1. Apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957, dunia antarabangsa berkata sesama sendiri bahawa negara ini akan musnah dan terjerumus dalam konflik berdarah akibat rasnya terbahagi kepada tiga iaitu Melayu, Cina, India serta bumiputra yang lain.
2. Tidak ada negara
dalam dunia yang akan kekal aman apabila kaum-kaum minoriti ini dari segi
bilangan mengampiri jumlah kaum majoriti dan kuasa ekonomi pula dikuasai oleh
bukan anak bangsa.
3. Sri Lanka juga
merdeka dalam tempoh yang sama, negara pulau ini akan berjaya kerana
masyarakatnya Sinhalese dan Tamil berkongsi jurai keturunan yang sama – itulah
kata mereka (Sri Langka kemudian terjerumus dalam kancah perang perkauman
selama berpuluh tahun)
4. Di Selatan
Filiphina, bangsa Melayu yang dikenali sebagai orang Moro tersepit
dan dijarah dengan penjajahan budaya serta agama.
5. Dihimpit dari
pelbagai arah, akhirnya orang-orang Melayu Moro ini bangkit
dengan kekuatan senjata, menentang ketidakadilan dan berjuang dengan
titisan air mata dan darah untuk “survival” bangsa, budaya
dan agama.
6. Pelbagai doktrin
kejam dikenakan ke atas mereka tetapi akhirnya impian mereka menjadi
nyata apabila kerajaan Filiphina dan MILF digandingkan
oleh para pemimpin kita seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak dan Menteri Pertahanan DatukSeri Dr Zahid Hamidi bertemu
untuk berdamai.
7. Berbalik kepada Persekutuan
Tanah Melayu, akhirnya catur yang mereka (kuasa besar) mainkan gagal,
dengan izin Allah, Persekutuan Tanah Melayu terus wujud aman
dan negeri-negeri jiran yang berada di bawah naungan British,
mahu masuk ke dalam persekutuan itu apabila dikhabarkan sebuah negara baru
akan terbentuk iaitu MALAYSIA.
8. Minat Singapura, Brunei, Sarawak dan
Sabah yang mahu memasuki Malaysiaseolah-olah
tidak dapat dipercayai oleh negara jiran lain seperti Filiphina dan Indonesia.
9. Sarawak, Sabah dan
Brunei yang berada jauh dari kuasa pusat iaitu Kuala Lumpurseharusnya berada
di bawah Indonesia ataupun Filiphina.
10. Sekarang dunia
menggosok mata apabila akan muncul sebuah lagi negara baru,Filiphina dan Indonesia yang
merupakan “key player” di rantau ini menjadi kelam kabut,
laungan peperangan dan permusuhan mula dipalu dan menuduh bahawa Malaysia ini
merupakan sebahagian dari permainan imperialis penjajah.
11. Indonesia yang mana
presidennya sedang dipengaruhi komunis mula melancarkan konfrontasi.
12. Konfrontasi perang yang
kononnya dibuat untuk menghalau penjajah Inggeris dari bumi Sarawak dan Sabah akhirnya
ditumpukan pula ke atas orang-orang Melayu sendiri diSemenanjung Malaysia melalui pendaratan
askar payung terjun Indonesia ke Labis,Johor tetapi
mereka kesemua habis ditangkap atau dibunuh oleh askar-askar Melayu ketika
itu.
13. Askar-askar Melayu
yang sedang berkhidmat di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsaBersatu (PBB) di Kongo, Afrika terpaksa
dipanggil balik ke tanahair untuk mempertahankan ibu pertiwi.
14. Secara amnya, kuasa
tentera termasuk askar Melayu dan pasukan tentera British,Australia yang
berada di Sarawak dan Sabah tidak mencukupi
untuk mempertahankan negara baru ini dari serangan Indonesia yang ketika
itu merupakan satu kuasa yang cukup besar di Asia Tenggara.
