Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
1. Pada Mei tahun itu (1997), saya mengambil
keputusan untuk bercuti selama dua bulan dan menyerahkan tanggungjawab kepada
Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pemangku Perdana Menteri. Saya menganggap ini
sebagai satu peluang baik untuk memerhati bagaimana beliau menjalankan tugas
kerana saya sudah pun berfikir untuk bersara pada tahun berikutnya. Saya mahu
pastikan yang apabila Anwar mengambil alih, beliau mampu mentadbir negara
dengan baik.
2. Ketika berada di Bledisloe dalam daerah Cotswolds, England, saya
menerima berita mengenai serangan ke atas baht Thailand oleh peniaga mata wang.
Apa yang berlaku adalah ahli perniagaan Thai telah meminjam sejumlah besar mata
wang asing pada kadar faedah yang rendah berbanding pinjaman dalam mata wang
baht.
3. Mereka boleh membuat keuntungan segera daripada perbezaan dua kadar
faedah itu dengan syarat nilai baht stabil. Peniaga mata wang antarabangsa
adalah orang yang mencari keuntungan dengan memerhati dan mengambil kesempatan
daripada ketidakwajaran dan kelemahan seperti yang berlaku di Thailand ketika
itu. Ia diibarat pucuk dicita ulam mendatang kepada kegiatan mereka.
4. Mereka menyebarkan berita kononnya nilai baht terlalu tinggi dan
pertumbuhan ekonomi negara itu mustahil dapat dipertahankan. Mereka kemudian
menjual sejumlah besar baht menyebabkan nilainya merosot berbanding dolar
Amerika. Kejatuhan nilai baht menyebabkan orang Thai yang meminjam dolar
menghadapi kesulitan.
5. Mereka terpaksa mendapatkan lebih banyak baht bagi membayar balik
pinjaman mata wang asing mereka kerana kalau keuntungan perniagaan mereka tidak
mencukupi, mereka mungkin tidak dapat membayar balik pinjaman.
6. Sekiranya mereka gagal membayar balik hutang maka terbukti benarlah
dakwaan peniaga mata wang bahawa ekonomi Thai lemah.
7. Kemudian mereka melambakkan lebih banyak baht menyebabkan nilainya
merudum lagi. Maka semakin ramailah orang Thai yang meminjam mata wang asing
gagal membayar balik hutang mereka. Sementara itu, peniaga tersebut kelihatan
seolah-olah mereka tidak ada kaitan langsung dengan krisis berkenaan. Apa yang
mereka lakukan hanyalah sekadar bertindak balas. Hakikatnya, merekalah yang
mencetuskan malapetaka itu.
8. Kitaran tindakan kejam (vicious cycle) ini pantas merebak. Lebih
teruk nilai baht menyusut, lebih ramai peminjam yang gagal membayar balik
hutang dan semakin lemah pula ekonomi Thailand.
9. Kerajaan Thai cuba membeli baht bagi mempertahankan nilainya dengan
menggunakan rizab dolar. Bagaimanapun, peniaga mata wang nampaknya memiliki
bekalan baht yang tidak terbatas untuk terus dilambakkan dalam pasaran.
10. Akhirnya, kerajaan Thai dibebani rizab baht yang banyak, tetapi bernilai
rendah manakala simpanan mata wang asingnya merosot teruk. Ini mencetuskan satu
lagi pusingan penjualan baht apabila ia menjadi lebih lemah akibat tanggapan
bahawa ia tidak disokong oleh rizab mata wang asing yang secukupnya.
11. Apabila saya pulang daripada bercuti pada bulan Ogos, di Thailand sangat
teruk. Kita mengambil keputusan untuk meminjamkan mata wang utama bagi
memperkuatkan rizab antarabangsanya, tetapi tidak berhasil. Nilai baht terus
jatuh.
12. Kewangan Malaysia berada dalam keadaan baik pada masa itu kerana
kerajaan dan peniaga tidak perlu meminjam dengan banyak mata wang asing. Kadar
faedah kita sentiasa rendah dan pinjaman mata wang asing tidak akan memberikan
apa-apa kelebihan. Rizab mata wang asing Bank Negara juga mencukupi,
setidak-tidaknya cukup untuk menyokong ringgit kalau diserang. Namun, itu
hanyalah andaian.
13. Kita juga tidak membuatkan diri kita terdedah seperti orang Thai dengan
meminjam mata wang asing dan berurus niaga dengan peniaga mata wang, jadi apa
yang harus kita bimbangkan?
14. Kemudian kita mula mendengar mengenai jangkitan kewangan, iaitu
bagaimana masalah jiran kita mungkin menjangkiti kita. Walaupun ekonomi dan
kewangan kita nampak sihat, ringgit mungkin akan diserang juga.
15. Kalau peniaga mata wang mencetuskan kehilangan keyakinan terhadap
Malaysia, nilai ringgit akan turut jatuh. Saya langsung tidak faham mengapa hal
seperti ini harus berlaku, tetapi pakar ekonomi pasti ia akan terjadi.
16. Mereka betul. Peniaga mata wang mula menjual ringgit secara
besar-besaran menyebabkan nilainya merosot. Sebelum serangan itu bermula pada
pertengahan 1997, kadar mata wang kita ialah RM2.50 bagi satu dolar Amerika.
Bagaimanapun, menjelang hujung tahun nilai ringgit tinggal separuh sahaja. Kita
tidak tahu siapa yang menjual ringgit atau kepada siapa mereka menjualnya.
17. Saya diberitahu mengenai seorang lelaki bernama George Soros yang pernah
menyerang paun British dan lira Itali. Kedua-dua buah negara itu menghadapi
saat genting mempertahankan mata wang mereka yang disusutkan nilainya secara
paksa.
18. Tanpa mengetahui peniaga mana yang terbabit, saya mengandaikan bahawa
Soros adalah salah seorang daripadanya. Tidak kira siapa mereka, saya amat
marah.
19. Bagaimanakah orang luar boleh dengan sewenang-wenangnya memiskinkan
negara dan rakyat kita? Bagaimanakah mereka tergamak berbuat demikian secara
sedar dan sengaja? Sekalipun itu bukan tujuan utama mereka, mengapakah mereka
memilih untuk menjahanamkan kita sebagai produk sampingan strategi perniagaan
mata wang mereka? Semua ini tidak masuk akal kepada saya, sama ada dari segi
ekonomi mahupun moral.
20. Rakyat Malaysia, khususnya golongan peniaga mula merasai kesan penurunan
nilai ringgit. Pengimport misalnya, tidak dapat mengumpulkan cukup ringgit
untuk membeli dolar yang mereka perlukan bagi membayar kos barangan yang
dipesan daripada pembekal asing. Akibat kekurangan wang, mereka gagal membayar
balik hutang.
21. Rakyat Malaysia yang gemar ke luar negara pula mendapati kos perjalanan
mereka terlalu mahal. Eksport kita biasanya menggunakan dolar. Jadi, dengan kenaikan
nilai dolar kita sepatutnya memperoleh lebih banyak mata wang ringgit daripada
eksport.
22. Pembeli asing pula mahu membayar harga yang lebih rendah untuk eksport
kita. Mereka mendakwa kos pengeluaran kita telah berkurangan kerana nilai
ringgit merosot. Apa yang mereka tidak sebut adalah, akibat kenaikan nilai
dolar maka bahan mentah, komponen dan barangan modal (capital goods)
yang kita import menjadi lebih mahal.
23. Kejatuhan nilai ringgit tidak menjadikan kita lebih berdaya saing,
terutama jika dibandingkan dengan jiran kita yang nilai mata wang mereka juga
jatuh.
24. Kita berasa tidak berdaya apabila nilai ringgit terus merosot dan
ekonomi menuju ke arah kemelesetan. Sebelum itu, selama hampir 10 tahun
berturut-turut, ekonomi kita berkembang pada kadar lapan peratus setahun.
25. Kini, kita berdepan dengan kemungkinan pertumbuhan negatif. Saya tidak
boleh berkata apa-apa mengenai peniaga mata wang – setiap kali saya membuat
kenyataan terbuka, nilai ringgit jatuh lagi.
