Oleh : DZULASREE @ ASREE SUG
Sultan Jamalul
Kiram III (duduk), Sultan Esmail Kiram II (bersongkok kelabu). Mereka ini
adalah anak-anak Datu Punjungan Kiram yang mengangkat diri jadi Sultan Sulu.
Walau pun setiap mereka mengangkat diri jadi Sultan Sulu, namun mereka nampak
akrab walhal dalam Protokol Kenaikan Sultan Sulu tidak membenarkan dua sultan
dalam satu masa.
1. AKHIR tahun lalu gerakan Kesultanan
Sulu Darul Islam yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II di
Jolo Sulu telah diberikan laporan dari Tawi-Tawi bahawa ada satu gerakan
bersenjata sedang berlatih dengan keahlian lebih kurang 400 orang lelaki.
Mereka ialah gerakan keluarga Punjungan Kiram dari Pulau Simunul menurut
laporan tersebut.
2. Sultan Bantilan II kemudian
mengeluarkan kenyataan kepada wakilnya di Tawi-Tawi agar tidak melibatkan diri dengan
mana-mana pihak bersenjata. Maka sekiranya ada ahli SSDI (Sultaniyah Sulu Darul
Islam) yang terlibat maka SSDI berlepas diri dari sebarang tanggungjawab, yakni
SSDI tiada kaitan dengan mereka.
3. Sultan Bantilan II juga menghantar
mesej ke Sabah khusus kepada ahli SSDI yang sedang bekerja di sana agar
memastikan ahlinya tidak terlibat dengan sebarang gerakan bersenjata. Sekiranya
ada minta dilaporkan ke Istana seberapa segera kerana menurut pandangan Sultan
Bantilan, kemungkinan gerakan bersenjata KIRAM tersebut adalah untuk sabotaj
gerakan Kesultanan Sulu (SSDI).
4. Tiga hari sebelum pihak bersenjata
KIRAM masuk ke Lahad Datu, Sabah, Istana Sultan Bantilan II di Jolo mendapat
maklumat bahawa ada dua bot besar sedang bersiap menuju ke Sabah sarat dengan senjata
berat dan dikatakan punya misi untuk berperang.
5. Menurut laporan dari Tawi-Tawi mereka
ini ditertawakan oleh para penyokong Sultan Sulu lain kerana menurut mereka
mana mungkin dengan hanya dua bot sebesar itu dan tentera yang bilangannya
boleh dibilang dengan jari kaki dapat menewaskan tentera Malaysia yang serba
lengkap itu. Mereka dianggap bunuh diri. Bagi Sultan Bantilan di Jolo pula,
gerakan bersenjata KIRAM ini ada pihak yang lebih besar main di belakang
mereka.
6. Kemudian beberapa hari kemudian mereka
telah sampai ke Lahad Datu yang menurut laporan mereka sampai dulu di Felda
Sahabat 17. Dari dua bot itu yang satu telah berjaya dipintas malah dikatakan
telah karam. Manakala yang satu lagi berjaya mendarat dan terus berkubu.
7. Menurut laporan dalam kumpulan Kiram
itu terdapat seorang lelaki berkulit putih memakai baju celoreng. Pelbagai
spekulasi timbul selepas itu berkenaan kehadiran lelaki kulit putih tersebut
dalam kumpulan penceroboh itu.
8. Namun menurut Sultan Bantilan II di
Jolo, SSDI tidak boleh mengeluarkan kenyataan spekulasi berkenaan kehadiran
kulit putih tersebut kemungkinan hanyalah rekaan untuk mengaiktan pencerobohan
itu dengan tentera Balikatan USA yang sekarang sedang berkubu di Tawi-Tawi dan
Jolo.
9. Lahad Datu tiba-tiba kecoh bak diserang
garuda. Huru-hara dari pasar ke kampung-kampung. Ada yang yang seperti meracau
tak tentu pasal kerana berasakan Lahad Datu bakal menjadi medan pertempuran ala
filem Holywood. Dikhabarkan dari saksi mata, bahawa mereka yang berkubu di
Lahad Datu itu memang nekad dan sarat dengan senjata berat. Mengambil posisi
strategik dan nampaknya mereka seperti sudah biasa berperang. Almaklum latihan
tentera mereka berbulan bulan sejak tahun lalu.
10. Ada laporan sebahagian mereka itu
adalah bekas tentera MNLF yang sudah lama mufarakah dari MNLF. Mereka adalah
dari suku Tausug yang GAGGIL (degil) dan selalu melanggar arahan ketua.
11. Menurut saksi mata yang telah ambil
video sebagaimana yang dilaporkan dalam Facebook wajah-wajah mereka seperti
sudah hilang seri walau pun kelihatan menakutkan. Hilang seri seperti tanda
bahawa mereka bakal mati katak di tangan tentera Malaysia.