15. Dengan izin Allah
sekali lagi, askar-askar Melayu ini berjaya menghalau
kebanyakkan tentera Indonesia dan gerilanya, sejarah dunia
mengiktiraf kejayaan askar-askar Melayuini menewaskan Indonesia.
16. Presiden Soekarno akhirnya
diguling dan Indonesia kemudian bergolak pada peringkat
dalaman, pertumpahan darah terjadi di antara mereka, jutaan rakyat pro
komunis kemudian diburu dan disembelih oleh pihak tentera dan rakyat yang
pro kepada ABRI.
SABAH DENGAN CINTA
TIGA SEGINYA
17. Indonesia sudah cedera
parah dan hampir K.O.
18. Kini Filiphina mencuba
nasib, apabila Indonesia melancarkan perang, Filiphina tidak
mengangkat muncung senjatanya ke arah Malaysia, Filiphina hanya
berani memutuskan hubungan diplomatik.
19. Menjelang hujung
60an, askar-askar Inggeris yang berada di Sarawak dan Sabah juga
sudah beransur kurang dan negara baru Malaysia pula
sedang bergelut dengan ancaman komunis termasuk di kawasan sempadan Kalimantan.
20. Filiphina tahu bahawa
sejarah Sabah mempunyai kaitan dengan Kesultanan Sulu.
21. Negara itu berada
dibawah seorang presiden yang berkaliber dan bercita-cita tinggi iaitu Ferdinand
Marcos.
22. Beliau mahu
mendapatkan Sabah yang kaya dengan pembalakkan tetapi
kekurangan kekuatan angkatan tenteranya merupakan faktor penghalang.
23. Dengan mengambil
kira kelemahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta kedudukan Kuala
Lumpur yang agak jauh, pihak presiden merangka satu operasi sulit yang
paling rahsia dalam sejarah Filiphina.
OPERASI MERDEKA :
SABAH HARUS DIRAMPAS
24. Misi rahsia ini
diberi gelar kod sebagai “OPERASI MERDEKA”.
25. Marcos kemudian
memujuk seramai 300 pemuda dari anak bangsa Melayu
Morountuk dilatih sebagai pasukan khas dan akan melaksanakan tugas-tugas
sabotaj serta clandestine di Sabah termasuk dengan tujuan
untuk menyemarakkan api permusuhan di antara rakyat Sabah ke
atas kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur.
26. Mereka semua
dilatih di sebuah kem khas di Pulau Corregidor, Filiphina dan Marcosmenyangka para
anak bangsa Melayu Moro ini akan gelap mata dengan kisah-kisah
dogeng bahawa kegemilangan kesultanan bangsa mereka akan berjaya
ditegakkan diSabah.
27. Siang malam para
pemuda ini dilatih dan pemikiran mereka didoktrinkan dengan kebencian ke atas Malaysia serta
kegemilangan bangsa Melayu Moro jika Sabah berjaya
ditawan.
28. Sehinggalah pada
satu malam..
29. Segalanya terjadi
dengan izin Allah, yang mengasihani kita semua dan mahu memelihara
negara ini dari segala api kebencian kerana sudah tertulis, negara ini akan
muncul untuk membantu banyak bangsa dan umat Islam yang teranianya dari Bosnia sampailah
ke Rohingya, sudah tertulis bahawa tanah-tanah milik Melayu ini
akan memberi perlindungan kepada mereka yang dizalimi
30. Para pejuang ini
menyedari bahawa ada sesuatu yang tidak kena apabila memikirkan tidak
ada satu titis noda dosa pun yang ditimpakan oleh para saudara mereka di Sabah,
khususnya Malaysia ke atas orang-orang Melayu
Moro ini.
31. Mengapa perlu sebab
mereka menentang dan membunuh saudara-saudara Islam dan sebangsa mereka di
negara baru ini iaitu Malaysia.
