mykmu.net

Sunday, 24 November 2013

BILA PREBET MENJADI JENERAL..... KEMANA HALA TUJUNYA?

Oleh rmf
Artikel ini AGAK PANAS dan mungkin akan menjadi butiran kemarahan PEMUDA UMNO Malaysia, tetapi saya terpaksa nyatakan apa yang saya lihat dan perhatikan melalui lipatan sejarah silam dan perbandingan aras perjuangan masakini.
Saban hari kita melihat betapa lemahnya Pemuda sekarang, Pemuda yang cukup popular dikalangan atris di Malaysia tetapi tidak mampu melakukan apa juga  yang berkaitan dengan maruah parti Raja, Agama dan Negara.
Apa yang mereka lakukan sekarang dikala  Agama duhina, UMNO dicerca, Raja Disanggah, Ini lah kepimpinan Liberal pemuda yang telah diulas sejak 2004 lagi. Tapi atas tiket kepopulariti mereka telah lupa tentang tanggungjawab yang diberikan untuk mereka galas dipersada politik demi Agama Bangsa dan Negara
Sekarang kita mempunyai barisan Pemuda yang cukup lemah didalam segala banyak hal, Pemuda yang dulu cukup digeruni oleh pelbagai pihak mahupun didalam dan diluar UMNO sekali pun. Ketegasan mereka membela Agama , Bangsa dan Negara serta kedaulatan Raja raja amat jelas menjadi agenda dan asas perjuangan Pemuda-
Baru baru ini, pelbagai isu yang berkaitan dengan Agama, Raja dan UMNO sendiri telah dikritik dihina dengan secara terbuka oleh parti  pembangkang  termasuk juga dengan parti komponen  yang mempertikaikan apa yang telah termaktub didalam perlembagaan.
Dimanakah Pemuda  UMNO yang dikatakan hebat dengan sorakan HIDUP MELAYU didalam dewan yang cukup indah. Rupanya dimedan perjuangan mereka menyorok dan menikus menghilangkan diri dek ketakutan untuk berhadapan dengan musuh nyata didalam politik.
Ke mana arah Pemuda akan dibawa oleh kepimpinan yang ada sekarang? Apakah Pemuda akan kembali ke era radikal seperti di zaman datuk Harun Idris atau Jaafar Albar, atau Pemuda di zaman Suhaimi Kamaruddin , Hishamuddin yang dikatakan agak kurang bermaya atau Ketua Pemuda akan datang akan membawa pemuda ke zaman yang lebih pragmatik ketika diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak dan di zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BACA SELANJUTNYA DISINI

Wednesday, 30 October 2013

KEMANA HILANGNYA SAHAM BUMIPUTERA RM52 BILLION ? : MENJAWAP KEMBALI TUDUHAN TOKONG LIM GUAN ENG




1. Saya terpaksa merentas masa untuk menjawab satu persoalan yang sudah basi tetapi dicanangkan semula oleh Pakatan Rakyat. Mungkin kerana penangan PRK N.20 DUN Sg. Limau yang menampakkan bibitkan kekalahan Pakatan yang BELUM didaftarkan dengan R.O.S.

2. Isunya ialah kemana hilangnya pegangan saham bumiputera RM52 Billion ?, isu ini dibangkitkan oleh MP Bagan, Lim Guan Eng tahun lepas dalam sidang Parlimen ke-12.

3. Sebelum saya meneruskan perbahasan seringkas ini, saya mohon anda untuk memahami, apakah itu IPO (Initial Public Offer). Saham IPO ialah Initial Public Offering atau Saham Terbitan Awal. Sebelum sesuatu saham itu disenaraikan di Bursa Malaysia, saham tersebut akan ditawarkan kepada pihak2 seperti berikut ; i.Pelabur Bumiputera yang dikenalpasti oleh MITI, ii. Pelabur Institusi, dan iii. Orang Awam yang BERKEMAMPUAN. Harga tawaran akan dinyatakan dimana harga tawaran kepada pihak institusi adalah berbeza dari harga tawaran kepada orang awam. Prospektus sesuatu saham IPO itu akan hanya dikeluarkan semasa tawaran kepada orang awam dibuat. Siapa yang layak memohon saham IPO ?, jawabannya ada disini : http://www.faizalyusup.net/search?q=Saham+Bumiputera

4. Dalam ertikata lain, sebenarnya, saham bumiputera yang dikatakan "hilang" itu bukannya hilang tetapi saham yang berbentuk saham bebas, boleh dibeli (jika mampu) dan boleh dijual semula, namun begitu semasa saham2 ini dibuka, ramai pemegang saham itu (khasnya bumiputera) telah dijual semula oleh pemegang-pemegang saham yang terdiri daripada 3 pihak yang saya nyatakan diatas. Fakta seterusnya, saham2 berkenaan sebenarnya diagihkan sepanjang Dasar Ekonomi Baru (DEB) dijalankan bukannya saham yang dibuka mengikuti masa2 tertentu. 

5. Memandangkan isu ini dibangkitkan oleh Lim Guan Eng dan diikuti pula sekelian dari mereka, yang menuduh kononnya RM54 billion saham bumiputra diperuntukan tetapi hanya 2 billion yang tinggal manakala bakinya 52 billion lesap,siapa yang dapat tidak menjadi persoalan sedangkan saham amanah seperti ASN/Saham wawasan pun melayu tak beli,inikan pula saham syarikat senaraian awam,lihat contoh bagaimana kaum lain menghabiskan kuota bukan bumiputera hingga terlebih langgan. Saham yang dibeli,apabila harga telah meningkat maka pemegang saham bebas untuk menjualnya,adakah ini dikatakan skandal?. Bezanya cuma pemegang saham bumiputra tidak mempunyai ketahanan untuk mengekalkan pegangan kerana mahu mengaut keuntungan. Saham bukannya seperti lot rumah bumiputera yang tidak boleh bertukar tangan kepada pemilikan bukan bumiputera apabila dijual.

