli panel
dalam forum bertajuk Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat - Memandang ke
Hadapan atau ke Belakang, yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang
akan bermula esok, menyatakan penghargaannya terhadap UMNO kerana banyak
menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba
kekurangan.
5. UMNO juga, kata beliau,
sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin
walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada
Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).
6. Beliau juga secara khusus
menghargai kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani isu Palestine
dan mengecam keganasan Israel.
Antaranya, dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 di Phnom Penh baru-baru
ini, Datuk Seri Najib telah membangkitkan isu mengenai Palestin dan secara
spesifik, meminta Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama agar mengambil
tindakan segera untuk menghentikan konflik yang berlarutan di Gaza.
7. Pendirian Malaysia dalam
mengiktiraf Palestine sebagai negara berdaulat adalah jelas dan konsisten. Dalam kenyataan Datuk Seri Najib di Sidang
Kemuncak Luarbiasa OIC di Mekah, Ogos lalu, beliau menyatakan hal ini secara
tuntas. Pendirian ini adalah yang sama
yang dipegang oleh kepimpinan UMNO, BN dan Malaysia sejak sekian lama.
8. Di masa yang sama, beliau
sentiasa memastikan UMNO melakukan apa jua yang terdaya untuk membantu
Palestine sama ada secara bersendirian ataupun kerjasama dengan pihak-pihak
tertentu. Antaranya menghantar bantuan
makanan dan keperluan pakaian serta ubat-ubatan bagi mengurangkan beban rakyat
Palestine.
9. Walaubagaimana seluruh dunia
cukup maklum akan pendirian Malaysia dalam isu Palestin-Israel, kita dan juga
Palestin, harus bersedia menghadapi risiko perubahan dalam pendirian itu
sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil-alih kuasa dalam PRU nanti.
10. Bukan rahsia lagi, bahawa
bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat, iaitu Anwar Ibrahim adalah antara
penandatangan Annapolis Summit yang menyokong penubuhan negara Israel.
11. Malah, tidak berapa lama
dahulu beliau juga mengulangi pendirian ini dengan membuat kenyataan menyokong untuk melindungi
keselamatan Israel. Kenyataan yang
disiarkan oleh the Wall Street Journal itu menimbulkan kejutan dan kemarahan
umat Islam di seluruh dunia. Rasa
terkejut dan kecewa terhadap kenyataan Ketua Pembangkang Malaysia itu
disampaikan oleh Perdana Menteri, Ismail Haniyah kepada Pengerusi Lembaga
Pengurusan Yayasan Al-Quds Malaysia, iaitu Nasharudin Mat Isa ketika kunjungan
beliau ke Kuwait.
12. Nasharudin, sebagai pemimpin
PAS walaupun berkongsi sentimen yang sama dengan umat Islam di seluruh dunia
gagal menjelaskan pendirian partinya mahupun pendirian PR dalam isu
tersebut. Ini kerana, menyatakan bahawa
PAS tidak bersetuju dengan Anwar dalam isu ini adalah tidak cukup, kerana PAS
nampaknya sebulat suara bersetuju agar Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri
sekiranya pakatan mereka menang dalam PRU nanti.
13. Justeru, pendirian Anwar
pasti akan menjadi pendirian parti PR iaitu pendirian kerajaan Malaysia. Sekali gus pendirian peribadi PAS yang
mungkin bertentangan, tidak akan membawa makna apa-apa. Malah, pada hari ini juga PAS boleh
dikatakan tidak bermakna apa-apa lagi kerana secara realitinya ia sudah
terangkum dalam sebuah pakatan di bawah teraju Anwar.
14. Walaupun PAS menuduh UMNO
kafir dan murtad serta mendabik dada konon hanya parti itu yang layak dan
ikhlas memperjuangkan Islam tetapi ‘keIslaman’ PAS nampaknya tidak diiktiraf
dunia. Manakan tidak, PAS bukan sahaja
bersekongkol dan berusaha menobatkan talibarut Zionis pembunuh rakyat Palestin
sebagai Perdana Menteri, tetapi PAS juga tidak pernah punya apa-apa jasa kepada
umat Islam di dalam negara ini, jauh sekali di negara lain.
15. Hakikatnya, PAS, sebuah
parti yang hidup dengan wang derma ahli sendiri, serta wang sumbangan Zionis
melalui PKR tidak mampu walaupun untuk mendirikan masjid untuk umat Islam
beribadah selain dari ‘masjid’ rumahtangga dengan masing-masing punya dua hingga
empat orang isteri. Selama 2 dekad
memerintah Kelantan, PAS hanya mampu mendirikan sebuah masjid sahaja. PAS gagal secara total untuk menaikkan taraf
ekonomi rakyat Kelantan dan tidak mampu menjana ekonomi negeri sehinggakan
negeri yang diperintah mereka mundur dari segala segi.
16. Dari segi Islam pula,
ulama-ulama PAS langsung tidak layak untuk duduk sebaris dengan ulama-ulama
tersohor dunia. Ini kerana mereka hanya
tahu berceramah di tahap kampungan serta tidak pernah membuat kajian atau apa-apa
sumbangan akademik mahupun pembangunan kepada dunia Islam.
