mykmu.net

Monday, 6 August 2012

JELAS TERBUKTI KERAJAAN PKR SELANGOR GAGAL MENTADBIR DAN MENGURUSKAN UNISEL








1. Jika pada tahun 2009, kerajaan PR Selangor telah menunjukkan kelemahan dengan terpaksa memohon bajet tambahan sebanyak dua kali dalam masa enam bulan selepas bajet dibentangkan, ia mungkin disebabkan mereka tidak mempunyai pengalaman mengurus negeri.  

2. Tetapi apabila sudah hampir sepenggal memerintah dan kerajaan PR Selangor masih lagi melakukan kesilapan dan terlepas pandang di sana-sini, terutamanya dalam soal yang membabitkan pendidikan yang menjadi tonggak janji mereka kepada rakyat, maka tidak salah jika kita mengisytiharkan secara rasmi bahawa PR sememangnya tidak mampu dan tidak layak memerintah negeri, jauh sekali negara.

3. BN ‘melepaskan’ Selangor kepada PR dalam keadaan negeri tersebut mempunyai simpanan berjumlah RM1.4 billion.    Selangor merupakan negeri yang kaya dengan penjanaan ekonomi yang pesat saban tahun sejak dari pemerintahan BN sekian lama. 

4. Pada tahun ini pula, kerajaan PR Selangor mengumumkan simpanan berjumlah RM2.2 billion.  

5. Dengan itu, Dato’ Seri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, dalam beberapa kenyataan medianya sering bermegah dengan kemampuan kepimpinannya menambah pendapatan negeri.   Begitu juga dengan Azmin Ali dan beberapa pemimpin PR yang lain sering mendabik dada sebagai bijak mentadbir kewangan sehingga mampu menjanjikan pendidikan percuma kepada semua sekiranya mereka memerintah Malaysia. 

6. Namun, hari ini terbuktilah sudah, jangankan mentadbir negeri, tetapi sebuah universiti pun mereka tak mampu.   Jangankan memberi pendidikan percuma kepada lebih 600 buah pusat pengajian tinggi seluruh negara tetapi membayar kos penyelenggaraan dan asrama UNISEL dalam tempoh tidak sampai 2 tahun pun mereka tak mampu.  

7. Ini terjadi kerana kerajaan Selangor begitu berharap kepada yuran yang dibayar oleh pelajar untuk menampung semua kos yang terlibat dalam mengendali dan mengurus universiti itu tanpa mempunyai perancangan awal untuk mengatasi kekurangan bajet.   Akibatnya, yuran yang dibayar oleh pelajar berjumlah RM15 juta kepada UNISEL tidak sampai ke tangan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab menguruskan kediaman dan penyelenggaraan asrama. 

8. Akibatnya, pejabat operasi JNSB ditutup pada ketika sessi pendaftaran bermula kerana kakitangan mereka tidak menerima gaji. 

9. Tentulah pelik sekali apabila PR memperjuangkan pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN kerana “mementingkan pendidikan” tetapi di masa yang sama “mengabaikan kepentingan pendidikan” sehingga membiarkan pelajar-pelajar UNISEL dan kakitangan JNSB menjadi mangsa.

10. Perkara yang hampir sama juga berlaku di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah yang ditadbir oleh kerajaan PAS sehingga membawa kepada demonstrasi menuntut perletakkan jawatan rektor setelah kecewa dengan kerajaan negeri yang tidak ambil peduli. 

11. Kegagalan kerajaan Selangor untuk mendahulukan simpanan negeri yang didakwa mereka sebagai banyak bagi menangani masalah UNISEL membuktikan bahawa PR tidak mengutamakan pendidikan.    Sama ada ini benar, ataupun sememangnya PR enggan membayar hutang kepada JNSB kerana berpegang kepada prinsip bahawa hutang tidak perlu dibayar sepertimana pendirian mereka dalam isu PTPTN.  

12. Atau mungkin juga kerajaan negeri sememangnya tidak ada wang dan segala apa yang diumumkan dalam bajet mereka hanyalah penipuan semata-mata.

13. Namun, ini juga tidak mungkin benar kerana kerajaan negeri Selangor telah mengesahkan akan menyumbangkan sejumlah RM500,000 untuk menampung kos guaman Rafizi Ramli dalam kes melanggar BAFIA.   Dan ini bukan kali pertama kerajaan negeri menyalahgunakan wang negeri untuk menampung kos guaman pemimpin atau wakil rakyat PR yang melanggar undang-undang.  Sebelum ini, kerajaan negeri telah pun menanggung kos guaman ADUN Seri Muda yang dihadapkan ke mahkamah atas kes menghina Sultan. 

14. Menggunakan wang negeri untuk menanggung kes peribadi dan kes politik yang tiada kena mengena dengan rakyat sudah cukup untuk menunjukkan yang kerajaan negeri Selangor amatlah tidak bertanggungjawab sekali.  Bukankah lebih baik wang ini digunakan bagi mengatasi masalah UNISEL dan masalah-masalah lain yang berkaitan secara langsung dengan hidup rakyat? 

15. Apa yang berlaku membuatkan rakyat semakin curiga dengan kerajaan negeri Selangor.  Rata-rata menyatakan kehairanan kenapa Menteri Besar gagal menangani masalah yang sebegitu kecil, seperti bayaran hutang kepada kontraktor penyelenggaraan di sebuah universiti?  Jawapan kerajaan negeri bahawa tumpuan diberikan kepada operasi universiti dan enggan menyusahkan diri dengan masalah penyelenggaraan asrama menunjukkan yang beliau langsung tidak prihatin dan menganggap perkara ini remeh. 

16. Justeru, kita ingin bertanya, siapa atau apakah ‘rakyat’ di mata PR?  Babu? Hamba? Anjing yang hanya perlu mengikut cakap mereka?  

Apakah erti slogan PR ‘Demi Rakyat’ jika rakyat yang perlu berkorban ‘Demi Pemimpin’?



No comments:

Post a Comment