1. KOTA BHARU : Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam
menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam
serta pelaksanaan hukum hudud.
2. Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata,
umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau
menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut
membawa kemenangan kepada DAP.
3. Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan
MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi
iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.
4. "Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara,
mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama
rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak
DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.
6. "Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa
disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab
mereka satu pakatan," katanya kepada Utusan Malaysia disini hari
ini.Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia
(Perkasa),
7. Datuk Ibrahim Ali yang mempersoalkan hukum dalam Islam
mengenai tindakan ahli PAS mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum ke 13. Menurut
Ibrahim, persoalan itu perlu dijawab Pas kerana
adalah jelas pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti
tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan
perlaksanaan hukum hudud.
8. Mengulas lanjut, Abdullah berkata, DAP berbeza dengan MCA
dan MIC yang menjalin kerjasama dengan UMNO dalam BN kerana parti tersebut
tidak bermusuhan dengan Islam malah sedia menerima pemerintahan Islam.
9. "Sebaliknya, DAP tidak mahu, mereka mahu hak samarata,
tidak mahu tinggi rendah, tidak Mahu Islam tinggi, sifat harbi mereka sangat
jelas iaitu menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam.
10. "Saya menyeru orang melayu dan umat Islam supaya pada
pilihan raya umum akan datang jangan sokong Pas yang masih tidak mahu keluar
daripada pakatan pembangkang, sokong Umno dan BN supaya orang melayu dan syiar
Islam terus dimartabatkan," katanya.
*Petikan dari Utusan Malaysia 8/8/12
11. Sokong DAP Haram, itu kata putus para Ulama. Sebabnya, DAP menentang Islam dengan tegas
dan lantang. DAP juga sudah terserlah
sebagai parti yang tegar memperjuangkan agama Kristian serta mempunyai agenda
jelas tidak menerima Raja-raja Melayu (yang melindungi kedudukan agama Islam di
Malaysia) serta tidak senang dengan Islam sebagai agama rasmi.
12. Kemungkinan besar, tidak salah jika dikatakan bahawa DAP
berada di belakang isu murtad di Selangor kerana jelas mereka memberi sokongan
kalau pun tidak membela atau menjadi dalang dalam isu ini.
13. Namun, PAS tetap teguh bersama DAP, cuba menutup dan
memperkecilkan isu murtad malah sanggup menyepak keluar Dato’ Dr. Hasan Ali
yang lantang membangkitkan isu tersebut.
14. Maka seluruh umat Islam di Malaysia menjadi hairan bagaimana
PAS yang begitu takbur mendabik dada sebagai parti Islam ekstrem, yang pernah
bermimpi untuk memisahkan wanita dan lelaki di pasaraya, bas, kolam renang dan
menghukum sesiapa saja yang tidak berpakaian mengikut ‘standard’ pemakaian
mereka serta menganggap selagi terdapat botol arak di Malaysia, maka kerajaan
Malaysia wajib ditentang kerana sekular atau kafir, kini memandang sebelah mata
sahaja akan isu murtad.
15. Sedangkan ‘murtad’ adalah sehabis besar isu bagi umat Islam
kerana ia melibatkan umat meninggalkan agamanya. Tiada apa lagi yang jauh lebih besar atau
lebih tragik daripada seorang Muslim menjadi murtad.
16. Oleh itu, kita hanya mampu menggelengkan kepala melihat
bagaimana PAS telah memperkecilkan isu yang sebegitu besar, hanya kerana ingin
terus bersama DAP.
17. Namun, apa yang nak dihairankan dengan sikap PAS sedangkan
prinsip untuk menegakkan Negara Islam juga sudah lama digadai mereka gara-gara
begitu teruja atau ‘gila’ untuk bersama bergandingan tangan dengan DAP menuju
ke Putrajaya. Hanya akhir-akhir ini,
soal hudud dipolitikkan semula memandangkan Pilihanraya sudah semakin hampir.
18. Kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud
mengenai hukum haram bekerjasama dengan DAP membuktikan ‘kegilaan’ PAS demi
mengejar kuasa politik. Menurut beliau,
“adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia
dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui
UMNO”.
19. Ertinya, beliau mengaku adalah haram untuk bekerjasa dengan
DAP yang menentang Islam tetapi ia dibolehkan bagi menentang UMNO/BN yang
didakwanya menentang Islam juga.
20. Nampaknya, PAS meletakkan UMNO/BN yang telah membina
beribu-ribu masjid, melahirkan begitu banyak ‘Ulama’ dalam berbagai bidang,
menjaga kebajikan rakyat, memelihara keamanan dan menyeru kepada perpaduan
sepertimana yang dituntut Islam, sebagai jauh lebih ‘kafir’ dari kafir harbi DAP.
21. Dalam ertikata lain, PAS sanggup menjatuhkan saudara seagama
demi untuk berkongsi kuasa dengan kafir harbi.
22. Ini adalah pendirian PAS seperti yang telah ditegaskan oleh
Ketua Dewan Ulama mereka sendiri. Ia
diungkapkan dalam ayat yang mudah untuk difahami, jelas serta tidak
diputar-belit oleh sesiapa.
23. Kini, para Ulama telah pun menyatakan hukum bekerjasama
dengan DAP mengikut Islam iaitu haram, dan Dewan Ulama PAS juga telah
menyatakan hukumnya mengikut ideologi PAS iaitu harus.
24. Jelas, PAS telah memilih untuk mengutamakan politik dari
agama maka dengan itu tiada guna lagi bagi kita mempersoalkan pendirian mahupun
hala tuju parti tersebut selepas ini.
25. Justeru, mulai hari ini, kita semua wajar berhenti dari
merasa hairan dengan segala tindak tanduk PAS yang bertentangan dengan
Islam.
26. Kita wajar menerima hakikat bahawa PAS sudah begitu selesa,
gembira dan tenang bergandingan dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO, menuju ke
puncak kuasa bersama-sama. Untuk itu,
Islam dan hukum-hakamnya sentiasa perlu diubah untuk disesuaikan dengan
kehendak Kristian-DAP agar kerjasama mereka kekal utuh.
27. Apa yang tinggal kini ialah terpulanglah kepada para
Muslimin Muslimat di dalam PAS untuk memilih Islam ataupun PAS.
No comments:
Post a Comment