mykmu.net

Wednesday, 15 October 2014

MISI KEMANUSIAN DAN IBADAH KORBAN BERSAMA KOMUNITI MUSLIM FILIPINA




1. MH baru-baru ini telah menyertai rombongan Malaysian Relief Agency (MRA) bersama Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL-RCMP) mengadakan Misi kemanusian dan Ibadah Korban di Hanaya San Remigo, Filipina. Untuk makluman pembaca  Hanaya San Remigo merupakan kawasan yang ditimpa bencana Taufan Haiyan pada awal tahun ini dan penduduk disini berketurunan Visayan dan berkomunikasi Visayan.

2. Ketibaan kami disambut oleh Saudara Abu Bakr Arabis, ketua masyarakat Islam Hanaya San  Remigo yang juga   bekas Pastor yang pernah khidmat selama 17 tahun di Gereja San Remigo. MH dan rakan-rakan dibawa ke Cebu Madinah Mosque Community Centre untuk bermalam.

3. Keadaan umat Islam di Hanaya San Remigo amatlah daif. Kira-kira 50 keluarga Islam menghuni disini dan majoriti mereka adalah miskin dan daif. Menurut Saudara Abu Bakr Arabis, komuniti Islam di sini hanya bermula pada tahun 2005 dan sehingga setakat ini beliau telah berjaya mengislamkan hampir 100 orang masyarakat Hagnaya San Remigo. Permulaan Islam disini pada 2005 amatlah meyedihkan dimana ketika umat Islam bersolat mereka telah dibaling dengan batu.




Pemandangan di sekitar San Remigo Hagnaya


4. Berkat doa umat Islam disini, kini penduduk tempatan mula menerima kehadiran masyarakat Islam disisi mereka. Pada tahun 2007 menerusi sumbangan sebuah keluarga Islam dari Kanada, sebuah Masjid yang pertama di utara Pulau Cebu telah berjaya didirikan. Masjid yang dinamakan Masjid Madinah, Hagnaya Cebu walaupun belum siap sepenuhnya, tetapi ia telah digunakan sebagai pusat aktiviti Islam dan kemasyarakatan.

5. Allah tidak menurun musibah melainkan disebaliknya ada hikmah yang tersembunyi. Taufan Haiyan, antara taufan yang terkuat didunia telah menjadikan masyarakat Islam diutara Pulau Cebu ini mula dikenali. Disebalik kemusnahan kediaman dan harta benda penduduk Masjid Madinah tetap berdiri teguh disebalik taufan yang paling ganas didunia. Hanya beberapa keping atap masjid ini yang dilarikan. Teringat MH kepada Masjid Ar-Rahman di Acheh yang tetap berdiri teguh semasa Tsunami Acheh pada 2004.


Solat Jumaat di Masjid Madinah utara Pulau Cebu 

6. MH berpeluang menaikan solat jumaat dan solat-solat fardhu yang lain sepanjang MH berada disini. Terasa amat kerdil diri ini bersolat di masjid yang penuh Barokah ini. Bersolat disini mengingatkan MH kepada permulaan dakwah Islamiyah yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW. Solat Jumaat yang turut disertai oleh jemaah wanita dan disetiap akhir solat waktu pulak disudahi dengan tazkirah ringkas mengingatkan MH kepada dakwah Baginda.



Wajah-wajah generasi pertama Islam disini

7. Generasi Islam di utara Pulau Cebu ini merupakan generasi Islam yang pertama disini. Masih banyak bimbingan yang diperlukan oleh masyarakat disini. Taufan Haiyan telah membuka mata Malaysian Relief Agency (MRA) tentang kewujudan masyarakat Islam disini. Lanjutan daripada itu MRA telah membuka pusat disini bagi membantu umat Islam disini.

8. Banyak agensi telah datang ke sini menerusi MRA. Antara misi bantuan yang amat significant adalah misi bantuan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang telah mendirikan tandas dan rumah transit bagi sukarelawan MRA yang berkunjung disini. Terima kasih diucapkan kepada Pergerakan Puteri UMNO.