6. Lim Guan Eng ternyata cuba memanipulasi fakta bombastik ini untuk menghasut dan membangkitkan kebencian.Beliau berasakan amat mudah memperbodohkan orang melayu kerana kaum ini cukup malas untuk berfikir hanya tahu menerima maklumat mentah mentah tanpa berusaha untuk menyelidikinya. Alangkah bagusnya jika Lim Guan Eng mendedahkan siapakah penerima "Pink form saham saham bumiputera" paling banyak dinegara ini daripada menyalak dan berbohong kepada rakyat. Barangkali beliau boleh rujuk kepada Anwar bekas menteri kewangan dahulu dan Azmin kerana mereka berdua yang menguruskan siapa yang patut duduk didalam syarikat senaraian awam sebagai proksi mereka. Rujuk sini : http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2009/11/skandal-rm8juta-azmin-dokumen-saham.html

7. Peranan Permodalan Nasional Berhad : Dalam mengatasi sebarang bentuk permasalahan dalam agihan Saham IPO dalam DEB, maka Kerajaan mengambil satu inisiatif dengan menubuhkan Permodalam Nasional Berhad (PNB) yang menjadi organisasi dalam observer dan superivasi dalam pengendalian saham-saham yang diperuntukkan. Maklumat lanjut disini : http://www.pnb.com.my/about/about_us.cfm?cat=1&subcat=1

8. Peranan EKUINAS : Selain tindakan Kerajaan menubuhkan PNB pada tahun 1978, Kerajaan turut juga menubuhkan EKUINAS untuk memastikan kelangsungan ekuiti Bumiputera dalam Syarikat-syarikat milikan awam dan tidak terbabas daripada aktiviti pasaran bebas saham yang semakin mencabar. Memandangkan EKUITI Bumiputera masih tidak mencapai sasaran yang diharapkan, kerajaan tidak berputus asa dengan menubuhkan EKUINAS. EKUINAS sebenarnya memainkan peranan yang lebih mendalam berbanding PNB dengan dua objektif utama iaitu objektif kewangan dan objektif sosial. Dalam objektif kewangan EKUINAS mensasarkan kadar pulangan dalaman minimum bumiputera (IPP) sebanyak 12% setahun dan sasaran 20% IRR sepanjang portfolionya. Bahkan juga EKUINAS menjadi "main stake player" dalam membantu pegangan syarikat2 bumiputera dalam kelestarian pasaran bebas saham. Bahkan penubuhan Ekuinas oleh kerajaan mungkin boleh menjadi sebahagian dari penyelesaian kepada kelemahan yang wujud di kalangan pelabur bumiputera. Ia akan menjadi satu instrumen untuk meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera, fungsi yang gagal dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) sehingga menyebabkan ia tidak berganjak daripada paras 19 peratus selama 19 tahun.

9. TERAJU : Dalam menambahkan kompetensi kemapanan saham-saham dan ekonomi Bumiputera khasnya, kerajaan menubuhkan satu lagi entiti memperkasakan kedayasaingan ekonomi bumiputera iaitu TERAJU. Jika EKUINAS berperanan dalam aspek pengurusan ekuiti bumiputera, TERAJU pula menjadi "Mainstay Tapioca" dalam ekonomi Bumiputera. Kedua-duanya saling berkait.

10. Adalah sangat tidak adil dengan menyalahkan pihak Kerajaan semata-mata dalam isu "kehilangan" saham Bumiputera RM52 Billion walhal, kenapa TIDAK juga dipertanggungjawabkan kepada pemegang dan pembeli saham-saham berkenaan ?. 

11. Dalam pada masa yang sama, Pakatan juga harus dipertanggungjawabkan atas TIGA persoalan berikut ;

11.1 KEMANA HILANGNYA RM3.5 JUTA TABUNG MEMALI ?

11.2 KEMANA HILANGNYA RM44 JUTA PELABURAN KOHILAL ?

11.3 KEMANA HILANGNYA RM3 BILLION MENURUT SD DATO MURAD ?

12.Kesimpulannya ; Pertuduhan Pemimpin Pakatan khasnya dan sekelian penyokong mereka amnya, untuk mencari salah pihak Kerajaan sebenarnya membuka pekung mereka sendiri ibarat "Penyu bertelur beratus-ratus biji, diam menyepi, sedangkan ayam bertelur sebiji riuh sekampung". Benar juga kata pepatah, "Menepuk air didulang, tapi terpercik ke muka sendiri". 

Bacaan lanjut : 
TAWARAN AWAM PERMULAAN : TINJAUAN PRETASI SEPANJANG DEKAD
Perkongsian : Nor Azizuddin Abdul Manan


SUMBER : Disini

Tuesday, 15 October 2013

PANAS !!! TONY PHUA SASAU, GUAN ENG MEROYAN: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BAKAL MENUBUHKAN KOR MARIN

MH telah menyertai Hari Media bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Kementerian Pertahanan baru-baru ini.
Program selama 2 hari ini mendedahkan para pengamal media kepada kehidupan tentera laut diadakan di Pusat Hidrografi Nasional TLDM di Pelabuhan Klang. Pengamal media turut diberi peluang belayar bersama KD Kelantan dan juga KD Laksamana Tun Abdul Jamil. Di hari kedua Menteri Pertahanan turut serta menyertai warga media diatas kapal. 

