Monday, 20 May 2013

MUAHAHAHAHAHA.... ANWAR IBRAHIM DAH GELABAH BEWAK






1. Anwar semakin pening kepala apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam berkata semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
2. Pepatah Melayu ada menyatakan 'Siapa makan cili, dia yang rasa pedas'. Pepatah ini sangat bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah dapat merasakan dirinya akan sekali lagi dihumban ke dalam penjara walaupun Zahid hanya memberitahu tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.
3. Apa yang lebih menarik, maklumat terperinci itu bukan sahaja datang dari pihak polis, malah pihak tentera juga terlibat dalam mengumpulkan segala bukti-bukti yang ada. Berdasarkan laporan tersebut, polis dan tentera  akan meneliti dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah. Polis, tentera dan peguam negara akan duduk bermesyuarat untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.
4. Rakyat Malaysia nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah dua orang dari semenanjung dan seorang dari Sabah yang telah menjadi pengkhianat kepada negara. Bukan sahaja rakyat, tetapi pemimpin pembangkang iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee semalam turut mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.
5. Memandang pilihan raya umum telah berakhir dengan jayanya, adalah amat tepat dan masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.
6. Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar sepatutnya menjadi seorang Muslim yang baik dan berguna untuk masyarakat  Islam di negara ini dan berhenti daripada menjadi seorang pengkhianat yang melampaui batas.
7. Anwar sepatutnya bermuhasabah diri dengan apa yang telah beliau lakukan selama ini dan bukannya menjadi pengkhianat bertindak menghasut rakyat serta menyalahkan pihak lain di atas kejahilan diri sendiri. Anwar harus kembali ke pangkal jalan, bermuhasabah diri dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim yang baik dan bermanfaat kepada ummah.
8. Anwar perlu sedar, sudah ramai rakan-rakannya yang ikhlas dalam perjuangan, yang dulunya sanggup berkorban apa saja untuk beliau, kini seorang demi seorang telah meninggalkan beliau. Apakah rakan-rakan yang meninggalkan Anwar itu salah semuanya dan Anwar saja yang betul?
9. Sudah tentu ada sebab musabab yang menyebabkan mereka meninggalkan perjuangan Anwar walaupun sudah ada yang berpuluh tahun bersama dengan beliau. Anwar perlu sedar hakikat ini dan rakyat juga perlu melihat perkara ini dengan fikiran yang terbuka dan belajar menerima hakikat.

Thursday, 9 May 2013

PR DICABAR BUBARKAN DUN KELANTAN, PULAU PINANG DAN SELANGOR JIKA BENAR PRU 13 TIDAK ADIL


1. Seperti yang telah dirancang berbulan-bulan lalu, perhimpunan membantah keputusan PRU-13 pun diadakan semalam di Stadium Kelana Jaya.  Stadium yang berkapasiti 25,000 tempat duduk itu dianggarkan memuatkan seramai 40,000 dengan 15,000 lagi duduk di atas padang. 

2. Beberapa kawasan terutama di bahagian belakang masih terdapat ruang tetapi ditutup dengan bendera-bendera bagi memperlihatkan stadium seperti sesak.  Seperti biasa, media pro-pembangkang pula melaporkan kehadiran sehingga 200,000 tanpa mengambil-kira logik angka berbanding kapasiti stadium.  

3. Laporan juga menunjukkan bahawa 80% peserta himpunan terdiri dari anak-anak Cina dan hanya 20% dari kaum lain termasuk Melayu.  Kita yakin tidak semua yang hadir itu adalah dari golongan yang terpedaya bahawa benar-benar berlaku penipuan undi dalam PRU kali ini.  Kita yakin bahawa sebahagian besarnya, cukup maklum bahawa tiada penipuan yang berlaku dan perhimpunan itu hanyalah untuk mencabar kerajaan dengan cara menunjuk kuasa penyatuan kaum Cina dengan Anwar sebagai penyamarannya.   Mungkin kerana melihat kerajaan sering mengalah apabila mereka memberi tekanan, maka kaum Cina mengambil kesempatan ini untuk memberi tekanan secara besar-besaran. 

4. Dalam ucapan Anwar di perhimpunan itu, beliau menyatakan bahawa himpunan seterusnya akan diadakan di Ipoh dan Pulau Pinang. 