32. Mereka kemudian
nekad untuk balik ke kampung halaman masing-masing diMindanao walaupun mendapat
tentangan dari jurulatih dan komander Filiphina mereka.
33. Pasukan komando dan
tentera Filiphina kemudian memburu mereka, dengan senjata
terhunus, peluru-peluru tidak bermata ini menembusi tubuh-tubuh pejuang
bangsa Morotadi, gugurlah mereka syahid di tanahair sendiri.
34. Hujan turun lebat
pada malam itu, membawa aliran darah yang tersimbah untuk mencuci bumi dan
menghilangkan tangisan air mata dari para pejuang yang tidak putus-putus
menyebut kalimah “La Ilah Ha Il Allah” di saat-saat
menahan peri penderitaan dan kesakitan akibat tubuh dan nyawa yang
sedang nazak untuk ditarik Malaikat Maut.
35. Akhirnya 299
pejuang yang berani itu gugur syahid dalam peristiwa hitam yang
dikenali sebagai “Pembunuhan beramai-ramai Jabidah” yang
berlaku pada tahun 1968.
36. Musuh-musuh dan
para pembunuh ini fikir mereka mungkin mampu menyembunyikan dosa hitam
mereka tetapi mereka tidak menyedari, seorang dari mangsa pembunuhan
berama-ramai ini berjaya menyelamatkan diri dalam keadaan cedera parah
untuk balik ke kampungnya.
37. Habis dipanggil
seluruh kampung dan masyarakat serta orang-orang tua, para ustaz dan
ulamak bangsa Melayu Moro berkenaan untuk mengetahui
pembunuhan dan sembelihan beramai-ramai 299 pejuang mereka
yang ditipu oleh tentera Marcos.
38. Akibat dari
kejadian ini, masyarakat Islam dan Melayu Moro bangkit dengan
sejata dan pada zaman itu, Moro National Liberation Front (MNLF) ditubuhkan
di lokasi yang dirahsiakan di Malaysia.
39. MNLF kemudian
diganti dengan Moro National Liberation Front (MILF).
MALAYSIA STRIKES
BACK
40. Tahun 1981, Tun
Mahathir Mohamad mula berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia
menggantikan Allahyarham Tun Hussein yang meletak jawatan.
41. Tun tahu bahawa
para pejuang Moro ini sudah lama meminta bantuan Malaysia danTun tahu,
Tun Abdul Razak (ayah Najib) sudah menjalinkan hubungan yang
istimewa dengan para pejuang Moro ini.
42. Tidak ada tempat
lain untuk para pejuang yang teranianya ini untuk mengadu nasib dan
meminta perlindungan, latihan serta senjata kecuali kepada saudara-saudara
mereka yang berada dalam Malaysia ini.
43. Bantuan yang
dihulurkan oleh kerajaan Malaysia terus diberi tetapi harus
dirahsiakan kerana ini akan menjejaskan hubungan diplomatik di antara Kuala
Lumpur dengan Manilamalah jika ia bocor, ia akan
memberikan imej yang kurang menyenangkan mengenai negara ini di mata dunia.
44. Rakyat tidak ramai
yang mengetahui kisah ini dan saya seringkali merasa sedih kerana
ramai rakyat mudah memperlekehkan pemimpin sendiri, negara sendiri dan
angkatan tentera kita.
45. Di bawah Mahathir,
hubungan kerajaan Malaysia diteruskan untuk membantu para
pejuang Moro dan pada malam dingin, bot-bot laju milik komando
Malaysia bergerak membelah ombak dan mengharungi pekat malam
dengan berpandukan bintang di langit untuk menghantar bekalan senjata dan
peluru kepada saudara-saudara mereka diMindanao dan pulau-pulau di
sekitarnya.
46. Para pejuang dan
para komander mereka di bawa balik ke Semenanjung Malaysiauntuk
dilatih di kem-kem rahsia milik tentera dengan taktik peperangan gerila
yang baru sahaja membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menundukkan
ancaman pengganas komunis.
