Hari ini
DAP sekali lagi terpaksa tampil menolak hasrat PAS untuk melaksanakan
undang-undang itu jika pembangkang menawan Putrajaya, sekali gus menolak
dakwaan parti itu menerima konsep negara Islam PAS.
Timbalan
Mursyidul Am Pas Datuk Haron Din berkata kesediaan DAP menggunakan logo PAS
adalah petanda parti berasaskan kaum Cina itu menerima dasar-dasar PAS,
termasuk hukum hudud.
Bagaimanapun
Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan parti itu tidak berganjak
daripada ketetapan menolak undang-undang Islam kerana ia bertentang dengan
Perlembagaan negara.
"Kerangka
Pakatan Rakyat kita pertahankan, memang semua tahu pendirian DAP, tak payah
kita jelaskan,” tegas beliau kepada Antarapos.
Pengerusi
DAP, Karpal Singh sebelum ini menegaskan penerimaan logo PAS untuk digunakan
oleh calon DAP tidak bermaksud parti itu menerima dasar-dasar Islam bersabit
hudud.
Kelmarin Penasihat DAP Lim Kit
Siang berkata beliau dan “seluruh Johor” harus bimbang dengan apa yang bakal
dilakukan sekiranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat menjadi
Perdana Menteri.
Semakin
hari sifat angkuh DAP semakin menjadi-jadi kerana mereka sudah merasakan hanya
parti mereka sahaja yang akan menang besar dalam PRU ini. Ingatlah wahai
orang-orang melayu sekalian, jangan sesekali beri undi kamu kamu kepada DAP.
No comments:
Post a Comment