1. Kes skandal rasuah berkenaan Scorpene yang sering
dimainkan Pakatan Rakyat telah dibuktikan sebagai satu penipuan apabila
Mahkamah Perancis mengesahkan bahawa aduan yang dibuat SUARAM telah ditolak
kerana tidak berasas. SUARAM juga didapati menipu tentang nama-nama mereka yang
menerima sepina, dokumen-dokumen serta penglibatan 'penterjemah' dalam beberapa
rundingan pembelian kapal selam tersebut. Malah, polis Perancis juga
mengesahkan bahawa tiada siapa yang bernama Altantuya Sharibuu pernah memasuki
Perancis ketika tempoh rundingan tersebut sedang berjalan.
2. Apabila penipuan mereka terbongkar, fakta dicampurkan di
sana sini yang menjadikan 'cerita' mereka tidak konsisten, terbuktilah SUARAM
membuat-buat cerita. Yang membawa kepada satu persoalan: Memandangkan kematian
Altantuya adalah satu-satunya perkara yang terjadi dan selainnya hanyalah
penipuan semata-mata, adakah SUARAM yang terlibat dalam kes bunuh tersebut?
Persoalan tersebut masih lagi tidak terjawab...
3. Namun, tiada persoalan lagi bahawa segala penipuan yang
dibuat SUARAM telah terbongkar dan perkara ini memaksa NGO tersebut untuk
'bersembunyi' seketika. Walaupun bersembunyi, terbongkar lagi rahsia SUARAM
dimana pertubuhan tersebut mempunyai hubungan dengan George Soros, melalui
pertubuhan-pertubuhan yang terlibat dengan misi pertukaran rejim di seluruh
dunia. SUARAM telah dibiayai sepenuhnya oleh
Soros melalui pertubuhan yang mempunyai hubungan dengan beliau.
4. Baru-baru ini, satu lagi dokumen yang dikeluarkan oleh
SUARAM kepada pemimpin tinggi PKR pada 22 Mei 2011 telah tersebar luas di
internet. Dokumen tersebut mengandungi agenda yang membuktikan bahawa penipuan
'scorpene-Altantuya' adalah benar. dimana, untuk menunjukkan satu 'rompakan
Malaysia terbesar', yang boleh membantu PR untuk menang pada PRU-13 dan untuk
memaksa kerajaan supaya mendedahkan semua penjual dan pembekal bagi Kementerian
Pertahanan.
5. Tidak syak lagi bahawa SUARAM bukanlah sebuah pertubuhan
bebas, SUARAM hanyalah senjata PR yang mempunyai hubungan dengan pihak luar.
Walaupun rahsia mereka kini dibongkar, SUARAM masih tidak mahu mengaku kalah
kerana misi mereka masih belum selesai.
6. Dengan itu, SUARAM telah mengadakan sidang akhbar
semalam, 23 April 2013, untuk menghidupkan semula kes scorpene dan Altantuya.
Perkara ini tidak mengejutkan memandangkan pilihan raya akan dijalankan tidak
lama lagi.
7. Apa yang mungkin akan mengejutkan SUARAM adalah, tuan
mereka di Barat bukanlah satu-satunya yang mampu 'mengorek' maklumat rahsia.
8. Melalui emel SUARAM sendiri yang 'bocor', segala
kesangsian terhadap hubungan SUARAM dengan Soros, serta Neo-Con Zionis kini
telah disahkan. Dengan itu, sahlah bahawa PKR atau PR benar-benar mempunyai
hubungan bersama Zionis-zionis tersebut.
9. Emel yang 'bocor' tersebut pada mulanya didedahkan oleh
Free Malaysia Today, menyatakan bahawa syarikat yang dikenali sebagai Orion
Strategies didapati telah mengaturkan perjumpaan antara Kongres serta Senator
Amerika bersama Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel. Syarikat tersebut dikatakan
telah memberikan penerangan kepada ahli-ahli politik Amerika terhadap keadaan
keganasan selepas pilihan raya serta masalah di Malaysia.
10. Orion Strategies diketuai oleh bekas Penasihat Setiausaha
Pertahanan AS, Randy Scheunemann, yang banyak mewakili ahli politik haluan
kanan di AS serta antara pemimpin yang banyak membela kerajaan Israel. Kumpulan
ini terkenal dengan sikap mereka yang gemar mengadakan kempen untuk
memburuk-burukkan ahli politik AS dan mereka merupakan aset penting bagi
Israel.
11. Scheunemann 'diiktiraf' apabila beliau membantu untuk
menubuhkan Jawatankuasa bagi Pembebasan Iraq (Committee for the Liberation of
Iraq), yang membawa kepada perang media AS sebelum serangan dilakukan ke atas
Iraq pada tahun 2003 - perang yang membawa kepada kematian 120,000 umat Islam
yang tidak bersalah. Kemudian, Scheunemann membantu menubuhkan Jawatankuasa
Kecemasan untuk Israel (Emergency Committee for Israel), sebuah organisasi yang
mempunyai hubungan rapat dengan Israel serta Perdana Menterinya, Benjamin
Netanyahu.
12. Naib Presiden Orion, Michael Goldfarb pula telah
melancarkan kempen bagi memburuk-burukkan Presiden Barack Obama ketika pilihan
raya AS yang lalu, dengan menuduh Presiden Obama bahawa beliau mempunyai
hubungan dengan musuh Israel.
11. Cynthia semestinya tidak menyangka bahawa beliau akan
diserang dengan soalan terhadap aturan yang dibuat oleh Orion bagi perjumpaan
beliau di Washington pada bulan Mac, jelas, bagi misi untuk melobi seperti yang
dinyatakan dalam emel tersebut. Beliau dikatakan berjumpa dengan pihak AS
bersama Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre. Ini membuktikan bahawa Merdeka
Centre juga merupakan senjata bagi puak pembangkang, seperti yang telah
dijangka.
'Lawatan' tersebut bagaimanapun, telah ditangguhkan.
12. Cynthia mungkin panik dan tertanya-tanya bagaimana
maklumat tersebut tersebar walaupun beliau telah memastikan bahawa blogger
serta webmaster tidak mendedahkan perkara ini kepada wartawan yang menghadiri
sidang akhbar tersebut.
13. Kita tidak perlu melihat jauh untuk mengagak apa yang
akan dilakukan seterusnya oleh SUARAM ataupun pembangkang. 'Prospek keganasan
selepas pilihan raya dan masalah' yang dinyatakan dalam emel SUARAM sudah cukup
untuk menunjukkan bahawa BERSIH akan bertindak untuk memulakan 'keganasan dan
kekacauan' jika PR kalah dalam PRU-13.
14. Jadi, pesanan buat SUARAM, segalanya sudah tamat. SUARAM
mungkin boleh menipu Soros kononnya misi ini masih lagi berjalan, namun SUARAM
tidak boleh menipu rakyat. Mengaku kalah sahaja, tidak perlu lawan lagi.
No comments:
Post a Comment