1. Menjadi satu trend kebiasaan bagi penyokong dan pemimpin PAS
tatkala bertelikah pendapat sesama Islam, mereka akan sentiasa mengambil
pendirian mendahulukan kepentingan politik kepartian sekalipun ianya langsung
tidak menepati anjuran Islam yang mahu umatnya berlapang dada dalam menerima
perbezaan pandangan.
2. Sikap bongkak dan perilaku taksub pada parti yang
ditonjolkan oleh penyokong dan pemimpin PAS dalam banyak hal membabitkan
kepentingan ummah seakan sudah satu lumrah berkemungkinan berkait rapat dengan
asal usul penubuhan PAS itu sendiri yang lahir dari perasaan dendam dan
irihati.
3. Lanjutan dari itu menyebabkan ramai penyokong PAS mahupun
pemimpin mereka sentiasa berusaha mencari alasan untuk memperlihatkan pendirian
mereka dalam sesatu isu adalah betul dan tidak pernah silap, manakala apa
sahaja yang diusahakan oleh UMNO akan cuba dipropagandakan sebagai salah dan
tidak pernah betul di mata mereka.
4. Pada mereka, hanya PAS sahaja yang layak diiktiraf sebagai
pejuang Islam sedangkan orang-orang Islam yang mendukung perjuangan UMNO
dianggap sebagai telah lari dari landasan Islam sekaligus dihukum sebagai kafir
dan hanya neraka jahanam sahajalah tempat yang sesuai untuk orang Islam yang
menentang PAS.
5. Bila sahaja UMNO tampil dengan pelbagai program pembangunan
Islam misalnya penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA),
Tabung Haji, membina masjid-masjid dan surau misalnya, tidak bertangguh lagi
PAS segera menggerakkan jenteranya bertujuan memperlekehkan segala daya usaha
tersebut sebagai kononnya tiada nilai di sisi Allah s.w.t.
6. Di awal penubuhan Tabung Haji, Bank Islam dan UIA, tidak
sedikit kata nista dan tuduhan jahat dilemparkan konon semuanya itu sekadar
wayang oleh pihak Kerajaan Pusat pimpinan BN untuk menarik sokongan umat Islam
yang di dakwa semakin telah beralih arah kepada PAS.
7. Tidak cukup dengan tuduhan tersebut, ada pula yang lancang
mulutnya menghukum sesiapa sahaja yang mengerjakan haji dengan menggunakan
khidmat Tabung Haji maka ibadah hajinya tidak sah dan perlu dilaksanakan sekali
lagi.
8. Sedangkan sejak Tabung Haji beroperasi secara rasmi pada
1963, badan tersebutlah yang paling banyak berjasa membantu umat Islam
merencanakan wang tabungan mereka, membantu menguruskan perjalanan dan
penginapan sehinggalah selesai terlaksana ibadah haji di Kota Suci Mekah.
9. Malah kini, tiada siapa pun dapat menafikan hampir di
segenap pejabat Tabung Haji di seluruh negara pastinya mudah untuk kita bersua
muka dengan penyokong PAS yang mencari rezeki di Tabung Haji tanpa sedikitpun
rasa segan atau malu pada kata dusta dan tuduhan yang pernah pemimpin mereka
lemparkan dulu.
10. Jika benar penubuhan Tabung Haji itu hanyalah wayang atau
haram berurusan dengannya, apa perlu lagi untuk penyokong PAS menumpang rezeki
di sana? Atau sebenarnya segala tuduhan sebelum ini hakikatnya hanyalah omong
kosong politik kepartian dek kerana benci dan iri hati dengan kebijaksanaan
pemimpin UMNO dalam menguruskan hal ehwal kemaslahatan umat.
11. Demikian juga bila Bank Islam dan UIA ditubuhkan, bukan
sedikit propaganda dimainkan oleh pemimpin PAS cuba menghasut umat supaya
meyakini kedua-duanya itu hanyalah 'senjata politik baru' UMNO untuk melemahkan
pengaruh PAS.
12. Dalam pada hasutan terus dilaksanakan, tak semena-mena bila
PAS mengambilalih Kelantan pada 1990, boleh pula MBnya membuat keputusan
menyimpan wang kantung negeri tersebut dalam Bank Islam. Malah dengan bangga
pula Nik Aziz mengumumkan kononnya Kelantan adalah satu-satunya negeri yang
menyimpan dan berurusan dengan Bank Islam.
13. Pelik bukan? Sekian lama sebelumnya penubuhan Bank Islam
diperlekehkan hanya kerana ia hasil usaha pemimpin UMNO, selang bertahun
kemudiannya PAS berbangga pula dapat berurusan dengan 'senjata politik baru'
UMNO.
14. Inilah tabiat kebiasaan PAS yang agak terserlah sekian lama,
malu untuk mengakui jasa bakti UMNO dalam membangunkan umat Islam dan
meningkatkan imej agama, tapi di masa yang sama kerana wujudnya sikap taksub
pada parti sendiri telah menghalang pemimpin PAS untuk memberi pengiktirafan
sewajarnya.
15. Begitu juga bila UIA mula beroperasi, ramai pemimpin PAS
mendakwa penubuhannya semata-mata untuk meningkatkan imej Islamik UMNO. Saban
tahun berlalu selepas itu, universiti tersebutlah yang banyak menghasilkan
produk anak muda yang pro PAS malah ada kalangan pemimpin PAS sekarang pun
datangnya dari universiti itu.
16. Masjid dan surau pula yang tumbuh bagai cendawan selepas
hujan hasil keprihatinan UMNO terhadap amal ibadat umat Islam juga dipandang
sepi oleh pemimpin dan penyokong PAS.
17. Dalam pada itu, disebabkan taksub pada semangat kepartian,
boleh pula PAS menumpukan usaha khusus untuk mengambil alih jawatankuasa
sesebuah masjid dan surau untuk keperluan melebarkan pengaruhnya melalui
program keagamaan di Rumah Allah itu.
18. Untuk kepentingan politik PAS tidak segan menyeleweng hasil
usaha UMNO yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan umat. Mereka hanya tahu
mengomel kata dusta mempertikaikan segala usaha UMNO, tapi bila tiba masanya
mereka jugalah yang paling ke depan menyalahgunakan kemudahan tersebut.
19. Segalanya ini membuktikan PAS bukanlah sebuah parti Islam
sebagaimana kerap dipropagandakan oleh pemimpin mereka. PAS hanyalah sebuah
parti politik yang memperalatkan Islam demi manfaat peribadi, puak dan parti.
20. PAS gagal melihat realiti dengan mata hati akan hakikat
dirinya yang sebenar. Ketaksuban pada parti menyebabkan PAS dibutakan mata hati
hingga gagal melihat kenyataan yang sejak lebih 60 tahun usia PAS, hanya air
liur dan kecelaruan fikiran sahaja yang dapat disumbangkan olehnya kepada umat
dan negara.
No comments:
Post a Comment