26. Pada 17 Jun 1997, sebelum serangan ke atas mata wang Asia bermula,
Pengarah Urusan Tabung Mata Wang Antarabangsa atau International
Monetary Fund (IMF) waktu itu, Michael Camdessus memuji Gabenor Bank
Negara kerana pengurusan ekonomi dan kewangan Malaysia yang baik.
27. Pujian itu dibuatnya pada Majlis Hal Ehwal Ekonomi Dunia, Los Angeles.
Katanya: “Malaysia adalah negara contoh di mana pihak berkuasanya sedar
mengenai cabaran menguruskan tekanan akibat pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan
mengekalkan sistem kewangan yang sihat di tengah-tengah pengaliran masuk modal
yang banyak dan pasaran hartanah berkembang pesat.”
28. Inflasi, kata beliau, adalah rendah dan tukaran ringgit kekal pada kadar
RM2.50 kepada AS$1 untuk jangka masa yang lama. Ringgit, tambah beliau lagi,
adalah mata wang yang benar-benar kukuh yang mencerminkan kemantapan kewangan
Malaysia.
29. Namun, apabila serangan ke atas mata wang Asia berlaku, orang yang sama
berkata ekonomi kita terlalu panas dan ini menyebabkan mata wang kita merudum
diserang oleh peniaga mata wang. Saya tidak percaya yang nilai ringgit susut
kerana ekonomi kita lemah atau kerana pasaran hilang keyakinan terhadap
Malaysia.
30. Saya membeli beberapa buah buku mengenai perniagaan mata wang untuk
lebih memahami mekanismenya. Saya yakin punca kejatuhan ringgit adalah dagangan
mata wang bukannya ekonomi atau mata wang kita.
31. Saya pernah bertemu dengan Camdessus sebelum itu dan beliau nampaknya
seorang yang baik. Anwar yang ketika itu adalah Menteri Kewangan dan Timbalan
Perdana Menteri lebih kerap berjumpa beliau.
32. Saya meminta Anwar merayu kepada Camdessus supaya berusaha menghentikan
dagangan mata wang. Saya berkata, kegiatan itu tidak perlu dan merosakkan
ekonomi negara membangun. Saya tidak tahu sama ada Anwar menyatakan atau tidak
hal itu kepada Camdessus, tetapi tidak ada usaha diambil bagi menghentikan
kegiatan tersebut.
33. Bagi saya, mendagangkan mata wang seolah-olah ia satu barangan adalah
tidak masuk akal sama sekali. Kopi, gula, getah dan seumpamanya adalah barangan
sebenar dan mempunyai kegunaan yang sahih, tetapi mata wang tidak mempunyai
nilai secara sendiri. Ini adalah perantara bagi mendapatkan komoditi sebenar.
Ia tidak boleh digunakan dengan cara lain dan tidak boleh dimakan.
34. Kita bukan lagi berada pada Zaman Pertengahan (Middle Ages) di
mana ekonomi Eropah tidak mempunyai sebarang mata wang yang diyakini. Ketika
itu, peniaga-peniaga di pasar Perancis menggunakan lada hitam dari Asia
Tenggara sebagai mata wang dan pertukaran barang. Hari ini, kita guna lada
hitam dan rempah ratus untuk menambah kesedapan makanan dan kita guna wang
untuk membeli-belah.
35. Saya teringat pernah membaca mengenai orang Brazil mencampakkan kopi
keluaran mereka ke dalam laut sewaktu bekalan bahan itu berlebihan dan harganya
murah. Ia bertujuan untuk mewujudkan kekurangan bekalan dan dengan itu dapat
menaikkan harganya.
36. Bagaimanapun, apakah kita perlu mencampak atau membakar wang untuk
menaikkan nilainya? Dalam hal mata wang, keadaan sebenar yang berlaku adalah
lebih teruk kerana wujud lebih banyak wang dalam edaran berbanding yang
diterbitkan oleh bank pusat dan lembaga mata wang.
37. Bekalan yang berlebihan itu berlaku kerana bukan mata wang sahaja
digunakan untuk jual beli, tetapi juga cek, kad kredit dan pemindahan
elektronik. Jumlah yang diwakili oleh instrumen tersebut pastinya melebihi jumlah
mata wang kertas yang dikeluarkan dan berada dalam edaran. Hakikatnya, wang
sudah bertukar bentuk menjadi maya (virtual).
38. Apabila menoleh ke belakang sekarang, jelaslah saya menerima secara
literal klise ekonomi, iaitu wang adalah darah daging kepada sistem kewangan
dan ekonomi.
39. Sebagai seorang doktor, saya tahu tentang wujudnya sejumlah darah yang
berpusing dalam badan seseorang pada setiap masa (walaupun kadangkala ia
terpaksa ditambah melalui pemindahan darah).
40. Bagaimanapun, saya belajar untuk tidak mengguna pakai kiasan itu secara
literal dalam hubungannya dengan ekonomi. Wang bukan macam hutang kerana wujud
lebih banyak hutang daripada jumlah wang dalam edaran bagi menyokong dan
menyukatnya. Cara pakar ekonomi berfikir berbeza daripada doktor. Bagi mereka,
dua campur dua kadangkala boleh menjadi lebih daripada empat.
41. Setelah Amerika Syarikat muncul daripada Perang Dunia Kedua sebagai
kuasa tentera dan ekonomi dominan, dunia menerima dolarnya sebagai mata wang
rasmi bagi perdagangan antarabangsa dan juga sebagai mata wang rizab.
42. Perjanjian Bretton Woods (1) telah menetapkan nilai dolar pada kadar
AS$35 bagi setiap auns emas. Kemudian, semua negara menetapkan nilai mata wang
mereka berdasarkan nilai dolar yang pada asasnya bermakna nilai emas.
43. Ekonomi dunia selepas perang kembali pulih dalam jangka masa peraturan
itu dikuatkuasakan. Bagaimanapun, apabila pada 1971, Amerika keluar daripada
piawaian emas, umumnya bagi membiayai kos perbelanjaan Perang Vietnam yang
bertimbun, maka kedudukan mata wang dunia menjadi tidak stabil. Kuasa pasaran
kini menentukan kadar tukaran mata wang dan kebanyakannya “terapung” dalam
hubungan antara satu sama lain.
44. Bagi saya, tindakan ini merosakkan kedaulatan nasional dan menyebabkan
negara terdedah kepada kezaliman pasaran serta ketamakan manusia. Orang tamak
tidak akan peduli tentang kebajikan orang lain, dan pastinya juga tidak peka
kepada keperluan negara membangun. Mereka akan menjahanamkan mana-mana negara
dan memiskinkan penduduknya atas nama keuntungan.
45. Kita terpaksa menerima keadaan itu walaupun kita tahu mekanisme dan
kuasa pasaran boleh dimanipulasikan. Ia tidak mengambil masa yang lama bagi
spekulator untuk mula menyalahgunakan sistem berkenaan. Sebelum itu, mereka
telah mencipta kaedah jualan singkat komoditi dan saham. Kini, mereka mencipta
pula jualan singkat mata wang.
46. Mereka mengaut keuntungan besar dengan membuatkan negara muflis,
terutama negara membangun. Tindakan mereka ini jelas satu pembunuhan kewangan.
Mereka menubuhkan dana lindung nilai atau hedge fund dan
mempelawa golongan kaya untuk mencarum. Umumnya, pulangan yang diterima jauh
lebih besar daripada pelaburan lain, tetapi operasi dana itu tidak menghasilkan
apa-apa yang boleh digunakan oleh pasaran atau orang ramai.
47. Paling tidak pun tindakan yang boleh diambil adalah mengawal selia
kegiatan tersebut, tetapi masalahnya orang yang menuntut ketelusan bagi setiap
urusniaga dan rancangan orang lain itu sendiri yang membenarkan operasi dana
diselubungi misteri. Bukankah pelabur serius tidak akan sanggup mengambil
risiko ke atas wang mereka dalam kegiatan yang penuh rahsia?
48. Namun, pengendalian dana tersebut terus dibenarkan menjadi satu misteri.
Siapakah peniaga itu? Daripada manakah mereka memperoleh modal? Berapa banyak
mereka meminjam? Kepada siapa mereka menjualnya dan siapa yang membeli mata
wang yang mereka jual itu?
