1. SUARAM, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
yang ditubuhkan oleh keluarga bekas banduan ISA iaitu pesalah yang mengancam
keselamatan negara, sering menggambarkan pertubuhan itu sebagai telus, bebas
dan berjuang demi hak asasi manusia dan keadilan. Ia ditubuhkan pada 5 Ogos 1989 selepas
Operasi Lalang dengan perjuangan utamanya adalah untuk menghapuskan ISA yang
bagi mereka menafikan hak seseorang untuk dibicarakan.
2. Namun, bagi rakyat Malaysia yang rasional dan
bijak menganalisis maklumat, SUARAM adalah pertubuhan yang berjuang untuk
memastikan negara sentiasa terdedah kepada bahaya dengan memberikan hak, masa
dan ruang kepada penjenayah atau pengganas untuk beroperasi.
3. Bagi rakyat Malaysia juga, SUARAM hanyalah salah
satu dari berbagai-bagai bentuk penyamaran pembangkang, atau lebih spesifik PKR
dan DAP dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan. SUARAM sama sekali tidak bebas, tidak telus
dan tidak memperjuangkan keadilan mahupun hak sesiapa.
4. SUARAM hanya memperjuangkan politik pembangkang yang
bermatlamatkan negara republik, pemikiran liberal dan menghapuskan bukan sahaja
hak dan kedudukan istimewa, tetapi segala-galanya yang berakar dan bertiangkan
agama Islam dan budaya Melayu.
5. Warna sebenar SUARAM terserlah dengan jelas
sekali apabila NGO ini begitu beria-ia menjuarai isu kapal selam scorpene yang
kononnya dibicarakan di mahkamah Perancis.
6. Ia bermula dengan SUARAM membuat aduan di
mahkamah Perancis berhubung DCN, iaitu syarikat pembuat kapal selam negara itu
kerana kononnya membayar sejumlah rasuah kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari
Malaysia. Aduan ini diperbesarkan
dengan pembohongan bahawa Perdana Menteri dan isteri terlibat dalam pembunuhan
Altantuya yang didakwa sebagai penterjemah dalam urusan jualbeli scorpene. Altantuya dikatakan dibunuh kerana meminta
sebahagian dari rasuah terbabit.
Lanjutan itu, SUARAM juga memainkan cerita kononnnya PM akan akan
disapina oleh mahkamah Perancis.
7. Semua ‘butir-butir’ kes disebarkan oleh SUARAM
melalui siri-siri sidang akhbar, antaranya pada 3 Mei dan 26 Mei baru-baru
ini.
8. Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa
sehingga hari ini, maklumat mengenai kes hanya didapati dari kenyataan atau
‘air-liur’ SUARAM dan para peguam mereka tanpa memberikan apa-apa bukti
langsung.
9. Air liur SUARAM itulah yang diambil oleh para
blogger dan pemimpin pembangkang sebagai bukti sahih hatta seolah-olah
keputusan penghakiman, dan kemudiannya disebarkan sebagai ‘makanan minda’
kepada rakyat Malaysia.
10. Kerajaan telah bertindak bijak dengan tidak
melatah dalam kes ini. Sebaliknya PM
membuat penafian secara tenang, bersumpah secara Islam dan memberi penjelasan
secara baik di dalam Dewan Rakyat.
Langkah yang berhati-hati diambil agar tidak mengganggu proses mahkamah
yang dikatakan oleh SUARAM sebagai sedang berjalan di Perancis. Hanya SUARAM yang tidak sabar-sabar menunggu
keputusan mahkamah dan ke sana ke mari menghebahkan membuat berbagai-bagai
kenyataan.
11.Kesungguhan SUARAM mendahului mahkamah dalam isu
ini tidak sukar untuk difahami. Memandangkan
SUARAM adalah pembangkang dan pembangkang adalah SUARAM, maka sudah pastilah
pilihanraya yang semakin hampir menjadi punca isu ini dimainkan dengan
bersungguh-sungguh oleh mereka akhir-akhir ini.
12. Bukti bahawa SUARAM adalah pembangkang tidak sukar
untuk dikemukakan. Lihat sahaja senarai
nama orang-orang penting NGO tersebut, dan kita akan mendapati bahawa mereka
adalah juga orang-orang penting di dalam pakatan pembangkang Malaysia. Antaranya:
a) Cynthia Gabriel, Pengarah SUARAM dan juga
‘key-person’ dalam pembohongan isu scorpene.
Beliau juga adalah Ahli Majlis Daerah Petaling Jaya, dilantik oleh
kerajaan PKR negeri Selangor.
b) Dr. Kua Kia Soong adalah bekas Ahli Parlimen DAP
c) Sivarasa Rasiah adalah Ahli Parlimen PKR,
Subang, Petaling
d) Irene Fernandez adalah Ahli Majlis Tertinggi
PKR.
e) Dr. Syed Husin Ali adalah bekas Timbalan
Presiden PKR.
f) Tian Chua adalah Ahli Parlimen PKR, Batu
g) S.Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti Sosialis
Malaysia
h) Dr. Nasir Hashim, Presiden Parti Sosialis
Malaysia
i) Elizabeth Wong, bekas ko-ordinator SUARAM dan
sekarang adalah ADUN PKR di Selangor
j) Premesh Chandran bekerja dengan Malaysiakini dan
rakan karib Tian Chua. Kedua-dua mereka
adalah ahli Network of Overseas Collective of Australia bersama dengan
Elizabeth Wong.
13. Kesimpulannya, SUARAM tiada bukti penglibatan
Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya.
SUARAM juga tidak bukti bahawa rasuah telah berlaku dalam pembelian
scorpene.
14. Tetapi, kita ada bukti bahawa SUARAM bukan
bertindak sebagai badan bebas dan telus kerana SUARAM adalah jelmaan
pembangkang yang matlamatnya hanyalah untuk memburukkan dan menjatuhkan
kerajaan. Justeru, tidak hairanlah
SUARAM tidak langsung teragak-agak untuk menipu, memutarbelit malah mereka-reka
cerita mengenai rasuah hinggalah pembunuhan, semata-mata untuk mencapai
matlamat mereka.
No comments:
Post a Comment