17. Justeru, kita tidak hairan
apabila Hamas menghargai UMNO dan bukan PAS, dalam menangani isu Palestine yang
disifatkan paling ‘genting’ dan palilng dekat di hati umat Islam pada hari
ini.
18. Yang kita hairan ialah
kenapa PAS masih tidak malu merasakan parti itu lebih Islam dari UMNO?
ANAK KECIL MAIN API: DONG ZONG MAIN API DOK MENCARI PASAI SUNGGUH
1. Perhimpunan 1125 yang
diadakan oleh Dong Zong untuk membantah Pelan Pendidikan Kebangsaan disertai
lebih kurang 7,000 peserta.
Akhbar-akhbar Cina melaporkan jumlah seramai 10,000.
2. Apapun jumlah sebenar, yang
pastinya Dong Zong akhir-akhir ini semakin giat menuntut berbagai keistimewaan
yang kononnya bertujuan untuk mempertahan dan meningkatkan pendidikan Cina bagi
kaum Cina. .
3. Walaupun terbukti yang
kerajaan tidak pernah meminggirkan sekolah-sekolah vernakular, namun Dong Zong
masih tidak berpuas hati apabila pelan pendidikan baru menekankan usaha
menyemai semangat jatidiri negara melalui Bahasa Kebangsaan.
4. Bagi Dong Zong penambahan
masa bagi subjek Bahasa Malaysia mengancam Bahasa Mandarin. Nampaknya, Dong Zong ingin memastikan
anak-anak kaum Cina kekal tidak fasih berbahasa kebangsaan dan kekal terasing
dari pergaulan dalam masyarakat majmuk di negara ini. Malah, dari tuntutan-tuntutan sebelum ini,
jelas terlihat bahawa Dong Zong bertekad untuk memisahkan kaum Cina dari
aspirasi nasional dengan memperjuangkan peperiksaan yang tidak bersandarkan
syarat-syarat yang digariskan oleh kementerian pendidikan.
Jelas, bahawa Dong Zong
enggan tertakluk di bawah kawalan kerajaan.
5. Namun, sungguh biadab dan
tidak bermaruah sekali Dong Zong apabila di masa yang sama menuntut layanan
sama seperti Sekolah Kebangsaan. Apa
jenis manusia yang sedia kaya, tetapi masih lagi asyik meminta-minta?
6. Seperti biasa, parti-parti
pembangkang juga mencelah mencari ‘laba’ dari perhimpunan ini, seperti PKR, DAP
dan termasuklah PAS. Namun, kehadiran
Pengerusi Cawangan MCA Kota Kecil, Tai Foo Him menjelaskan lagi agenda
perkauman dalam perhimpunan ini.
7. Menurut Dong Zong,
pertubuhan itu bukan anti kerajaan. Ini
mungkin separuh benar.
8. Dong Zong bukan anti
kerajaan, tetapi anti jatidiri dan aspirasi Malaysia yang berteraskan identiti
Melayu. Dong Zong tidak mahu anak-anak
mereka menyerap ‘roh’ Malaysia sepertimana tokoh yang disegani semua bangsa
iaitu Tan Sri Lee Lam Thye yang dianggap telah ‘diMelayukan’.
9. Bagi kaum Cina,
‘diMelayukan’ adalah satu penghinaan kerana bermakna telah tunduk kepada
Melayu. Sikap kiasu yang angkuh dan
bongkak tidak membenarkan mereka berada di bawah dari sesiapa. Memandangkan Melayu yang mereka pandang rendah dan hina itu adalah
tunjang kerajaan negara ini, maka Dong Zong yang tidak dapat menerima hakikat
ini menjadi amat anti dengan Melayu.
10. Justeru, Dong Zong ingin
menunjukkan kepada Melayu, iatu kerajaan bahawa mereka lebih berkuasa dan
merekalah tuan dalam negara ini. Dong
Zong tidak berminat kepada semangat perpaduan, kerjasama, saling
hormat-menghormati dan toleransi antara sesama kita kerana bagi mereka, kaum
Cina jauh lebih mulia dari semua.
11. Dengan itu, Pilihanraya yang
menjelang tiba ini digunakan sepenuhnya oleh Dong Zong untuk menunjuk kuasa dan
menguji ketahanan kerajaan.
12. Namun, kita percaya, jika
semua yang dituntut mereka juga ditunaikan kerajaan, Dong Zong tetap tidak akan
berpuas hati, selagi tonggak pemerintahan berada di tangan Melayu.
Wednesday 21 November 2012
ISLAM: APA YANG UMNO TOLAK DAN APA PULA YANG DAP TERIMA?
1. UMNO yang penulis tahu tidak pernah
menolak Islam, kalau UMNO menolak Islam, penulis dan ramai lagi tidak akan
memilih untuk masuk dan menyokong UMNO. Tengok sajalah dalam negara kita
ini, apa bukti yang UMNO sepenuhnya menolak Islam dan al-Quran?