49. Kita tidak tahu jawapan kepada semua soalan ini. Dana itu boleh
diniagakan sehingga 20 kali ganda modalnya. Bagi pengurus tabung ini, perkara
paling penting dalam ekonomi adalah perluasan hutang yang jauh melebihi bekalan
mata wang sehingga tidak ada kaitan lagi antara kedua-duanya. Kesan operasi
mereka mengakibatkan kebinasaan.
50. Camdessus adalah orang Perancis, dan saya dengar beliau bersahabat
dengan Presiden Chirac. Jadi, disebabkan saya kenal baik dengan Chirac maka
saya menulis kepada beliau mengenai penjarahan oleh peniaga mata wang dan saya
meminta beliau bercakap dengan Camdessus agar membantu menghentikan kegiatan
itu.
51. Kemudian, sewaktu Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel atau Commonwealth
Heads of Government Meeting (CHOGM) di Edinburgh, Scotland pada 1997,
saya bertemu Tony Blair yang baru sahaja menjadi Perdana Menteri Britain bagi
membincangkan perkara itu. Saya menjelaskan dengan panjang lebar kesan mata
wang dan meminta beliau membawa perkara itu kepada IMF. Bagaimanapun, segala
usaha saya di peringkat itu tidak menghasilkan apa-apa.
52. Sebelum itu, Malaysia memperoleh sedikit pengalaman dalam perniagaan
mata wang. Kita mengambil bahagian dalam kegiatan itu bagi memastikan nilai
rizab antarabangsa kita tidak susut akibat naik turun nilai mata wang yang kita
simpan.
53. Ketika itu kita hanya berurusan dengan menggunakan mata wang
negara-negara maju sahaja. Seperti mana orang lain, kita juga membuat
spekulasi, tetapi tidak memanipulasi. Apa yang kita lakukan adalah
memperincikan risiko yang kita ambil, tetapi apabila salah satu spekulasi kita
songsang, kita telah kehilangan sejumlah besar wang. Selepas pengalaman itu,
kita keluar daripada perniagaan mata wang.
54. Pada September 1997, saya dijemput berucap pada mesyuarat tahunan Bank
Dunia dan IMF di Hong Kong. Saya mengambil kesempatan membelasah peniaga mata
wang dengan menuduh mereka telah memiskinkan lagi negara-negara yang sedia
miskin di dunia. Saya menyebut nama Soros sebagai salah seorang peniaga yang
memanipulasi mata wang negara-negara Asia Tenggara dan menggangu gugat
pembangunan mereka.
55. Hari berikutnya, Anwar berucap pada mesyuarat yang sama. Ketika itu,
saya sudah berlepas ke Sabah dan beliau menelefon saya. Nada suaranya seperti
orang marah. Beliau memberitahu saya bahawa ucapan saya menyebabkan nilai
ringgit bertambah susut, cuma beliau tidak memberitahu saya agar jangan
bercakap lagi. Namun, saya terus mengkritik IMF dan peniaga mata wang.
56. Dalam satu perjumpaan di Santiago, Chile, saya mengulangi kutukan ke
atas mereka dan sekali lagi nilai ringgit jatuh. Perkembangan itu membuktikan
kepada saya bahawa peniaga mata wang adalah punca yang menekan turun nilai
ringgit.
57. Ia tidak mungkin disebabkan oleh reaksi pasaran kerana tindak balasnya
begitu pantas. Ini juga bukan disebabkan persetujuan am pasaran, tetapi kerja
beberapa pemain utama yang mempunyai pengaruh besar terhadap pasaran. Dan atas
alasan mereka yang tersendiri, saya mendapati sesetengah orang sengaja cuba
menyekat saya daripada bercakap mengenai peniaga mata wang.
58. Di dalam negara, Anwar memulakan apa yang dikenali sebagai “penyelesaian
IMF tanpa IMF.” Pada dasarnya, kita tidak dilanda masalah ekonomi yang teruk.
Kita tidak perlu meminjam daripada IMF bagi melangsaikan hutang luar kerana
kita tidak banyak berhutang. Antara hutang yang ada masih belum sampai masanya
untuk dibayar balik. Hutang yang telah sampai masanya untuk dibayar balik pula
sudah pun kita langsaikan.
59. Namun, sama ada kita perlu meminjam daripada IMF atau tidak, Anwar
berpendapat bahawa Malaysia perlu menerima nasihat IMF. Beliau percaya bahawa
untuk mengekalkan keyakinan antarabangsa terhadap pengurusan ekonomi kita, kita
perlu melakukan apa yang diberitahu oleh mereka dan menguruskan ekonomi kita
mengikut cara yang mereka kehendaki.
60. Anwar berpendapat yang ubat IMF adalah baik untuk kita dan akan membantu
kita pulih daripada penyakit antarabangsa walaupun kita sebenarnya belum lagi
jatuh sakit. Jadi, beliau menaikkan kadar faedah dan memotong perbelanjaan
kerajaan.
61. Saya memberi amaran kepada Anwar yang tindakannya itu mungkin
menyebabkan kerajaan kehilangan hasil yang diperlukan bagi membayar gaji
kakitangan awam.
62. Beliau juga cuba memendekkan tempoh ingkar pembayaran balik hutang daripada
enam bulan kepada tiga sebelum mengisytiharkannya sebagai hutang lapuk. Ini
sekaligus menaikkan nisbah hutang lapuk bank dan menyebabkan ramai peminjam
muflis. Perniagaan merosot. Penyakit yang kita cuba elakkan, muncul.
63. Ubat IMF gagal menghalang penyakit itu, sebaliknya menjadi punca
penyakit. Dalam pada itu pun, Anwar tetap meneruskan dasar pro-IMF beliau.
64. Ekonomi kita jelas menuju ke arah kemelesetan. Banyak syarikat muflis
manakala yang lain gagal melangsaikan hutang bank, lebih-lebih lagi selepas
Anwar memendekkan tempoh ingkar bayar hutang daripada enam bulan kepada tiga
dan menaikkan kadar faedah kepada 12 peratus.
65. Kita memutuskan supaya ditubuhkan sebuah badan operasi seperti Majlis
Gerakan Negara yang ditubuhkan untuk menangani kesan rusuhan kaum pada 1969.
Bagi mengurangkan perbalahan politik maka kita menjemput semua Ketua Menteri
dan Menteri Besar, termasuk daripada PAS untuk menganggotai sebuah badan yang
kita panggil Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) (2). Pemimpin kesatuan sekerja
dan perniagaan serta ketua badan pemikir juga diajak bersama.
66. Dengan itu, kita dapat menjelaskan kepada mereka masalah yang dihadapi
oleh negara dan mendengar pandangan mereka mengenai cara menanganinya.
Bagaimanapun, disebabkan bilangan ahli yang ramai maka Majlis itu tidak dapat
bermesyuarat lebih kerap. Jadi, saya memutuskan supaya diwujudkan sebuah panel
penasihat kecil untuk memantau perkembangan, di samping mencadangkan cara
mengatasinya.
67. Ia perlu disokong oleh keseluruhan Kabinet walaupun hanya sebilangan
Menteri sahaja yang menganggotainya. Mujurlah Kabinet tidak mempersoalkan
bidang kuasa atau syarat-syarat penubuhan badan yang berpengaruh itu.
68. Anggota panel penasihat termasuklah Anwar; Datuk Mustapa Mohamed, iaitu
seorang ahli ekonomi yang dihormati dan kini berkhidmat sebagai Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri; bekas Menteri Kewangan, Tun Daim
Zainuddin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman; Ketua Setiausaha
Kementerian Kewangan, Tan Sri Samsuddin Hitam; Timbalan Gabenor Bank Negara,
Datuk Fong Weng Phak (entah apa sebabnya, Gabenor tidak pernah menghadiri
mesyuarat kami); Ketua Unit Perancangan Ekonomi, Tan Sri Ali Abul Hassan
Sulaiman; Oh Siew Nam, seorang eksekutif sektor swasta yang arif mengenai
perbankan dan pasaran kewangan serta Ketua Pengarah ISIS, Tan Sri Dr Noordin
Sopiee.