5. Apa yang pelik ialah Lim Guan Eng dan Datuk Ahmad Yakob masing-masing telah pun menerima keputusan PRU-13 dengan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Menteri Besar Kelantan penggal baru pada 7 Mei lalu.   Sementara itu, Selangor juga tidak menolak keputusan pilihanraya yang menyebelahi Pakatan Rakyat dan kini sedang sibuk berebut kerusi Menteri Besar. 

6. Justeru, sekiranya himpunan membantah keputusan pilihanraya ingin diadakan seperti yang dirancang, maka Guan Eng dan Ahmad Yakob perlu terlebih dahulu membubarkan perlantikan di Pulau Pinang dan Kelantan serta PR perlu menolak keputusan di Selangor.  Mana mungkin protes ditujukan terhadap negeri-negeri yang dimenangi BN sahaja? 

7. Alasan yang digunakan oleh Anwar untuk membuat bantahan iaitu penipuan sewaktu pengundian juga ternyata tidak kukuh.  Contohnya, kisah mengenai wujudnya 45,000 pengundi hantu berbangsa Bangladesh sedangkan sebelum ini Anwar menyatakan bahawa pengundi hantu didatangkan dari Sabah dan Sarawak.  

8. Katanya lagi terdapat juga tuduhan kononnya berlaku ‘silap mata’ di mana terjadi gangguan elektrik di beberapa tempat mengundi dan kemudiannya peti undi bertambah apabila elektrik kembali berfungsi.  Selain itu, beberapa gambar diedar kononnya bagi membuktikan terdapat cubaan melarikan peti undi oleh pegawai SPR menggunakan kereta dan juga helikopter. 

9. Namun, apabila kita meminta PR menyenaraikan di kawasan mana gangguan elektrik berlaku, mereka tidak mampu pula menyatakan dengan jelas.  Begitu juga dengan Bangladesh yang konon mengundi, tidak dapat juga mereka beritahu di peti undi mana, berapa ramai dan bagaimana ia boleh berlaku tanpa bantahan dari wakil parti mereka sendiri.  

10. Gambar-gambar kotak undi yang dilarikan juga tidak dapat mereka jelaskan pegawai SPR yang mana, dan di mana mahupun mendedahkan nombor kereta.  Bantahan rasmi pula langsung tidak ada.  Malah, yang lebih menghairankan, kotak undi yang konon ‘terjatuh’ dari sebuah helikopter pula berada dalam keadaan kemas sebelah menyebelah tanpa terbalik atau terkoyak dan berterabur walaupun jatuh dari tempat tinggi. 

11. Jelas, bantahan yang dibuat adalah tidak jelas dan tiada bukti.   Sepatutnya Anwar, sebagai ‘bakal Perdana Menteri’ tidak membuat tuduhan rambang secara umum.  Ini bukan cara orang terpelajar, jauh sekali cara seorang pemimpin.  Seorang pemimpin tidak boleh bercakap cara seni, abstrak atau sastera, tetapi wajib bercakap dengan jelas dan berfakta. 

12. Justeru, himpunan bantahan bersiri yang ingin dilakukan oleh Anwar adalah tidak berasas selain tidak masuk akal.  Dan jika Anwar masih berdegil ingin menolak keputusan peringkat pusat, maka Anwar perlu terlebih dahulu menolak keputusan peringkat negeri dan mengarahkan kesemua DUN di negeri-negeri yang dimenangi PR dibubar. 

Sunday, 5 May 2013

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KE 13 TERKINI

setakat pukul 9.30 malam BN 19 21, PKR 0, DAP 3, PAS YELLEX

Saturday, 4 May 2013

SEBELUM ANDA KELUAR MENGUNDI: LIHATLAH DULU KANDUNGAN INI







PANAS !!! PR DAH PANIK: MULA MEROYAN DAN RANCANG HURU-HARA GUNA T-SHIRT BN





BN Akan Menang 147 Kerusi Parlimen, itulah yang disahkan oleh laman milik Azmin Ali, Suara Pakatan Rakyat.  Berita yang sama turut diterima dari sumber-sumber di sebelah Barisan Nasional. 
 
Setakat ini, BN dikatakan akan berjaya merampas kembali 2 negeri iaitu Kedah dan Kelantan selain mengekalkan negeri-negeri yang lain. Negeri yang masih 50-50 adalah Selangor manakala Pulau Pinang pula kelihatan masih sukar. 
 
Lebih menarik Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim juga dijangka kalah di kawasan masing-masing sekali gus memberi alasan yang lebih kukuh untuk mereka merusuh.  Sehubungan dengan itu, skrip yang lengkap dengan angka-angka terperinci bagi menjustifikasi bantahan terhadap SPR juga sudah disediakan. 
 
