1. Berminggu-minggu pemimpin
pakatan pembangkang memainkan propaganda bombastik bahawa ibukota KL kononnya
akan dibanjiri sejuta orang sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) di
Stadium Merdeka.
2. Besar angan-angannya nak
gapai angka sejuta (1,000,000) sedangkan lokasi perhimpunan hanya dilangsungkan
di stadium yang berkapasiti 30,000 orang sahaja.
3. Dalam bab memperbesarkan
cerita, menipu dan melagukan propaganda serah saja pada pemimpin PR, itu salah
satu kelebihan utama mereka. Memanjang saja bila gebang politik, kakinya jarang
sangat memijak bumi nyata.
4. Akhirnya realiti yang
berlaku seperti mana disaksikan khalayak ramai, nak mencapai 5% daripada sejuta
orang sasaran kehadiran pun tercunggap-cunggap PR nak menggapainya.
5. Secara keseluruhannya HKR
hanya merekodkan kehadiran sekitar 45,000 orang sahaja termasuk ribuan
penyokong PR yang berada di luar Stadium Merdeka bersamaan 4.5% daripada
sasaran utama sejuta orang hadirin.
6. Menarik untuk dianalisa
apabila kehadiran kaum Cina kelihatan seperti merudum di mana penyertaan mereka
dalam HKR dianggarkan hanya sekitar 8% sahaja daripada keseluruhan peserta.
Manakala kehadiran dari kalangan masyarakat India pula mewakili sekitar 2%
sahaja.
7. Majoriti peserta himpunan
adalah orang Melayu Islam yang terdiri daripada ahli dan penyokong totok PAS
dan PKR, sebahagian besarnya dari PAS yang dikerah datang dari seluruh negara
untuk meramaikan himpunan.
8. Kekurangan ketara sokongan
dari masyarakat India kepada PR semestinya tidak sukar dijangkakan setelah
mengambil kira layanan buruk PR terhadap mereka khususnya membabitkan insiden
Kampung Buah Pala dan isu perobohan kuil-kuil ibadat Hindu tanpa melalui
prosedur yang betul.
9. Kegagalan DAP & PKR
mengembleng tenaga ahli dan penyokongnya dari kalangan kaum Cina untuk
beramai-ramai menyertai HKR barangkali benar disebabkan penonjolan ketara
pemimpin PAS dalam penganjuran himpunan kali ini.
10. Lagipun HKR #KL112 ini
bagaikan rojak yang tak siap bila mencampur adukkan 4 kumpulan propaganda
terdiri daripada merah, oren, hijau dan kuning yang berlainan matlamat
menjadikannya seakan hilang tarikan apabila digabungkan bersama.
11. Walau apapun, yang pastinya
HKR #KL112 ternyata telah gagal mencapai objektifnya untuk menghimpunkan sejuta
orang penyokong PR. Kegagalan yang agak memalukan disaat himpunan itu
menyaksikan hampir kesemua pimpinan utama PR telah turun memberikan sokongan.
No comments:
Post a Comment