2. Kalaupun ada beberapa ‘perkara’ dalam
Islam yang tidak dilaksanakan UMNO, itu bukan bermaksud UMNO menolak tapi
memilih untuk tidak melaksanakan atas sebab tertentu berasaskan hukum Islam dan
pandangan majoriti ulama. Anyway, banyak mana ‘perkara’ tu? Tak
silap penulis, satu sahaja.
3. Maka itu, tuduhan
UMNO menolak Islam ini awal-awal lagi tidak logik tapi bila Nik Aziz tidak
segan-segan untuk sebut perkara tersebut, mesti ada sesuatu yang menggerakkan
mulut busuk dia tu untuk bercakap demikian.
Soalnya apa dia?
4. DAP on the hand, kita tahu anti
banyak benda berkaitan Islam di Malaysia ini, tinggal lagi kuasa penuh ke atas
agama tersebut tidak ada di tangannya, waima di negeri yang dia perintah –
Pulau Pinang. Dalam pada itu pun, sempat juga DAP haramkan bacaan
al-Quran waktu subuh dan bertakbir pada malam raya di negeri tersebut.
5. Tapi bila Hadi
Awang bertegas mengatakan DAP menerima Islam, soalan yang sama kita
nak tanyakan bahagian apa dalam Islam yang DAP terima sehingga PAS pandang DAP
lebih mulia dari UMNO dalam soal menegakkan Islam?
6. Sudah tentu bila ada ‘masalah’ macam
ini, lain orang yang akan keluar kenyataan berbeza untuk segmen yang berbeza
juga. Nik Aziz bila tuduh UMNO tolak Islam, dia tidak akan sentuh DAP.
Hadi Awang bila sentuh DAP terima Islam, dia tidak akan sentuh UMNO.
7. Penyudahnya, kita yang dibawah ini
jadi konfius, Islam apa Nik Aziz cakap, Islam apa Hadi cakap?
8. Sebetulnya, ini
bukan soal Islam tapi ini soal hudud. PAS nak cakap UMNO tolak
hudud tidak boleh sebab dia sendiri pun tak laksanakan hudud di beberapa negeri
yang dia pernah dan sedang perintah. Selain itu, nanti nampak
sangat tak kena dengan kerjasama politik antara PAS dan DAP.
9. Jadi untuk kelirukan orang, Nik Aziz
guna alasan UMNO tolak Islam, walhal dia merujuk kepada hudud. Sementara
Hadi bila dia sebut DAP menerima Islam, dia merujuk kepada Islam dalam
perlembagaan yang DAP tak cukup berani untuk isytiharkan penentangan.
10. Inilah sebenarnya yang berlaku
sekarang. Hadi dan Nik Aziz cuba mengelirukan orang Islam di negara ini
demi menghalalkan sumbang mahramnya dengan DAP.
11. Taktik keliru dan mengelirukan
seumpama ini memang pendekatan PAS untuk bertahan lama dalam politik negara.
12. Sebetulnya, PAS
sedang menghasut rakyat Malaysia untuk menerima DAP yang kita tahu memusuhi
Islam dan menolak UMNO yang jauh lebih kehadapan dalam soal Islam di negara
ini, lebih depan dari PAS pun.
13. Jadi janganlah diundi PAS ini lagi,
dia sedang mengarah kita ke jalan yang sesat, bukan jalan yang betul. Dah
elok-elok Malaysia macam sekarang, PAS sanggup ubah kerana harga sebuah undi.
DOA PAS MENZALIMI SAUDARA SEAGAMA MEREKA
Doa Najib sentiasa mengiringi ketika menziarahi Nik Aziz walaupun Nik Aziz mendoakan Najib supaya buncit perut...
1. Sudah jadi kebiasaan bagi pemimpin pembangkang terutama dari PAS mengadu domba dan mempropagandakan tuduhan liar mengatakan Kerajaan BN adalah zalim, anti Islam, firaun dan sebagainya.
2. Tak cukup dengan propaganda
persepsi buruk sedemikian, mereka guna pula agama sebagai modal politik
termasuklah memperalatkan solat hajat, tazkirah dan doa untuk memainkan
sentimen agama dikalangan penyokong dan orang ramai.
3. Solat hajat, tazkirah dan
doa adalah perkara yang baik yang dituntut oleh Islam namun bila dipolitikkan
kesannya keberkatan hilang dan rahmat Allah s.w.t tidak kesampaian, sebaliknya
yang datang polemik tak berkesudahan dan kecaman khalayak ramai.
4. Inilah yang terjadi
berikutan dari doa berunsur politik kepartian yang dibacakan oleh adik kandung
kepada Mursyidul Am PAS, iaitu Nik Razi Nik Mat di Stadium Sultan Muhammad
Ke-IV tempohari.
5. Isi kandungan doa yang
mengecam UMNO dan BN yang kononnya menzalimi agama Islam dan menindas rakyat seumpama
tingkah laku jahat firaun, Namrud dan Abu Lahab akhirnya mengundang polemik dan
mudarat pula buat PAS.
6. Dah namanya doa politik,
niatnya tentu sahaja demi untuk kepartian dan bukannya ikhlas mahukan keredhaan
Allah s.w.t. Maka akibatnya terpaksalah PAS menanggung beban di atas sikapnya
yang emosional tak bertempat dan tidak berhikmah itu.
