1. Ramai yang berang dengan sikap keterlaluan puak-puak Pakatan Rakyat yang bukannya meraikan Hari Kemerdekaan, tetapi memperlekeh dan menghina sambutan tersebut. Dalam himpunan ‘Janji Demokrasi’ yang diadakan pada malam Merdeka, penyokong-penyokong PR telah bertindak mengenepikan Jalur Gemilang dan sebaliknya sebuah bendera baru mirip Indonesia dan Singapura ‘diperkenalkan’. Terdapat juga risalah yang diedarkan untuk mengajak rakyat mengubah Jalur Gemilang kepada bendera baru itu.
2. Jelas, puak-puak Pakatan Rakyat sudah tidak lagi dapat
menyembunyikan pendirian mereka yang selama ini menafikan atau menolak sejarah
kemerdekaan negara ini.
Walaubagaimanapun, setelah dicemuh secara meluas, pemimpin-pemimpin PR
telah terpaksa menafikan adanya niat untuk menukar bendera Malaysia di pihak
mereka.
3. Namun, penafian semata-mata tidak membawa makna. Sebaliknya, tindakan PR yang sering berupa
‘khianat’ terhadap negara ini menjadi bukti pupusnya patriotisme di dalam diri
mereka.
4. PR, terutamanya PKR dan DAP banyak berkongsi pendirian
yang sama terutama mengenai menghapuskan Institusi Raja-raja atau menubuhkan
Republik Malaysia. PAS,
walaubagaimanapun, hanyalah pak turut yang bingung, dungu dan tidak tahu
apa-apa yang masih beretorik konon ingin membina Negara Islam.
5. Di kalangan mereka yang celik politik, siapa tidak tahu
akan niat Anwar untuk menjadikan negara ini negara Republik. Perkara ini telah pun didedahkan oleh Ummi
Hafilda dalam siri-siri ceramahnya dan juga sidang akhbar. Selain itu, Raja Petra Kamaruddin, yang satu
ketika dahulu adalah penulis upahan Anwar, sebelum membuat U-turn dan
membelasah Anwar, pernah beberapa kali menulis secara berkias mengkritik sistem
Beraja, iaitu satu usaha dari pihak Anwar menghasut rakyat mempersoalkan sistem
tersebut.
6. Penentangan DAP terhadap Institusi Raja pula bukanlah
sesuatu yang baru. DAP yang selamanya
anti Melayu, Islam amat memusuhi Institusi Raja-raja kerana disitulah
terdapatnya benteng pertahanan Melayu dan Islam. Beberapa kali, DAP mempergunakan PKR dan PAS
untuk mempersoal atau memperleceh titah Sultan dalam memperkatakan isu mengenai
Islam. Kemuncaknya, dalam sambutan Hari
Kemerdekaan peringkat Negeri Selangor, PR telah bertindak membelakangkan terus
Sultan Selangor.
Inilah bukti kukuh bahawa PR benar-benar ingin menukar
negara ini menjadi Republik.
7. Mencadangkan bentuk bendera yang menyerupai negara-negara
jiran kita yang merupakan Republik menunjukkan yang agenda ini telah pun lama
berjalan.
8. Jika kita menyusuri usaha puak-puak ini, kita akan
mendapati bahawa mereka ada mewujudkan blog dan portal, buku dan risalah yang
bertujuan mengubah sejarah negara ini, terutama mengenai Kemerdekaan. Matlamat mereka ialah mempertikai peranan
pejuang-pejuang UMNO/Melayu serta mengiktiraf peranan komunis dalam perjuangan
kemerdekaan. Untuk itu, mereka telah
menghina askar-askar Melayu, Cina dan India serta orang-orang awam yang telah
terkorban dalam pertempuran atau dibunuh kejam oleh komunis.
9. Tidak sukar untuk kita memahami kenapa pihak PR, terutamanya
DAP, cuba membela komunis iaitu kerana generasi dari darah komunis itu enggan
menerima hakikat bahawa nenek-moyang mereka adalah petualang dan pembunuh
kejam. Sebaliknya, mereka ingin mengubah
sejarah menjadikan nenek-moyang mereka yang kejam itu, sebagai wira.
10. Bukan sejarah mengenai komunis dan kemerdekaan sahaja
yang ingin diubah mereka, tetapi juga semua sejarah yang memaparkan
pengkhianatan dan kekejaman mereka, contohnya 13 Mei juga, cuba diubah atau
dipadam terus.
11. Masalah tidak dapat menerima hakikat sejarah ini diwarisi
atau dipelajari DAP dari PAP Singapura.
Kita sedia maklum bahawa Singapura telah pun memadamkan terus sejarah
negara itu sebelum kedatangan Sir Stamford Raffles. Secara teknikalnya, sejarah Singapura
ditulis kembali seolah-olah ia adalah sebuah pulau yang tidak bertuan, tidak
pernah ditemui atau dihuni oleh sesiapa sebelum Raffles.
12. Kisah bagaimana Temasek, iaitu nama lama Singapura, telah
menjadi pelabuhan penting sejak kurun ke 14 ditutup, mungkin kerana ingin memadamkan
terus nama-nama yang menunjukkan bangsa penduduk asal seperti Sang Nila Utama,
Parameswara atau Iskandar Shah, iaitu Raja terakhir Temasek. Adalah penting bagi PAP untuk menghapuskan
nama-nama atau jejak-jejak peradaban atau ketamadunan Melayu lama bagi memberi
mereka ‘tapak’ dan alasan untuk ‘menjajah’ dan menindas kaum Melayu.
13. Bagi PAP, imbasan sejarah silam dikhuatiri akan menaikkan
semangat cintakan negara yang membawa kepada pemberontakan atau perjuangan ke
arah kemerdekaan bagi menuntut kembali tanahair yang telah tergadai.
15. Atas tujuan yang sama, PR cuba menanam sifat memandang
remeh terhadap kemerdekaan negara di kalangan rakyat di Malaysia. Himpunan Janji Demokrasi yang diadakan mereka
sebenarnya membawa matlamat ini.
Sedarlah bahawa matlamat mereka untuk mengikut jejak langkah Singapura
dengan menenggelamkan sejarah Melayu lama bukanlah cakap-cakap kosong. Sesungguhnya, mereka telah lama berusaha ke
arah itu, dengan dibantu oleh Melayu-melayu pengkhianat di dalam PKR dan
Melayu-melayu dungu di dalam PAS.
16. Justeru, bendera ‘baru’ Malaysia yang dikibarkan PR bukan
isu remeh, ia sebenarnya membawa agenda yang jauh lebih besar dan bahaya, jika
kita semua sanggup mengambil sedikit masa untuk memikir dan mengkaji sejarah,
sikap dan tindakan DAP/PKR selama ini.
PAS? Abaikan saja … parti ini
akan menurut apa saja, asalkan dapat bergandingan bersama ke Putrajaya.
No comments:
Post a Comment