1. PADA sesetengah orang terutama yang berpakaian kerajaan tapi
berfahaman pembangkang, menerima pandangan seorang alim ulama lagi professional
bahawa Malaysia bukan negara sekular seperti yang mahu dipercayai oleh semua
penyokong pembangkang yang berpegang kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada
1988 yang menyebutkan Malaysia adalah sebuah negara sekular.
2. Inilah kesimpulan penulis melihat dari respon-respon
segelintir peserta selepas pembentangan kertas kerja terakhir seminar oleh Dr.
Muhammad Uthman El Muhammady semalam.
3. Pada penulis sendiri yang tidak berganjak mendengar
pembentangan kertas kerja Dr. Uthman, berpendapat pandangannya itu adalah
berasaskan kepada buku-buku dan pandangan para ilmuan Islam dan barat mengenai
sekularisme ini, bukan dicipta sendiri oleh Dr. Uthman. Sudah tentu perkataan sekular ini tidak wujud
di dalam al-Quran kerana ia adalah satu perkataan yang diperkenalkan barat
untuk memudahkan penuturan bagi menggambarkan sistem pemerintahan yang membawa
kepada pemisahan agama dan urusan kerajaan.
4. Lagipun seperti yang dijelaskan Dr. Uthman, Ketua Hakim
Negara pada ketika keputusan Mahkamah tersebut dibuat, Tun Salleh Abas (yang
juga mantan ADUN dan Exco kerajaan PAS Terengganu) tidak menyatakan Malaysia
sebuah negara sekular, sebaliknya menyebutkan ada undang-undang negara ini
yang bersifat sekular.
5. Satu-satunya yang mengatakan Tun Salleh menyebutkan negara
ini sekular adalah Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh. Sudah tentu Karpal mahu percaya dengan
perkara tersebut kerana DAP memang menanti kenyataan seperti ini untuk
menyokong tujuan dan matlamat agung penubuhan DAP – menubuhkan republik
Malaysia.
6. Kepada peminat pembangkang yang gemar menggambarkan Malaysia
ini sebagai negara sekular, pandangan Karpal itu adalah satu-satunya kenyataan
yang tinggal untuk menunjukkan Malaysia ini sekular, setelah hampir semua
perkara yang tertulis dalam perlembagaan kita tidak langsung menjurus ke arah
itu.
7. Tidak mungkin sama sekali sebuah negara sekular meletakkan
Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaannya, malah perkataan sekular itu
sendiri tidak wujud dalam perlembagaan negara kita sejak dulu hingga sekarang,
tak tahulah kalau Anwar dah mengambil alih nanti.
8. Keseluruhannya seminar ini bukan sahaja menafikan pandangan
yang mengatakan negara ini adalah negara sekular, malah seminar ini turut
mengesahkan bahawa cara negara ini diurus adalah bertepatan dengan Islam dan
ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli Feqah.
9. Dari sistem pemerintahan beraja, berkerajaan dan pentadbiran
semasa negara, semuanya adalah menepati kehendak Islam, walaupun masih banyak
yang tidak lengkap tapi masih lagi tidak salah dari segi syariatnya.
10. Kenyataan ini sudah tentu tidak sahaja mengejutkan penyokong
pembangkang malah penyokong kerajaan sendiri kerana dikeluarkan oleh
profesional dan ilmuan Islam yang terkenal di peringkat antarabangsa. Bagi penyokong kerajaan, kita memang yakin
sistem berkerajaan kita menepati syariat Islam berdasarkan pandangan ulama
tempatan, tak pulak kita sangka, ilmuan dan ulama terkenal dunia Islam turut
berkongsi pandangan yang sama.
11. Semua ini sepatutnya menyakinkan rakyat Malaysia bahawa
Barisan Nasional adalah jawapan terbaik kepada kerajaan mana satu yang
sepatutnya memimpin setelah Pilihanraya Umum ke 13 berakhir. Sistem sekarang bukan saja mendaulatkan Islam
tapi juga memastikan hak bukan Islam tidak terbiar.
Kalau ada yang lebih baik dari ini, penulis suka nak
mendengarnya.
No comments:
Post a Comment