7. Hakikat yang pahit untuk
penyokong PAS terima sebenarnya, ialah PAS itu sendiri sejak sekian lama
sebenarnya telah menzalimi agama Islam sehingga memudarkan sedikit sebanyak
imej kesucian agama ini di mata penganut agama lain.
8. Suatu ketika dulu di awal
tertubuhnya PAS, para pimpinannya sebulat suara menolak kerjasama dengan
non-muslim sehingga pernah mengkafirkan orang Islam yang menyokong parti
PERIKATAN (sekarang Barisan Nasional) yang terdiri dari UMNO, MCA dan MIC.
9. Lebihkurang satu dekad
sebelum menjelangnya Abad Millenium barulah PAS kenal peri pentingnya kerjasama
orang Islam dengan non muslim demi kebaikan bersama.
10. Tika ini barulah PAS
teringat betapa di zaman Rasulullah s.a.w dulu, baginda juga pernah mengadakan
kerjasama dengan orang bukan Islam termasuklah dengan kaum Yahudi.
11. Malangnya kerjasama yang PAS
jalin dengan DAP dan PKR langsung tidak memberi manfaat pada ummah apatah lagi
untuk kebaikan agama Islam.
12. PAS gagal menahan asakan
pemimpin DAP sehingga akhirnya perarakan Maulidul Rasul kini tidak lagi dapat
diadakan di Pulau Pinang yang dikuasai DAP. Berpuluh tahun ia tidak diganggu
gugat, datang DAP abang besar PAS segalanya berubah atas nama demokrasi.
13. Juga berlaku di zaman PAS
sebagai lembu tunggangan DAP, di mana kesucian Rumah Allah dinodai oleh
pemimpin politik bukan Islam yang dibiarkan saja menyampaikan tazkirah di ruang
utama surau dan masjid, manakala anak kariah dan jemaah yang hadir pula terpaku
kelu bagaikan tekun mendengar kuliah agama dari ustaz dan tok imam.
14. PAS juga berdiam diri
apabila tulisan jawi pada nama jalan dipertikaikan DAP, malah PAS juga malu
untuk ke depan menegur kebiadapan DAP untuk menghapuskan hak keistimewaan agama
Islam di sisi Perlembagaan Malaysia dengan berselindung disebalik tuntutan
pemimpin DAP yang mahu negara ini diiktiraf sebagai sekular.
15. Akibat dari kerjasama PAS
dengan DAP dan PKR dalam PR itu jugalah kalimah Allah s.w.t dengan mudahnya
digadai tanpa rasa bersalah demi untuk menjaga hati penyokong DAP yang beragama
Kristian.
17. Demikian juga bila kita
bercakap soal akidah, sampai sekarang PAS tidak berani mengecam secara rasmi
keceluparan anak Ketua Umum PKR, Nurul Izzah yang menyarankan orang Melayu
Islam diberi hak bebas bertukar agama.
18. Amanah yang diberikan oleh
segelintir rakyat kepada PAS untuk mempertahankan Islam akhirnya dikhianati.
Jelas sekali semuanya itu satu kezaliman terhadap agama Islam, pengkhianatan
terhadap ummah yang secara sengaja atau sebaliknya telah dilakukan oleh PAS
Tuesday 20 November 2012
CUKUP SUDAHHH... CUKUP-CUKUP SUDAHHHH... USAH DI ULANGI PASAL DOA ITU: NIK RAZI
1. Selepas masyarakat umum
dikejutkan dengan doa politik kepartian oleh PAS yang mendoakan kehancuran
saudara seagama, sama seperti firaun dan Namrud dihancurkan oleh Allah s.w.t,
kini tukang canang doa itu, Nik Razi Nik Mat jadi tak senang duduk dibuatnya.
2. Tiba-tiba sahaja Nik Razi
meminta orang ramai menghentikan polemik dan spekulasi isu doa politik yang
dibacanya selepas solat Hajat di Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PAS di
Kota Bharu beberapa hari lepas.
3. Dalam kenyataannya kepada
akhbar Sinar Harian, katanya, isu tersebut sudah sampai ke kemuncaknya dan
tiada apa lagi yang perlu diperkatakan. Ringkas kata, Nik Razi tidak mahu isu
itu terus diperbesarkan.
4. Menurutnya lagi, "sudah
cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya
mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun."
5. Akhirnya selepas dengan
sengaja mencuit kemarahan ramai, tersedar juga dari kebangangan sendiri. Tahu
juga takut melihat reaksi spontan rakyat.
6. Dayus rupanya, tak berani
nak menegakkan 'kebenaran' doa yang dia sendiri bacakan tanpa hikmah dan
langsung tidak mempunyai ciri nur dakwah itu.
7. Atau sebenarnya wujud
tekanan dari pihak atasan PAS yang tidak senang melihat isu doa politik itu
semakin hari semakin mencalar imej PAS sebagai sebuah parti politik yang
didakwa membawa panji-panji Islam?