47. Ya saudara-saudara, Amerika
Syarikat (AS), Peranchis dan banyak lagi negara tersungkur
di bawah kaki komunis, tetapi Malaysia, kita menjadi
satu-satunya negara yang berjaya menewaskan para petualang tanahair ini.
48. Anak isteri tidak
tahu ke mana suami-suami mereka bermalam, ayah dan ibu tidak tahu ke
mana anak-anak mereka ini bermain sebagai anggota tentera.
49. Para komando ini
tahu, jika tertangkap, mayat mereka akan berkubur di laut atau ditanam di tanah
bumi asing tanpa sebarang kibaran bendera, tanpa sebarang tanda kecuali
tangisan isteri dan anak-anak yang bakal kehilangan suami serta bapa-bapa
mereka dengan alasan yang mampu diterima akal.
50. Amanah negara harus
dipegang….saudara Islam yang teranianya harus dibantu.
51. Tun juga tahu
dari maklumat yang disampaikan oleh para pejuang Islam Melayu Moroini,
bahawa Filiphina masih mahu menuntut Sabah dan
mempunyai bukti serta dokumen-dokumen yang kukuh untuk mendapatkan Sabah hasil
dokumentasi yang diperolehi apabila kesultanan Sulu berjanji
dengan Syarikat Hindia Timur dulu.
OPERASI SABAH
SELAMANYA
52. Tun Mahathir kemudian
memanggil komander-komander komando ini untuk memberikan amanat
penting demi untuk menyelamat negara dari terjebak ke dalam satu kancah
yang akan memberikan impak besar kepada penubuhan Malaysia.
54. Operatif-operatif
dan agen rahsia Malaysia sudah pun berada di Manila untuk
mencari dokumen tersebut dan melalui tawaran rasuah ratusan ribu dollar AS,
dokumen tersebut yang tersimpan rapi dalam Istana Presiden iaitu Istana
Malacanang, Manila berjaya di bawa keluar oleh para
pengkhianat Filiphina.
55. Sekarang Tun
Mahathir mengarahkan komando-komando ini untuk berjumpa dengan kontek
dan membawa keluar dokumen tersebut dengan selamat.
56. Maka pasukan
komando menghantar 7 orang anggota terbaik pada zaman itu keManila untuk membuat
hubungan dan menyelamatkan dokumen tersebut, mereka semua sudah berlatih dalam model
istana tiruan Malacanang yang dibina khas untuk tujuan penetrasi di Pahang.
57. Kehadiran komando
ini dibuat melalui jalan laut dengan bantuan para pejuang Moro kerana kedatangan
secara rasmi sebagai pelawat akan mendedahkan komplot tersebut.
58. Dokumen bertukar
tangan tetapi tanpa disedari, malangnya, pasukan khas Filiphinasebenarnya
sudah mula menghidu rancangan rahsia ini.
59. Para komando
Malaysia itu terperangkap.
60. Tujuh lelaki Melayu yang gagah
berani terpaksa lawan puluhan mungkin ratusan komando dan para pengawal Istana
Presiden.
61. Peluru
berganti…tembakan bertalu-talu dilepaskan…jerit pekik dan kekalutan berlaku, trafik dari saluran keselamatan tentera Filiphina tiba-tiba
menjadi kelam-kabut dan penuh aktiviti.
62. Pihak perisikan ATM yang memantau saluran radio tentera Filiphina mula berasa tidak kena, jantung mereka berdengup kencang kerana nasib negara bergantung kepadatujuh lelaki Melayu tadi.
63. Segala-galanya
menjadi sengal, tiba-tiba keadaan yang pada mulanya berpihak kepada
negara kita kini hampir berpusing 360 darjah apabila para komando
Malaysia yang gagah berani ini terkepung.
64. Masa hadapan negara
kita benar-benar “TERGANTUNG” dalam keadaan yang sangat bahaya
dan kritikal jika para komando ini tertangkap.