12. Rambut sebahagian mereka panjang
sebagai melambangkan kepahlawanan Tausug yang walau pun nampak kalah secara
lojik namun dianggarkan dapat bertahan berbulan-bulan malah mungkin bertahun.
Mereka dapat bertahan begitu kerana mungkin berjaya berenang larikan diri
semula ke pulau Tawi-Tawi. Selamat.
13. Malaysia nampaknya panik seketika.
Pelbagai tuduhan dan spekulasi bergema di mana-mana. Ada yang buat sepekulasi
bahawa tentera penceroboh itu diatur oleh Kerajaan BN-UMNO sendiri untuk
mnejadikannya hero lantaran itu pengundi KDM pun akan kembali menyokong BN.
14. Ada pula spekulasi yang menyatakan
bahawa itu adalah perancangan PKR untuk memburukkan kerajaan BN. Ada yang kata
ia perancangan USA-Filipina untuk dapatkan semula Sabah demi Minyak di Laut
Sulu dan Spratly. Ada yang katakan bahawa kemungkinan ia adalah kerja MNLF
dan Abu Sayyaf kerana marah pada Malaysia yang menyokong MILF dalam perjanjian
damai tahun lalu.
15. Ada juga yang kata ia dilakukan oleh
kumpulan politikus dari Filipina untuk dapatkan pampasan demi menampung kos
kempen pilihanraya ARMM tidak lama lagi di Sulu-Mindanau.
16. Akhirnya bocor rahsia setelah
tunggang-langgang mencari jawapan, bahawa mereka itu adalah tentera KIRAM yang
kemudian didapati mereka seperti ditipu dengan janji-janji pelik. Kemungkinan
besar ada yang dijanjikan tanah seluas beribu ekar, ladang kelapa sawit
berhektar, dan mungkin ada yang dijanjikan dengan hanya diberikan seluar LEVI'S
501.
17. Yang lebih pelik kedengaran janji
bahawa mereka kalau dah sampai ke Sabah, wakil Inggeris sedang sedia dengan
berguni USD untuk diberikan kepada mereka. Nampak seperti bergurau dan
melucukan. Mungkin saja benar mungkin saja tidak walau pun mungkin terbukti
mereka dihantar untuk dijadikan umpan untuk dibunuh oleh MALAYSIA.
18. Nyata sekali mereka adalah perangkap
kepada MALAYSIA menurut analisis alternatif di tepi jalan. Mereka yang masuk
kelihatan sedikit dan senang dimakan, namun ia bahaya sebagaimana bahayanya
ikan buntal yang kecil tapi jerung pun takut termakannya. Sebesar mana pun ikan
jerung dengan gigi semula jadi tajam namun takut termakan ikan buntal.
19. Mereka berkata, kalau Malaysia lepaskan
tembakan dan berjaya membunuh mereka maka PASUKAN YANG LEBIH BESAR akan datang.
Ikan-ikan buntal yang datang kemudian ini akan dilemparkan ke seluruh pantai
timur Sabah. Namun, kalau Malaysia berjaya menghalau mereka secara aman tanpa
berlaku apa-apa. Nyata sekali misi ikan-ikan buntal akan gagal.
20. Sultan Bantilan II di Jolo sebagai
Ketua Gerakan SSDI yang bergerak secara aman tanpa senjata, menyeru
saudara-saudara seagama di Malaysia agar cepat memformasikan satu jawatankuasa bertindak
dengan menghimpun sejarahwan Malaysia dan Sulu. Duduk semeja memandang positif
kepada gerakan Kesultanan Sulu secara aman ini.
21. Malaysia harus bertindak dahulu sebelum
ia berlarutan menjadi benda lain. Gerakan Kesultanan Sulu semakin mendapat tempat.
Kiram walau pun tindakannya kali ini sangat menjadikannya tidak popular malah
menjadikannya sebagai keluarga kesultanan Sulu yang selamanya melakukan
kesilapan.
22. Namun sekurang-kurangnya tindakan
subersif KIRAM ini dapat membuka mata Malaysia betapa masanya sudah tiba untuk
MEMBICARAKAN KESULTANAN SULU.
23. Keluarga Kiram sangat terancam dengan
gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang dijalankan oleh Sultan Bantilan
II di kepulauan Sulu saat ini.
24. Perarakan demi perarakan secara aman
oleh rakyat SSDI selama 6 tahun sehingga kini menjadikan keluarga KIRAM perlu
"Do Something". kerana menurut KIRAM, SABAH dan SULU itu adalah milik
keluarganya, bukan milik kerajaan SULU yang mana ia bukan milik pribadi
mana-mana Datu pun melainkan ia hak rakyat Sulu secara keseluruhan.
25. KIRAM tidak pernah belajar dari
kesilapannya yang lalu. Mereka sangat ketinggalan dari pengetahuan sejarah
sekali pun generasi muda Tausug sudah berjaya menulis pelbagai buku sejarah
Sulu.
sumber: DISINI
No comments:
Post a Comment