Angkatan Tentera Malaysia bakal menubuhkan Pasukan Marin bagi memantap keupayaan "ampihibious" yang kini semakin penting termasuk pengawalan keselamatan negeri Sabah. Unit-unit yang sedia ada daripada ketiga-tiga cabang ATM akan dilatih menjalankan operasi darat dan laut (amphibious). Iniatif ini tidak mengambil masa yang lama dan penggunaan kos juga akan dapat dikurangkan. 

Disamping itu Kementerian pertahanan akan membina Pangkalan TLDM yang baru di Bintulu bagi memastikan keselamatan perairan Malaysia Timur terjamin. Usaha ini dilakukan memandangkan Bintulu merupakan pusat aktiviti cari gali hidrokarbon yang pesat membangun dan memerlukan jaminan keselamatan. 

Kapal Littoral Cambat Ship (LCS) akan memulakan operasi pada 2018 dan akan menjadi aset utama TLDM bagi menjaga keselamtan negara. Sebanyak 6 buah kapal klas ini akan menjalankan tugas-tugas rondaan terutamanya kawasan tumpuan ekonomi negara. Kementerian akan juga membeli aset-aset kritikal untuk membantu industri pertahanan. 

Berikut adalah sebahagian daripada gambar-gambar yang dirakam MH ketika hari media tersebut 





Taklimat media pada hari pertama


 lawatan pengamal media disekitar Pusat Hirografi 
















 Demonstrasi melawan kebakaran diatas kapal 


 Demonstrasi anti keganasan


P/s : Kita tunggu reaksi daripada Tony Phua dan pembangkang lain mengenai perkara ini...

Tuesday, 24 September 2013

PANAS !!! CUBAAN SELUDUP ABU MAYAT CHIN PENG GAGAL





Dua lelaki ditahan di Lapangan Terbang Antara bangsa Pulau Pinang kerana disyaki menyeludup abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng....Individu berkerakyatan Thailand dan warganegara Malaysia dari Pulau Pinang tersebut ditahan malam tadi sejurus selepas kapal terbang dari Thailand menggunakan penerbangan Thai Airways mendarat. 

Kedua-dua individu tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bayan Baru dan kesemua barangan suspek termasuk bagasi dirampas. 

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, pihaknya kini masih menjalankan siasatan bersama pegawai tertinggi di peringkat pusat....Hadir sama dalam sidang media tersebut, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Asst Komisioner Nasir Salleh, Ketua Polis Daerah Balik Pulau Superitenden Mohd Hatta Mohd Zain dan Ketua Polis George Town Asst Komisioner Gan Kong Meng. 

Kira-kira jam 9.55 malam tadi, kelihatan kehadiran anggota polis yang ramai di kawasan ketibaan lapangan terbang termasuk anggota berpangkat atasan menimbulkan spekulasi bahawa kedua-dua individu yang ditangkap cuba untuk membawa masuk abu mayat Chin Peng ke dalam negara. 

Menurut sumber polis, kedua-dua individu tersebut juga menghadiri majlis pengebumian Chin Peng di Thailand dan membawa beberapa barang kenangan berkaitan bekas pemimpin komunis tersebut. 

Rakyat tempatan yang ditahan dipercayai adik kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang

Sunday, 22 September 2013

BEZA ZUHUD YB DATO' AHMAD MAZLAN DAN PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG LAIN



Cuba pembaca sekelian bandingkan dua pemimpin pembangkang ni... makan kononnya zuhud tapi menunjuk kat orang. Dan CUBA bandingkan dengan seorang lagi pemimpin yang gambarnya dibawah... sapa yang agaknya lebih zuhud. Beza antara pemimpin pembangkang zuhud dengan pemimpin BN yang zuhud. Pembangkang zuhud menunjuk, YB Ahmad Maslan makan nasik bungkus pun tak menunjuk2.... yang mana lebih zuhud ??





Friday, 13 September 2013

PANAS !!! DOK KUTUK-KUTUK POLIS.....AKIHIRNYA TOKONG GUAN ENG CARI POLIS JUGAK


Lim Guan Eng tak percayakan Polis DiRaja Malaysia tapi bila kena ugut buat report Polis. Itu laa Guan Eng kan dah ludah kelangit masuk dalam lubang idung sendiri.... ekekekeke

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh terhadap beliau yang diterima melalui Twitter.
Pada Khamis, pengguna Twitter, yang menggunakan twitter @MoonYue18 (Moon Yue) telah menulis: "# DinastyLim # CEC # DAPig @cmlimguaneng penipu! u Mati Minggu depan (Lim Guan Eng adalah penipu dan akan mati minggu depan)".
Dalam sidang media di pejabatnya di Komtar di sini pada Jumaat, Lim berkata, beliau terkejut dan bimbang terhadap keselamatannya.
"Peguam saya menasihati saya supaya membuat laporan polis," katanya.

@MoonYue18 turut mengeluarkan kenyataan ugutan bunuh kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan "Jogja Melayu lu langsi lu Mati" (jangan berlagak atau kamu mati).