Untuk itu, ada juga yang memberitahu bagaimana mereka menempah baju Barisan Nasional untuk dipakai ketika merusuh.  Bendera-bendera kecil berwarna-warni dihias di beberapa kawasan sebagai menandakan tempat berkumpul
 
Laman-laman sosial juga banyak memperkatakan tentang keganasan yang melibatkan pembangkang di beberapa tempat.   
 
Jelas, bahawa maklumat mengenai kemenangan BN melalui demokrasi adalah maklumat yang boleh dipercayai.  Jika tidak, kenapa pembangkang perlu bersusah-payah menyusun atur sebuah rusuhan dan pemberontakan?  
 
Tindakan mereka bersedia untuk merusuh sebelum mengundi sudah cukup untuk membuktikan yang pembangkang sebenarnya ingin membunuh demokrasi di negara ini. 
 
Pada malam ini juga, khabar dari utara menyatakan puak-puak PAS sudah mula menunjuk lagak sambil meronda di jalanan dan membuat bising. 
 
Di masa yang sama, beberapa blog juga mendedahkan bagaimana beberapa bas dari Singapura telah bersedia untuk membawa masuk sejumlah orang yang disyaki sebagai pengundi hantu ataupun sebagai ‘tenagakerja’ untuk rusuhan.  Mereka-mereka ini akan ditempatkan di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dan akhir sekali di Kuala Lumpur.  Kesemua mereka adalah dari kaum Cina. 



Nampaknya mereka ini merupakan ‘pejuang-pejuang’ berani mati jika benar-benar bertekad untuk membuat perhimpunan dan seterusnya rusuhan.  Namun, tidak mustahil juga mereka-mereka ini sebenarnya tidak menjangka apa yang pemimpin mereka telah ‘aturkan’ untuk mereka.  Mungkin mereka menyangka yang mereka bakal berdemonstrasi aman dan tenteram, sepertimana demonstrasi ‘duduk bantah’. 
 
Mereka tidak tahu bahawa jika kerajaan tidak bertindak keras ke atas mereka yang berhimpun, maka pihak mereka sendiri yang akan memulakan sesuatu bagi memaksa rusuhan berlaku.  Mereka juga tidak tahu bahawa pemimpin mereka sudah bersedia untuk lari sementara mereka mengorbankan diri. 
 
Apapun, kita harap mereka-mereka ini akan berfikir dua kali sebelum mengikut arahan pemimpin mereka.  Tidak perlu menggadaikan nasib, masa depan, nyawa dan keluarga demi meletakkan pemimpin mereka di takhta. 
 
Hidup mereka hari ini bukannya susah, malah senang lenang dan selesa.  Jika pemimpin mereka menang pun, kemungkinan untuk hidup lebih senang selepas pemberontakan adalah 1% manakala kemungkinan untuk hidup lebih susah adalah 99%. 
 
Fikirkanlah, apakah anda benar-benar ingin meniti nasib yang sama dengan rakyat Mesir, Libya, Syria?  BN bakal menang 147 kerusi, maka terimalah hakikat itu sebagai seorang pendokong demokrasi yang sebenar-benarnya. 

Sementara itu....
 

Hari-hari terakhir kempen PRU-13 semakin hangat dan lebih mendebarkan apabila terdapat maklumat menyatakan terdapat cubaan untuk mengganggu gugat ketenteraman awam mungkin dilakukan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.
 
Pihak yang dimaksudkan ini mempunyai kaitan rapat dengan Pakatan Rakyat (PR) yang dipercayai sukar menerima hakikat kempen yang dijalankan mereka tidak mendapat sambutan ramai sekali gus menutup ruang untuk mereka merampas kuasa di Putrajaya.
 
Mengikut maklumat dalaman yang diterima, pihak terbabit dilaporkan telah menempah sekurang-kurangnya 10,000 t-shirt berlogo BN untuk digunakan dalam kekecohan yang dirancang bertujuan untuk menimbulkan persepsi umum bahawa ia dilakukan oleh BN.
 
Info ini ada asas untuk dipercayai memandangkan sejak akhir-akhir ini jelas kelihatan di beberapa tempat misalnya di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur di mana wujud pemasangan banner palsu yang berlatar belakangkan logo BN yang dipasang untuk mengelirukan orang ramai.
 
