1. Anwar semakin pening kepala
apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam berkata semua
dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada
Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
2. Pepatah Melayu ada
menyatakan 'Siapa makan cili, dia yang rasa pedas'. Pepatah ini sangat
bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah dapat merasakan dirinya akan sekali
lagi dihumban ke dalam penjara walaupun Zahid hanya memberitahu tiga pemimpin
pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di
Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau
prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.
3. Apa yang lebih menarik,
maklumat terperinci itu bukan sahaja datang dari pihak polis, malah pihak
tentera juga terlibat dalam mengumpulkan segala bukti-bukti yang ada.
Berdasarkan laporan tersebut, polis dan tentera
akan meneliti dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah.
Polis, tentera dan peguam negara akan duduk bermesyuarat untuk serahkan dokumen
tersebut untuk tindakan selanjutnya.
4. Rakyat Malaysia nampaknya
sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah dua orang dari semenanjung dan
seorang dari Sabah yang telah menjadi pengkhianat kepada negara. Bukan sahaja
rakyat, tetapi pemimpin pembangkang iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck
Lee semalam turut mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat
dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.
5. Memandang pilihan raya umum
telah berakhir dengan jayanya, adalah amat tepat dan masa yang terbaik untuk
mendedahkan dalang tersebut kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia
seolah-olah mempunyai tujuan politik.
6. Selepas dibebaskan dari
penjara, Anwar sepatutnya menjadi seorang Muslim yang baik dan berguna untuk
masyarakat Islam di negara ini dan
berhenti daripada menjadi seorang pengkhianat yang melampaui batas.
7. Anwar sepatutnya
bermuhasabah diri dengan apa yang telah beliau lakukan selama ini dan bukannya
menjadi pengkhianat bertindak menghasut rakyat serta menyalahkan pihak lain di
atas kejahilan diri sendiri. Anwar harus kembali ke pangkal jalan, bermuhasabah
diri dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim yang baik dan bermanfaat
kepada ummah.
8. Anwar perlu sedar, sudah
ramai rakan-rakannya yang ikhlas dalam perjuangan, yang dulunya sanggup
berkorban apa saja untuk beliau, kini seorang demi seorang telah meninggalkan
beliau. Apakah rakan-rakan yang meninggalkan Anwar itu salah semuanya dan Anwar
saja yang betul?
9. Sudah tentu ada sebab
musabab yang menyebabkan mereka meninggalkan perjuangan Anwar walaupun sudah
ada yang berpuluh tahun bersama dengan beliau. Anwar perlu sedar hakikat ini
dan rakyat juga perlu melihat perkara ini dengan fikiran yang terbuka dan belajar
menerima hakikat.
No comments:
Post a Comment