Sunday, 8 September 2013

PANAS !!! GUAN ENG SABOTAJ EKONOMI MALAYSIA DI HONG KONG



1. Pengkhianat didefinisikan sebagai manusia yang mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang telah diamanahkan kepadanya untuk menjaga kepentingan bersama. Apakah pengkhianat ini mengkhianati pihak sendiri atau memerangkap musuh atau menawarkan harga lumayan kepada musuh untuk kepentingan peribadi semata-mata?

2. The mistocles, salah seorang ahli falsafah dan politik Yunani yang terkenal telah menjadi seorang pemimpin yang popular di kalangan rakyat bawahan Yunani dengan dasar-dasar populis beliau. Apabila puak Persia menyerang Yunani pada tahun 480 S.M., tentera Yunani mempunyai lebih kurang 200 buah kapal manakala tentera Persia ada 700 kapal.

3. The mistocles sedar bahawa mereka perlu mengundur diri atau menyerah kalah, maka dengan bijaknya beliau telah menghantar pembantu yang dipercayainya untuk menjadi pengintip untuk meresap ke dalam pihak Persia serta menjadi pengkhianat di kalangan tentera Persia setelah mendapat kepercayaan penuh mereka. Pengkhianat tersebut memberitahu tentera Persia bahawa tentera Yunani amat tidak tersusun serta wajar menyerang Yunani melalui tepi pantai pada waktu pagi secara serang hendap. Tentera Persia mempercayai nasihat pengkhianat berkenaan dan bertindak melulu menyerang tepi pantai Yunani. Namun, tentera Yunani menyerang balas dan berjaya menghapuskan tentera Persia.

4. Pengkhianat sebegini sering menyalurkan rahsia kepada musuh, seperti lokasi dan kelemahan dalaman. Dikuasai keinginan yang tamak haloba, mereka hendak berada di pihak yang menang untuk mendapatkan kekayaan, pangkat dan kedudukan yang berkuasa ataupun peluang peribadi untuk membalas dendam. Sekiranya tujuan sebenar pengkhianat ini tidak dikenal pasti, maka mereka kadangkala disambut sebagai “wira”. Contoh masa kini termasuk Edward Snowden dan Bradley Manning.

5. Akan tetapi, apakah yang berlaku jikalau seorang pemimpin peringkat negeri pergi ke luar negara di bawah tugas rasmi (yang sepatutnya  bertemu para pelabur berpotensi serta rakan-rakan perniagaan) mencemarkan imej negaranya sendiri, padahal beliau sepatutnya mengharumkan nama negara dengan menaikkan keyakinan pelabur asing. Pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini diiringi oleh delegasi rasmi negeri  yang kebetulan sama dengan misi pelaburan MIDA ke Hong Kong dan China yang diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

6. Dalam ucapan yang diberikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng kepada warga Pulau Pinang yang berada di Hong Kong, beliau berkata:

“Perdana Menteri hanya boleh meyakinkan rakyat tentang keikhlasan beliau dan keperluan untuk menaikkan harga minyak RON95 sebanyak 20 sen seliter untuk menjimatkan kos subsidi tahunan sebanyak RM3.3 billion setahun dengan mengimplementasikan tender terbuka yang kompetitif dan menangani rasuah yang akan menjimatkan RM51 billion setahun. Tanpa tindakan susulan, ini menunjukkan tahap komitmen kerajaan persekutuan terhadap rasuah dan rakyat akan mudah melihat keikhlasan palsu kerajaan pusat dan kemestian penipuan untuk mengurangkan kos.”

7. Tidak dinafikan ini adalah pengenalan yang sangat negatif untuk satu ucapan yang seharusnya fokus kepada objektif untuk MENARIK minat pelabur asing ke Malaysia, amnya dan Pulau Pinang, khususnya. YAB Tuan Lim Guan Eng sengaja melakukan sabotaj terhadap misi MIDA untuk memperkenalkan Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai destinasi pelabur dan perniagaan utama.

8. Keduanya, pemimpin itu menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan pusat sebagai “tiada keikhlasan” dan “kemestian untuk menipu” untuk mengurangkan kos.

9. Bagaimanakah “pengakuan” sebegitu mampu menaikkan tahap persaingan Pulau Pinang dan Malaysia di peringkat antarabangsa? Adakah mana-mana pelabur yang tidak gila akan mahu melabur di Malaysia setelah mendengar ucapan beliau ini?

10. Tuan Lim Guan Eng sepatutnya menjustifikasikan kegunaan wang negeri untuk ke luar negara dengan delegasi beliau dan mengutuk kerajaan Malaysia di negara asing walhal misi asli sewajarnya adalah untuk menarik minat pelabur untuk meluaskan perniagaan dan pelaburan di Malaysia.

11. Setelah itu, dia menyambung pula:

“Mengapa rakyat khususnya yang berpendapatan rendah harus membayar RM3.3 billion setiap tahun dalam kenaikan harga bahan bakar petrol jika tiada tindakan diambil terhadap para politikus yang mencuri duit negara sebanyak RM51 billion setahun? Dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU13 berdasarkan kecekapan fiskal dan dasar anti rasuah kerajaan Pakatan Pulau Pinang dan Selangor telah berjaya menjimatkan perbelanjaan tahunan sebanyak 25% yang didapati daripada pemberian kontrek kerajaan.”

12. Pendirian sebegini menunjukkan ketidakcekapan kerajaan Persekutuan dalam menegakkan peraturan dan undang-undang dalam negara kita. Ini merupakan perbuatan yang sengaja untuk memalukan nama Malaysia di mata dunia. Perbuatan ini sangat tidak beretika sekali. Mengapa beliau bertindak demikian adalah satu persoalan yang wajib dijawab oleh para penyokong DAP dan Pakatan.