Di beberapa kawasan tertentu pula terdapat bendera-bendera kecil berwarna warni dipacakkan yang mungkin menandakan itu adalah tempat berkumpul bagi kumpulan-kumpulan pengacau dari PR itu sebelum melakukan kekacauan.
 
Ia satu perancangan yang cukup jijik dan tidak gentleman, dulu bahana reformasi di Indonesia dijadikan panduan kini Arab Spring yang tidak mengikut lunas demokrasi pula dijadikan ikutan.
 
Golongan jahil minda, berjiwa kacau dan tidak patriotik ini sememangnya tidak layak untuk diberi tempat dalam masyarakat kita, jauh sekali untuk mendapat sokongan rakyat dalam menentukan hala tuju negara.
 
Jelas sekali PR berada dalam keadaan terdesak untuk melaksanakan "Malaysia Spring" yang diciplak dari "Arab Spring" dalam usaha mereka untuk merampas kuasa dan menidakkan pendirian majoriti yang cenderung untuk mengekalkan keamanan dan setia bersama BN.
 
Bagaimana pun, pihak berkuasa sedang memantau perkembangan ini dan pastinya mempunyai pelan kecemasan sekiranya terjadi sesuatu. Sedangkan keganasan pendemo Bersih 3.0 dulu mampu dipatahkan jadinya masyarakat tidak perlu bimbang kerana keadaan tetap terkawal.
 
Di masa yang sama rakyat disarankan tidak melayan sebarang khabar angin sebaliknya sentiasa fokus mengikuti perkembangan semasa dari sumber pihak berkuasa.
 
Sama-samalah kita mendoakan hari pengundian esok berjalan lancar dan jangan lupa beramai-ramai keluar mengundi demi kebaikan negara ini dan nekadkan dalam hati dengan mengundi BN yang terbukti berjaya mengekalkan keamanan tanahair tercinta ini.
 


Awas!  Perusuh Akan Pakai Baju BN                                                      
 
Taktik Pakatan Rakyat untuk merusuh telah pun diketahui ramai.  Mereka memulakannya dengan provokasi seperti membelasah penyokong BN serta ‘menyerang’ bilik-bilik gerakan BN dengan harapan BN akan bertindak balas sehingga terjadinya ketegangan. 
 
Semalam, terdedah lagi satu taktik mereka memasang bendera-bendera kecil berwarna-warni di beberapa tempat di seluruh pelusuk Kuala Lumpur dan Selangor.  Difahamkan ia merupakan pelan logistik himpunan ke arah rusuhan. 
 
Selain itu, kita juga sudah mengetahui pelan Anwar Ibrahim untuk melarikan diri ketika rusuhan berlaku dan terdapat tiga negara pilihannya iaitu Amerika, Australia atau satu lagi negara yang masih ‘agak’ rahsia. 
 
Sebelum semua ini terdedah, kita juga telah terlebih dahulu mendedahkan hujah-hujah mereka dalam berkempen, seperti mencari seorang yang menyerupai Anwar di Thailand untuk membuktikan bahawa bukan Anwar di dalam video aksi dengan China Doll.  Namun, taktik itu terpaksa dibatalkan kerana ‘mamat Thai’ tersebut jauh terlalu muda untuk diyakinkan sebagai orang di dalam video.  
 
Dua tiga minggu sebelum itu pula, para blogger telah terlebih dahulu menyatakan bahawa Anwar akan mengeluarkan surat dari Ulama tersohor Yusuf Qardawi bagi membuktikan konon beliau mendapat sokongan ulama. 
 
Dan ternyata,  Anwar benar-benar mengikut skrip dan surat itu pun dikeluarkannya semalam tetapi hari ini telah dibuktikan sebagai ditulis oleh anak Ulama itu tanpa kelulusan bapanya. 
 
Kali ini, satu lagi taktik PR terdedah iaitu bahawa mereka telah pun menempah 10,000 baju T berlogo Barisan Nasional untuk dipakai ketika merusuh.  Tujuannya adalah untuk memburukkan BN, sekali gus memudahkan huru-hara dicetuskan dengan terlebih dahulu berlakon untuk bergaduh dengan penyokong mereka yang lain.   Mereka menjangka, pergaduhan itu akan merebak dan ‘menjangkiti’ penyokong BN dan penyokong PR yang lain.  
 
Selalunya yang diupah untuk melakukannya adalah dari kalangan samseng dan juga anak-anak muda yang terkapai-kapai mencari arah tujuan yang langsung tidak memahami motif mereka di upah atau apakah kesan dari tindakan mereka.  Sangka mereka ia adalah satu keseronokan dan mungkin juga perjuangan.  Dengan itu, kita menyeru kepada ibubapa agar menasihati anak muda agar jangan mudah terikut-ikut dengan hasutan untuk membuat huru-hara. 
 
