1. Beberapa tahun lalu, isu
Kalimah Allah dan terjemahan Injil ke Bahasa Melayu telah menjadi panas apabila
pihak Kristian mendakwa kerajaan dengan sengaja menahan 30,000 Injil berbahasa
Melayu di pelabuhan. Isu ini menggelegak
terus ketika demam pilihanraya Sarawak di mana rekod peristiwa waktu itu jelas
menunjukkan bagaimana PAS telah mengambil pendirian memihak kepada Kristian dan
menghentam kerajaan kerana tidak menghayati hak kebebasan beragama seperti yang
dituntut oleh Islam.
2. Kenyataan pemimpin PAS di
media serta laman-laman web rasmi mereka, termasuk media alternatif
pro-pembangkang memaparkan segala-galanya iaitu bahawa PAS tidak ada masalah
dengan injil berbahasa Melayu mahupun penggunaan nama Allah di dalamnya
kononnya dengan syarat ia tidak disalahguna.
3. Perkataan ‘tidak
disalahgunakan’ bagaimanapun, tidak pernah dijelaskan secara ilmiah dan
terperinci termasuk contoh-contoh sebagaimana sepatutnya. Sedangkan, perkataan
ini adalah terlalu umum dan mudah disalahtafsir atau disalahgunakan juga.
4. Justeru, atas kebebalan
pemimpin PAS ini, maka Lim Guan Eng telah mengambil kesempatan untuk ‘mengacah’
umat Islam dalam strateginya untuk memecahbelah dan menyemarakkan api perkauman
dengan menimbulkan kembali isu ini dalam perutusan Hari Krismasnya Disember
lepas.
6. Seperti yang dijangka Guan
Eng, isu ini benar-benar menimbulkan kemarahan umat Islam dan berjaya
memecahbelahkan PAS, sekali gus melemahkan Islam itu sendiri apabila PAS berada
dalam keadaan tersepit ingin menjaga hati Kristian DAP demi menonjolkan sikap
keterbukaan. PAS telah terpaksa
menafikan mereka pernah menyokong penggunaan kalimah Allah dalam kitab agama
lain dan Hadi Awang pula secara langsung menuduh isu ini hanyalah ‘mainan
politik UMNO’ demi untuk tidak menyinggung DAP.
7. Maka, kita lihat di dalam
media-media sosial, penyokong-penyokong PAS pun tercungap-cungap cuba membela
Guan Eng dan di masa yang sama membela putar-belit pemimpin mereka. Akibatnya, ramai di antara penyokong senyap
mereka mula meragui ‘keIslaman’ PAS dan yang di atas pagar pula lari dari
PAS.
8. Majlis Syura PAS terpaksa
diheret untuk menyelematkan keadaan, dan akhirnya, para ‘Ulama’ PAS bersetuju
bahawa apa yang terbaik bagi politik PAS ialah memperkukuhkan imej Islam dengan
menentang apa yang diperjuangkan oleh Guan Eng melalui utusan Hari Krismasnya.
9. Malangnya, tiada siapa pun
di dalam kepimpinan Pakatan Rakyat yang pedulikan Majlis Syura. Keputusan Majlis Syura hanyalah tertakluk di
dalam lingkungan ahli PAS, bukan DAP mahupun PKR atau rakyat yang di luar PAS. Ini bermakna, jika DAP ingin teruskan
penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil, itu adalah hak DAP dan PAS dan
Majlis Syuranya tidak berhak menghalang.
10. Keputusan ini memberi
tamparan hebat kepada PAS, terutama golongan Ulamanya di dalam Majlis Syura. Harun Taib, selaku Ketua Dewan Ulama dan juga
Nik Aziz sendiri, yang merupakan Pengerusi Majlis Syura dilihat cuba
menonjolkan ketegasan dengan ‘menempelak’ Karpal Singh. Karpal nampaknya telah diberi tugas khas
berdepan dengan PAS setiap kali pertelingkahan berkaitan isu agama antara
DAP-PAS berlaku..
Harun Taib bertanya, “Siapa
Karpal ingin mempersoalkan Majlis Syura?”.
Nik Aziz berkata, “itu
Karpal punya pasal.”
