1. Bukan satu rahsia lagi, kedudukan Haji Abdul Hadi Awang
selaku Presiden PAS sejak akhir-akhir ini kelihatan semakin goyah dan kurang
mendapat penghormatan sewajarnya dari kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri.
2. Dalam banyak perkara melibatkan perjalanan parti,
seringkali Hadi dipaksa mengikut lenggok tari Mursyidul Am PAS sebelum
menentukan keputusan untuk sesuatu perkara berbangkit - sesuatu yang jarang
berlaku semasa PAS dibawah pimpinan Allahyarham Fadhil Noor mahupun Presiden
sebelumnya.
3. Walaupun struktur organisasi PAS meletakkan kedudukan
Mursyidul Am lebih tinggi berbanding Presiden, namun bukannya satu kelaziman
bagi PAS meletakkan taraf Presidennya hanya sekadar pak turut kepada Mursyidul
Am semata-mata.
4. Keadaan ini dilihat kian menonjol terutama semenjak
kebangkitan puak Anwarinas ataupun dikenali juga dengan gelaran Erdogan yang
mula menggandakan penentangan secara besar-besaran terhadap konsep Kerajaan
Perpaduan (UG) yang diilhamkan oleh Hadi Awang.
5. Rentetan dari situ, satu demi satu pemimpin PAS yang pro
kepada konsep UG serta mempunyai hubungan rapat dengan Hadi Awang tersingkir
atau terpinggir dari arus PAS Pusat dan negeri. Sekaligus menyebabkan cengkaman
pengaruh Hadi terhadap PAS kian longgar dan imejnya pula kian tercalar.
6. Manakala imej Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS pula
diangkat setinggi-tingginya sehinggakan urusan parti yang biasa dilaksanakan
oleh Presiden kini seringkali diambil alih oleh Nik Aziz.
7. Malah bila Hadi membuat kenyataan tertentu atau tindak
tanduknya dilihat tidak mengikut kehendak kumpulan Anwarinas dalam PAS, tidak
semena-mena Nik Aziz akan segera memotong dengan membuat kenyataan sebaliknya
sehingga memaksa Hadi menarik handbrake dan mengubah semula kenyataan asal.
8. Contohnya dalam isu muzakarah dan kerajaan perpaduan,
Hadi yang membuat tawaran dan mencetuskan idea namun bila ramai geng Anwarinas
tampil membantahnya maka Nik Azizlah yang akan jadi perisai depan untuk
memastikan bantahan puak Anwarinas tercapai.
9. Impak kemudiannya, Hadi terpaksa menanggung malu dan
terpaksa bersilat lidah untuk menenangkan penyokong PAS yang semakin ramai
berpayung di belakang kumpulan Anwarinas yang disokong oleh Nik Aziz.
10. Dalam konteks lain pula, kebiasaannya Presiden parti
adalah penghubung utama sekiranya membabitkan pertemuan politik dengan pemimpin
dari parti rakan sepakatan mahupun pemimpin parti di luar pakatan.
11. Namun disebabkan wujudnya usaha berterusan untuk
menenggelamkan pengaruh Hadi, acapkali kumpulan Anwarinas akan segera mengaturkan
sesuatu pertemuan politik itu dengan melibatkan Nik Aziz tanpa membabitkan
Hadi.
12. Demikianlah yang berlaku baru-baru ini apabila bekas
pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukim tiba-tiba diuruskan kedatangannya ke Kelantan
untuk bertemu Nik Aziz sedangkan sedari awal sepatutnya pertemuan tersebut
hanya melibatkan perbincangan soal taktikal politik antara Lajim dengan Hadi
Awang.
13. Sudahlah begitu, isi utama perjumpaan tersebut pula hanya
sekadar untuk menyampaikan hasrat Lajim mahu menyertai PKR disamping meminta
restu Nik Aziz.
14. Entah sejak bila Nik Aziz jadi pemimpin PKR agaknya
sehingga restunya diperlukan sebelum dapat menjadi ahli PKR? Kelihatan seperti
mahu memperlihatkan PAS lebih kuat berbanding PKR, namun hakikatnya itu
hanyalah sebahagian usaha kumpulan Anwarinas untuk mengkelabu asapkan imej Hadi
di mata ahli dan penyokong PAS.
15. Di kalangan ramai pemimpin PAS yang berada di kem Hadi
dan juga beberapa orang yang tiada kem, walaupun kerap terganggu dengan
penonjolan berlebihan Nik Aziz seolah-olah diktator PAS, namun mereka seakan
hilang kekuatan untuk mempertikaikannya secara lebih terbuka dan terpaksa redha
selagi geng Anwarinas masih menguasai PAS.
16. Paling mereka bimbangi dalam beberapa jangka masa
terdekat atau paling lambat selepas PRU 13, Hadi awang akan terus terpinggir
dari arena kepimpinan PAS dan tempatnya bakal menjadi miliki salah seorang
pemimpin bukan aliran agama yang pro Anwar Ibrahim.
17. Tanda-tanda ke arah itu sudah banyak kelihatan. Menjelang
PRU 13, PAS bukan sahaja akan berentap dengan UMNO di masa yang sama
pertempuran antara kem dalam PAS akan lebih menonjol terutama sekali melibatkan
perebutan untuk calon yang akan bertanding.
18. Lebih ramai pemimpin pro Anwar berjaya menempatkan diri
sebagai calon pilihanraya bermakna berakhirnya zaman kepimpinan Hadi dan akan
meninggalkan tampuk kepimpinan PAS dalam keadaan malu dan terhina sama seperti
pernah dialami oleh arwah Asri Muda.
No comments:
Post a Comment