Di masa yang sama, kita ingin mengingatkan rakyat Malaysia agar berfikir lebih panjang sebelum terpengaruh dengan apa-apa juga kekecohan yang berlaku di depan mata kita sepanjang pilihanraya.  Jangan mudah melatah jika melihat pergaduhan, sebaliknya laporkan kepada pihak berkuasa untuk untuk mengambil tindakan.  
 
Jangan jayakan segala perancangan huru-hara pembangkang.  Biarkan mereka terjerit-jerit dan terlompat-lompat sesama sendiri.  Jalankan tanggungjawab dan hak anda untuk mengundi dengan tenang.  

Friday, 3 May 2013

INI KALI LAH... JOM UBAH PAKATAN RAKYAT: KETAHUI PERANCANGAN KOTOR DAP JIKA MENAWAN PUTRAJAYA








"Perancangan Kotor DAP Jika Menawan Putrajaya"

1. Malaysia akan bertukar menjadi negara republik.

2. Agama Rasmi Kristian.

3. YDPA/ YDPN perlu dilantik darr kalangan bukan Melayu.

4. Sistem Raja Berpelembagaan akan dihapuskan.

5. Laungan azan tidak dibenarkan waktu Subuh ( Di Penang sekarang ada arahan diminta perlahankan) coz azan menganggu Cina nak tido dipagi hari.

6. Pertandingan Tilawah Quran juga akan dihapuskan. Coz membazirkan duit rakyat dan negara Arab pun x buat pertandingan sebegini.


7. Badan NGO berteraskan perjuangan orang Melayu akan dibubarkan (Pekida/Perkasa).

8. Perkahwinan campuran akan digalakkan.

9. Anak yg baru lahir x semestinya agama Islam sehinggalah anak itu 18 tahun baru dia pilih agama mereka secara mutlak.

10. Subjek Inggeris akan dijadikan bahasa rasmi. Bahasa kedua rasmi adalah Mandarin.

11. Mata pelajaran agama Islam akan dimansuhkan di sekolah. Nak belajor hanya di masjid/surau. Sekiranya orang Melayu nak juga diajar di sekolah subjek Kristian, Hindu,Buddha juga kena diajarkan di sekolah.

12. Chin Peng akan dibenarkan balik semula ke Malaysia dan diberi gelaran TUN. Nga Dan Ngeh adalah anak saudara Chin Peng.

13. MARA Akan dibubarkan coz jabatan RASIS hanya untuk org Melayu semata-mata.

14. Syarikat GLC akan diterajui oleh org bukan Melayu. Org Melayu tak bijak berniaga hanya orang Cina yang terbaik dalam ekonomi.

15. Lagu negaraku akan diubah suaikan. Di PRN Sarawak lalu ada dinyanyikan lagu negaraku & bendera baru Malaysia juga sudah ada hanya tunggu menang sahaja ke Putrajaya dan tubuhkan negara republik.

16. Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana dominasi untuk orang Melayu sahaja.

17. Ketua Panglima Angkatan Tentera & Ketua Polis Negara akan dilantik dari kalangan orang Cina.

18. Kakitangan kerajaan dari kalangan Melayu akan dikurangan terutamanya kementerian pelajaran coz nak bawa masuk lebih ramai orang Cina & India.

19. 3 agensi Akan ditutup BTN, KEMAS Dan MKN.

20. Good Friday Dan Easter Day akan jadi cuti wajib Malaysia untuk memuliakan hari besar Kristian.

21. Kedutaan Israel akan diwujudkan di Malaysia.

22. DAP dapat 300 jutaUSD diberikan oleh yahudi

23. Base Tentera Israel akan diwujudkan di Port Dickson.

24. Majlis agama Islam akan dibubarkan. Wujudkan Suruhanjaya IFC.

25. Wang zakat akan diguna sama oleh orang bukan Islam.

26. Mahkamah Syariah dibubarkan.

27. DEB akan dimansuhkan.

28. Parti yg berteraskan agama akan dibubarkan (PAS).

29. Ketua Paderi Kristian akan dilantik sbg Menteri seperti Dato' Jamil Khir.



SUMBER: BEKAS setiausaha sulit Timbalan Ketua DAP Pulau Pinang, En. Mohd Razali bin Abd Rahman