1. Sekali lagi, majalah popular
Reader’s Digest telah mengadakan kajiselidik berkenaan adab dan kesopanan di 36
buah negara di dunia. Hasilnya, Malaysia yang mana ‘kesopanan dan kesusilaan’
termaktub di dalam Rukunegara, berada di tempat ke 34 sebagai negara paling
tidak beradab.
2. Rasanya, kebanyakan rakyat
Malaysia juga tidak terkejut dengan hasil kajiselidik tersebut. Yang menjadi persoalannya ialah sama ada
kita merasa malu atau mengambil ringan akan perkara ini adalah sesuatu yang
wajar diperbahaskan.
3. Melayu yang mewakili
majoriti rakyat Malaysia sebelum ini terkenal dengan sikap lemah lembut dan
sopan santun. Bahasanya beralun indah,
marahnya berlapik, peribadinya merendah, geraknya berlenggok lembut. Itulah Melayu – dahulu. Namun, semua ini hanya tinggal kenangan.
4. Alasan yang diberi apabila
perkara ini dibangkitkan ialah ‘survival’ di era yang serba pantas dan canggih
menjadikan sikap lemah lembut dan sopan santun tidak relevan lagi.
5. Hujah ini tentulah tidak
benar kerana bandar yang terpilih sebagai paling sopan di dunia ialah New York
yang mana jauh lebih canggih, pantas dan maju.
Kenapa New York iaitu sebuah bandar di negara Mat Saleh yang sering
dipersalahkan kerana menyebarkan budaya kuning masih mampu mempertahankan
kesopanan dan kesusilaan penduduknya?
6. Apa yang lebih memalukan
bagi Malaysia ialah kerana negara dikenali sebagai negara Islam contoh. Islam telah mengeluarkan manusia dari
kehidupan jahiliah, membawa ketamadunan iaitu kesopanan, adat dan peraturan. Namun, semua ini langsung tidak terserlah
dalam diri rakyat Malaysia, termasuk yang beragama Islam itu sendiri.
7. Masalah adab sopan mungkin
tidak wajar dikaitkan dengan politik.
Bagaimanapun, kita tidak dapat menafikan bahawa dalam keadaan di mana
hampir 80% perkara yang berlaku di dalam negara ini pasti dikaitkan dengan
politik oleh rakyatnya, maka pemimpin politik memainkan peranan penting dalam
mewarnai sikap rakyat.
8. Tiada siapa dapat menafikan
bahawa kepimpinan negara, Dato’ Seri Najib Tun Razak mempunyai peribadi yang
terpuji. Lahir dari keluarga yang
terhormat, dididik dengan penuh adab sopan dan kesusilaan. Sifat terpuji beliau terserlah jelas dalam
tutur kata dan gerak gerinya. Begitu
juga dengan kesemua Perdana Menteri Malaysia atau pemimpin tertinggi UMNO yang
terdahulu. Kesemua mereka mempunyai
latarbelakang pendidikan yang baik, dari keturunan yang baik-baik dan mempunyai
keperibadian terpuji. Ini dapat dilihat
dalam percakapan mereka yang lembut dan tenang tak kira di pentas politik, di
persada dunia mahupun bersama rakyat jelata.
10. Pendek kata, peribadi sopan
santun rakyat Malaysia yang sebelum ini kita amat banggakan, adalah diteladani
dari pemimpin kita. Dan sikap biadab
rakyat hari ini tidak boleh dipersalahkan ke atas bahu kepimpinan negara, kerana
Perdana Menteri kita jelas mewarisi kesopanan dan kesusilaan yang sama hebat
dengan kepimpinan terdahulu dan dari susur galur keluarganya.
Justeru, kita wajar mencari
di mana puncanya kebiadapan rakyat Malaysia.
11. Sedar atau tidak, hanya
selepas lahirnya ‘Reformasi’ yang dibawa oleh Anwar Ibrahim maka rakyat
Malaysia tiba-tiba terdedah dengan begitu meluas dengan kebiadaban. Kata-kata penghinaan, maki hamun, carut
mencarut terhadap kepimpinan negara digunakan dan disebar secara meluas dan
konsisten di alam maya, lalu dibawa turun ke padang dan kampung melalui
pentas-pentas ceramah. Anwar Ibrahim
sendiri terkenal berceramah dengan penuh emosi amarah, kebencian dan dendam
kesumat.
12. Kemudian PAS juga turut
menyemarakkan lagi budaya biadab ini dengan ceramah mencarut, mencaci dan
menghina.
13. DAP yang sememangnya tidak
pernah dididik dengan adab, menambah meriahkan lagi keadaan dengan ceramah yang
menghasut dan membakar api perkauman.
14. Sejak itu, siri-siri
demonstrasi dengan bersikap samseng dan memusnahkan harta benda awam pun
bermula. Pihak berkuasa
diperlekeh. Kepimpinan negara
diperleceh. Sikap hormat-menghormati pun
terhapus sama sekali.
15. Tak kira yang bertudung,
yang berjubah, yang berjanggut semuanya terkinja-kinja memekik-mekik kata-kata
maki hamun sesama manusia dan sesama Islam.
Lebih menggerunkan ialah mereka-mereka ini juga mendidik anak-anak
mereka dengan sikap biadap yang sama.
16. Siapa yang boleh lupa
insiden puak PAS menunjuk ‘anu’ kepada Puteri UMNO. Sedarkah kita bahawa semua ini tidak pernah
berlaku di dalam pentas politik kebangsaan sebelum era Reformasi?
17. Di celah-celah itu juga,
kumpulan LGBT tiba-tiba menyerlahkan diri secara nyata dan meningkatkan lagi
kebiadapan ke satu tahap yang lebih tinggi iaitu kelucahan melampau.
18. Akhirnya, biadab pun menjadi
budaya. Memijak gambar, menghina bendera
sendiri, mengutuk negara sendiri dan seterusnya menayang ponggong di dalam
konsert dan di dalam demonstrasi adalah lanjutan dari budaya biadab yang terus
dipupuk dan dibaja oleh pemimpin pembangkang.
Rakyat kononnya diseru mereka agar ‘mengekspresi’ diri tetapi apa yang
diekspresikan ternyata hanyalah kemarahan, kebencian, dendam yang tidak berasas
dan tidak berkesudahan akibat terpengaruh dengan momokan pembangkang.
19. Kesimpulannya, Pakatan
Rakyat adalah bertanggungjawab dalam mencetus, menyebar, memperkukuh dan
meningkatkan budaya biadab di kalangan rakyat Malaysia.
20. Sekiranya Malaysia ingin
menebus malu berkaitan kajiselidik Readers’ Digest yang menampilkan kita
sebagai negara paling biadab, maka PR perlulah ditenggelamkan agar kemurnian
budaya beradab sopan rakyat Malaysia dapat dipulihkan.
No comments:
Post a Comment