1.FAKTOR cina adalah satu-satunya alasan DAP untuk mengatakan
bahawa mereka layak berkuasa sekali lagi di Pulau Pinang selepas PRU ke 13
berakhir. Guan Eng begitu yakin dengan
undi cina sehingga dalam satu kejadian di Tanjung Bungah beberapa minggu lepas,
Guan Eng dengan selamba meminta Pengerusi Jawatankuasa Penduduk yang membantah
projek perumahan lereng bukit di kawasan tersebut, supaya mengundi BN.
2. Begitulah takbur dan riak Guan Eng kerana memikirkan undi
cina sudah 100% akan memihak kepada DAP.
3.Tapi tanpa Guan Eng sedar, pengundi cina sekarang (terutama
di Pulau Pinang), lebih cenderung untuk menjadi pengundi atas pagar. Paling ketara, sejak perhimpunan Bersih 3.0
April lepas berakhir dengan keganasan dan rusuhan. Orang cina semakin sedar bahawa DAP membiarkan
parti itu diperalatkan Anwar Ibrahim untuk kepentingan peribadinya semata-mata.
4. Satu perkara lain yang tidak kurang penting, selama hari
ini, rakyat sekadar dimomokkan dengan tema ketelusan, keterbukaan dan seumpama
dengannya yang didakwa diamalkan DAP.
Penubuhan jawatankuasa CAT (Competency, Accountability and Transparency)
di peringkat DUN sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang pada 2008,
seakan-akan membuktikan kebenaran tanggapan itu.
5. Tapi sebaliknya pula yang berlaku selepas puak-puak ini
berkuasa. Sepanjang 4 tahun ini, tidak
banyak yang boleh disebut tentang ketelusan dan keterbukaan DAP. Sebaliknya yang berlaku, Ketua Menterinya
sedang mencapai tahap dictator, sebarang kritikan (walaupun kecil), akan diugut
dengan saman.
6. DAP juga gagal mengendalikan perhubungan kaum dengan
baik. Terang dan jelas, keutamaan
diberikan sepenuhnya kepada orang cina sementara orang Melayu
dipinggirkan. Satu kajian pada 2011
menunjukkan, jumlah orang Melayu di bahagian pulau menyusut sebanyak 70% sejak
DAP mengambil alih kerajaan negeri pada 2008.
7. Ramai orang cina sendiri (terutama peniaga) yang tidak
senang dengan pendekatan ini kerana ia seolah-olah ‘mencuri’ pelanggan
mereka. Umum tahu bahawa orang Melayu
adalah kuasa pengguna terbesar di Pulau Pinang, sementara orang cina mengawal bidang
perniagaan.
8. Taktik yang digunakan ialah dengan membeli tanah milik orang
Melayu dengan harga 2 kali ganda dari harga pasaran dan memaksa mereka
berpindah ke tanah besar. Inilah juga
sebabnya kenapa harga hartanah di Pulau Pinang, jauh lebih mahal dari harga
hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.
Tidak hairan kenapa sepanjang tempoh 4 tahun ini, DAP gagal melaksanakan
satu projek perumahan kos rendah pun untuk keperluan rakyat berpendapatan
rendah dan sederhana.
9. Mana ada untung beli tanah mahal-mahal, selepas itu bina
rumah kos rendah?
10. Kerakusan DAP tidak terhenti kepada tanah-tanah orang Melayu
yang dibeli, malah tanah yang sudah dirizabkan untuk pembinaan rumah kos rendah
pada zaman BN di jalan Zainal Abidin juga diserahkan kerajaan negeri kepada
pemaju untuk dibina sebuah hospital swasta.
Hakikatnya, hospital swasta itu belumpun mendapat kebenaran Kementerian
Kesihatan tapi hak rakyat untuk rumah kos rendah, sudah dinafikan Guan Eng.
11. Terbaru, Gerakan negeri pula mendedahkan bagaimana Guan Eng
gagal menamakan Pengerusi Lembaga Tender
Negeri yang baru seterusnya menimbulkan persoalan adakah kroni Guan Eng dan DAP
yang dilantik menduduki jawatan tersebut atau Guan Eng sendiri terlibat secara
langsung dalam Lembaga itu. Jika itu
benar, tidak hairan kenapa Guan Eng menjadi kesayangan pemaju tapi menjadi
kebencian rakyat dalam masa yang sama.
12. Selain dari itu, rakyat melihat sendiri susunan kegagalan
Guan Eng dan DAP sebagai Ketua Menteri dan parti memerintah melaksanakan janji
pilihanraya 2008. Masalah kesesakan
jalan raya yang dijanjikan parti tersebut untuk diselesaikan, masih berlarutan
sehingga sekarang, malah bertambah teruk.
Tol Sg Nyiur yang dijanjikan Guan Eng untuk dirobohkan dalam satu
demonstrasi yang diadakan pada 2007, masih beroperasi sehingga sekarang dan
banyak lagi sebenarnya kalau nak disebutkan disini.
14. Sementara BN negeri pula sedang mengalami proses evolusi
besar-besaran sejak Tan Sri Koh Tsu Koon melepaskan jawatan Pengerusi BN negeri
kepada Setiausaha Gerakan Negeri, Teng Chang Yeow.
15. Rakyat makin sedar, apa pun yang buruk dicakapkan DAP
mengenai pentadbiran terdahulu, satu yang diakui sendiri rakyat ialah BN tidak
pernah meminggirkan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk
memiliki rumah.
16. Maka itu, biarkanlah DAP dan Guan Eng terlena dengan
mimpi-mimpi indahnya, sementara rakyat dibawah menanti sahaja masa untuk
menghumbankan anak kelahiran Johor tapi bermaustatin di Melaka ini pulang ke
tempat dimana dia sepatutnya berada.
No comments:
Post a Comment