1. Penulis harus tabik
kepada Laman Suara PR kerana berani menegur Pakatan Rakyat. Selama ini, kita lihat laman-laman web dan
blog-blog pro-PR lain tidak pernah menegur jauh sekali membongkar kesilapan
pemimpin-pemimpinnya.
2. Semuanya mengambil
sikap kipas dan ampu dan membela apa saja yang dibuat oleh pemimpin PR tidak
kira sama ada salah dari segi moral, undang-undang, mahupun agama. Realitinya, di dalam PR itu, sesiapa sahaja
yang menegur akan dipecat. Mungkin
kerana itu, tiada siapa yang berani mengambil sikap telus dan kritis
sepertimana yang dilakukan oleh laman tersebut.
3. Antara artikel terbaru laman Suara PR yang wajar
diberi perhatian serius ialah mengenai rancangan menumbangkan kerajaan melalui
kekerasan yang diminitkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.
4. Sebenarnya, apa yang didedahkan ini bukanlah mengejutkan kerana dari perbuatan dan percakapan harian para pemimpin PR kita sudah boleh membaca tujuan sebenar mereka. Para pemimpin PR cukup maklum bahawa mereka sukar untuk memenangi pilihanraya kerana tidak mendapat sepenuh sokongan dan kepercayaan rakyat.
5. Kerana itu, mereka perlu memburuk-burukkan sistem
pilihanraya, membangkitkan kebencian terhadap pihak berkuasa dan menimbulkan
ketidakpercayaan terhadap mahkamah supaya apabila kalah nanti, bolehlah mereka
menyalahkan SPR, kerajaan dan mahkamah.
Ia kemudiannya akan dijadikan alasan kukuh untuk memberontak dan merusuh
sekali gus menumbangkan kerajaan melalui kekerasan.
6. Menurut laman tersebut lagi, “Sebab itu kalau kita
lihat mutakhir ini, pemimpin Pakatan Rakyat memberi jaminan bahawa peralihan
kerajaan akan berlaku secara aman, tapi tidak menjamin apa-apa jika keputusan
sebaliknya berlaku. Yang dijamin ialah
keamanan kalau berlaku peralihan, itu pasti.” Malah disebutkan juga dalam
mesyuarat yang sama mengenai kebarangkalian pertumpahan darah - jika keadaan
benar-benar mendesak.
7. Nampaknya, pemimpin-pemimpin PR sedang mengugut kita
semua iaitu jika kita tidak memenangkan mereka melalui peti undi dalam
pilihanraya nanti maka bersedialah untuk menghadapi huru-hara dan pertumpahan
darah.
8. Sekali lagi, kita tidak terkejut jika Anwar Ibrahim,
Lim Kit Siang dan Hadi Awang sanggup menggadai nyawa penyokong-penyokong mereka
untuk mencetus keganasan dan memulakan pemberontakan berdarah di negara ini.
9. Anwar adalah manusia yang sanggup melakukan apa saja
dan tiada apa lagi yang dilakukannya yang mampu mengejutkan kita. Bayangkan, jika dalam keadaan biasa juga
Anwar sanggup melakukan apa saja, maka apatah lagi jika beliau berada dalam
keadaan yang amat terdesak untuk berkuasa?
10. Kita juga tidak pernah lupa bagaimana Lim Kit Siang
menjadi pencetus tragedi 13 Mei, berbekalkan kebencian mendalam terhadap kaum
Melayu dan keangkuhan yang menebal, dengan sifat kejam semulajadi yang mengalir
dalam darah komunisnya.
11. Begitu juga Hadi Awang yang membara di dalam dirinya
sifat fanatik atau ekstrem. Sifat inilah
yang diterapkannya ke dalam diri penyokong-penyokongnya yang membawa kepada
tragedi Memali dan kemudiannya, Sauk.
12. Jelas, keganasan dan pertumpahan darah bukan sesuatu
yang asing bagi pemimpin Pakatan Rakyat dan kita pasti, mereka tidak punya
masalah untuk mengulangi semua keganasan ini untuk kesekian kalinya bagi
mencapai matlamat mereka. Keinginan
mereka untuk merampas Putrajaya sudah terlalu meluap-luap dan tidak dapat
dibendung lagi.
13. Untuk itu, pemimpin PR melihat keganasan dan
pemberontakan sebagai ‘trend’. Dan
‘trend’ inilah yang akan membantu membawa mereka ke puncak kuasa. Sebagai persediaan ke arah ini, mereka kerap
memberi isyarat kepada media-media asing bahawa Malaysia juga berada dalam
proses ke arah mengikut ‘trend’ tersebut.
14. Apa yang penulis dapat katakan di sini ialah adalah
sesuatu yang amat bodoh jika rakyat sanggup memusnahkan segala nikmat dan
menggadai nyawa mengikut telunjuk pemimpin PR semata-mata kerana ingin mengikut
‘trend’.
15. Benar, mengikut kata pemimpin PR bahawa rakyat
mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan negara.
16. Justeru, ingatlah
kita punya kuasa untuk menolak pemimpin yang sanggup menggadaikan nyawa kita
semata-mata kerana mereka tidak tahan lagi untuk berkuasa. Kita punya kuasa untuk menolak mereka melalui
peti undi dan kita juga punya kuasa untuk menolak dari bersama-sama mereka
menjahanamkan negara dan menggadaikan nyawa melalui jalanraya. Tanpa kita
memberi sokongan kepada mereka, pemimpin-pemimpin yang tidak
bertanggungjawab ini tidak akan ke mana…
sumber: BERUANG BIRU
No comments:
Post a Comment