13. Beliau turut memfitnah kerajaan pusat lagi, dengan berkata:

“Taktik perkauman dan extremis digunakan dengan jayanya untuk mengelak daripada menangani masalah-masalah sebenar negara, iaitu jenayah, rasuah, peningkatan tahap hutang kerajaan dan individu serta penurunan tahap pendidikan negara, produktiviti dan kemahiran tenaga kerja Malaysia.

14. Di Hong Kong, ramai pelabur telah berkata 4 faktor ini telah menjadikan Malaysia kurang menarik minat pelabur, malah menjadi kurang daya saing. Ketua Menteri Lim Guan Eng harus menjelaskan mengapa beliau terus memperlekeh dan memalukan negara kita dengan merosakkan imej negara kita di peringkat global. Barang siapa yang normal status mentalnya tidak akan memburuk-burukkan imej baik dan nama harum Malaysia di persada antarabangsa.

15. Apakah tujuan dan matlamat beliau ke luar negara di bawah tugas rasmi untuk memberitahu pelabur tentang keburukan Malaysia yang KURANG MENARIK serta KURANG KOMPETITIF?

16. Ketua Menteri yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja menuduh kerajaan pusat sebagai “penny wise, pound foolish” dalam erti kata pepatah Inggeris  dan memainkan sentimen perkauman, keagamaan dan extremisme, beliau memberikan impresi dan impak yang negara Malaysia tidak selamat dengan mempersoalkan keupayaan pasukan polis dengan memperolok-olokkan bahawa hanya 10% daripada jumlah pasukan keselamatan negara yang terlibat dalam kerja-kerja penyiasatan sahaja.

17. Lim Guan Eng yang seharusnya patriotik dan patut mengetengahkan potensi negara dan sumber alam semula jadi yang kaya dan melimpah ruah telah dengan sengaja menuduh kerajaan cuai dan perlu meminjam wang dari luar negara untuk berbelanja.

18. Beliau juga menuduh secara hentam kromo kerajaan pusat gagal untuk melabur dalam bidang pendidikan yang berkualiti. Ini jelas berlawanan dengan semangat Dasar Pendidikan Negara serta “Malaysian Education Blueprint 2013-2025” yang baru-baru ini diperkenalkan oleh Timbalan Perdan Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


19. Saya menyeru Lim Guan Eng menunjukkan data FDI (Foreign Direct Investment) untuk Pulau Pinang untuk tempoh masa dari March 2008 semenjak beliau menjadi Ketua Menteri sehingga kini, berapa banyak pelaburan yang telah masuk dan apakah hasil-hasil pelaburan tersebut. Sekiranya TIADA keputusan positif dari pihak beliau, Ketua Menteri yang bergelar “Tokong” ini harus membayar balik segala perbelanjaan ke Hong Kong dari poket beliau sendiri., selari dengan “falsampah” CAT. Adalah amat tidak rasional dan masuk akal untuk beliau berkata demikian terhadap PM kita.


20. Lim Guan Eng begitu berbangga dengan status Pulau Pinang yang lebih bersih dan hijau serta mempunyai tahap pendidikan berkualiti tinggi. Bagaimana dengan bidang hartanah di Pulau Pinang yang semakin di luar kemampuan penduduk Pulau Pinang sendiri? Adakah beliau ingat Pulau Pinang mempunyai bidang autonomi dan kuasa sendiri? Adakah beliau ingin menjadikan Pulau Pinang sebagai pulau untuk orang kaya sahaja seperti Singapura, Hong Kong dan Monaco?

21. Tidak sah lagi  CAT (“Cocky Arrogant Tokong”) ini mempunyai penyakit kurang patriotik dan kurang cintakan negara. Dalam ucapan yang lepas di Hong Kong Correspondents Club pada 9 Oktober 2012, beliau turut memberikan imej yang amat negatif untuk Malaysia. 

Apakah agenda sebenar beliau, hanya Tuhan yang tahu.

22. Kita rakyat Malaysia yang patriotik sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia ini menyeru Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP yang maha berkuasa untuk merenung dan mencermin sendiri serta melakukan muhasabah diri sebelum mengutuk Perdana Menteri, barisan kabinet dan kerajaan persekutuan.

Ingatlah wahai Lim Guan Eng, “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.”

Tuesday, 23 July 2013

KES NAYA KOREK HIDUNG LEPAS MENGUNDI, JANGAN BUAT MACAM NII YA ORANG KUALA BESUT


Kepada pengundi-pengundi DUN Kuala Besut selamat mengundi dan jangan korek hidung macam ni ya lepas mengundi. Apa pun UNDILAH BN 




Sunday, 21 July 2013

KETAHUI 8 PERKARA YANG DISEMBUNYIKAN DAP DARI PENGETAHUAN RAKYAT MALAYSIA





1.Isu Minyak Malaysia yang diutarakan oleh DAP

Bloomberg menyenaraikan negara Malaysia adalah Ke-9 harga termurah minyak di dunia. Walaupun Amerika Syarikat adalah pada kedudukan ke-12 ($3.30) di dunia, mereka telah pun mendakwa bahawa mereka adalah antara yang paling murah di dunia. Jika Amerika Syarikat berani mengeluarkan kenyataan ke-12 itu adalah antara yang paling murah, jadi bagaimana Malaysia yang menduduki di tangga ke-9 ($4.19)?