69. Panel penasihat kecil itu bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga jam
setiap pagi di pejabat saya. Kami meneliti semua perangkaan mengenai ekonomi
dan mentauliahkan penyelidikan berhubung sebarang isu yang kami rasa mungkin
mempengaruhi prestasi ekonomi atau prospek negara.
70. Kami memanggil pakar bagi memberi penerangan dan membuat cadangan
mengenai perkembangan semasa. Kami mendengar banyak taklimat dan sering membuat
keputusan mengenai apa yang perlu dilakukan.
71. Mujurlah kita tidak mengalami ketegangan sosial sewaktu krisis kewangan.
Rakyat Malaysia mungkin telah terjejas teruk akibat krisis tersebut, tetapi
keganasan bukanlah tindak balas mereka. Pada masa yang sama, kita sedang
membuat persiapan akhir bagi Sukan Komanwel yang akan diadakan pada tahun
berikutnya, jadi, kita tidak mampu untuk menghadapi sebarang bentuk
ketidakstabilan.
72. Sambil menangani krisis itu, saya meneruskan tugas ke luar negara untuk
melaksanakan usaha ekonomi dan diplomatik. Saya berada di Buenos Aires,
Argentina apabila saya tiba-tiba teringat kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
yang mengetuai operasi perniagaan mata wang Bank Negara sewaktu kita mengalami
kerugian.
73. Saya ternampak beliau sedang berjalan-jalan di Kuala Lumpur sebelum saya
berlepas ke Buenos Aires. Wajah beliau muncul dalam fikiran saya dan saya
memutuskan yang beliau mungkin boleh memberi penjelasan mengenai perniagaan
mata wang serta mencadangkan cara untuk mengatasinya.
74. Urus niaga mata wang asing kita yang merugikan itu mungkin boleh
menghasilkan suatu kebaikan dan menyelamatkan kita pada saat-saat kita dikepung
oleh peniaga mata wang.
75. Perkara itu amat mendesak dan saya tidak boleh menunggu sehingga pulang
ke tanah air, lalu saya meminta pejabat saya mencari dan menerbangkan Nor
Mohamed ke Argentina. Tidak lama selepas itu, beliau dan saya duduk di dalam
bilik hotel saya dan beliau menjelaskan selok-belok perniagaan mata wang serta
sebab kita mengalami kerugian.
76. Saya bertanya, apakah pengajaran daripada pengalaman itu yang boleh kita
gunakan untuk mengatasi masalah yang sedang kita hadapi?
77.Beliau mencadangkan agar kita mengenal pasti beberapa buah institusi
yang memiliki sumber kewangan yang besar dan menubuhkan sebuah tabung khas
untuk membeli ringgit. Kita terima cadangan itu dan melaksanakannya.
78. Namun, sekali lagi kita tidak dapat melawan kekuatan peniaga mata wang.
Mereka boleh membuat spekulasi sehingga 20 kali ganda modal mereka dan kita
mungkin kehabisan rizab antarabangsa kalau kita cuba melawan mereka dengan cara
itu. Kita bukan berdepan dengan sebuah dana spekulasi mata wang, tetapi
beberapa buah.
79. Ternyata percubaan kita itu gagal. Saya tahu yang Nor Mohamed
berpengetahuan lalu memutuskan untuk melantik beliau menjadi Penasihat Kewangan
saya dan salah seorang anggota MTEN.
80. Kita mengajukan banyak soalan kepada beliau dalam usaha untuk memahami
dan mengawal perniagaan mata wang. Saya perlu memahami sedalam-dalamya mengenai
sistem perbankan dan kewangan, dan Nor Mohamed berjaya memperjelaskan semuanya.
81. Disebabkan kita tidak faham selok-beloknya maka kita telah
memperkenalkan langkah-langkah yang terbukti tidak berkesan. Pada satu
peringkat, terlintas dalam fikiran saya untuk menurunkan nilai ringgit dan
menaikkan gaji bagi mengimbangi kesan penyusutan nilainya.
82. Apabila saya membincangkan idea itu dengan beberapa orang kawan dan
Menteri, mereka berkeras mengatakan bahawa ia tidak akan berkesan. Namun, saya
terus yakin mesti ada sesuatu yang boleh dilakukan secara sah oleh kerajaan
bagi menghentikan manipulasi mata wang kita. Sehingga saat itu, saya masih
beranggapan yang mata wang sebenar telah bertukar tangan dalam urus niaga
berkenaan.
83. Saya masih belum memahami perdagangan mata wang yang dijalankan dalam
bentuk abstrak dan maya serta bagaimana transaksi atas kertas yang bernilai
berbilion-bilion dolar boleh mengalir merentasi dunia dengan lebih pantas
berbanding kita membayar RM10 untuk membeli sayur di pasar.
84. Itulah sebabnya apabila kita diberitahu yang mata wang kita dibawa
keluar, kita menyangka orang yang terlibat benar-benar membawa wang kita ketika
mereka keluar dari Malaysia. Jadi, kita meminta pegawai kastam di pintu keluar
supaya memeriksa beg pengembara. Kita kehairanan kerana tidak ada wang tunai
yang cuba dibawa keluar.
85. Bagaimanapun, kita mendapati jumlah wang dalam edaran di Malaysia
berkurangan dengan begitu banyak dan berjuta-juta ringgit Malaysia telah
mengalir ke Singapura. Atas sebab itulah kita meminta kerajaan Singapura
mendepositkan sejumlah pegangan ringgit mereka ke dalam bank Malaysia.
86. Kita juga hairan bagaimana peniaga mata wang di luar Malaysia boleh
memiliki berbilion ringgit duit kita untuk dijual. Saya tertanya-tanya dari
mana penyerang mata wang antarabangsa itu memperoleh ringgit?
87. Mereka melakukan jualan singkat dengan mengikat kontrak untuk
menyerahkan ringgit yang sebenarnya tidak mereka miliki. Bagaimanapun
lambat-laun mereka perlu juga membuat penyerahan.
88. Saya bertanya kepada Nor Mohamed bagaimana sejumlah besar mata wang kita
boleh meninggalkan Malaysia tanpa dikesan dan bagaimana peniaga boleh membawa
keluar berbilion-bilion ringgit. Kita juga tidak mempunyai rekod pembelian
ringgit sebelum mereka mula memperdagangkannya sebagai satu komoditi dan dalam
proses itu merosakkan kestabilan kadar tukarannya.
89. Pada satu peringkat, saya membuat kesimpulan bahawa mereka tentu telah
membeli sejumlah besar ringgit sebelum memperdagangkannya di pasaran.
90. Nor Mohamed menjelaskan kepada MTEN bahawa sebenarnya tidak ada wang
tunai yang dipindahkan. Sejuta ringgit, walaupun dalam bentuk wang kertas
RM100, sudah cukup berat untuk diangkut. Jadi, tentulah mustahil untuk
memindahkan ratusan juta ringgit, apatah lagi berbilion ringgit. Lagipun,
ringgit hanya sah diperlakukan di Malaysia. Ia tidak boleh digunakan di luar negara.
91. Bank dan penukar wang di negara lain mungkin menerima ringgit untuk
ditukarkan dengan mata wang tempatan, tetapi jumlahnya kecil sahaja. Di
penghujungnya, mereka pasti memulangkan mata wang kertas itu kepada Malaysia
untuk ditukarkan dengan mata wang pilihan mereka. Bagaimanapun, ini jelas tidak
berlaku. Kalau berlaku pun, kita tentu dapat melihat barisan van perisai
berulang-alik di antara Singapura dan Malaysia.
92. Jadi, apakah mata wang yang diperdagangkan sebenarnya? Nor Mohamed
menjelaskan bahawa tidak ada wang yang terlibat secara fizikal. Sebaliknya wang
sebenar ada di dalam bank-bank Malaysia, kebanyakannya di dalam akaun pemilik
wang itu.
93. Saya bertanya kepada kepada Nor Mohamed apa yang berlaku apabila wang
itu dijual atau dibeli. Menurut beliau, sejumlah kecil daripadanya mungkin
dimasukkan ke dalam bank atau diambil sebagai tunai. Namun, biasanya wang itu
dikreditkan ke dalam akaun penerima atau didebitkan daripada akaun pembayar.