Hadi berkata, “perkara ini
telah selesai, sepertimana yang diputuskan oleh Majlis Syura.”
Tetapi, Karpal berkata, “ia
belum selesai, kerana Majlis Syura tiada kuasa di peringkat Pakatan Rakyat.”
11. Anwar Ibrahim, selaku Ketua
kepada Karpal, Nik Aziz, Hadi Awang, Harun Taib mahupun Lim Guan Eng dan PR
keseluruhannya pula berkata, “keputusan terletak di tangan PR Pusat, bukan
Majlis Syura mahupun PAS secara bersendirian.”
12. Lalu, apakah ertinya
ini? Apakah PR meminta agar rakyat
berfikir dan membuat definisi sendiri berkenaan keputusan PR mengenai isu
Kalimah Allah di dalam Injil berbahasa Melayu?
Apakah ini contoh cara pemerintahan PR sekiranya parti itu
berkuasa? Iaitu masing-masing boleh
membuat tafsiran sendiri berdasarkan pemahaman sendiri dan pilihan sendiri?
13. Percayalah bahawa isu ini
akan berlarutan tanpa penyelesaian seperti juga isu Amanat Hadi yang terus
menjadi sekam di dalam masyarakat Islam.
Hadi sanggup membiarkan penyokongnya hidup dalam keadaan tidak tenteram,
tidak tahu benar atau salahnya tindakan mereka mengkafirkan sesama Islam,
kalaupun tidak dalam keadaan berdosa kerana percaya mereka yang mengucap
syahadah itu kafir dan wajar ditentang.
Hadi sanggup membiarkan penyokongnya terbunuh, ditanam tanpa dikafan
kerana menentang perlembagaan ‘kafir’, sedangkan beliau sendiri berikrar untuk
mempertahankan perlembagaan yang sama.
14. Bayangkanlah, jika soal
hidup mati juga Hadi atau PAS sanggup permainkan, apatah lagi isu akidah, dan
kalimah.
15. Mungkin bagi PAS, isu ini
hanyalah sekadar isu ‘kalimah’ iaitu ‘perkataan’, atau ‘nama’, yang tidak
membawa apa-apa unsur kerohanian atau kesucian, sepertimana AlQuran hanyalah
sebuah buku bagi puak-puak pluralisme, iaitu tidak ada beza dengan buku-buku
lain.
16. Berpegang kepada pandangan
ini, PAS akan terus bersandiwara membawa watak ‘Islam’ dengan melayan Karpal
Singh bertekak demi memastikan undi umat Islam kekal di pihaknya.
17. Setelah undi dapat
dipastikan maka, barulah Harun Taib akan bersedia membuat kenyataan yang lebih
jelas yang mereka akur kepada DAP. Nik
Aziz juga apatah lagi, kerana masih lagi terharu dengan kek harijadi yang
dibelikan Karpal untuknya pada Hari Thaipusam yang lalu. Hadi pula, sejak dari awal lagi tidak
menyalahkan DAP, tetapi UMNO, maka beliau tentu tiada masalah untuk melutut di
kaki Karpal nanti.
18. Dalam kata lain, sekiranya
PR menang dalam PRU ini, maka penggunaan kalimah Allah dalam kitab agama lain
oleh pihak lain selain PAS adalah dibenarkan, sepertimana yang disahkan oleh
Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Pakatan Rakyat.
19. Ketika itu, kita mungkin
boleh mendengar Harun Taib mengomel dan merungut serta penyokong-penyokong PAS
pula mungkin bertindak membakar bendera DAP sebagai memastikan imej ‘Islam’ PAS
tidak terkubur, namun, itu hanyalah sekadar ‘hiasan’ di dada akhbar
semata-mata. Ia tidak akan didengar oleh
Anwar dan juga DAP. Malah, silap-silap,
akhbar itu akan diharamkan dan Harun Taib akan dipenjarakan kerana menghasut
rakyat menentang kerajaan pimpinan Anwar.
20. Apapun, kita pasti Harun
Taib atau mana-mana pemimpin PAS tiada masalah untuk melutut di kaki DAP
seperti selalu kerana mereka telah berkali-kali membuktikan bahawa mereka lebih
rela ke neraka daripada ke penjara.
No comments:
Post a Comment