2. Menurut sumber-sumber dari saudara terdekat beliau,
mereka sendiri berat untuk mengizinkan beliau bertanding dalam PRU-13 dan
mendesak beliau agar memikirkan kesihatan serta menghabiskan waktu dengan
keluarga. Tidak berbaloi kata mereka,
untuk menghadapi segala ancaman, ugutan dan serangan semata-mata untuk
mempertahankan jawatan.
3. Walaupun media enggan memainkan isu ini, namun di
kalangan rakyat Kedah sudah sedia maklum tentang bagaimana Dato’ Seri Azizan
Razak diserang dari berbagai arah dengan ilmu hitam oleh musuh-musuh
politiknya. Lebih pelik lagi, yang
terlibat ‘menyerang’ beliau bukannya dari parti lawan, tetapi dari dalam PAS
sendiri.
4. Dikhabarkan juga, seorang exco yang pernah menuntut agar
Dato’ Seri Azizan meletakkan jawatan telah berkata dengan bongkak dan yakin
bahawa Azizan hanya akan dapat bertahan sehingga Jumaat (24hb Ogos) itu
sahaja. Kata-kata ini dihamburkan dalam
jamuan raya di rumahnya dan dapat didengar oleh begitu ramai hadirin.
5. Ironinya, keadaan Dato’ Seri Azizan benar-benar kritikal
pada malam 24 Ogos tersebut sehingga memaksa sanak-saudara menghalangnya dari
menghadiri Rumah Terbuka anjurannya pada keesokkannya. Doktor telah mengesahkan bahawa jantung,
tekanan darah dan gula di dalam badan Dato’ Seri Azizan adalah dalam keadaan
normal tetapi entah kenapa beliau semakin teruk sehingga tidak dapat berbual
seperti biasa, lupa serta meracau.
6. Justeru, persoalan yang melanda rakyat Kedah dan
terutamanya, keluarga Dato’ Seri Azizan ialah apakah exco yang disebut di atas
ada kena mengena dengan apa yang berlaku itu?
7. Jika benar, bagaimana sebuah parti yang memperjuangkan
Islam sanggup menggunakan ilmu hitam atau sihir untuk menjatuhkan
lawannya? Tidakkah mereka tahu dan
tidakkah tok-tok guru mereka mengingatkan bahawa sihir adalah perbuatan syirik
dan syirik adalah dosa yang paling besar yakni, tiada dosa lain yang lebih
besar darinya?
8. Tidak mungkin pemimpin-pemimpin parti Islam ini jahil
sehingga tidak tahu akan akibat dosa syirik?
Lebih dari itu, digunakan pula untuk menyebabkan kesakitan dan
penderitaan terhadap orang lain iaitu saudara seagama.
Nampaknya, PAS benar-benar sanggup melakukan apa saja
demi kuasa.
9. Sehingga kini, PAS telah menggadaikan Negara Islam,
walaupun enggan mengakuinya. PAS telah
pun mempersetankan bangsa Melayu, walaupun kini kembali terhegeh-hegeh membela
Melayu. PAS telah pun menghalalkan
khalwat, zina dan liwat di kalangan pemimpin mereka dan pemimpin parti
sekutu. PAS sanggup sehidup semati
dengan kafir harbi. PAS sanggup menerima
puak Syiah. PAS sanggup berarak di belakang
pejuang murtad dan LGBT. PAS sudah tidak
kisahkan kilang arak dan pusat-pusat maksiat yang tumbuh bagai cendawan di
negeri-negeri yang diperintah PR.
10. Tetapi, untuk PAS mengamalkan sihir dan menyirikkan Allah
S.W.T adalah amat keterlaluan.
11. Pendek kata, kalau sudah syirik, tak payahlah lagi
menggunakan nama Islam. Kalau sudah
syirik, maka apa jua yang PAS katakan atau amalkan sudah tidak membawa apa-apa
makna lagi.
12. Walaupun UMNO bertekad untuk merampas kembali Kedah,
tetapi UMNO tidak akan sekali-kali menggunakan cara syaitan. UMNO bekerja secara professional dan boleh
menerima kekalahan dengan baik. Bagi
UMNO, PAS juga adalah saudara seagama dan tidak akan sekali-kali menganiayai
sesiapa dan UMNO telah pun membuktikannya.
13. Oleh itu, UMNO mendoakan Dato’ Seri Azizan Razak segala
kekuatan untuk menentang kejahatan dari syaitan dan juga manusia. Jika berpeluang berentap lagi dalam PRU kali
ini, kita pasti akan berhadapan dengan Dato’ Seri Azizan secara anak jantan,
dan bukan dengan cara syaitan.
14. Semoga cepat sembuh, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir
Batin kami ucapkan kepada Dato’ Seri Azizan.
Kita harap, individu yang bertanggungjawab menyerang Dato’ Seri, akan
segera insaf, bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
No comments:
Post a Comment