1. Bila para Mufti di
negara ini menggesa agar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik
balik amanatnya yang dikeluarkan pada tahun 1981 kerana mencetus kepada
pepecahan umat Islam, seluruh puak-puak PAS marah sampai merah muka.
2. Mursyidul
Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula tergopoh gapah cuba menyelamatkan
“boneka”nya itu dengan “menghalalkan” amanat tersebut sambil memperlekehkan
tahap ilmu yang dimiliki oleh para Sahibussamahah Mufti-Mufti tersebut.
3. Tidak
cukup dengan itu, para pemimpin UMNO yang menyelar amanat tersebut dan senada
dengan para Mufti itu turut dihentam habis-habisan meskipun aqidah Islam mereka
menjadi mangsa dikafirkan Abdul Hadi sesuka hatinya.
4. Secara
rasional sebagai umat Islam yang mengenepikan sentimen politik dan berlaku
neutral bagi kepentingan perpaduan umat Islam, saya ingin menegaskan bahawa
telah berlaku pepecahan yang sangat dahsyat akibat amanat “sesat” Presiden PAS
itu.
5. Misalnya,
pendedahan seorang bekas Ketua Dewan Pemuda PAS di Kedah, Shahidi Said, 41,
memberitahu media betapa amanat tersebut telah menyebabkan seorang Imam PAS
enggan menguruskan mayat seorang lelaki yang di kampungnya.
6. Menurut
bekas Ketua Pemuda PAS itu, arwah bapanya telah ke sebuah masjid di Pendang
untuk menjemput Imam masjid berkenaan selaku individu yang kebiasaannya
melakukan tugas-tugas menguruskan jenazah.
7. Namun
malang, tunggu punya tunggu punya tunggu, Imam tersebut tidak muncul-muncul
sehinggalah waris simati terpaksa mencari pihak lain untuk membantunya
menguruskan jenazah lelaki tersebut.
8. Shahidi
yang ketika itu masih lagi menjadi Ketua Pemuda PAS di kawasan tersebut telah
mendapatkan Imam tersebut bagi mendapatkan penjelasan tentang ketidakhadirannya
untuk menguruskan jenazah sehingga menyusahkan anak-anak qariah yang lain.
9. Mudah
saja jawapan Imam itu. “Lelaki itu orang UMNO, dan orang UMNO itu kafir kerana
menolak Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW”!
10. Nah!
Lihatlah pepecahan yang diakibatkan oleh amanat songsang seorang Presiden
sebuah parti yang mengkafirkan umat Islam yang lain semata-mata berpaksikan
kepada POLITIK!
12. Sebenarnya,
saya mengenali Ustaz Shahidi secara peribadi dan berkawan baik dengannya.
Berlatar belakangkan pengajian agama di pondok-pondok tersohor di kawasan utara
semenanjung, beliau kini sudah meninggalkan PAS kerana hilang keyakinan
terhadap parti itu.
13. Ketika
bersembang dengannya baru-baru ini, dia menyatakan bahawa tindakannnya keluar
dari PAS merupakan satu jihad ke arah Islam dengan niat menyatu-padunya umat
Islam di Malaysia sebelum berganjak ke arah perlaksanaan sebuah negara yang
lebih Islamik.
14. Menurutnya,
PAS tidak mampu berbuat demikian memandangkan parti tersebut hanya Islam pada
namanya namun di dalamnya begitu “kotor”, apatah lagi setelah bergelumang
dengan “najis” DAP dan PKR yang semakin merosakkan bekas partinya itu.
15. Itu
hanya satu kes yang berlaku dan diakui sendiri oleh seorang bekas Ketua Pemuda
PAS di Kedah. Cuba anda bayangkan pula apa yang berlaku di negeri-negeri lain
di seluruh negara dari akibat amanat Hj Hadi yang tidak bertanggungjawab itu.
16. Bukan
soal politik sebenarnya. Gesaan ini lebih bersifat survival dan kepentingan
Islam serta umatnya di negara ini yang begitu ketara terpisah hanya disebabkan
satu “fatwa” amanat yang disampaikan oleh seorang pemimpin yang “bertuhankan”
POLITIK.
17. Kalaulah
benar PAS itu mendahulukan Islam, rasanya sudah lama Hj Hadi ditegur dan
dinasihati. Dan jika dia berdegil untuk tidak menarik balik amanatnya, sudah
tentu dia sudah lama dipecat dari PAS.
18. Namun
mungkin kerana terlalu taksub dan mendahulukan politik berbanding Islam, PAS
sanggup mempertahankan amanat Hj Hadi yang kini menghantui setiap nafas umat
Islam di dalam parti itu untuk membenci saudara seagamanya yang menyokong UMNO.
19. Persoalannya,
sampai bilakah puak-puak PAS ini akan terus dipergunakan pemimpin mereka yang
mempergunakan Islam demi kepentingan dan mengejar kuasa politik di negara ini?
Inikah cara yang diajar Rasulullah SAW? Saya yakin tidak…
No comments:
Post a Comment