Tidak ada transaksi wang tunai berlaku sama sekali. Jual beli dibuat di atas
kertas semata-mata. Yang berubah hanyalah angka-angka di dalam akaun bank.
94. Apabila ringgit didagangkan, tidak ada wang yang menyeberangi sempadan.
Dalam erti kata lain, tidak ada wang yang keluar dari Malaysia ataupun masuk ke
dalam Malaysia secara fizikal. Proses itu mungkin rumit sedikit bagi dagangan
yang melibatkan akaun mata wang asing di bank-bank asing. Begitu pun, ringgit
yang diperdagangkan tidak akan sama sekali meninggalkan Malaysia.
95. Saya sedar bahawa itu mestilah caranya. Jadi, kita meminta Bank Negara
menarik balik wang kertas bernilai RM500 dan RM1,000 bagi menyekat orang ramai
menyeludup keluar wang. Bagaimanapun, apa yang sebenarnya berlaku selama ini
adalah ringgit Malaysia yang diperdagangkan itu kekal di dalam akaun orang
asing di bank-bank Malaysia. Disebabkan wang itu dimiliki oleh orang asing,
maka kita tidak boleh menggunakannya.
96. Ini adalah sesuatu yang baru kepada saya. Saya bukan seorang ahli
perbankan dan urusan saya dengan bank juga terhad. Saya selalu membuat pembayaran
menggunakan cek tanpa memikirkan bagaimana angka di dalam akaun saya berubah.
Transaksi saya umumnya kecil dan diuruskan oleh pembantu peribadi saya.
97. Saya mula berasa gerun apabila menyedari yang saya telah membelanjakan
begitu banyak wang negara tanpa mengetahui apa-apa mengenai operasi bank.
Namun, sejak mempelajari bahawa ringgit yang diperdagangkan itu tidak pernah
keluar dari Malaysia secara fizikal dan jual belinya hanya membabitkan
pemindahan hak milik daripada satu akuan kepada akaun yang lain di dalam bank,
maka saya mula berfikir bagaimana kerajaan boleh menggunakan kuasa kawalan Bank
Negara ke atas bank-bank di Malaysia untuk menghentikan perniagaan mata wang.
98. Saya yakin ramai rakan-rakan saya di dalam MTEN tahu bahawa sistem
kewangan mewujudkan lebih banyak kredit berbanding mata wang yang dikeluarkan
oleh bank pusat. Bagaimanapun, mereka tidak nampak bagaimana maklumat itu
mungkin boleh membantu mewujudkan kawalan rasmi ke atas perdagangan mata wang.
Mungkin ada baiknya juga kejahilan saya mengenai sistem kewangan sebelum ini
kerana ia memberi saya peluang untuk melihat dengan persepktif baru tentang
bagaimana boleh menggagalkan peniaga mata wang.
99. Saya bertanya Nor Mohamed sama ada kerajaan boleh mengarahkan bank agar
tidak memindahkan hak milik apabila peniaga mata wang membeli dan menjual
ringgit. Beliau menjawab, boleh. Saya pun memikirkan kemungkinan untuk
melaksanakannya.
100. Serentak itu, Tun Daim, Nor Mohamed dan ahli-ahli perbankan di dalam
MTEN mula membincangkan kemungkinan menyekat peniaga mata wang daripada
memperoleh ringgit. Pada masa yang sama, kita perlu menghentikan jual beli
saham syarikat Malaysia melalui Central Limit Order Book (CLOB)
di Singapura atau apa yang disebut sebagai dagangan “atas kaunter.”
101. Ia diwujudkan oleh Singapura untuk meneruskan kegiatan jual beli
saham-saham Malaysia selepas kita memisahkan bursa saham kita daripada bursa
saham Singapura pada 1989. Urus niaga CLOB menyebabkan harga saham kita merosot
terus-menerus.
102. Indeks Komposit kita, iaitu Kuala Lumpur Composite Index (KLCI) berada
di sekitar 1,200 mata apabila serangan ke atas ringgit bermula. Bagi
mengelakkan kehilangan wang yang dilaburkan di Malaysia, maka pelabur asing
berpusu-pusu keluar dengan menjual saham milik mereka dan menukar ringgit yang
mereka peroleh kepada dolar Amerika atau mata wang lain.
103. Penjualan ini menyebabkan kejatuhan harga saham kita menjadi lebih
teruk. Pada satu peringkat, ia jatuh sehingga di bawah 300 mata. Modal pasaran
saham yang disenaraikan di bursa saham kita tinggal satu perempat sahaja
daripada nilai sebelum krisis.
104. Kita mendapati bahawa saham yang diniagakan melalui CLOB telah
didaftarkan atas nama syarikat-syarikat pemegang amanah. Amalan ini sah dari
segi undang-undang, tetapi apabila saham itu dijual dalam lingkungan syarikat
pemegang amanah maka pemilikannya tidak berubah; ia kekal dalam tangan syarikat
pemegang amanah terbabit. Atas dasar itu maka jual-beli tersebut tidak perlu
dimaklumkan kepada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
105. Yang menjadi masalah adalah penjualan berterusan saham-saham itu
menyebabkan harganya jatuh. BSKL tidak dapat berbuat apa-apa mengenai kegiatan
CLOB. Transaksi saham-saham Malaysia di CLOB tidak perlu didaftarkan dengan
BSKL selagi ia kekal sebagai urusan atas kertas oleh syarikat pemegang amanah
yang sama.
106. Kita perlu menghentikan amalan itu dan memutuskan bahawa tidak ada
jual-beli akan diiktiraf kecuali pemilik sebenar mendaftar dengan BSKL.
Kegagalan mereka berbuat demikian boleh menyebabkan transaksi berkenaan tidak
diiktiraf dan saham yang terlibat, dari segi undang-undang akan dianggap
sebagai hak milik penjual.
107. Sebaik sahaja kita mengenakan syarat itu, saham-saham tidak mungkin
boleh diniagakan lagi di CLOB tanpa mendaftarkannya dengan BSKL. Tiada siapa
akan membeli kalau saham itu tidak menjadi milik mereka dari segi
undang-undang. Ini memaksa pemilik sebenar untuk mendaftar urus niaga mereka
dengan BSKL sebagai syarat untuk mendapatkan pengiktirafan.
108. Tindakan kita itu berjaya menamatkan peranan syarikat pemegang amanah sebagai
orang depan dalam perdagangan CLOB. Semua pemilik perlu mendaftar dengan BSKL.
CLOB tidak lagi berperanan menjual-beli saham Malaysia. Ia terpaksa ditutup.
109. Sementara itu, kita juga memutuskan untuk menambat ringgit kepada dolar
Amerika – satu langkah yang pastinya menimbulkan kontroversi. Bagaimanapun,
kita perlu menentukan kadar tukaran ringgit sebaik sahaja selepas mengarahkan
bank agar tidak memindahkan wang akaun mereka dalam sebarang transaksi.
110. Kita juga perlu menyediakan rizab mata wang asing, terutama dolar
Amerika yang mencukupi dalam bank tempatan dan di Bank Negara sekiranya
diperlukan oleh pedagang bagi membayar import mereka. Dan sudah tentulah kita
perlu menjamin bekalan ringgit yang mencukupi di bank untuk ditukarkan dengan
mata wang asing pada kadar yang kita tetapkan.
111. Kita sentiasa mendesak agar pendapatan penjualan barangan buatan
Malaysia kepada pembeli asing dibawa balik dan didepositkan di dalam bank
Malaysia. Sesetengah negara membangun seperti Argentina membenarkan pendapatan
eksport disimpan di luar negara.
112. Dalam kes negara pengeluar minyak Timur Tengah pula, sebahagian mereka
tidak pernah membawa pulang perolehan eksport minyak mereka. sebaliknya, mereka
membiarkan pendapatan eksport minyak mereka yang sering disebut sebagai
“petrodollar”, mengelilingi dunia mencari pelaburan yang paling menguntungkan.
113. Bagi kita pula, kalau kita benarkan hal ini berlaku maka ia akan
mengakibatkan pengaliran keluar yang berterusan pendapatan eksport negara.
Kalau kita tidak dapat menggunakan tukaran asing hasil eksport kita, maka kita
tidak akan dapat membayar kos import atau melunaskan hutang.
