mykmu.net

Sunday 7 September 2014

RASIONAL PEMANSUHAN AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (ISA), ORDINAN DARURAT (EO) DAN AKTA HASUTAN 1948




1. Sejak kebelakangan ini riuh rendah diseluruh Negara memohon agar Akta Keselamatan Dalam Negeri yang dimansuhkan diperkenalkan semula. Persidangan UMNO Bahagian diseluruh Negara mendesak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikuatkusakan semula.

2. Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak membuat pengumuman mengejut pada September 2011, pemansuhan terus Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) yang selama ini membolehkan tahanan tanpa perbicaraan. Ini termasuklah Ordinan Darurat dan juga Akta Hasutan.

3. Ramai pemerhati melihat tindakan ini sebagai tindakan yang terkebelakang dan tidak popular. Pelbagai kritikan dan sindiran yang telah diberikan kepada PM Najib Razak. Ini termasuklah kritikan pedas Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Kritikan pedas ini kedengaran sehingga hari ini dan saat ini.

4. Ketika ISA dimansuhkan desakan keras dari SUARAM dan Pakatan Rakyat amat keras meminta PM Najib Razak memansuhkan ketiga-tiga akta ini. Ini kerana pandangan mereka ketiga-tiga akta ini menyekat hak asasi manusia di Malaysia.

5. Ramai pemerhati dan penganalisis mengeluarkan teori mengatakan PM Najib Razak tunduk kepada desakan pembangkang dan cuba mengambil hati rakyat yang menentang Barisan Nasional. Tidak kurang juga ada yang mengatakan tindakan ini sebagai tindakan untuk memancing undi menjelang Pilihanraya Umum ke 13 pada ketika itu.

6. Hari ini setelah beberapa pemimpin pembangkang didakwa dibawah Akta Hasutan, isu pemansuhan ini dimainkan kembali oleh pembangkang. Mereka menuntut PM Najib Razak menunaikan kembali janji untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948.

7. Sebagai tindakbalas kepada tuntutan pembangkang ini, persidangan tahunan UMNO Bahagian di Malaysia telah mendesak PM Najib Razak untuk mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)


8. Dari sudut scenario politik di Malaysia daripada selepas Pilihanraya Umum ke 12 sehinggalah sekarang tidaklah pernah tenang. Banyak tindakkan pembangkang lebih kepada provokasi dan bersifat “Asid Test” yang mana Agama Islam, Hak keistimewaan Orang Melayu, Kontrak Sosial dan  Institusi Raja-Raja Melayu terus dipermainkan oleh pembangkang.


9. Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional tidak lagi mendapat majoriti 2/3 sejak Pilihanraya Umum ke 12 dan lebih parah lagi dalam Pilihanraya ke 13 hanya mendapat 138 kerusi.

10. Semasa PM Najib Razak mengambil-alih tampuk pemerintahan Kerajaan Malaysia dari PM Abdullah Badawi keadaan politik dalam Negara amatlah kucar-kacir. Keadaan Negara amatlah genting ketika itu. Indeks prestasi menunjukan Kerajaan Barisan Nasional boleh kalah dengan teruk jika pilihanraya umum berlaku pada ketika itu. Lihat saja pada 10 pilihanraya kecil yang pertama bagaimana BN kalah ditangan pembangkang pada ketika itu.



11. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat (EO) dan Akta Hasutan menjadi tulang belakang kepada Negara sejak sekian lama. Lebih bersifat “pain killer”. Melihatkan Kerajaan Barisan Nasional terumbang ambing pada ketika itu, PM Najib Razak telah mengambil keputusan yang tidak popular untuk memansuhkan ketiga-tiga akta ini.

12. Ini kerana ketiga-tiga akta ini adalah bersifat budi bicara kerajaan dalam menentukan hukuman dan ia terdedah kepada penyelewengan. PM Najib Razak sebenarnya telah mengambil satu langkah kehadapan sebenarnya. Andaikan DAP mengambil-alih pentadbiran kerajaan persekutuan. (Na’uzubillah min zalik- minta-minta dijauhkan perkara ini dari terjadi) Kerajaan Barisan Nasional kalah dalam pilihanraya yang lalu bagaimanakah nasib kita para ahli politik UMNO, cybertrooper BN, JASA, BTN, KEMAS dan sebagainya. Sebenar inilah akta-akta yang akan menjerut leher kita orang-orang Melayu. Dengan rekod memerintah Pulau Pinang, dengan ketiga-tiga akta ini masih ada apakah nasib kita saudara-saudara sebangsaku sekalian.

13. Walaupun gelora pasca pemansuhan ketiga-tiga akta ini lebih hangat namun kita yakin Kerajaan Barisan Nasional mampu menanggani krisis ini.

14. Hari ini kita malaungkan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan, memohon Ordinan Darurat di kembalikan, memohon ikhsan agar Akta Hasutan dikekalkan sedangkan kita sendiri orang-orang melayu masih bercakaran, sibuk menguruskan tembolok sendiri dari memenangkan Barisan Nasional pada pilihanraya.

15. Kepada perayu-perayu yang memohon ketiga-tiga akta ini dikembalikan (termasuk diri ini), andaikata kita mahu ini terjadi semula, ayuh PASTIKAN Kerajaan Barisan Nasional mendapat majority 2/3 pada pilihanraya umum ke 14. Kepada pencinta-pencinta keharmonian dan pencinta-pencinta kedamaian, kita telah melihat bagaimana kedamaian Malaysia pada hari ini telah diragut oleh tangan-tangan ghaib yang cuba mengucarkacirkan Malaysia. Cukuplah kita bereksperimen. Inilah hasil eksperimen kita.




2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036

    ReplyDelete