1. Kecelaruan di dalam Pakatan Rakyat nampaknya semakin hari
semakin parah dan bukannya semakin pulih.
Jika sebelum ini PR dilihat sebagai sebuah kapal dengan tiga nakhoda,
tetapi kini parti itu seolah-olah tidak mempunyai nakhoda langsung.
2. DAP yang begitu dominan juga nampaknya semakin buntu apabila
pemerintahan cara kuku besi dan kilas tangan mereka sudah tidak lagi menjadi.
3. Hari ini, kita tidak tahu lagi siapa yang sebenarnya
menerajui PR. Masing-masing pemimpin
tertinggi parti dilihat suka-suka menukar dan mengumumkan calon masing-masing
tanpa berunding dan tanpa mengambil kira sentimen akar umbi.
4. Tindakan menukar-nukar kerusi kerana terlebih yakin kini
mula memakan diri apabila keyakinan yang dirasai itu terbukti tidak berasas
sama sekali. Kehadiran yang dingin di
ceramah-ceramah dan kunjungan yang tidak bersambut membuktikan bahawa PR tidak
diterima di kawasan terbabit. Jika
ceramah mendapat sambutan pula, kita tetap menyaksikan perebutan kerusi antara
ketiga-tiga parti atau penolakan calon oleh akar umbi.
5. Lim Kit Siang adalah antara yang membuat keputusan untuk
menukar kawasan iaitu dari Ipoh Timur, Perak ke Gelang Patah, Johor.
6. Tujuannya ialah untuk mencabar MCA serta menggerunkan BN,
sekali gus merampas Johor. Anwar pula
pada awalnya dilaporkan akan bertanding di Perak. Dengan cara ini kedua-dua negeri akan dapat
dirampas, di samping mengekalkan Pulau Pinang, congak mereka.
7. Walaubagaimanapun, perkembangan semasa di kedua-dua negeri
menyedarkan mereka bahawa mereka tidaklah begitu bijak dalam mengatur
strategi. Malah, lebih malang lagi
apabila sesama pemimpin tertinggi, termasuk bakal Perdana Menteri mereka juga
tidak boleh dipercayai.
8. Kit Siang kini tersedar bahawa beliau sebenarnya berhadapan
dengan ‘dirinya’ sendiri apabila berhadapan dengan Anwar. Sikap putar belit dan kukubesi kedua-duanya
tidak memungkinkan mereka bekerjasama dengan baik.
9. Oleh itu, walaupun, keputusan untuk Anwar bertanding di
Perak adalah keputusan bersama antara para pemimpin tertinggi PR, namun apa yang
terjadi ialah Anwar dengan sesuka hati menukar fikiran untuk bertanding di
Permatang Pauh, kawasan selamatnya.
10. Sedangkan keputusan awal untuk ‘lari’ dari Permatang Pauh
adalah kerana kurang yakin dapat menang besar di sana. Namun, memandangkan keadaan adalah jauh lebih
bahaya di Perak, maka Anwar memilih untuk kembali ke tempat asal pula tanpa
berunding dengan sesiapa.
11. Inilah yang membuatkan Kit Siang mengamuk sehingga
mengeluarkan kata-kata, “biar kalah, biar mati!” Jelas, ia adalah luahan kemarahan yang tidak
dapat dibendung lagi. Seolah-olah sudah
putus asa, itulah saja yang dapat dilihat dari riak wajah diktator DAP
ini.
12. Mungkin kita wajar memuji Anwar kerana mampu menjatuhkan
moral seorang kiasu sehingga begitu sekali.
Setelah berdekad-dekad berpolitik, jarang sekali atau hampir tidak
pernah kita melihat Kit Siang gagal mengawal diri. Kit Siang bagaikan sudah mengaku kalah
setelah menyedari yang beliau gagal sama sekali untuk mengawal Anwar, mahupun
PAS di saat-saat akhir.
13. Kedua-dua parti sekutu DAP itu nampaknya membawa hal sendiri
dalam menentukan calon dan kerusi dan tiada siapa lagi yang merujuk kelulusan
DAP. Lebih malang bagi Kit Siang apabila
pemimpin DAP sendiri ada yang meletakkan jawatan akibat tidak puas hati
dengannya.
14. Nampaknya, kelicikan Anwar dan kebodohan PAS benar-benar
membuat seorang kiasu menjadi bingung.
15. Oleh itu, pesan kita pada Kit Siang, jangan sekali-kali
percaya kepada penipu seperti Anwar dan jangan sekali-kali merendah-rendahkan
kebodohan PAS. Orang bodoh dan penipu
sememangnya sukar untuk dijangka kerana mereka mampu berbuat apa saja.
No comments:
Post a Comment