114. Kesan daripada amalan membawa balik pendapatan eksport itu menyebabkan
Malaysia sentiasa mempunyai rizab mata wang asing yang mencukupi untuk digunakan
oleh pengimport bagi membeli barangan dan perkhidmatan asing. Apabila kerajaan
menetapkan kadar tukaran, ia harus menjamin bekalan mata wang asing yang
mencukupi untuk membayar kos import utama pada kadar yang ditetapkan itu.
115. Kita mungkin boleh memperkayakan diri kita dengan mengukuhkan ringgit
kepada paras sebelum krisis, iaitu RM2.50 bagi satu dolar Amerika memandangkan
pada masa itu ringgit sudah mula pulih perlahan-lahan. Pada kadar paling
rendah, nilai ringgit susut kepada hampir RM5 bagi setiap dolar Amerika. Ia
kemudian berkisar sekitar RM3.80 dan RM4.
116. Kalau ringgit terlalu kukuh pula kerana kita menetapkan kadar tukaran
yang amat tinggi maka produk Malaysia tidak dapat bersaing dalam pasaran
antarabangsa dengan produk yang serupa dari Thailand, Filipina dan Indonesia.
Kita perlu menetapkan kadar tukaran yang tidak terlalu memiskinkan kita dan
pada masa yang sama menjamin persaingan produk keluaran kita. Oleh itu, kita
memutuskan kadar RM3.80 bagi satu dolar Amerika.
117. Kita merahsiakan perkara itu, tetapi kita mahu Bank Negara dan BSKL
melaksanakannya. Kerajaan perlu menyelia pelaksanaan rancangan itu hampir
setiap minit.
118. Apabila kita mula melaksanakannya, kita tidak pasti sama ada kawalan itu
akan memberi sebarang kesan atau tidak. Kita pun tidak tahu sama ada keputusan
mengenai pendaftaran wajib jual-beli saham CLOB boleh dilaksanakan atau
terbukti tidak praktikal.
119. Perlu ditegaskan bahawa sewaktu kita mengambil keputusan tersebut di
dalam MTEN, Anwar masih menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Beliau tidak membantah rancangan untuk menyekat kegiatan peniaga mata wang dan
mengawal urus niaga CLOB.
120. Dr Noordin Sopiee tampil dengan lebih 30 sebab mengapa kita tidak harus
melaksanakan semua rancangan itu. Tidak semestinya beliau tidak bersetuju
dengan hujah itu, tetapi beliau mengemukakannya bagi mencabar pemikiran kita.
121. Saya terpaksa berhujah mematikan setiap bantahan yang beliau kemukakan.
Ahli MTEN yang lain menunjukkan tahap sokongan berbeza-beza, dengan
sesetengahnya mengatakan bahawa langkah yang kita cadangkan itu tidak pernah
dilakukan oleh sesiapa pun sebelum ini.
122. Memang betul ia berisiko, termasuklah kemungkinan keutuhan mutlak mata
wang ringgit. Pasaran gelap mungkin muncul bagi menjual ringgit dengan harga
yang lebih murah daripada kadar yang kita tetapkan. Kewangan dan ekonomi negara
mungkin menjunam dan tidak boleh dikawal lagi.
123. Kita sama sekali tidak boleh menjangka apa yang akan terjadi.
Bagaimanapun, hujah yang mengatakan kita tidak patut melakukannya kerana ia belum
pernah dilakukan oleh sesiapa sebelum ini mungkin sesuai bagi orang yang
penakut dan berfikiran kolot. Pendirian itu pastinya tidak sesuai bagi seorang
yang bertanggungjawab kepada negara dalam menghadapi saat kesukaran yang tidak
pernah dialami sebelum ini.
124. Ada orang membangkitkan bahawa wujud keadaan di mana penduduk di
kebanyakan negara membangun enggan dibayar dalam mata wang tempatan, sebaliknya
mereka mendesak agar dibayar dengan dolar Amerika. Ringgit juga mungkin ditolak
sebagai bayaran. Jika ini berlaku maka nilainya tidak lebih tinggi daripada
harga kertas yang diguna untuk mencetaknya.
125. Saya mendapat tahu kemudian bahawa setengah ahli MTEN telah memberitahu
beberapa orang Menteri Besar supaya menghalang saya daripada meneruskan langkah
yang dirancang. Malangnya, mereka tidak bersedia untuk berdepan dengan saya
bagi berbahas mengenai perdagangan mata wang dan CLOB kerana mereka tidak
memahaminya.
126. Malah, pemahaman mereka juga sangat kurang mengenai betapa kompleksnya
langkah yang sedang kami rancang dan risikonya. Kalau pun ada antara mereka
mempunyai keraguan yang berasas, mereka tidak berkebolehan untuk menyatakan
pandangan mereka.
127. Keadaan itu memberikan kelebihan kepada saya. Saya berasa lega dengan
keputusan yang diambil, tetapi itu bukan bermakna saya tidak bimbang dengan
kemungkinan rancangan kita akan membawa bencana kepada negara.
128. Saya berasa gerun mengambil tindakan yang bertentangan dengan kebijaksanaan
konvensional serta bercanggah dengan pendapat pakar, termasuk daripada IMF dan
Bank Dunia.
129. Strategi kita tidak syak lagi bercanggah dengan pendapat umum yang
dilabelkan oleh pengkritik ekonomi sebagai “contrarian”. Ia bertentangan dengan
amalan konvensional dan kalau ekonomi kita runtuh akibat daripadanya maka tidak
ada sesiapa pun yang akan menolong kita. Saya sendiri mungkin terpaksa berundur
dalam keaiban – sesuatu yang amat saya takuti.
130. Bagaimanapun, saya lebih takut kepada kemungkinan kita akan hilang
kawalan ke atas negara kita sendiri seperti kerajaan Indonesia yang hilang kuasa
kepada IMF. Saya amat tidak suka melihat gambar Camdessus berdiri berpeluk
tubuh bersebelahan Presiden Suharto ketika menyaksikan pemimpin Indonesia itu
menandatangani perjanjian dengan IMF.
131. Camdessus kelihatan begitu puas dan sinis menyaksikan Presiden Suharto
melepaskan kawalan ke atas ekonomi Indonesia yang berupa asas kedaulatan negara
itu – kedaulatan yang diperjuangkan dengan begitu gigih dan berani menentang
Belanda pada 1940-an.
132. Saya tentunya tidak mahu Malaysia menderita nasib yang sama. Kita telah
cuba memujuk Indonesia agar tidak menyerah kepada IMF.
133. Menteri Kewangan Indonesia ketika itu, Marie Muhammad berhubung rapat
dengan Anwar yang mengatakan beliau ada meminta Marie supaya menasihatkan
Suharto agar tidak menurunkan tandatangan.
134. Saya diberitahu bahawa menjelang waktu itu. Presiden Suharto sudah tidak
boleh tidur. Seramai kira-kira 40 juta rakyat Indonesia telah hilang pekerjaan.
Rupiah sudah runtuh. Nilainya merudum daripada 2,000 bagi setiap satu dolar
Amerika kepada 16,000.
135. Rusuhan tercetus di ibu negara, Jakarta. Kedai dibakar dan ramai yang
terbunuh. Rakyat peribumi Indonesia menyalahkan krisis itu kepada orang Cina
Indonesia. Mereka tidak menganggap Amerika dan penguasaannya ke atas IMF
sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap krisis mata wang.
136. Apabila IMF mengambil alih kawalan ke atas kewangan Indonesia, langkah
yang mereka paksakan terhadap Indonesia seperti menghentikan subsidi makanan
dan minyak telah memburukkan lagi penderitaan rakyat dan lebih banyak rusuhan
berlaku.
137. Thailand dan Filipina yang turut menyerah kepada IMF juga menerima nasib
serupa. Hanya Korea Selatan berjaya melakukan pemulihan ketara selepas menyerah
kepada IMF.
138. Saya tidak sedikit pun yakin terhadap kaedah penyelesaian IMF yang
dipaksakan oleh Anwar ke atas negara. Menteri-menteri mula mengadu bahawa
mereka tidak ada peruntukan untuk melaksanakan projek pembangunan. Semua faedah
dan keistimewaan dikurangkan dan langkah jimat cermat mula memberi kesan
negatif.
