1. Dalam umat Islam kelam-kabut membuat persiapan Hari Raya,
parti Pakatan Rakyat pula kelam-kabut membuat persiapan Pilihanraya.
2. Ini kerana PR sehingga kini bukan sahaja belum dapat
memuktamadkan kerusi dan calon tetapi juga masih bertelagah soal hala tuju
pemerintahan sekiranya menang nanti.
Soal hudud nampaknya masih belum ada penyelesaian di mana PAS
terhegeh-hegeh menyorong pipi, sedia akur
dengan ‘penentangan’ DAP asalkan DAP masih bersama mereka, tetapi DAP
pula tidak dapat menerima pendirian PAS untuk terus bercakap tentang hudud apa
lagi melaksanakannya. Sekiranya perkara
ini tidak boleh diputuskan sebelum PRU-13, bagaimana PR mengharapkan rakyat
memberi mandat kepada mereka?
3. Itu belum lagi dikira masalah dalaman parti dan
negeri-negeri di bawah jajahan mereka.
Cakap-cakap kedai kopi dan sekilas pandang secara rambang, antara negeri
yang hampir pasti jatuh kembali ke tangan Barisan Nasional ialah negeri
Kedah.
4. Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak diketahui kerap
menjadi tumpuan media, bukan sangat kerana isu, tetapi kerana personalitinya
yang panas baran dan tidak peduli atau bahasa kasar orang putih ‘don’t give a
damn’. Oleh kerana personalitinya ini,
beliau telah mengumpul musuh yang semakin ramai sejak memegang tampuk
pemerintahan negeri itu.
5. Lebih buruk lagi apabila beliau membuka ruang yang begitu
luas kepada musuh untuk menembaknya dari segenap arah. Ini kerana beliau dikenali sebagai seorang MB
yang tidak tahu apa-apa dan tidak mahu ambil tahu mengenai apa-apa jua. Jika dikritik, beliau menafi. Jika disoal, beliau melenting. Akhirnya, satu masalah pun tidak dapat
diselesaikan dan satu projek pun tidak dapat dijayakan sepanjang hampir
sepenggal pemerintahan.
6. Akibat terlalu angkuh dan tidak peka, Azizan dipergunakan
oleh musuh-musuh yang menyamar sebagai kawannya. Cerita mereka, mudah sekali untuk mengsabotaj
Azizan kerana beliau akan mempercayai siapa saja yang ingin dipercayainya dan
siapa yang bijak meraih kepercayaannya pasti akan memperoleh keuntungan. Pendek kata, beliau mudah ditipu hidup-hidup
di depan batang hidungnya sendiri tanpa beliau mengesyaki apa-apa.
7. Musuh paling bahaya bagi Azizan bukanlah parti lawan atau
UMNO, tetapi dari dalam partinya sendiri iaitu PAS. Malah, dalam banyak hal, PAS Pusat juga
mengambil sikap ‘dingin’ terhadap Azizan dalam banyak hal akibat terpengaruh
dengan musuh-musuh beliau yang licik-licik belaka.
8. Jika rakyat Kedah sebelum ini ingin ‘mengajar’ UMNO dengan
menyerahkan mandat kepada PAS tetapi kini rakyat sudah sedar bahawa
seburuk-buruk UMNO sebelum ini, lebih buruk lagi PAS yang bertopengkan Islam,
dungu lagi licik dan jahat. UMNO
walaupun dituduh korup dan bermacam-macam lagi, tidak pernah pun memangsakan
rakyat.
9. Namun, di bawah kerajaan ‘Islam’ PAS, rakyat Kedah terpaksa
menanggung tariff air yang tinggi dan menghidu bau busuk sampah di sekitar
bandar Alor Setar setiap hari.
Jalan-jalanraya juga tidak diselenggara dengan baik, melainkan di
hadapan rumah yang didiami MB sendiri.
10. Setelah 4 tahun berlalu, terserlahlah sudah sikap kerajaan
PAS Kedah yang tidak prihatin dengan segala rungutan rakyat termasuk dalam isu
perobohan madrasah, tanah rizab Melayu yang bakal dijadikan jirat Cina, masalah
banjir dan pencemaran sungai akibat pembalakan yang berleluasa serta masalah
KUIN yang dibiarkan sehingga meruncing dan tidak dapat dikawal.
11. Semua masalah yang berlaku ini pula ditudingkan kepada UMNO
tanpa memikirkan apa-apa penyelesaian.
12. Lebih malang bagi PAS kerana PAS Kedah juga ketandusan
pemimpin yang berwibawa untuk dijadikan pengganti Azizan. Semua orang tahu bahawa kalau ada pun
pemimpin PAS yang menonjol dari Kedah, semuanya hanya menjadi bahan lawak
jenaka rakyat kerana kebodohan mereka yang ketara, antaranya, Mat Sabu dan
Mahfuz Omar yang hanya tahu memaki hamun dan mengeluarkan kenyataan
merapu. Yang lainnya pula begitu
kampungan dan tidak boleh dibawa ke tepi, ke tengah dan majlis-majlis rasmi di
peringkat kerajaan, diRaja, kebangsaan jauh sekali global. Malah, Azizan sendiri sering merungut
mengenai sikap para Exco yang memalukan dan tidak sesuai serta tidak dapat
mengadaptasi cara bekerja dengan sebenar-benarnya.
12. Seorang dua yang ‘professional’ di kalangan PAS Kedah pula,
semuanya licik mempergunakan Azizan untuk mengaut wang negeri demi kepentingan
diri.
13. Dengan pusat-pusat hiburan yang bercambah dan tidak dapat
disembunyikan lagi dari mata rakyat, PAS sudah kehilangan kredibiliti sebagai
parti Islam yang menjadi penyebab utama rakyat Kedah mengundi mereka sebelum
ini. Sila baca disini dan disini
14. Justeru, isyarat yang diterima dari sumber dalaman PAS
menyatakan bahawa secara diam-diam, PAS sudah pun ‘menerima’ kekalahan mereka
di Kedah dan mula menumpukan kepada negeri-negeri lain bagi memastikan
kemenangan di dalam Pilihanraya nanti.
Apa yang lebih ‘menyakitkan hati’ PAS ialah, sikap MB Kedah yang masih
terus menafi dan ‘mempersetankan’ apa saja teguran terhadapnya.
15. Kini, satu persoalan yang tinggal ialah, apakah UMNO telah
bersedia meranapkan PAS di Kedah?
Sesungguhnya, PAS Kedah telah pun cedera parah dan hanya menunggu
tusukan maut keris UMNO untuk mengakhiri penderitaan rakyat.
No comments:
Post a Comment