Ini tidak termasuk kerajaan BN terbaru yang mengurangkan RON 97 sebanyak 20 sen seliter dan yang paling penting Anwar HANYA BERJANJI sementara BN merealisasikan walaupun pengurangan minyak ini tidak dalam Manifesto BN

2.Isu Pengeksport Minyak yang diutarakan oleh DAP
DAP mendakwa bahawa Malaysia adalah negara pengeksport minyak. Oleh itu harganya haruslah ditetapkan dengan lebih murah? Ini adalah salah kerana fakta no 1 kita tidak diiktiraf oleh OPEC sebagai sebuah negara pengeksport minyak. Negara yang betul-betul mengeksport dan menjual minyak ke negara luar sahaja akan dijemput untuk menjadi sebahagian daripada OPEC. Fakta no 2 ialah 90% daripada minyak harian yang dihasilkan oleh Malaysia telah pun diguna pakai oleh rakyat tempatan. Dalam kes ini kita sebenarnya hanya mengeksport dan menjual minyak negara kita dalam 10% ke negara luar, sebab itu lah negara kita tidak diiktiraf oleh OPEC sebagai negara pengeluar minyak.

Pengeluaran minyak Amerika meningkat 14 peratus kepada 6.5 juta tong sehari pada tahun lepas iaitu menunjukkan peningkatan rekod. Menjelang tahun 2020, negara Amerika dijangka akan mengatasi dalam penggunaan minyak melebihi Arab Saudi sebagai pengeluar minyak mentah terbesar di dunia. Pada masa yang sama, permintaan petrol AS telah jatuh kepada 8.7 juta tong sehari, paras terendah sejak tahun 2001.Harga minyak di Malaysia sebenarnya adalah jauh lebih murah daripada lain-lain negara pengeluar minyak di dunia dan negara-negara pengeksport seperti Iraq, Sudan dan lain-lain.

3.Pendidikan Percuma yang diutarakan oleh DAP
Negara Norway adalah luar biasa kerana ia adalah satu-satunya negara pengeluar minyak utama dengan mengenakan harga gas yang mahal. Negara Norway tidak memberi subsidi minyak kepada rakyat tetapi sebaliknya negara Norway menggunakan keuntungan minyak negara kepada perkhidmatan seperti perkhidmatan pendidikan kolej bebas dan perkhidmata simpanan untuk penambahbaikan infrastruktur. Sebuah negara seperti Norway yang tidak memberikan subsidi minyak kepada rakyat mereka, akhirnya menggunakan subsidi itu kepada pendidikan percuma. Di Malaysia, kadar faedah pinjaman pendidikan hanya pada 1% dan 80% daripada kos keseluruhan di Universiti awam sudah subsidi oleh kerajaan. Ini termasuk subsidi minyak daripada kerajaan Malaysia. Ini membuktikan negara Malaysia lebih baik dari segi pengurusan wang negara kerana memberikan kelebihan subsidi minyak kepada rakyat dan dalam masa yang sama memberikan subsidi yuran Univiersiti awam sebanyak 80% di Malaysia.

4.Cukai Malaysia yang diutarakan oleh DAP
Kadar cukai Malaysia berada pada 27%, berbanding kadar cukai Amerika Syarikat ialah pada 40%. Bermakna setiap pendapatan RM 100 di Amerika Syarikat, maka RM 40 akan dikembalikan kepada kerajaan Amerika Syarikat. Namun rakyat dan ahli politik termasuk pembangkang tidak pernah berjanji untuk menurunkan harga minyak, pendidikan percuma, menghapuskan tol dan banyak lagi janji bulan dan bintang yang tidak pernah dibuat oleh negara lain. Malaysia yang membayar hanya 27% daripada cukai pendapatan merasakan diri mereka adalah BOSS,RAJA,KING dan sebagainya. Manakala orang di Amerika Syarikat pula berpendapat bahawa negara itu sendiri sebenarnya adalah BOSS,RAJA,KING bagi mereka, kerana mereka berprinsip tentang satu kepercayaan bahawa “bukan apa yang negara anda boleh buat untuk anda” tetapi “APA YANG ANDA BOLEH BUAT UNTUK NEGARA ANDA” - John F Kennedy

5.Kadar pengangguran Malaysia yang diutarakan oleh DAP
Kadar pengangguran Amerika syarikat pada 7.3%, manakala Malaysia pula adalah 3.3%. Dalam teori ekonomi kadar pengangguran pada kadar 5% adalah perkara biasa dan di bawah 5% adalah sangat baik. Sejak DAP sentiasa meminta kita tidak membandingkan dengan negara yang paling teruk daripada kita, maka mengapa tidak kita hanya membandingkan semua ini dengan 1 daripada negara utama dan terbaik di dunia iaitu Amerika Syarikat?

6.Hutang negara Malaysia yang diutarakan oleh DAP
Hutang Amerika Syarikat berada pada US $ 16 TRILLION vs Malaysia yang hanya pada US $ 132 bilion. Apabila Mitt Romney menentang Obama dia tidak mempolitikkan isu hutang negara dimana mendakwa bahawa Amerika Syarikat akan bankrap tetapi sebaliknya Mitt Romney mengutarakan kepada Amerika tentang apa yang dia boleh lakukan untuk mengurangkan Hutang Negara bukan hanya menyalahkan dan mencanang untuk menjatuhkan kerajaan seperti mana DAP lakukan di Malaysia.