139. Anwar mahu melihat lebihan belanjawan di mana pendapatan mengatasi
perbelanjaan, tetapi mustahil boleh dicapai memandangkan kemerosotan kuasa
membeli mata wang ringgit. Jadi, beliau mengurangkan peruntukan belanjawan
sebanyak 25 peratus. Kalau kita terus mengurangkan belanjawan maka akan tiba
masanya nanti kita kehabisan wang di dalam Perbendaharaan. Kemelesetan ekonomi
akan menjadi lebih teruk dan kita mungkin terpaksa menyerahkan kedaulatan
ekonomi kita kepada pihak luar.
140. Saya berazam untuk meneruskan pelaksanaan strategi penyelesaian yang
telah dipersetujui. Kemudian pada saat akhir, Anwar menelefon saya untuk
memberitahu yang Gabenor Bank Negara, Tan Sri Ahmad Mohd Don dan Timbalannya,
Fong Weng Phak telah menghantar surat peletakan jawatan. Saya terkejut, tetapi
tetap bertekad mahu melaksanakan langkah yang telah diputuskan.
141. Saya meminta pegawai ketiga paling kanan di Bank Negara supaya datang
menemui saya. Pada masa itu, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz adalah Penolong
Gabenor yang bertanggungjawab bagi hal ehwal ekonomi, operasi luar dan pasaran
mata wang serta kawalan tukaran asing .(3)
142. Saya kenal beliau, tetapi tidaklah rapat. Kita kesuntukan masa untuk
mencari Gabenor baru, jadi saya serta-merta melantik beliau menjadi Pemangku
Gabenor. Beliau datang ke kediaman saya dan saya jelaskan kepadanya apa yang
sedang berlaku serta apa yang harus beliau lakukan.
143. Mujurlah beliau seorang yang berkebolehan dan memberikan sepenuh
kerjasama. Menurutnya, beliau akan menghubungi bank dan menghentikan semua
pemindahan besar wang yang terbabit dalam perdagangan mata wang. Dalam pada
itu, beliau juga akan memastikan pembayaran untuk transaksi perniagaan biasa
diteruskan.
144. Pada 1 September 1998, Zeti secara rasmi mengumumkan pelaksanaan kawalan
mata wang dan ikatan ringgit kepada dolar Amerika. Beliau memberitahu media
massa: “Kita perlu bertindak bersendirian memandangkan masyarakat antarabangsa
telah gagal mengemukakan sebarang penyelesaian yang bermakna kepada keadaan
huru-hara kewangan global. Sebaik-baiknya dunia patut bertindak seiringan dan
bukannya memaksa negara bertindak sendirian.”
145. Zeti yang kemudiannya dilantik menjadi Gabenor telah dijemput untuk
menyertai MTEN. Beliau memberi maklum balas yang baik mengenai keadaan semasa
pasaran dan pergerakan ringgit. Sejak menjadi Gabenor, Zeti telah memenangi
beberapa anugerah antarabangsa kerana kepemimpinannya di Bank Pusat.
146. Antara perkembangan lain yang diperhatikan adalah kemungkinan munculnya
pasaran gelap mata wang ringgit. Kita memantau harga barang bagi memastikan
tidak ada pihak cuba membuat keuntungan berlebihan. Kita memastikan bekalan
semua barang keperluan utama adalah mencukupi.
147. Mesyuarat harian MTEN diteruskan. Bank disyaratkan supaya mendepositkan
semua tukaran asing yang mereka terima di Bank Negara. Dengan itu, kita tidak
pernah kekurangan mata wang asing untuk dijual kepada pengimport tulen. Ikatan
ringgit kepada dolar Amerika pada kadar RM3.80 bagi setiap dolar telah
dikuatkuasakan dengan begitu tegas sekali dan ini terbukti baik bagi pengimport
serta pengeksport.
148. Kalangan ahli perniagaan gembira menerima ringgit pada kadar RM3.80
setiap kali mereka menukar dolar Amerika atau mata wang lain. Mereka juga
selesa dengan jaminan bahawa kita akan mengekalkan kadar tukaran sehinggalah
keadaan menjadi stabil semula. Mereka kini boleh merangka belanjawan untuk
sepanjang tahun tanpa perlu membabitkan diri dalam kegiatan melindungi nilai
ringgit. Ini secara langsung mengurangkan kos menjalankan perniagaan.
149. Tindakan mensyaratkan pemilik saham mendaftar dengan BSKL dan
menghentikan penjualan saham Malaysia yang dipegang oleh syarikat pemegang
amanah juga telah membantu menyekat kejatuhan harga di BSKL. Dalam jangka masa
singkat, indeks komposit BSKL yang jatuh di bawah 300 mata telah naik semula
kepada lebih 800 mata.
150. Jumlah hutang lapuk turut berkurangan selepas tempoh gagal bayar
dinaikkan semula kepada enam bulan dan ekonomi mula menunjukkan tanda-tanda
pemulihan.
151. Sewaktu krisis, kita memperkenalkan beberapa langkah bagi mengurangkan
masalah yang tercetus. Misalnya, apabila jualan hartanah membeku maka kita
menganjurkan kempen pemilikan rumah yang menggabungkan pemaju, pembeli,
pembiaya, pegawai kerajaan dan peguam. Pada pameran promosi pertama, kira-kira
RM3 bilion hartanah dijual.
152. Bagi menggerakkan semula industri pembinaan maka kita memutuskan supaya
dibina 40,000 unit pangsapuri untuk menempatkan penghuni setinggan.
Memandangkan jualan runcit tidak berkembang mengikut keadaan yang sepatutnya
maka kita menyediakan tempat pameran untuk peruncit dan di mana perlu, kita
membantu mereka merundingkan bekalan pada harga yang lebih murah.
153. Di samping itu, kita meneliti laporan penggunaan elektrik, pergerakan
kargo dan kontena di pelabuhan, ketibaan pelancong, penumpang kapal terbang,
pendaftaran kenderaan baru dan banyak lagi. Jadi kita tahu secara terperinci
prestasi ekonomi dan sering mencari jalan untuk merangsangnya.
154. MTEN memberi perhatian utama kepada operasi Pengurusan Danaharta
Nasional Bhd, Danamodal Nasional Bhd dan Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang
Korporat yang semuanya ditubuhkan untuk menangani masalah hutang lapuk serta
permodalan semula bank.
155. Kita tidak membenarkan penjualan serta-merta saham yang diperoleh
melalui CLOB kerana ini akan menyebabkan kejatuhan harga semua saham. Pemilik
saham juga perlu mendaftar terlebih dahulu dengan BSKL. Kemudian kita
menubuhkan pula sebuah syarikat khas untuk membeli saham berkenaan, memantau
kepulangannya dan akhir sekali menjualnya secara beransur-ansur supaya tidak
mengganggu harga saham di BSKL.
156. Pada mulanya, pemilik saham CLOB itu tidak begitu gembira. Namun, hasil
pemulihan pesat BSKL menyebabkan harga saham naik 200 peratus sewaktu syarikat
khas yang kita tubuhkan itu mula membeli saham-saham CLOB.
157. Jadi, mereka terselamat daripada mengalami kerugian besar kewangan yang
amat mereka takuti. Mereka juga menunggu seketika sebelum menjual saham mereka
dan memperoleh keuntungan besar. Syarikat khas berkenaan turut membuat
keuntungan dan kerajaan mendapat balik modalnya yang diberikan dalam usaha
menyelamat yang berani.
158. Dunia mengutuk kawalan mata wang yang kita lakukan dan ramai ahli
ekonomi berkata bahawa ia tidak selari dengan sistem perdagangan terbuka.
Pakar-pakar meramalkan kemusnahan Malaysia dan dengan gembira menunggu
kepulangan kita ke pasaran dunia sebagai pengemis.
159. Kita bagaimanapun tidak gentar. Kita percaya yang kita telah menemui
jawapan tepat kepada penjarahan negara kecil oleh peniaga mata wang. Cara kita
mungkin tidak konvensional, tetapi berkesan.
