mykmu.net

Monday 16 June 2014

INFO PANAS !!!: KAJIAN MITOCHONDRIA DNA MEMBUKTIKAN BANGSA CHINA DAN INDIA BERASAL DARI BANGSA MELAYU





1. Satu strategi yang digunakan penjajah untuk menghalalkan tindakan menjajah sesebuah negara ialah dengan mereka-reka teori asal usul kewujudan bangsa yang mendiami negara tersebut.
2. Di Nusantara, di arah pengkaji-pengkaji Barat supaya membuat pelbagai teori mengenai asal usul bangsa Melayu.

3. Maka sejarawan Barat seperti J.H.C. Kern, R.H. Geldern, J.R. Logen, J. R. Logen pun merumus teori datang dari wilayah Yunan China atau Taiwan.

4. Mereka pun saling menyokong teori yang mereka sendiri cipta untuk menerangkan kepada bangsa Melayu dari mana mereka datang.

5. Yang peliknya ada juga pengkaji sejarah berbangsa Melayu yang bersetuju dengan pendapat rakan-rakan mereka dari Barat malah dalam pertahankan teori tersebut mereka lebih bersemangat lagi daripada pembuat teori itu sendiri!

6. Tapi tidak ada satu pun teori yang mengajak bangsa Melayu berfikir kemungkinan mereka tidak berasal dari Yunan atau Taiwan tetapi sebenarnya sudah beranak pinak dan bersemenda sejak puluhan ribu tahun lagi di Nusantara.

7. Fakta Melayu datang dari Nusantara dan kemudian menyebar ke merata dunia serta melahirkan bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India ditutup kerana ia merupakan rahsia besar bangsa Melayu yang tidak boleh diketahui oleh bangsa ini.

8. Sekian lama bangsa Melayu ditipu penjajah kerana mereka mahu memiliki Tanah Melayu dan seluruh kawasan Melayu di Nusantara.

9. Mereka mahu mahu mengabsahkan penjajahan ke atas bumi Melayu atas hujah Melayu pun kaum pendatang maka tidak salah jika menaklukinya sebab tidak bertuan.

10. Sebab itulah menteri MCA, Lee Kim Sai mencetuskan kontroversi pada tahun 1986 apabila beliau juga mengatakan bangsa Melayu adalah juga kaum pendatang seperti mereka.

11. Atas keceluparan dan kebiadapan beliau, Kim Sai pun dianugerahkan pingat kebesaran membawa gelaran Tan Sri!

12. Melayu dibodohkan dan terus diperbodohkan tanpa mereka sedari.

13. Singapura juga memainkan peranannya untuk menidakkan asal usul Melayu dengan menerbitkan buku bertajuk "Contesting Malayness - Malay Identity Across Boundaries" pada tahun 2004.



14. Buku ini disunting oleh Prof Timothy P Bernard dari National University of Singapore dan dicetak oleh Singapore University Press.

15. Buku ini hanya menambah nilai kepada hikayat yang dipintal oleh penjajah dengan mendakwa bangsa Melayu sebenarnya tidak wujud langsung. Pulak dah...biar betul! 

16. Yang wujud hanya suku-suku kaum yang kemudiannya disatukan atas dasar politik dan diberi nama baru iaitu Melayu.

17. Sungguh pandai Singapura memainkan peranannya sebagai balaci Barat untuk mengelirukan dunia.

18. Keadaan ini mula berubah apabila Human Genome Organization (HUGO) di New York yang mengumumkan hasil kajian selama 15 tahun ke atas mitochondria DNA.Kajian HUGO membuktikan bangsa Melayu adalah ras yang kedua tertua di dunia selepas bangsa Arya.




19. Sekaligus kajian ini juga menyanggah usaha jahat Singapura dan membakulsampahkan semua teori-teori lapuk Barat yang menjadi anutan dunia akademik selama ini.

20. Kajian ini bersifat teknikal tetapi penulis akan mengupasnya dalam bahasa yang mudah difahami.

21. Cerita bermula dengan penemuan fossil tertua manusia moden atau homo sapiens berusia antara 150,000 ke 200,000 tahun dahulu di situs Herto,  wilayah Middle Awash, Ethiopia.



22. Hasil kajian daripada penemuan ini menghasilkan Teori 'Out of Africa'.

23. Kini kajian HUGO telah mengesahkan teori tersebut dan menjadi fakta bahawa generasi manusia hari ini bermula dari kumpulan terawal manusia yang berhijrah dari Horn of Africa atau Tanduk Afrika 2,000 generasi atau 55,000 ke 60,000 dahulu.



24. Majalah berprestij, ‘American Journal of Human Genetics’ mengesahkan Semenanjung Arab menjadi pentas pertama (first staging post) atau kolam pembenihan kumpulan terawal ini dari Afrika sebelum penyebaran ke seluruh dunia melalui beberapa juraian atau 'haplo group'.

25. Dipendekkan jalan cerita, setelah Semenanjung Arab tidak lagi sesuai didiami manusia disebabkan perubahan cuaca di zaman air, leluhur manusia ini berhijrah melalui pesisiran pantai hinggalah sampai ke pentas atau benua Sunda kira-kira 65,000 tahun lalu.



26. Di benua Sunda, inilah lelulur bangsa Melayu dari juraian Senoi dan Semang yang berasal dari pentas pertama bersemenda lebih kurang 25,000 tahun sebelum berhijrah China melahirkan bangsa Cina dan merepopulasi benua India lantas melahirkan bangsa India hari ini.

27. Hikayat Melayu ini baru dikesan sampai setakat 65,000 tahun sahaja dan Melayu bertamaddun lebih lama daripada itu.



28. Cukuplah untuk pengetahuan kaum pendatang di Malaysia yang kini beriya-iya mahu menggulingkan kerajaan dan mengambil alih negara ini bahawa mereka lahir dari sulbi leluhur Melayu.



SUMBER: RAKAN FB 


4 comments:

  1. Maksud tuan melayu = nenek moyang cina dan india, melayu berhijrah ke china jadi melayu-cina dan ke india jadi melayu-india, setelah sekian lama berhijrah orang2 berketurunan melayu ini balik ke tanah nenek moyang, tanah sunda ( mcm balik kampong la..), jadi melayu cina india kan semua juga patut digelar bumiputra

    ReplyDelete
  2. Gelaran nak ambil pun boleh...tapi org cina dan india masuk islam lah dulu...

    Cina di china dan india di india kenalah iktiraf raja-raja melayu yg ada...raja diaorg jugak...amacam boleh??

    ReplyDelete
  3. Gelaran nak ambil pun boleh...tapi org cina dan india masuk islam lah dulu...

    Cina di china dan india di india kenalah iktiraf raja-raja melayu yg ada...raja diaorg jugak...amacam boleh??

    ReplyDelete
  4. Gelaran nak ambil pun boleh...tapi org cina dan india masuk islam lah dulu...

    Cina di china dan india di india kenalah iktiraf raja-raja melayu yg ada...raja diaorg jugak...amacam boleh??

    ReplyDelete