Hutang negara Malaysia hanya RM 500 bilion, dalam masa yang sama mengabaikan fakta bahawa hutang negara adalah pada 53% KDNK (adalah normal) dan pendapatan negara sekarang adalah lebih daripada RM 200 bilion setahun selepas PM Najib mengambil alih dan orang-orang seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tian Chua, Ronnie Liu, Rafizi Ramli dan Red Bean Army menyampaikan berita palsu bahawa negara kita akan muflis? Ini adalah pembohongan paling nyata dan tidak berpandukan fakta langsung. Paling teruk adalah ramai pelajar Malaysia dari SPM, STPM dan Ijazah Ekonomi percaya akan pembohongan palsu ini

DAP tidak pernah sekali memberitahu kita semua bagaimana mereka akan mengurangkan hutang negara. Mereka hanya memberitahu bagaimana mereka akan membelanjakan wang negara kita untuk diberikan kepada anda itu dan ini serta menghapuskan itu dan ini tanpa membincangkan secara kritikal atau rancangan yang teliti tentang bagaimana mengurangkan hutang negara. Sebaliknya hanya kerajaan Persekutuan iaitu BN sahaja yang sentiasa mengkaji dan membincangkan tentang bagaimana hutang negara dapat dikurangkan.

7.Hutang Negeri BN vs Hutang Negeri PR
Kerajaan BN Kedah telah memerintah selama 55 tahun dan hutang negeri adalah hanya RM 1 bilion. Pakatan Rakyat memerintah kurang daripada 4 tahun (selepas Mac 2008) dan hutang negara telah melonjak kepada RM 1 bilion hanya dalam masa 4 tahun! Negeri Pulau Pinang DAP pula mencanangkan bahawa negeri mereka adalah “surplus state?”. DAP telah memindahkan 90% hutang air negeri Pulau Pinang kepada kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan Persekutuan itu adalah dibawah BN maka sepatutnya pujian “surplus state” itu seharusnya diberikan kepada kerajaan perseketuan iaitu BN.

8.Rasuah
Selepas PM Najib Razak mengambil alih Malaysia 5 tahun lepas, Indeks Rasuah dan Korupsi Dunia telah menunjukkan Malaysia meningkat sebanyak 6 kedudukan dalam iaitu dari kedudukan ke-60 kepada ke-54 dari 176 negara, dimana menunjukkan pengurangan rasuah secara mendadak dibawah pengurusan PM Najib razak serta dijangka bahawa negara Malaysia akan terus berkurangan rasuah seterusnya akan menduduki carta yang lebih tinggi dari ke-54 menunjukkan negara Malaysia jauh lebih bersih dari negara lain. Datuk Paul Low berkata, Malaysia mendapat 49 dari 100 mata pada survei yang menilai tahap penerimaan rasuah sektor awam di kalangan 176 negara

sumber DISINI 

Thursday, 18 July 2013

PERIHAL AKTA KEHARMONIAN NASIONAL BARU YANG LEBIH RELAVEN




1. Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak telah mengumumkan  pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Keputusan untuk memansuhkan itu dibuat untuk mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga Malaysia dan keperluan menangani masalah kemajmukan yang wujud di negara ini.

2. Antara perkara yang digariskan dalam Akta Hasutan ialah:

   3. (1) Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan

(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;

(b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu;

(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri;

(d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang Di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri;

(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau (f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.
Pemansuhan ini adalah bertitik tolak dari desakan pembangkang kerana menganggapnya sebagai menghalang rakyat dari bersuara serta mengongkong kreativiti.  

3. Akibatnya, ia mendapat kritikan banyak pihak di kalangan penyokong UMNO yang menganggap desakan tersebut merupakan satu lagi helah pembangkang untuk ‘mengenakan’ kerajaan sepertimana dakwat kekal dan ISA.

4. Kritikan dari penyokong UMNO dilihat sebagai mampu mengundang risiko besar kepada BN yang bergantung sepenuhnya kepada undi UMNO setelah ditolak mentah-mentah oleh kaum Cina termasuk dari MCA.

5. Walaubagaimanapun, di kalangan sesetengah pihak, pemansuhan Akta ini dilihat sebagai keberanian dan kesungguhan kerajaan untuk melakukan transformasi.   Untuk itu, Akta Keharmonian Nasional diperkenalkan bagi menggantikan Akta Hasutan.

6. Keputusan ini telah diumumkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2012 di dalam satu majlis makan malam Jabatan Peguam Negara.

7. Melalui akta baru ini, beberapa perkara dari Akta Hasutan dikekalkan iaitu yang berkaitan dengan kuasa kerajaan dalam tiga perkara iaitu:

a)      Mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja;

b)      Mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia dan

c)      Mempersoalkan apa-apa hak, kedudukan istimewa, kedaulatan atau prerogative sebagaimana yang ditetapkan atau dilindungi oleh Peruntukan Bahagian III atau Perkara 152,153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.

Jabatan Peguam Negara telah ditugaskan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk meneliti perkara ini.

8. Pada dasarnya, Akta Keharmonian Nasional membawa pendekatan yang lebih longgar untuk rakyat untuk melemparkan kritikan atau ketidakpuasan hati dengan syarat ia tidak membawa niat jahat dan menghasut.


9. Justeru, dengan jaminan kerajaan untuk mengekalkan kuasa bagi menghalang berlakunya ketegangan yang mungkin berpunca dari kelonggaran ini, tidak ada sebab untuk rakyat terus merasa musykil mengenai akta baru ini.