8. Pun begitu jika membuat
kenyataan yang bunyinya semacam mengalah itu diharapkan akan membuatkan
khalayak umum melupakan isu ini, tentu sekali tidak.
9. Khalayak ramai tidak lupa,
sudah acapkali PAS mempergunakan agama, solat hajat serta doa-doa tertentu
untuk tujuan membangkitkan sentimen keagamaan umat Islam untuk kepentingan
politik kepartian PAS.
10. Sebelum ini, PAS melalui
Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat yang juga adalah abang kepada Nik Razi pernah
menggunakan taktik tidak berhikmah ini dengan membacakan doa supaya dipecahkan
perut Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
11. Namun bila ia menyebabkan
orang awam menjadi jelik dan meluat dengan gaya politik memperalatkan sentimen
keagamaan itu dan kesannya semakin melebarkan jarak masyarakat umum dari PAS,
akhirnya Nik Aziz dengan selambanya menafikannya. Dayus juga.
12. Dalam pada itu, disebalik
kehangatan isu doa politik tiba-tiba pula Nik Aziz menafikan pernah menuduh
UMNO telah murtad dari Islam. Katanya kepada Sinar Harian Online, berita yang
menyebut beliau mendakwa UMNO telah murtad adalah fitnah rekaan sahaja.
13. Tabiat biasa Nik Aziz macam
itulah, bila kenyataannya menjadi hangat dan mengundang kemarahan ramai, kalau
dia tak putar belitkan jawapan pembelaannya untuk menegakkan benang basah, lain
caranya dia akan tuduh media telah memfitnahnya.
14. Skrip sama sejak dulu hingga
sekarang, tak pernah berubah. Malu hendak mengaku kesilapan hasil dari keegoaan
sendiri. Sekarang penyakit menyalahkan orang lain di atas keceluparan mulut
sendiri dah berjangkit pada adiknya.
15. Lengkaplah sudah kedua-dua
manusia paling bongkak atas muka bumi ini sebagai adik beradik paling dayus,
gemar mengata buruk pada orang lain tapi bila mendapat reaksi balas dan kecaman
ramai, terus menggelupur sampai terbelit diri sendiri.
Monday 19 November 2012
HADI AWANG SEBAGAI PM: PAS DAH MULA PERCAYA ANWAR MEMANG AL-JUBURI
1. Muktamar PAS ke-58 yang
berakhir dengan doa menghancurkan UMNO dilihat sebagai berjaya memaksa
ahli-ahlinya menerima hakikat bahawa Putrajaya adalah satu-satunya matlamat
hidup parti itu dan apa saja yang mampu mengganggu atau menyukarkan perjalanan
ke sana, wajib ditutup, diketepikan atau dimusnahkan.
2. Sekali gus, segala keraguan
akar umbi mengenai ‘cara’ yang digunakan untuk mencapai matlamat itu, wajib
dibuang atau akan dianggap sebagai khianat atau belot kepada parti, hatta
Islam!
3. Bagi memberi keyakinan
kepada akar umbi yang masih sangsi mengenai kemampuan PAS mendominasi Pakatan
Rakyat untuk melaksanakan hudud, maka Hadi Awang perlu digilap sehingga
bersinar-sinar untuk mengaburi cahaya nyalaan api Anwar Ibrahim. Maka, Hadi Awang pun dijulang dengan koir
hudud menghiasi latar belakang. Hadi
juga mengaku yang beliau ‘syok’ atau seronok dengan idea menjadi Perdana
Menteri seolah-olah seorang anak kecil yang tidak pernah keluar dari kampung
dijanjikan untuk dibawa melawat ke luar negara.
4. Kata Hadi Awang dengan
riaknya, perlantikannya sebagai Perdana Menteri nanti akan bermakna Islam telah
menang dan jika beliau ditakdirkan meninggal dunia selepas itu, maka beliau
bersedia.
5. Persoalannya, apakah atau
siapakah Hadi Awang untuk meletakkan dirinya sebagai simbol Islam? Bagaimana perlantikannya sebagai PM menjadi
tanda kemenangan Islam? Apakah jasa Hadi
kepada Islam atau Umat Islam selama hidupnya?
6. Dan apakah Hadi pekak atau
pura-pura pekak dan tidak mendengar jeritan Lim Kit Siang yang ingin menegakkan
Negara Sekular serta menghapuskan Islam sebagai agama rasmi? Bagaimana kita menilai keikhlasan Hadi untuk
memartabatkan Islam sedangkan di masa yang sama beliau berlutut memeluk erat
kaki Lim Kit Siang, bimbang sekali diterajang keluar?
7. Dengan DAP yang anti Islam
serta Melayu, dan PKR pula berkiblatkan barat sehinggakan Anwar tersenarai
sebagai tokoh liberalisme dan pluralisme di rantau ini, bagaimana kemenangan PR
dan perlantikan Hadi sebagai PM boleh dikatakan kemenangan Islam?
8. Jelas, bahawa Islam hanyalah
mainan politik bagi PAS. Namun, ini
sudah pun diketahui umum.
