mykmu.net

Wednesday 19 December 2012

KESAN AMANAT HJ HADI: IMAM ENGGAN URUS JENAZAH ORANG UMNO DI PENDANG






1. Bila para Mufti di negara ini menggesa agar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang dikeluarkan pada tahun 1981 kerana mencetus kepada pepecahan umat Islam, seluruh puak-puak PAS marah sampai merah muka.

2. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula tergopoh gapah cuba menyelamatkan “boneka”nya itu dengan “menghalalkan” amanat tersebut sambil memperlekehkan tahap ilmu yang dimiliki oleh para Sahibussamahah Mufti-Mufti tersebut.

3. Tidak cukup dengan itu, para pemimpin UMNO yang menyelar amanat tersebut dan senada dengan para Mufti itu turut dihentam habis-habisan meskipun aqidah Islam mereka menjadi mangsa dikafirkan Abdul Hadi sesuka hatinya.

4. Secara rasional sebagai umat Islam yang mengenepikan sentimen politik dan berlaku neutral bagi kepentingan perpaduan umat Islam, saya ingin menegaskan bahawa telah berlaku pepecahan yang sangat dahsyat akibat amanat “sesat” Presiden PAS itu.

5. Misalnya, pendedahan seorang bekas Ketua Dewan Pemuda PAS di Kedah, Shahidi Said, 41, memberitahu media betapa amanat tersebut telah menyebabkan seorang Imam PAS enggan menguruskan mayat seorang lelaki yang di kampungnya.

6. Menurut bekas Ketua Pemuda PAS itu, arwah bapanya telah ke sebuah masjid di Pendang untuk menjemput Imam masjid berkenaan selaku individu yang kebiasaannya melakukan tugas-tugas menguruskan jenazah.

7. Namun malang, tunggu punya tunggu punya tunggu, Imam tersebut tidak muncul-muncul sehinggalah waris simati terpaksa mencari pihak lain untuk membantunya menguruskan jenazah lelaki tersebut.

8. Shahidi yang ketika itu masih lagi menjadi Ketua Pemuda PAS di kawasan tersebut telah mendapatkan Imam tersebut bagi mendapatkan penjelasan tentang ketidakhadirannya untuk menguruskan jenazah sehingga menyusahkan anak-anak qariah yang lain.

9. Mudah saja jawapan Imam itu. “Lelaki itu orang UMNO, dan orang UMNO itu kafir kerana menolak Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW”!

10. Nah! Lihatlah pepecahan yang diakibatkan oleh amanat songsang seorang Presiden sebuah parti yang mengkafirkan umat Islam yang lain semata-mata berpaksikan kepada POLITIK!

12. Sebenarnya, saya mengenali Ustaz Shahidi secara peribadi dan berkawan baik dengannya. Berlatar belakangkan pengajian agama di pondok-pondok tersohor di kawasan utara semenanjung, beliau kini sudah meninggalkan PAS kerana hilang keyakinan terhadap parti itu.

13. Ketika bersembang dengannya baru-baru ini, dia menyatakan bahawa tindakannnya keluar dari PAS merupakan satu jihad ke arah Islam dengan niat menyatu-padunya umat Islam di Malaysia sebelum berganjak ke arah perlaksanaan sebuah negara yang lebih Islamik.

14. Menurutnya, PAS tidak mampu berbuat demikian memandangkan parti tersebut hanya Islam pada namanya namun di dalamnya begitu “kotor”, apatah lagi setelah bergelumang dengan “najis” DAP dan PKR yang semakin merosakkan bekas partinya itu.

15. Itu hanya satu kes yang berlaku dan diakui sendiri oleh seorang bekas Ketua Pemuda PAS di Kedah. Cuba anda bayangkan pula apa yang berlaku di negeri-negeri lain di seluruh negara dari akibat amanat Hj Hadi yang tidak bertanggungjawab itu.

16. Bukan soal politik sebenarnya. Gesaan ini lebih bersifat survival dan kepentingan Islam serta umatnya di negara ini yang begitu ketara terpisah hanya disebabkan satu “fatwa” amanat yang disampaikan oleh seorang pemimpin yang “bertuhankan” POLITIK.

17. Kalaulah benar PAS itu mendahulukan Islam, rasanya sudah lama Hj Hadi ditegur dan dinasihati. Dan jika dia berdegil untuk tidak menarik balik amanatnya, sudah tentu dia sudah lama dipecat dari PAS.

18. Namun mungkin kerana terlalu taksub dan mendahulukan politik berbanding Islam, PAS sanggup mempertahankan amanat Hj Hadi yang kini menghantui setiap nafas umat Islam di dalam parti itu untuk membenci saudara seagamanya yang menyokong UMNO.

19. Persoalannya, sampai bilakah puak-puak PAS ini akan terus dipergunakan pemimpin mereka yang mempergunakan Islam demi kepentingan dan mengejar kuasa politik di negara ini? Inikah cara yang diajar Rasulullah SAW? Saya yakin tidak…


sumber: 

No comments:

Post a Comment