Wednesday, 17 July 2013

MENJAWAP KEMBALI FATWA SONGSANG AZHAR IDRUS





1. Pasti ramai yang masih ingat mengenai fatwa terbaru penghibur agama yang di angkat sebagai penceramah tersohor Azhar Idrus yang mengatakan ‘Siapa Yang Memberi Undi Menjatuhkan Kerajaan Islam Maka Di Menempah Tiket Ke Neraka’ di dalam akhbar Sinar Harian tidak berapa lama dahulu.

2. Sebelum kita ulas secara panjang lebar ada baiknya kita melihat sudut pandang ulamna terdahulu mengenai takrifan negara Islam. Antaranya penegasan oleh Imam Abu Bakar al-Isma'ili rahimahullah (wafat: 371H).

"Dan mereka (Ahlus Sunnah wal-Jama'ah) mengimani (mengakui) bahawa sesebuah negara (daar) adalah negara Islam bukan negara kafir, apabila masih terdapat seruan (azan) untuk solat dan solat didirikan dengan zahir (terang-terangan) dan ahlinya (rakyatnya) pula sentiasa bebas mendirikannya dalam suasana aman." (Rujuk: Abu Bakr al-Isma'ili, I'tiqad A'immatul Hadis, ms. 31, Bab: Daar al-Islam - Maktabah Syamilah)

3. Bahkan majoriti ulama Ahli Sunnah wal Jamaah seperti Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah, Imam Nawawi, Syeikh Nashiruddin al-Albani dan beratus-ratus lagi ulama salafi dahulu dan kini memberi kesimpulan berkenaan ciri-ciri sesebuah negara Islam di dalam kitab-kitab mereka melalui hadis-hadis Nabi SAW berkenaan kepimpinan dan negara.

4. Mereka telah menggariskan kriteria dan ciri-ciri utama sesebuah negara Islam itu ialah pemimpin utamanya seorang muslim dan majoriti rakyatnya beragama Islam, dilaungkan azan, didirikan solat jemaah dua Hari Raya setiap tahun dan solat Jumaat setiap minggu. Sekiranya ciri-ciri ini sudah terpenuhi maka wilayah atau negara tersebut adalah negara Islam.

5. Seterusnya mari kita lihat ungkapan pemimpin dunia yang pernah mengeluarkan kenyataan memuji Malaysia sebagai salah sebuah negara Islam malah ada yang pernah mengatakan modul yang digunakan oleh kerajaan adalah yang terbaik.

6. Imam Masjid Nabawi, Madinah, Shaikh Solah Mohammed al-Budair ketika berada di negara ini tidak lama dahulu pernah memberikan pengiktirafan ke atas Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Menurut Shaikh Solah, kejayaan Malaysia sebagai negara Islam harus terus menjadi contoh dan teladan bagi umat Islam di negara-negara Islam yang lain.

7. Seterusnya Naib Mursyidul Am, Ikhwan Muslimin, Ir Khayrat Syater juga pernah mengatakan, modul negara Malaysia, adalah modul negara Islam pertama yang berjaya mencapai tahap negara maju.

8. Menteri Kesihatan Hamas Dr Mufid El Mukhalalati turut merasakan Malaysia patut dijadikan contoh oleh negara Islam di seluruh dunia sambil menyanjung tinggi kemurahan hati Malaysia dalam membantu rakyat Palestin sejak beberapa dekad lepas, Dr Mufid menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dicontohi dari segi kemajuan penyelidikan saintifik dan pembangunan.

9. Malaysia juga pernah mendapat pengiktirafan sebagai model negara Islam yang baik untuk dijadikan ikutan terutama oleh negara Islam lain, yang sebahagiannya kini sedang menghadapi bantahan rakyat. Ini adalah kesimpulan yang dibuat pada Persidangan Pergerakan Sedunia Untuk Keadilan, Keamanan dan Kemuliaan Insan tidak berapa lama dahulu.

10. Selain dari itu ramai dikalangan pelawat luar yang ditemui seperti dari Palestin, Somalia dan Afghanistan, turut mengakui dan mengagumi kepimpinan Islam di Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang gigih membina transformasi.

11. Malah negara kita juga pernah diiktiraf oleh negara barat seperti Amerika Syarikat dan Eropah sebagai negara Islam contoh kerana berjaya mengurus tadbir semua bidang termasuk perpaduan dalam kalangan semua masyarakat. Mereka juga turut
kagum dengan kestabilan Malaysia di sebalik masyarakatnya yang berbilang kaum dan agama.

12. Presiden Guinea, Alpha Conde ketika seisi lawatan rasminya ke Malaysia juga pernah menyifatkan Malaysia sebagai contoh negara Islam yang berjaya dan patut diteladani. Selain dari itu, beliau turut berhasrat untuk mencari pengetahuan dan belajar daripada Malaysia serta mahu mengamalkan dan mengguna pakai pelajaran yang terdapat di negara ini.

13. Semua komen dan pandangan yang diberikan itu adalah merupakan salah satu dari manifestasi pengakuan pemimpin dan tokoh-tokoh Islam di negara lain tentang apa yang telah berjaya dilakukan oleh pemimpin negara ini.

14. Kesimpulannya, ahli dan penyokong Pas seharusnya akur dan tunduk dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Azhar Idrus yang terkenal dengan jolokan ustaz kemah-keming. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang telah diiktiraf maka, sebarang percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan Islam ini, akan menyebabkan mereka menempah ke Neraka.


Kepada para pengundi di Kuala Besut, pastikan 24 Julai ini anda tetap dengan pendirian untuk memangkah calon dari Barisan Nasional