9. Yang menjadi isu kini bukan
lagi sikap PAS yang mempolitikkan Islam tetapi tentang kenapa persoalan
mengenai Hadi Awang menjadi Perdana Menteri boleh timbul dalam Muktamar kali
ini sedangkan selama ini PR telah sebulat suara meletakkan Anwar sebagai bakal
PM?
10. Jawapannya, tidak lain tidak
bukan kerana PAS cukup maklum akan siapakah Anwar Ibrahim dan PAS tidak sanggup
menerima kaki liwat, kaki zina dan kaki rasuah sebagai Perdana Menteri. Selama ini PAS cuba menafikannya, cuba
menepisnya dan cuba mengtidak-apakan segala keburukan Anwar tetapi akhirnya PAS
terpaksa mengambil-kira keresahan akar umbi kerana bimbang tidak mampu mengekalkan
sokongan dalam menghadapi pilihanraya.
11. Sebelum ini, Hadi Awang
sendiri bertungkus lumus membela Anwar dengan menyatakan yang video hanya besi
dan tidak boleh dikira sebagai saksi atau bukti. Tetapi, hari ini terbukti bahawa Hadi Awang
sebenarnya meragui kata-katanya sendiri.
Beliau pada hakikatnya cukup tahu dan yakin bahawa Anwar tidak layak
menjadi Perdana Menteri kerana penuh dengan skandal yang begitu dahsyat
sehingga tidak tercapai oleh akal pemimpin naïf sepertinya.
12. Namun, demi politik Pakatan
Rakyat, Hadi sanggup menipu apa saja sambil menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan
hadith untuk membela Anwar. Mungkin
dalam Muktamar ini, Hadi Awang baru tersedar bahawa akar umbi juga tahu yang
beliau telah menipu mereka selama ini. Dan kerana itu, beliau perlu menunjukkan
yang beliau juga bersetuju dengan mereka bahawa penzina dan peliwat tidak boleh
menjadi Perdana Menteri.
13. Apa lagi apabila ahli-ahli
menunjukkan sokongan melantik beliau sendiri sebagai Perdana Menteri. Maka, semakin lebarlah senyum Hadi dan
semakin yakinlah PAS yang mereka akan berjaya mendominasi PR.
14. Namun, seperti biasa, PAS
gagal melihat impak dari perkembangan ini dari luar konteks parti mereka. Semangat ahli-ahli PAS melihat Hadi menjadi
PM adalah sesuatu yang negative jika dilihat dari konteks politik Pakatan
Rakyat. Ini kerana, sokongan terhadap
Hadi juga bermakna penentangan terhadap Anwar Ibrahim.
15. Penentangan terhadap Anwar
Ibrahim bermakna krisis dalaman kepada PAS iaitu antara golongan Anwarinas dan
golongan Ulama yang mana pasti akan diterjemahkan dalam PRU nanti. Selain itu, ia juga membangkitkan kesangsian
DAP terhadap keseluruhan kerjasama dengan PAS dalam PRU kali ini. Ini kerana DAP hanya bersatu dengan PAS atas
ikatan faktor Anwar Ibrahim. Tanpa
Anwar, maka tiadalah tali pengikat kedua-dua parti itu.
16. Maka kesimpulannya, PAS yang
semakin bersemangat tidak bermakna yang PR akan semakin kuat. Sebaliknya ia mungkin akan melemahkan atau
menghancurkan terus pakatan mereka menjelang pilihanraya.
Saturday 17 November 2012
SEDANG KITA BERDOA UNTUK GAZA, ANWAR MENYOKONG USAHA LINDUNGI KESELAMATAN ISRAEL
1. KONFLIK di Semenanjung
Barat melibatkan pasukan tentera Israel dan Hamas, dijangka bertukar menjadi
perang pada bila-bila masa dari sekarang sebaik ribuan askar Israel yang
berkumpul di sempadan Gaza-Israel, menyeberang masuk.
2. Sudah
tentu, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyokong Israel dalam konflik ini
kerana yang disebut-sebut ‘bakal’ menjadi Perdana Menteri, Kohen (paderi dalam
bahasa Hebrew) Anwar Ibrahim sudah tercatat dalam sejarah sebagai salah seorang
pelindung keselamatan Israel yang tersohor di dunia.
3. Kita
kena banggalah, sebab bukan calang-calang orang boleh dapat pengiktirafan yang
sebegitu tinggi dari puak yahudi ini, dalam sejarah Malaysia, Anwar jadi yang
pertama dan mungkin terakhir mendapat pengiktirafan tersebut.
4. Ingat
mudah ke nak dapat gelaran itu? Setakat cium kaki yahudi belum tentu dapat tau,
dia kena lebih dari itu. Tak silap penulis, Anwar kena jilat satu badan
(lama sikit kat punggong), barulah dapat pengiktirafan tersebut dan
faedah-faedah lain yang berkaitan dengannya.
5. Maka
itu penulis sedikit hairan dengan susah payah orang kita berdemo depan Kedutaan
Amerika Syarikat membantah kezaliman Israel di Gaza, sedangkan
di Segambut Dalam ada ‘kedutaan’ tidak rasmi merangkap rumah pelindung
keselamatan Israel di negara kita ini.