160. Biarlah orang lain mempertahankan doktrin ekonomi, tetapi bagi kita,
yang lebih utama adalah menyelamatkan negara dan diri kita. Akhirnya, kita
pulih dengan lebih cepat daripada semua negara yang menerima pinjaman IMF, sama
ada secara sukarela atau kerana tekanan. Negara-negara itu telah menyerah diri
kepada langkah penyelesaian yang sama untuk semua.
161. Peniaga mata wang menghentikan operasi mereka. bahkan IMF pun akhirnya
mengakui yang cara kita berkesan walaupun mereka tidak memperakukannya kepada
negara lain. Pakar ekonomi dan pemenang Hadia Nobel, Joseph Stiglitz menyokong
pandangan kita.(4)
162. Malah, Soros turut mengakui bahawa Malaysia telah mengambil langkah yang
betul dengan tidak menyerah kepada IMF.
163. Dasar yang kita laksanakan berkesan untuk negara kita, tetapi tidak
banyak negara membangun berada dalam keadaan yang serupa dengan kita. Ia berkesan
bagi kita kerana selain keazaman politik dan kepakaran merangka dasar yang
praktikal, kita juga mempunyai simpanan mata wang asing yang banyak di Bank
Negara untuk digunakan bagi melindungi kedaulatan ekonomi kita. Selain itu,
kita mempunyai simpanan yang besar hasil pengurusan ekonomi yang
bertanggungjawab selama ini.
164. Kejayaan kita menyekat kemaraan peniaga mata wang dan menolak campur
tangan IMF bukanlah semata-mata kerana tindakan tegas kita pada masa itu. Ia
sebaliknya berpaksikan kepemimpinan ekonomi yang mantap oleh kerajaan dan
ketetapan dasar yang dilaksanakan, khususnya dalam dekad 70-an dan 80-an.
165. Bagaimanapun, krisis mata wang bukanlah satu-satunya masalah yang
terpaksa kita tangani. Sehari selepas Zeti mengumumkan kawalan terhad mata wang,
masalah saya dengan Anwar meletus.
Notes
(1) Perwakilan daripada 44 buah negara bertemu tidak lama sebelum Perang
Dunia II untuk berbincang bagaimana memulihkan semula ekonomi dunia.
(2) MTEN ditubuhkan pada 7 Januari 1998 untuk menasihat kerajaan berhubung
isu-isu yang berkaitan dengan krisis kewangan.
(3) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz adalah satu-satunya Gabenor wanita Bank
Pusat di Asia. Beliau adalah anak kepada Profesor Ungku Abdul Aziz Abdul Hamid,
pakar Ekonomi Melaya negara yang pertama dan bekas Dekan Fakulti Ekonomi
Universiti Malaya. Beliau juga adalah cucu saudara Datuk Onn Jaafar, Pengasas
UMNO.
(4) Buku beliau, Globalisation and its Discontents mengkritik cara IMF
menangani krisis kewangan.
Dipetik dari: Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad
Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
ReplyDelete(heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.
Salam sejahtera!
ReplyDeleteNama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.
Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh Ibu Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada ibu Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com
Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.
Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan Ibu Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan
Salam sejahtera!
ReplyDeleteNama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.
Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh Ibu Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada ibu Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com
Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.
Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan Ibu Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan
BERITA BAIK SEMUA ORANG
ReplyDeleteAdakah anda berfikir untuk mendapatkan bantuan kewangan, anda serius memerlukan pinjaman segera, anda berfikir untuk memulakan perniagaan anda sendiri, anda berada dalam hutang, ini adalah peluang anda untuk mencapai hasrat anda kerana kami menyediakan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, dan pinjaman korporat , Dan segala macam pinjaman pada kadar faedah 2%. kami adalah 100% syarikat pinjaman legit, kami menjamin semua pelanggan berharga kami bahawa mereka akan mendapatkan semua pinjaman individu dengan senyuman di wajah mereka.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang melalui e-mel:
Susanbowmanloancompany@gmail.com
dan anda juga boleh menghubungi kami di Whatsapp dengan Nombor ini
+12027538718
Adakah anda mencari pinjaman untuk memulakan perniagaan atau projek keinginan hati anda? @ SYARIKAT PINJAMAN ASMARA HASAN, kami menawarkan semua jenis bantuan kewangan kepada semua individu yang memerlukan pinjaman seperti "pinjaman peribadi, pinjaman pelaburan, pinjaman pinjaman perumahan dan syarikat pinjaman di seluruh dunia, kadar faedah kami adalah 2% setahun. Kami juga memberikan nasihat kewangan dan bantuan kepada pelanggan dan pemohon kami. Sekiranya anda mempunyai projek yang baik atau ingin memulakan perniagaan dan memerlukan pinjaman untuk membiayai dengan segera, kami boleh membincangkannya, menandatangani kontrak dan kemudian membiayai projek atau perniagaan anda untuk anda bersama dengan Bank Dunia dan Bank Industri.
ReplyDeleteHubungi SYARIKAT PINJAMAN ASMARA HASAN hari ini untuk sebarang mata wang yang anda mahukan.
Kategori Perniagaan
Perniagaan Merchandising.
Perniagaan pembuatan
Perniagaan Hibrid.
Pemilikan tunggal
Perkongsian.
Syarikat.
Syarikat liabiliti terhad.
pinjaman peribadi.
pinjaman pelaburan.
Pinjaman Hutang.
Pinjaman Rumah.
Pinjaman gadai janji
Pinjaman automatik.
Pinjaman pelajar.
Pinjaman gaji.
Pinjaman Islam.
Pinjaman pertanian.
Pinjaman gereja.
SYARIKAT PINJAMAN ASMARA HASAN
E-mel: asmarahasanloancompany@gmail.com WhatsApp +1 (802) 695-0723. Instagram: asmarahasanloancompany
Nama saya Hadhira Rahma Saya berasal dari indonesia Saya telah mencari syarikat pinjaman tulen sejak 5 bulan yang lalu, untuk membeli rumah
ReplyDeletesemua yang saya dapat adalah sekumpulan penipu yang membuat saya mempercayai mereka dan akhirnya mereka akan menjadi penipu. dan mereka akan mengambil wang saya tanpa memberikan apa-apa sebagai balasan, semuanya
harapan saya telah hilang, saya bingung dan kecewa, saya tidak pernah mahu ada kaitan dengan syarikat pinjaman di internet, jadi saya pergi untuk meminjam wang dari dude, kawan saya adalah sepupu saya. Saya memberitahunya semua yang berlaku dan dia mengatakan dia boleh menolong saya, bahawa dia tahu syarikat pinjaman yang dapat menolong saya dengan jumlah pinjaman yang diperlukan oleh saya dengan kadar faedah yang sangat rendah 2%, dia baru mendapat pinjaman mereka, dia memberitahu saya untuk menghantar e-mel kepada mereka, saya lakukan
sama seperti dia telah memberi arahan kepada saya, saya meminta mereka melalui E-mel: (asmarahasanloancompany@gmail.com) kemudian kepada saya
kejutan terbesar saya mendapat pinjaman dalam 24 jam, saya tidak percaya,
Saya gembira dan kaya lagi dan saya bersyukur kepada pinjaman itu
syarikat seperti ini masih ada. penipuan di semua tempat,
tolong beri saya nasihat kepada semua orang di luar sana yang memerlukan pinjaman untuk satu tujuan atau yang lain untuk menghubungi
Cik. Asmara Hasan melalui e-mel: (asmarahasanloancomany@gmail.com)
hidup anda akan berubah seperti saya. anda masih boleh menghubunginya melalui nombor ini +1(802)695-0723 hari ini dan mendapatkan pinjaman anda dari mereka, Tuhan memberkati syarikat pinjaman Miss Asmara kerana menawarkan pinjaman tulen mereka.
Pastikan anda menghubungi syarikat pinjaman Asmara untuk pinjaman anda kerana saya berjaya mendapatkan pinjaman saya dari syarikat ini tanpa tekanan.
anda masih boleh menghubungi saya jika anda memerlukan lebih banyak maklumat melalui e-mel (: hadhirarahman@gmail.com)
sekali lagi terima kasih semua untuk membaca kesaksian saya, dan semoga Tuhan terus memberkati kita semua dan memberi kita umur panjang dan kemakmuran dan semoga Tuhan melakukan pekerjaan yang sama dalam hidup anda