1. Semenjak Tun Dr. Mahathir cakap hudud tiada dalam al-Quran beberapa bulan lalu, ruangan alam maya di Malaysia sibuk dan hangat memperkatakan mengenai kenyataan Tun Dr. Mahathir apabila ditanya mengenai Hukum Hudud.
2. Perlu ditekankan bahawa, kenyataan Tun Dr. Mahathir itu adalah untuk menjawab soalan seorang peserta seminar.
3. Terdapat dua isu utama yang disebutkan oleh Tun Dr. Mahathir iaitu, hukum hudud tidak disebut dalam Al-Quran dan pentingnya konsep keadilan dalam undang-undang Islam.
4. Di dalam Al-Quran, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada kesalahan-kesalahan jenayah tidak ada disebut. Diulang sekali lagi, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada kesalahan jenayah tidak pernah disebut.
5. Perkataan hudud disebut dalam AL-Quran sebanyak 14 kali yang menyentuh perkara berikut :-
a. berkenaan hubungan suami isteri di dalam bulan puasa (disebut 1 kali) - pada surah 2 ayat 187
b. berkenaan perceraian (disebut sebanyak 8 kali) - 4 kali
pada surah 2 ayat 229, 2 kali pada surah 2 ayat 230 dan 2 kali pada surah 65
ayat 1.
c. berkenaan faraid (disebut sebanyak 1 kali) -pada surah 4
ayat 13
d. berkenaan perkara umum (3 kali) - pada surah 4 ayat 14,
surah 9 ayat 97 dan surah 9 ayat 112.
e. berkenaan adat zihar (1 kali) - pada surah 58 ayat 4.
semuanya berjumlah 14 kali.
6. Dalam kesemua sebutan perkataan hudud di 14 kali tersebut, tiada satupun yang merujuk kepada kesalahan jenayah (mencuri, berzina, tuduhan berzina, merompak, murtad dan ditambah dengan minum arak dan pemberontakan).
7. Inilah yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir bahawa dalam Al-Quran tidak disebut hukuman hudud terhadap jenayah-jenayah tersebut secara literal.
8. Ini sama juga dengan kenyataan Hadi Awang apabila beliau mengatakan bahawa dalam Al-Quran tidak disebut negara Islam. Sudah semestinya perkataan Islam banyak kali disebut, tetapi tidak ada satupun yang merujuk kepada negara Islam secara literal. Tetapi konsep keseluruhan sistem perundangan dan pentadbiran menurut pandangan Al-Quran ada. Yang tiada adalah perkataan negara islam.
9. Oleh itu, ada kebenaran bahawa perkataan hukum hudud utk jenayah tertentu tidak disebut dalam Al-Quran seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir.
10. Dalam isu kedua pula, Tun Dr. Mahathir menekankan betapa pentingnya keadilan dalam undang-undang islam.
11. Ini adalah benar kerana keadilan amat dituntut. Sebab itulah, Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa undang-undang hudud PAS bukanlah undang-undang Islam kerana ianya tidak adil. Undang-undang hudud PAS hanya dikenakan ke atas orang Islam sahaja maka disini timbul konflik keadilan dimana satu kesalahan yang sama dilakukan oleh dua orang yang berbeza agama akan menerima hukuman yang berbeza. Ini tidak melambangkan keadilan sedangkan Islam menitikberatkan keadilan.
12. Kenyataan Tun Dr. Mahathir mengenai konsep keadilan ini adalah konsisten dengan kenyataan beliau pada tahun 1993 apabila menjawab surat Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz. Pada masa itu lagi Tun Dr. Mahathir telah membangkitkan konsep keadilan ini dan mengapa undang-undang hudud PAS tidak berketepatan dengan perinsip keadilan dalam Islam.
TEGAKKAN KEADILAN DALAM ISLAM!
Ayat 29 al-A'raf -
"Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
Ayat 135 An-Nisa -
"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."

kredit sumber: Facebook
Ini lah akibatnya jika mentafsir Al-Quran tanpa guru...pemikiran dan kefahaman akidah yang tidak betul seperti Tun Dr. Mahathir...
ReplyDeletesaya nasihatkan saudara pergi lah belajar kat mana-mana ustaz/guru agama untuk mendalami Islam.
sdr Azman
ReplyDeletehang kan pandai..hang pasti dah mendalami Islam
kenapa tak hang je yang ajar Tun M.. dan lain lain yang tak pandai ni.. takut nanti kalau belajar dengan ustaz dikatanya ustaz UMNO pulak...
kalau setakat statement " inilah akibatnya jika mentafsir Al Quran tanpa guru .. blah blah blah " sapa pun boleh cakap.. Lim Kit Siang pun boleh buat statement cam ni..
hudud bukan hak pas, bukan hak nik aziz @ hak sapa2. hudud hak allah... hukum allah. ulamak kata, sedikit kita curiga ngan hukum allah, jatuh kufur la kita.. apatah lg bila kita tolak hukum allah,
ReplyDeleteMemang jahil bagi sesiapa yang hanya ambil Hudud sebagai bermaksud "potong tangan". Sedangkan hudud itu daripada kalimah "had" (batasan). Hudud dalam Quran itu adalah tentang batasan Allah. Lihat:
ReplyDeleteتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
"Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar." (an-Nisa 4:13)
Bila disebut tentang batasan Allah, hukum Qisos (balasan yang seimbang) adalah termasuk ke dalamnya.
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qioas" dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh.." (al-Baqarah 2:178)
"Dan kami telah tetapkan dalam kitab atas mereka, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas Qisos" (al-Maidah 5:45)
------
Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina. (An-Nisa' 4:14)
Kita lihat pula tentang potong tangan..
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Maaidah 5:38)
Jangan jadi ekstrimis. Adalah dimaklumkan, sedangkan di negara Timur Tengah juga tidak akan terus potong tangan walaupun mereka telah terbukti sebagai pencuri. Bergantung kepada keadaan. Contohnya, di arab saudi hanya akan dipotong setelah sekurang-kurangnya 3 kali mencuri. Dan 2 kali seterusnya diberikan peluang bertaubat.
Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Al-Maidah 5:39)
Samada Rasulullah ada amalkan hudud (potong tangan) atau tidak, kita lihat hadis-hadis ini:
Daripada Aisyah RA, Nabi SAW bersabda, "Tangan seorang pencuri harus dipotong kerana mencuri 1/4 dinar." (Riwayat al-Bukhari)
Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, "Tangan seorang pencuri tidak pernah dipotong pada ketika Nabi masih hidup kecuali kerana mencuri sesuatu yang sama nilai dengan satu perisai pelindung." (Riwayat al-Bukhari)
Nak tolak hadis? Nak jadi anti-Hadis? Naudzubillah.