1. Keadaan rumahtangga Dap
sudah menjadi bertambah kacau bilau berikutan beberapa pendedahan skandal tanah
yang amat mengejutkan pimpinan parti cauvinis Cina itu.
2. Pendedahan itu membuka
rahsia besar Dap bahawa wujud 'perjanjian setan' antara Parti Al-Islam Se
Malaysia (Pas) dengan parti itu berhubung jawatan Menteri Besar Perak apabila
Pakatan Rakyat berjaya merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum 2008.
3. Walaupun Dap muncul sebagai
parti yang memenangi jumlah kerusi terbanyak berbanding Pas dan PKR namun
undang-undang tubuh negeri Perak hanya menerima individu Melayu untuk menduduki kerusi Menteri Besar.
4. Maka termaktublah satu
persetujuan antara ketiga-tiga parti itu untuk menerima calon Pas, Mohammad
Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.
5. Atas persetujuan tersebut,
Pengerusi Dap Perak, Ngeh Koo Ham dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga
Setiausaha Dap Perak menerima imbuhan tanah seluas tanah 10,526 hektar di Gua
Musang bernilai melebihi RM30 juta kepada syarikat milik Ngeh bernama Upayadaya
Plantation Sdn Bhd.
6. Carian Suruhanjaya Syarikat
Malaysia mendapati syarikat itu dimiliki Ngeh sebagai pemegang saham terbesar
dan pengarah syarikat itu manakala Nga juga merupakan salah seorang
pengarahnya.
7. Sejak isu itu meletup di
dalam dunia maya, perkara itu telah dilanjutkan di dalam sidang Dewan Undangan
Negeri Perak apabila Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib Exco dan
kerajaan negeri Datuk Hamidah Osman mendesak Ngeh dan Nga menjawab dakwaan yang
dilontar terhadap mereka.
8. Melihat tembelang mereka
tidak dapat ditutup lagi, Ngeh dan Nga terpaksa mengaku walaupun amat pahit
bagi mereka bahawa Upayapadu Sdn Bhd sememangnya mendapat projek pembalakan di
Kelantan.
9. Berikutan skandal tanah itu
yang membabitkan dua pemimpin tinggi Dap Perak, pimpinan pusat parti itu kini
tersepit begitu tertekan untuk memikirkan bagaimana isu ini tidak bertukar
menjadi krisis paling besar baginya.
10. Ini kerana dap berkeyakinan
untuk terus menerajui Pulau Pinang dan memenangi lebih banyak kerusi pada PRU13
nanti, menjadikan parti paling berkuasa dan berpengaruh dalam Pakatan Rakyat.
Apapun sudah terlambat untuk
menyembunyikan gajah dalam bilik yang sudah nampak jelas.
Kini berlaku pergeseran amat
serius di dalam Dap dan antara parti itu dengan Pas.
11. Pengerusi Kebangsaan Dap,
Karpal Singh melenting marah dan mengarahkan Ngeh dan Nga memberi penjelasan
kepada pimpinan parti samada benar dakwaan tentang penglibatan mereka dengan
syarikat pembalakan itu yang menerima tawaran tanah dari kerajaan negeri Pas
Kelantan sebagai pertukaran dengan jawatan Menteri Besar.
12. Berlaku tuduh menuduh
apabila Ngeh menuding jari kepada Pas yang dikatakan telah membocorkan rahsia
itu.
13. Kenyataan Ngeh itu telah
dipetik oleh blog pro-pembangkang Free Malaysia Today tetapi telah ditarik
balik serta merta apabila menyedari implikasi penyiaran kenyataan pemimpin Dap
itu.
14. Krisis terbaru ini
menyerlahkan lagi sikap hipokrit yang telah digula-gula kepada rakyat oleh Pas
dan Dap.
16. Bagi Pas, parti itulah yang
paling suci dari segala dosa sehingga Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat
mengeluarkan fakwa mengundi Pas masuk syurga.
17. Bagi Dap pula, parti itulah
paling bersih dari gejala rasuan dan salahguna kuasa tetapi kini keburukan
mereka telah ditelanjangkan untuk tonton rakyat.
18. Jika parti-parti Pakatan
Rayat boleh melakukan penyelewengan serta melakukan rasuah pada tahap mega
seperti ini, bayangkan apa yang mereka boleh lakukan jika mereka mentadbir kerajaan
pusat?
19. Krisis ini tidak akan padam
atau diam begitu sahaja kerana ia akan menjadi senjata politik paling ampuh
untuk melemahkan Dap dan Pas tatkala negara di ambang menghadapi pilihan raya.
20. Apapun penjelasan yang bakal
diberi oleh Ngeh dan Nga kepada pimpinan parti, kredibiliti mereka sebagai
pemimpin dan ahli politik sudah hancur dan tidak boleh diperbaiki lagi.
21. Keyakinan rakyat terhadap
mereka sudah hilang kerana mereka telah mengkhianati amanah dan kepercayaan
yang diberi, bak kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi.
22. Nik Aziz pula sudah panik
dan tidak tentu arah lalu seperti biasa menuduh ini semua adalah konspirasi
UMNO dan Barisan Nasional.
23. Amat mudah sekali orang
agama seperti Nik Aziz bertukar menjadi munafik dan pembohong apabila takut
kepentingan peribadi dan keduniaan akan terjejas.
24. Kerjasama Dap-Pas tidak akan
menjadi seakrab lagi selepas skandal ini menjadi perbualan rakyat dan besar
kemungkinan Pakatan Rakyat akan retak dan pecah.
25. Sepandai mana Anwar Ibrahim
berusaha berdiplomasi dan menjadi orang tengah atau cuba memadam api krisis
ini, segalanya sudah berakhir bagi Pas, Dap dan PKR.
ends
No comments:
Post a Comment