6. Apa
kita tak berdemo disitu, bakar patung mukanya dan baling batu bagi menunjukkan
bantahan? Lagipun, bukankah Anwar menyokong demonstrasi ganas atas nama
menentang ketidakadilan? Jadi kita buktikan di rumahnya, sebab dia
menyokong pihak yang ganas (Israel) dan meminggirkan pihak yang ditindas
(Palestin).
Tak
adil tu.
7. Agaknya
sekarang apa kata Anwar? Hamas yang didakwanya dulu menyokong polisi
melindungi keselamatan Israel, kini di ambang berperang dengan negara King
David tersebut. Kalau Hamas mendokong keselamatan Israel macam yang
didakwa Anwar, bagaimana pulak hari ini dia nak berperang dengan Israel?
8. Ini
masalah bila berurusan dengan penipu, ayat main petik ikut sedap mulut asal
sahaja fund luar masuk.
9. PAS
pun begitu juga. Sejak terima dana dari yahudi ni kan, ada peluang buat
solat hajat beramai-ramai pun dia tidak tergamak mintak doakan keselamatan umat
Islam Palestin di Gaza dan kehancuran Zionis di Israel. Sebaliknya, UMNO
yang jadi subjek, betullah bebal puak berketayap putih kelat hijau ni.
10. Gamaknya
dah beribu ahli PAS yang bersepai ditembak dengan kereta kebal oleh kerajaan BN
di Malaysia ni, atau ada kereta pemimpin PAS yang ditembak dengan peluru
berpandu oleh pesawat dron ALUDRA milik Angkatan Tentera Malaysia macam di Gaza
sana, sehinggakan beria-ia benar pemimpin PAS nak mengangap kerajaan BN zalim.
11. Rakyat
Malaysia, terutamanya orang Islam, perlu tanya diri sendiri. Selama mana
dan sehingga bila nak dibodohkan puak-puak ini? Anwar sanggup keluar
kenyataan jadi pelindung keselamatan Israel bukan tidak bersebab. Dana
yahudi yang diterima Anwar dari Open Institute Society (OIS) melalui NGO haram
yang ditubuhkannya, adalah ‘sebab’ yang penulis sebutkan di atas.
12. Takkanlah
yahudi nak bagi Anwar duit begitu saja, mesti ada harga.
13. Maksud
sebagai pelindung keselamatan Yahudi ini besar maknanya. Contohnya, kalau
semua negara Islam diminta menghantar tentera untuk menentang pendudukan Israel
di Palestin, Malaysia dibawah pimpinan Anwar akan mengambil pendirian
berkecuali, itu maksudnya dan itulah komitmennya.
SEDANG KITA BERDOA UNTUK GAZA, ADA YANG BERDOA MENJADIKAN MALAYSIA SEPERTI GAZA
DARI BRO JINGGO
Venue : Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu,
Kelantan
Event : Solat Hajat bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat
Date : 16/11/2012 @ 8.00 pm
Solat Hajat di imamkan oleh abang kepada Nik Aziz. Isi doa beliau berbunyi "KO BN !! .. KO BN !!...BN KO !!... KO BN !!.. BN KO !!...." Ini lah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuat nya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan disebelah pembangkang dan juga disebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut. Ramai juga kenalan media yang memulanya mengaminkan doa tersebut menurunkan tangan sebagia tanda 'protest' apabila terdengar jeritan imam meng-KO kan UMNO / BN... Mungkin ini adat budaya Melayu / Islam sebelah Pantai Timor, saya perlu belajar lagi untuk memahami mereka...
DOA HAMBAMU YANG HINA INI YA ALLAH
"Ya Allah Engkau tentukan lah apa yang terbaik untuk negara ku yang tercinta ini supaya kami dapat beribadah dalam keadaan tenang dan lengkap sempurna segalanya"
Thursday 15 November 2012
HIJRAH, PAS SEMAKIN MENINGGALKAN PERJUANGAN ISLAM
1. Muktamar Dewan Ulamak PAS
Pusat yang berlangsung di Dewan Duyung, Perdana Resort hari ini berlangsung
dalam keadaan tenang walaupun umum tahu bahawa parti tersebut sedang bergelora
di peringkat akar umbi.
2. Dalam ucaptamanya, Datuk
Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS menyeru para Ulama PAS mempertahankan
ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahli
mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat. Untuk itu,
Datuk Harun juga mengingatkan mereka agar menggunakan dalil-dalil dalam
Al-Quran dan hadith yang bersesuaian, untuk meyakinkan pengundi.
3. Secara dasarnya, Ulamak PAS
mengambil pendirian untuk menumpukan kepada perkara besar dan mengenepikan
perkara kecil dalam membawa usul ke Muktamar Tahunan ke-58 yang akan bermula
esok di Pusat Tarbiyah Pengkalan Chepa (Putik).
4. Apa yang menarik ialah,
Dewan Ulama PAS telah memutuskan ‘menawan Putrajaya’ sebagai satu-satunya
agenda besar.