Terima kasih kepada Puteri UMNO Malaysia kerana menyediakan rumah pesinggahan ini kepada sukarelawan MRA 

9. Masyarakat Islam disini menyambut kedatangan Aidil Adha sehari lebih awal dari Malaysia. MH yang berada beberapa hari lebih awal pada mulanya ingin meninjau persiapan masyarakat disini menyambut Aidil Adha. Malangnya akibat kesusahan dan kedaifan tiada persiapan yang dibuat oleh masyarakat disini. Pagi Aidil Adha adalah seperti hari-hari biasa yang dilalui. Terpancar jerih perit kehidupan diwajah mereka.


Juadah simple di pagi Aidil Adha

10. Ibadah Korban yang dianjurkan oleh MRA Malaysia ini merupakan limpahan rezeki dari Malaysia untuk masyarakat Islam disini. Kali ini penduduk disini menerima kejutan. Sebanyak 7 ekor lembu telah dikorban untuk masyarakat disini berbanding hanya seekor pada tahun lepas. Rupanya daging lembu merupakan makanan mewah bagi masyarakat disini.

11. Daging korban dan juga beras diagihkan kepada masyrakat Islam bukan Islam. Ini dilihat sebagai satu medium dakwah. Harga daging lembu yang mencecah RM40 sekilo, jika dibandingkan dengan purata pendapatan penduduk setempat hanya RM15 sehari merupakan satu nikmat kepada mereka.




12. Ketika umat Islam di Malaysia menyambut Aidil Adha, kami Hagnaya ini sibuk mengadakan medical check-up untuk penduduk tempatan. Sambutan yang begitu hangat menyebabkan kami tidak menang tangan melayan. Seramai 250 orang penduduk telah datang untuk mendapatkan rawatan. 


13. Pemeriksaan kesihatan kali ini di Ketuai oleh Prof Dr Abdul Karim Russ dari UniKL-RCMP turut disertai oleh doktor-doktor tempatan. Apa yang lebih membanggakan pemeriksaan kesihatan ini turut mendapat kerjasama dari Datuk Bandar Pulau Cebu dan juga Pasukan Rescue Filipina (pasukan seperti JPAM Malaysia)





Sambutan penduduk tempatan ketika madical check-up MRA

14. Aktiviti kemanusian melibatkan aktiviti kemasyarakatan seperti program penjagaan kebersihan diri, bimbingan mukhaddam bagi kanak-kanak dan juga mualaf, mengambil wuduk dan juga smart solat. 





15. Kelas bimbingan mukhaddam diadakan pada setiap malam kami berada disana selapas solat maghrib dan sambutan yang diterima amat menggalakan. Kanak-kanak dan mualaf dilihat begitu dahagakan ilmu terutamanya ilmu keagamaan Islam.  




16. MH menemubual Bilal Masjid Madinah Cebu, Saudara Abdul Rahman menyatakan beliau amat berminat untuk datang ke Malaysia bagi mempelajari agama Islam. Kepada pihak-pihak yang berminat untuk membawa beliau ke Malaysia bolehlah menghubungi MH melalui email.


Bilal Abdul Rahman yang begitu dahagakan ilmu mengenai Islam. Ada sapa-sapa tak nak bawak dia ke Malaysia? 


17. Pasca bencana Taufan Haiyan, MH melihat masyarakat tempatan mula menerima kehadiran masyarakat Islam dengan baik. Masyarakat disini mula melihat keindahan Islam dengan pembukaan Pusat Islam disini atas inisiatif MRA Malaysia. 

18. Kira-kira 50 orang kanak-kanak menghabiskan waktu mereka selepas sekolah disini bagi mendapat bimbingan mukhadam dan solat berjemaah. Uniknya ibu bapa bukan beragama Islam juga menggalakan anak-anak mereka memeluk Islam. Ini kerana keindahan akhlak Islam dan menutup aurat menurut Sabrina, remaja yang berusia 15 tahun. 

19. Melihat otai-otai disini berhujah dan berdebat mengenai Islam dengan masyarakat bukan Islam disini menimbulkan kekaguman kepada MH. Inilah yang perlu kita pelajari selain dari dakwah menerusi akhlak. 



4 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

      Delete
    2. Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111




      (((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







      Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111

      Delete