65. Bekalan peluru yang
sangat sedikit tidak memungkinkan para komando Melayu ini
membuat perhitungan yang lebih jauh.
66. Dengan segenap
tenaga yang ada dan dengan izin Allah juga, para komando kita
berjaya menyelamat diri dan seterusnya membawa pulang dokumen yang
sangat-sangat penting untuk kestabilan Malaysia.
67. Sebelas orang yang
terdiri dari pengawal Istana Presiden dan komando
Filiphinaterkorban dalam insiden yang berlaku sekitar tahun 1980an itu.
SENGKETA YANG LAMA
AKHIRNYA PUDAR
68. Kejayaan ini
Malaysia menyelamatkan dirinya dari malu besar disambut secara
kecil-kecilan dikalangan orang-orang kepercayaan pihak tentera dan Perdana
Menteri.
69. Filiphina berterusan
menuntut Sabah sehingga ke hari ini tetapi ibarat ayam
berkokok
. Kokoknya dipandang sinis, sehingga sekarang negara itu tetap menjalankan perang
sarafnya tetapi ini episod lain yang akan saya cerita kemudian hari.
70. Ferdinand Marcos kemudian
diguling rakyat selepas beliau terlibat dalam pembunuhan seorang ahli
politik Filiphina iaitu Benigno Aquino dan
beliau serta isterinya melarikan diri ke AS.
71. Presiden yang kejam
itu akhirnya mati dalam buangan pada 28 September 1989 diHawai,
AS.
72. Segalanya hampir
selesai, kini masalah Sabah sudah diselesaikan dan Filiphina
pula terus dihantui oleh serangan siang malam para pejuang Islam Moro
Filiphina.
73. Kerajaan Melayu
Islam di Kuala Lumpur pula tidak pernah melupakan penderitaan
saudara-saudara mereka di Mindanao, usaha damai dirintis malahan, kerajaan Malaysiatidak
lokek untuk menghantar askar-askar ke Selatan Filiphina untuk
memastikan kedamaian wujud, walaupun penghantaran ini tidak mendapat tajaan
dari PBB.
74. Perdana Menteri
kita Datuk Seri Najib Tun Razak pula, beberapa kali
mengarahkan Zahid Hamidi untuk bertemu dengan para pejuang dan juga
kerajaan Filiphina untuk mengukir damai.
75. Sudah terlalu lama,
umat Islam Moro ini menderita api peperangan dan penderitaan,
beratus tahun mereka berjuang menentang penjajahan Sepanyol,
kemudian AS dan pada sejarah moden, terpaksa menentang
kerajaan sendiri yang menzalimi mereka dengan penganiayaan dan pembunuhan
beramai-ramai.
76. Akhirnya, melalui
usaha kerajaan dan para pemimpin Melayu Malaysia, kedua-dua
pihak yang sudah bertelagah lebih dari 30 tahun itu
akhirnya duduk semeja menandatangani rangka perjanjian yang akan membawa
pemerintahan berautonomi di Selatan Filiphina.
77. Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Filiphina Benigno Aquino
III melihat perjanjian bersejarah itu termeterai pada 15 Okt
2012 di Manila.
78. Benigno Aquino III pula adalah
anak kepada ahli politik yang telah dibunuh oleh Marcos yang saya
ceritakan pada para ke 66 tadi.
79. Najib tersenyum
kesyukuran kerana bantuan yang mulakan oleh ayahnya dengan
membenarkan para pejuang Moro membentuk MNLF di
bumi Malaysia akhirnya terhasil.
80. Wilayah autonomi
itu akan dikenali sebagai tanah BANGSAMORO.
81. Akhirnya ayat ini,
mailah kita sedekahkan Al Fatihah kepada 299 pejuang
Islam Moroyang syahid itu tadi serta kepada tujuh komando kita
itu.
No comments:
Post a Comment