5. Manakala soal lain, termasuk
kebebasan umat Islam menukar agama yang berbangkit dari kenyataan Nurul Izzah,
hala tuju dan prinsip Pakatan Rakyat dalam soal hudud, Malaysian-Malaysia,
liberalisme dan pluralisme yang menjadi kontroversi dalam mendefinasikan
jatidiri PAS hari ini, telah diremehkan.
6. Malah, soal jawatan Perdana
Menteri serta pembahagian kerusi yang
merupakan isu asas dalam memperkatakan agenda besar untuk ‘menawan Putrajaya’
juga turut diketepikan. Dalam kata lain, penyokong PAS wajib menerima hakikat
bahawa Anwar adalah bakal perdana menteri kerana Anwar saja yang mampu
menyatukan jasad PAS dengan DAP yang mana tanpa penyatuan ini, PAS tidak
mungkin mampu mengimpikan Putrajaya.
7. Dalam kata lain, para
penyokong yang mempunyai kemusykilan atau persoalan mengenai perkara-perkara di
atas dan berniat untuk mengusulkannya untuk dibahaskan telah disarankan agar
membatalkan niat mereka sebaik tiba di pintu Muktamar.
8. Bagi menyimpulkan pendirian
Dewan Ulama atau mungkin juga kepimpinan PAS keseluruhan, petikan tulisan
seorang blogger pro-PR menyatakan segala-galanya, iaitu “Ahli perlu
membincangkan bagaimana mahu melurus dan melebarkan jalan menuju ke
Putrajaya. Jangan pula ada yang primif
dengan menyempitkan jalan ke Putrajaya dengan menzahirkan kebimbangan ataupun
konfius; DAP akan menyekat pelaksanaan Islam ataupun masih konfius apakah suci
ataupun tidak Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri? Perkara itu tidak perlu
ditimbulkan dan yang penting gapai dulu Putrajaya kemudian baru bahaskan.”
9. Malah, blogger tersebut juga
berpesan agar penyokong PAS jangan tamak mendesak agar kerusi pilihanraya
diberikan lebih kepada PAS berbanding PKR.
Katanya, “Lebih baik Pas menang sedikit daripada menang besar kalau
penyertaan itu memberi untung kepada Umno. Juga tidak ada gunanya Pas menang besar
kalau kemenangan itu nanti digunakan untuk bergabung dengan Umno tanpa ada
konsensus dari ahli.”
10. Alasan beliau ialah walaupun
gabungan PAS-UMNO merupakan perkara spiritual iaitu hubungan agama dan bangsa
tetapi “tidak elok kalau ditimbulkan dalam muktamar kerana ia boleh menyinggung
rakan Pakatan yang lain.”
11. Seperti juga blogger
tersebut, Dewan Ulama PAS telah memutuskan yang PAS tidak pernah terpesong dari
landasan asal iaitu masih memperjuangkan penubuhan Negara Islam dan
melaksanakan Hudud. Bagaimanapun,
ahli-ahli dilarang bertanya bagaimana untuk memperjuangkannya sedangkan ia
ditentang hebat oleh DAP.
12. Nampaknya, kerana terlalu
inginkan kuasa, Ulama dan kepimpinan PAS mula menunjukkan sikap kuku-besi. Ahli-ahli tidak dibenarkan bersuara atau
bertanya. Jika ada yang berbuat demikian
akan dituduh sebagai agen UMNO, pengkhianat dan kemungkinan besar dikenakan
tindakan pecat. Ahli-ahli dipaksa untuk menerima hakikat bahawa jika mereka
perlu menggadaikan agama, bangsa, negara, maruah, wang mahupun nyawa untuk
mendekatkan mereka ke Putrajaya, maka mereka wajib melakukannya tanpa banyak
soal.
13. Nampaknya, Muktamar PAS kali
ini tidak ada faedahnya jika ahli-ahli menerima saranan blogger PAS di
atas. Jika isu-isu yang menjadi
kemusykilan di peringkat akar umbi tidak dibenar disuarakan, maka apa lagi yang
boleh dibincangkan?
14. Apakah Muktamar hanya untuk
ahli berjumpa untuk mengeratkan silaturrahim dan mendengar ucapan kepimpinan
semata-mata? Sedangkan, akar umbi
mendambakan satu gambaran yang jelas lagi terang berkenaan arah tuju parti
sebelum dan juga selepas Pilihanraya.
15. PAS tidak boleh mengharapkan
semua ahli menerima arahan untuk tutup mulut dan memenangkan parti dahulu
sebelum bertanya ke mana mereka akan dibawa.
Tidak semua ahli-ahli PAS sebodoh pemimpinnya. Ramai yang berupaya membayangkan kekecohan
selepas Pilihanraya sekiranya PAS tidak mampu menjelaskan di manakah kedudukan
parti mereka dan ke manakah arah atau apakah gaya pemerintahan PR nanti.
16. Muktamar ini sepatutnya
digunakan sebaiknya untuk menjelaskan segala-gala kemusykilan akar umbi ini dan
bukannya menggelapkan terus pandangan mereka.
Jika PAS gagal memuaskan hati akar umbi melalui Muktamar ini, maka
Putrajaya nampaknya akan semakin jauh lagi.