1. 12 Januari ini merupakan
tarikh penting bagi Pakatan Rakyat di mana mereka akan mengadakan Himpunan
Kebangkitan Rakyat iaitu kesinambungan dan kemuncak usaha terdesak mereka untuk
menghuru-harakan Malaysia menjelang pilihanraya ke-13. Memandangkan beberapa himpunan tajaan mereka
akhir-akhir ini menunjukkan kemesorotan yang ketara dari jumlah peserta, maka
himpunan ini diharap mampu menyemarakkan kembali semangat penyokong mereka yang
semakin malap.
2. Namun, pada hari yang sama, kedengaran satu
lagi perhimpunan yang juga dianjurkan oleh pembangkang. Himpunan ini dinamakan Himpunan Shamsidar,
iaitu isteri kepada Azmin Ali yang juga merupakan watak utama dalam Kes Liwat 1
Anwar Ibrahim. Beliau didakwa menjadi
kekasih gelap Anwar, di mana hubungan mereka juga disyaki telah menghasilkan
seorang anak luar nikah. Apa yang
membuatkan kita mengucap panjang, ternganga terkejut dan menggeleng-gelengkan
kepala kehairanan ialah hubungan tersebut dikatakan berlaku atas restu
Azmin.
3. Semua kisah ini terakam kemas
dalam dokuman perbicaraan serta masih terus menjadi bahan perbincangan politik
semasa. Selama itu juga, tiada sebarang
usaha bersungguh-sungguh dari mana-mana pihak untuk membersihkan nama
Shamsidar. Namanya terus membusuk, sama
busuk dengan nama Anwar dan juga Azmin.
4. Kemuncaknya ialah kenyataan
akhbar oleh Nallakaruppan iaitu bekas sahabat Anwar merangkap bapa ayam kepada
Shamsidar, yang bertajuk “Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual”.
5. Setelah tidak tahan didesak dan dicabar agar
membuktikan tuduhan Nalla tidak benar, Anwar akhirnya memfailkan saman fitnah
terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. yang
menyiarkannya. Akibatnya, kes tersebut
kini bakal dibicarakan dalam beberapa hari sahaja lagi di mana Anwar akan
terpaksa berhadapan beberapa saksi, yang kebanyakannya merupakan mereka yang
dinamakan sebagai pasangan seksualnya - termasuklah Shamsidar. Terlambat menyedari yang beliau telah masuk
perangkap, Anwar cuba memohon agar nama-nama mereka ini digugurkan dari senarai
saksi. Namun, permohonan Anwar
gagal.
6. Oleh itu, Himpunan Shamsidar
pada 12 Januari ini dilihat sebagai usaha terdesak Anwar untuk memastikan
Shamsidar tidak menjadi saksi. Ia juga
boleh dilihat sebagai langkah pertama ke arah membersihkan nama Shamsidar. Apapun, yang jelas dapat dilihat ialah Anwar
panik dan tidak berani berhadapan dengan Shamsidar serta saksi-saksi lain.
7. Sedangkan, logiknya, jika
beliau tidak bersalah, kenapa perlu meminta nama-nama mereka digugurkan? Bukankah kemunculan mereka sepatutnya
menggembirakan Anwar kerana beliau berpeluang membuktikan yang beliau bukan
biseksual seperti didakwa Nallakaruppan?
Walaubagaimanapun,
pembangkang menuduh bahawa himpunan ini hanyalah satu propaganda bodoh Barisan
Nasional. Apatah lagi dengan
pertindihan tarikh yang sama dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berskala
mega, maka tentulah tidak logik
mengadakan Himpunan Shamsidar di hari yang sama, kerana ia tidak mungkin
berjaya mendapat impak yang diharapkan.
8. Nampaknya, penyokong
pembangkang telah terlepas pandang akan strategi pemimpin-pemimpin mereka
sendiri. Bukankah BERSIH sebelum ini
juga menghimpunkan Himpunan Hijau bersama-sama kerana bimbang tidak mampu
mencapai sasaran jumlah peserta?
Bukankah pembangkang gemar berhimpun di tempat yang sedia terdapat ramai
orang seperti di masjid selepas solat Jumaat?
9. Maka, strategi yang sama juga dapat dilihat dalam
Himpunan Shamsidar ini iaitu bergabung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat agar
kedua-dua himpunan dilihat mempunyai jumlah penyertaan yang cukup ramai.
10. Justeru, tidak perlulah
penyokong pembangkang mempersoalkan sama ada Himpunan tersebut adalah sesuatu
yang benar atau hanya propaganda. Adalah
lebih baik jika mereka mempersoalkan kenapakah Anwar tidak mahu Shamsidar
menjadi saksi?
11. Kita pasti, penyokong
pembangkang mampu meneka jawapannya iaitu, kerana segala-gala yang dituduh
terhadap Shamsidar dan Anwar, adalah benar belaka.
12. Himpunan menyelamatkan
Shamsidar ini sebenarnya adalah himpunan untuk menghalalkan penzinaan antara
isteri orang dan suami orang lain.
Himpunan Shamsidar adalah himpunan untuk menutup kes paling terkutuk,
lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan ahli politik yang membawa imej Islamik
dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri di sebuah negara Islam.
13. Oleh itu, sama ada Himpunan Shamsidar ini satu
propaganda atau tidak, kita sama-sama fikirlah sendiri….
No comments:
Post a Comment